Seorang ULAMA SUFI terkenal yang bernama HASSAN AL-BASRI telah melalui satu detik pengalaman yang menginsafkan diri beliau tentang bahayanya sifat buruk sangka. Berikut adalah kisahnya yang perlu kita ambil iktibar dan pengajaran berkenaan dengan bahayanya sifat buruk sangka yang terjadi dalam tingkah laku diri beliau apabila berlaku secara beliau tidak sedari. Pada suatu hari, Hassan Al-Basri ternampak seorang pemuda yang sedang berasmara dengan seorang wanita di tepi Sungai Dajlah.
Bersama pasangan yang kelihatan sedang asyik dilamun cinta monyet itu, terdapat sebotol arak di tepi pasangan tersebut. Hati kecil Hassan Al-Basri berbisik dengan perasaan ujubnya iaitu, “Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!” Pada masa yang sama, Hassan Al-Basri melihat sebuah perahu yg berada tidak jauh dari tempat pasangan itu memadu asmara. Perahu itu mengandungi penumpang yang kelihatannya dipenuhi air dan hampir2 tenggelam. Lelaki yang berasmara tadi itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan penumpang yang terdapat dlm perahu yg hampir tenggelam itu.
Bersama pasangan yang kelihatan sedang asyik dilamun cinta monyet itu, terdapat sebotol arak di tepi pasangan tersebut. Hati kecil Hassan Al-Basri berbisik dengan perasaan ujubnya iaitu, “Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!” Pada masa yang sama, Hassan Al-Basri melihat sebuah perahu yg berada tidak jauh dari tempat pasangan itu memadu asmara. Perahu itu mengandungi penumpang yang kelihatannya dipenuhi air dan hampir2 tenggelam. Lelaki yang berasmara tadi itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan penumpang yang terdapat dlm perahu yg hampir tenggelam itu.
Jumlah kesemua penumpang dalam perahu tersebut adalah sebanyak 7 orang. Setelah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa perahu karam di dalam sungai, lelaki itu telah berjaya menyelamatkan 6 orang, manakala seorang lagi masih belum diselamatkan. Lelaki tersebut berada dalam situasi yang lemah longlai dan hampir tidak mampu lagi boleh berenang untuk menyelamatkan seorang lagi penumpang perahu karam itu. Dalam keadaan nafasnya yang tercungap-cungap setelah naik ke tebing, lelaki itu menghampiri Hassan Al-Basri. Melihatkan wajah Hassan al-Basri, lelaki itu berkata: “Jika tuan memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi penumpang perahu yang hampir lemas di dalam sungai yang belum sempat saya selamatkan tadi. Tuan diminta untuk menyelamatkan satu orang sahaja, sedangkan saya telah menyelamatkan 6 orang dengan izin Allah”.
Hassan Al-Basri tanpa berfikir panjang, dgn segera berusaha utk membantu, ttpi beliau gagal menyelamat kan yg seorg sahaja mangsa perahu karam itu. Dgn nada yg begitu kecewa, lelaki berkenaan menjelaskan kpd Hassan Al-Basri: “Tuan, sebenarnya wanita yg duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanyalah berisi air biasa, bukannya arak. Ini hanya utk menguji tuan”. Mendengarkan penjelasan itu, Hassan Al-Basri berkata: “Kalau begitu, sebagaimana kamu telah menyelamatkan 6 org tadi dpd bahaya tenggelamnya perahu karam ke dlm sungai, maka selamatkanlah saya dpd tenggelamnya diri saya ke dlm kebanggaan dan kesombongan diri”. Hassan Al-Basri sedar bahawa beliau sebenarnya dilanda buruk sangka terhadap lelaki yg berdua-duaan di tebing sungai tersebut. Tanpa mencari fakta dan kesahihan situasi sebenar, beliau telah membuat prasangka yang begitu keterlaluan.
Bagaimanapun, setelah beliau menyedari akan prasangka buruk itu tadi, maka Hassan Al-Basri segera bertaubat dan berusaha memperbetulkan kesilapan dirinya dengan berdoa kepada Allah swt. Lelaki yang disangka buruk itu kemudiannya menjawab: “Mudah2an Allah mengkabulkan permintaan tuan”. Sejak dari peristiwa buruk sangka itu, Hassan Al-Basri telah berubah. Beliau tidak lagi membuat prasangka buruk itu, dan beliau kini sentiasa bersangka baik dan sentiasa merendah diri. Dia sedar bahawa dirinya adalah manusia biasa yg tidak sempurna dan tidak lepas dpd membuat kesilapan dan dosa.
No comments:
Post a Comment