Thursday, July 7, 2016

HATI SANUBARI DAN HATI NURANI

Hati terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Hati Sanubari iaitu mereka ini adalah yang mencintai dunia (Hubbu Dunia).
2. Hati Sanubari dan Hati Nurani iaitu mereka yang mempunyai dua hati iaitu di antara Hati Sanubari dan Hati Nurani, juga masih kasih kepada dunia.
3. Hati Nurani ialah mereka yang tidak mencintai dunia.

Adapun hati sanubari atau jantung Sanubari itu, adalah terletak 2” di bawah tetek kiri dan 90 darjah letaknya di sebelah kiri. Ia termasuk sanubari yang dimiliki oleh semua manusia dan binatang. Hati Sanaburi ini di kaitkan kepada dua iaitu:

a) Bangsa Haiwan b) Bangsa Syaitan.

Adapun bangsa haiwan atau jiwa kotor itu ialah di kenali dengan:

a) Nafsu Ammarah – rupanya anjing hitam
b) Nafsu Lawammah- rupanya babi
c) Nafsu Sawiah – rupanya kambing

Adapun bangsa syaitan itu ialah:

a) Namanya Ajmaun 
b) Namanya Hawa 
c) Namanya Syahwat dll

Adapun orang-orang yang hanya mempunyai hati sanubari itu mempunyai derajat:

a) Taraf Haiwan 
b) Taraf Iblis

Adapun isi dan sifat hati sanubari itu ialah:

a) Biadap
b) Bohong
c) Chuvenisme
d) Darah hitam
e) Dengki
f) Dusta
g) Egoisme
h) Hawa
i) Lawammah
j) Loba
k) Mungkir janji
l) Tamak

Maka hati sanubari ini adalah semulajadi yang bernama makhluk. Ia boleh dilapah dan dimakan, kerana seketul daging zahir tempat nafsu yang hina.

Hati Nurani

Hati Nurani itu tidak dimiliki oleh mana-mana makhluk, tetapi dikehendaki manusia bersifat demikian rupa. Hati nurani atau hati jamal (Mukmin) ini dikenali dengan nama-nama seperti:

a) Nafsu Mulhimah ialah menjadi perangai malaikat dan nyawa malaikat
b) Nafsu Mutmainnah atau Roh Mutamainnah yg tarafnya jadi jadi nafsu nabi dan perangainya jadi perangai nabi.

Maka Hati Nurani inilah yang dikehendaki kepada tiap2 muslim yang mengucap kalimah Allah. Hati manusia ini, ia diibaratkan sebagai sebuah negeri yang ada dua raja. Bila hati itu baik dinamakan Hati Malaikat. Bila jahat dinamakan hati iblis. Alangkah susahnya kalau satu negeri ada dua raja, maka jadilah hati itu berbolak-balik kerana diperintah oleh dua raja, maka di sinilah dikatakan perang Fisabilillah, kerana nilai manusia di sisi Allah ialah hati Nurani yang bersih yang tidak setititk pun terdapat noda-noda hitam.

Firman Allah Taala: “Hari yang tidak ada gunanya harta dan anak2, hanya yg Allah anugerahkan kpd Hati Yang Salim (hati Nurani)”

Sabda Rasulullah saw: “Bahawasnya Allah tidak memandang kepada pakaian dan rupa paras kamu, melainkan memandang hati kamu yang bersih (hati nurani)”

Maka untuk mengenali hati dan hati supaya jadi nurani atau hati Mukmin Rumah Allah, terpaksalah dgn adanya Ilmu hati yg dinamakan Ilmu Tasawwuf, tanpa ilmu Tasawwuf, hati seseorang itu tidak akan bersih, kerana tiap-tiap satu ilmu yg jadi rahsia Tuhan adalah mempunyai tingkat2 dan aturan2 menurut pelajaran Ilmu rahsia Tuhan. Maka asas ilmu rahsia Tuhan ialah mengenali Ilmu Rohani yg sebenar2 Rohani yg suci yg bertaraf Amar rabbi. 

Sebagaimana yang di nyatakan dlm Firman Allah Taala: “Bertanya mereka itu org2 yahudi kpd engkau dpd Roh, katakanlah oleh mu Ya Muhammad, bagi “roh itu adalah urusan Tuhan ku”.

Barangsiapa yang tidak memahami dan mengalami apa dia Rohani, iaitu Dirinya yang menjadi hakikat itu, tentulah tidak akan melangkah ke hadapan. Bahawa dengan mengetahui Rohani yang sebenar2nya, maka tidak ada lagi tereqat padanya, kerana tareqat itu hanya jalan, maka jalan itu membawa kepada tempat yang di tuju, maka tempat yang dituju itu ialah hakikat diri masing2. Dengan mengenal Rohani yang sebenar2nya dan Rohani yang sempurna yang dinamakan A’ayan sabitah, maka seseorang itu akan maju lagi selangkah ke depan berkenaan Ilmu tauhid kepada Allah Taala yang sebenar benar tauhid. Bukan tauhid pada org2 awam atau ahli-ahli syari’at atau ahli-ahli tareqat. Maka setelah menegenal rohnya maka di sanalah mendapat hasil dinamakan hakikat dan makrifat.

Celik hati

1.   Org2 yg mempunyai hati Fu’ad adalah taraf Islam. Dan dinamakan ahli makrifat Fu’ad. Itu adalah adalah hati yang benar
2.   Org2 yang mempunyai hati Kalbun adalah tarafnya Mukmin. Dan dinamakan makrifat kalbun. Hatinya adalah suci.
3.   Org2 yg mempunyai qalbi. Tarafnya Mukmin, dinamakan ahli makrifat Kalbun. Hatinya adalah terlebih suci.
4.   Org2 yg mempunyai hati rohani adalah org mukmin atau dinamakan Ahli makrifat Roh, bilangan ahli Syurga, sebagaimana mrk yg telah ada mempunyai dua mata hati yg celik atau dinamakan hati yg celik.
5.   Org yg mempunyai hati Roh Rabbani, tarafnya ahli Sufi, itulah yg semulia2nya. 

Sucikanlah hatimu dengan tetap melazimi taubat, beristigfar dan selawat kepada junjungan Nabi saw.

No comments:

Post a Comment