Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan tenang dan hati kita akan rasa bahagia. Kita yakin apa yang berlaku adalah ujian dan Allah swt mengetahui apa yang terbaik untuk kita Kebahagian kita boleh perolehi apabila kita bersabar dan menghadapan berbagai masalah dalam kehidupan. Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.
عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن.
Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenangan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.
Sabar adalah sifat mahmudah yg amat penting dalam kehidupan manusia. Sabar membawa kpd kebahagian, sabar akan membawa kpd ketenangan dan sabar membawa redha Allah s.w.t. Apb seseorg mencapai redha Allah s.w.t maka itulah hakikat kebahagian yg hakiki. Sifat sabar banyak mempengaruhi kehidupan manusia yg membawa kpd kebaikan sebaliknya org yg tidak mempunyai sifat sabar akan melakukan perkara2 yg boleh memudharatkan dan menyusahkan org lain. Apabila kita mampu mengawal hati kita dan sematkan sifat sabar didlmnya insyaAllah ketenangan dan kebahagian dpt kita rasai.
Banyak tempat Allah s.w.t menyebutkan sifat sabar dalam al-Quran antaranya ialah Firman Allah swt;
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Maksudnya; Dan kami berikan ujian kepadamu, dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. dan berikanlah berita gembira kpd orang2 yg sabar. (al-Baqarah:155).
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya; Hai org2 yg beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kpd Allah supaya kamu beruntung.: Dan Allah sayang kpd org2 yg sabar. (Ali Imran:200)
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Maksudnya; Sesungguhnya hanya org2 yg bersabarlah yg dicukupkan pahala mereka tanpa batas.(al-Zumar:10)
Sabda Rasulullah s.a.w.
واعلم أن النصر مع الصبر
Maksudnya; Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan dan kejayaan itu bersama org yg sabar.
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berkata;
إذا ابتليت عبدي بحبيبتيه ثم صبر عوضته منهما الجنة
Maksudnya; Apabila Aku menguji hambaku dengan kehilangan dua orang yang disayangi lalu ia bersabar nescaya aku gantikan keduanya dengan syurga.
Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
• Bersabar dalam mengerjakan segala perintah Allah
• Bersabar dalam meninggalkan segala larangan Allah
• Bersabar dalam menghadapi ujian kesusahandan kepayahan.
Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama. Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga org yg taat, tidak akan merasa susah dlm mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Dengan sikap dan perasaan seperti ini seseorang dengan sifat sabar akan merasa tenang dan bahagia seterusnya kehidupnnya dalam keadaan yang bahagia walaupun apa yang di hajati tidak kesampaian atau kehilangan sesuatu yang disayangi.
No comments:
Post a Comment