Thursday, July 7, 2016

DUNIA ADALAH UJIAN

Tidak ada sesiapa ujiannya lebih berat daripada Rasulullah s.a.w. Ini sebagai satu renungan kepada kita, bila kita di timpa dengan ujian, Ingat sahaja ujian yang ditimpa Rasulullah s.a.w. Kita akan berasa ringan dengan ujian kita, dan kita perlu menyakini setiap ujian yang Allah s.w.t berikan pada kita, bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui bahawa kita mampu terima ujian tersebut. 


Tidak ada ujian yang lebih berat sehingga seseorang itu tidak mampu terimanya. Ini adalah janji Allah s.w.t di dalam al quran, Allah s.w.t tidak akan membebankan dari hambaNya dengan sesuatu ujian yang tak dapat dipikulnya kecuali Allah s.w.t Maha Mengetahui dia mampu untuk memikulnya. Masih dalam kemampuannya. Kadangkala kita mendengar orang mengeluh, merungut, katanya ujian saya begitu besar, sampai saya tidak mampu memikulnya, menanggungnya. Ketahuilah itu dusta. Perkataan yang menyalahi kerana, Allah s.w.t sudah berfirman dalam Al Quran; "Kami tidak akan timpakan kamu dengan ujian jika kamu tidak mampu menanggung ujian tersebut, kerana kami tahu kamu mampu untuk ujian itu maka kami beri ujian tersebut.

Maka setiap ujian yang datang, kita lihat bagaimana interaksi hati kita terhadap ujian tersebut. Interaksi hati tersebut menyebabkan ujian terasa ringan. Jika hati itu tidak kuat jiwa tauhidnya dan keyakinannya terhadap Allah s.w.t itulah sebabnya ujian terasa berat. Sehingga ujian yang ringan pun dia terasa berat, sebab apa? sebab jiwanya tidak diterapkan dengan ketauhidan dan keyakinan yang kuat terhadap Allah s.w.t. Apabila hati, ketauhidan, keyakinan yang kuat terhadap Allah s.w.t maka apa segala bentuk ujian yang datang, seberat mana pun, sebesar mana pun ujian yang datang, dia akan rasa ringan, malah dia redha pula. Dan dia suka pula ujian yang datang kerana dia tahu ujian yang datang tu semua dari Allah s.w.t satu bentuk hadiah dari Allah s.w.t. Lihat Para Nabi dan Rasul mereka diberi ujian oleh Allah s.w.t untuk tinggikan kedudukan dan martabatnya. Seseorang yang mengalami luka, di letakkan air limau pada lukanya, dia rasa sakit dan pedih di sebabkan air limau tersebut, Sebenarnya bukan air limau yang luka, tapi dia yang luka. Jika tiada luka, dia tidak akan berasa sakit.

Begitu juga hati, Jika hati yang kotor, Hati yang tidak benar hubungannya dengan Allah s.w.t hati itu yang bermasalah, bukan ujian yang bermasalah. Ujian tidak bermasalah kerana ujian itu, Allah s.w.t yang datangkan, Yang bermasalah adalah hati. Bagaimana hati tersebut berinsteraksi dengan ujian tersebut yang datang dari Allah s.w.t. Maka seseorang yang punya hati yang baik. Tidak ada luka, di curahkan sebanyak mana pun air limau di tempat luka dia tidak akan berasa pedih. Malah hatinya gembira dengan Allah s.w.t. Makin diberi ujian semakin kuat hatinya. Tanda Allah s.w.t ingat padanya sebab itu di beri ujian. Seorang selepas menerima ujian yang berat, semakin mantap kehidupannya, semakin berubah matang fikirannya, semakin berubah cara dia memandang kepada alam, semakin berubah cara dia berinteraksi sesama manusia. Maka itu hasil yang baik dari ujian. Tapi jika di laluinya dengan jiwa yang buruk, dengan complain, katanya beratnya ujian saya, saya tak tertanggung lagi dan pikulnya. Tidak, Allah s.w.t tidak akan bagi mana mana ujian jika Allah s.w.t tahu kamu tidak mampu, Allah s.w.t, Maha Mengetahui kamu mampu dan layak memikul ujian tersebut sebab itu Allah s.w.t bagi.

Kita ini perlu fokus kpd diri kita, kepada jiwa kita, kpd hati kita, supaya kita sentiasa bermuhasabah bagai mana kedudukan kita, yakni hamba itu disisi Allah s.w.t bagaimana meletakkan Allah di dlm hatinya. Ulama tarbiah menyatakan sekiranya sesesorg ingin mengetahui keadaan hatinya, lihatlah keadaan hati nya disisi Allah s.w.t. Jika hatinya memerhati kpd Allah, sentiasa menjaga Allah yakni perintah Allah s.w.t, demikian bagaimana hatinya disisi Allah. Namun jika hatinya lalai dan leka, alpa mengingati Allah, tidak mengagungkan apa yg diagungkan Allah, tidak memusuhi kpd apa yg dimusuhi Allah, maka seseorg hamba itu akan menjadi rendah disisi Allah s.w.t. Hatinya ada Allah. Di alam Mahsyar, yakni pada hari kebangkitan. Bayangkan, semua manusia di dlm keadaan menunggu. Di dlm keadaan kebingungan, kepanasan dan kerisauan akan nasib masing2 nanti. Matahari pula sejengkal diatas kepala, dan ada yg mandi di dlm peluh mrk sendiri, kerana di dlm keadaan menunggu, ternanti2, ketakutan dan tertanya2 bila dia akan dihisab.

Kita diatas dunia ini, apabila kita tersangkut dalam traffic jam. Bagaimana reaksi kita? Stress, tidak sabar, marah. Bayangkan, dialam mahsyar nanti, ulama mengatakan seseorang itu boleh menunggu selama berpuluh-puluh ribu tahun lagi utk penghisaban. Di alam mahsyar nanti, semakin baik amalan seseorang itu. Semakin baik amal solehnya, maka penghisabannya, mizan, sirat seterusnya masuk kedalam syurga. Ulama mengatakan singkatnya itu seperti seseorang itu selesai dua rakaat solat. Sangat pantas. Akan ttpi, jika amalan seseorang itu buruk. Semakin buruk amalan seseorang itu, maka lambatlah keadaannya. Semakin buruk amal, semakin lama dipadang mahsyar nanti. Di dlm keadaan panas dan tiada tempat berlindung. Kecuali mereka yg dipilih oleh Allah s.w.t. Ada 7 golongan yg dipilih oleh Allah s.w.t”

Yang pertama, adalah pemimpin yang adil. 

Yang kedua, adalah lelaki yang mengasihi lelaki yang lain atau perempuan yang mengasihi perempuan yang lain kerana Allah s.w.t. 

Yang ketiga, adalah pemuda yang takut kepada Allah.Pemuda yang takut kepada Allah s.w.t, yang apabila dia digoda oleh perempuan yang cantik lagi bangsawan untuk melakukan sesuatu yang dikeji. Lalu dia menolaknya. Dia kemudian mengatakan; "Sesungguhnya Aku amat takut kepada Allah s.w.t.

Yang keempat, adalah pemuda yang tumbuh didalam ketaatan. Pemuda yang beribadah kepada Allah s.w.t. Dimana usia mudanya dihabiskan untuk melakukan ketaatan, taqarub kepada Allah s.w.t.

Yang kelima, adalah pemuda yang hatinya terpaut kepada masjid. Sering kemasjid untuk solat. Dan Dia mencintai masjid.

Yang keenam, pemuda yang hatinya sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t, mengingati Allah s.w.t. Dan berlinang air matanya kerana takut kepada Allah s.w.t didalam keadaan bersendirian.

Dan yang ketujuh, adalah pemuda yang memberi sedekah dengan tangan kanannya, dan tangan kirinya tidak mengetahuinya. Maknanya, dia memberi sedekah dengan ikhlas. 

Dan 7 golongan tadi, akan diberi perlindungan oleh Allah s.w.t dibawah naungan-Nya. Bukan bawah teduhan biasa. Bukan bawah pokok kelapa, bawah pokok mangga. Dia berada dibawah naungan Ar-Rahman yg Maha Mulia. Seseorg yg berada dibawah naungan Allah, alangkah beruntungnya ketika didlm mahsyar. Semoga kita digolongkan bersama-sama dgn org2 yg mendapat naungan Allah s.w.t kelak.

Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari memberikan sebuah kata hikmah yg sgt diperlukan kita pada hari ini.

“Mungkin saja, satu kemaksiatan yang dilakukan seseorang, yang menjadikan hatinya bersedih dan kembali kepada Allah, maka itu lebih baik dari berbuat ketaatan tetapi ada takabbur. Maksiat yang membuatkan kita jadi malu, merasa hina, segan dengan orang lain, itu jauh lebih baik dari banyak berbuat ketaatan, yang membuatkan kita jadi ujub dan sombong .” 

Daripada kata hikmah ini banyak pengajaran boleh kita ambil :

1. Jangan hina pendosa.
2. Jangan rasa hebat bila berbuat ketaatan.
3. Jangan rasa selamat bila lihat diri dalam ketaatan.
4. Jangan putus asa dari mohon keampunan.
5. Sentiasa bersangka baik.
6. Sentiasa melihat aib diri sendiri.
7. Sentiasa tanam sifat malu kepada Allah.
8. Sentiasa memohon taufiq dan hidayah kpd Allah supaya diberikan cinta kpd ketaatan.

Kata Sheikh lagi, kalau kita berbuat ketaatan lihat permulaannya siapa yang beri kita taufiq dan hidayah untuk berbuat ketaatan (yakni Allah), kalau melakukan maksiat, lihat penghujungnya, apakah nasib kita di alam akhirat, azab yang kita bakal hadapi jika melakukan maksiat, dosa dan kesalahan tersebut.

No comments:

Post a Comment