Thursday, August 18, 2016

DOKTRIN HAKIKAT MUHAMMAD

Menurut Sufisma Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi, ada satu doktrin yg bergelar  Doktrin Hakikat Muhammad. Banyak org2 Sufi mempercayai doktrin ini. Mrk mendasarkan doktrin ini atas satu Hadis yg bermaksud: “Aku adalah Nabi tatkala Adam masih lagi antara tanah liat dan air”. Hakikat Muhammad, sekiranya dikira sebagai sumber semua ilmu batin, digelar oleh org2 Sufi sebagai “Misykat khatamul-rasul" (obor penutup segala Rasul). Ianya berada dlm batin yg paling dlm (sirr) di hati setiap Sufi. Mereka juga mendasarkan pendapat mrk itu pada ayat Al-Qur'an yg bermaksud: ”Ku tiupkan kepadanya (Adam) roh-Ku.” (Syaad:72)

“Maka bila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud”. (Al-Hijr:29). Ibnul Arabi menamakan Hakikat Muhammad itu dengan berbagai2 nama iaitu menurut segi mana memandangnya. 

Sebahagian dpd nama2 itu ialah Al-haqiqatul Muhammadiyyah (Hakikat Muhammad), Haqiqatul Haqaiq (Hakikat bagi segala hakikat), Roh Muhammad, Al-‘Aqlul Awwal (Akal Pertama), Al-‘Arasy, Al-Ruhul A'zam (Roh Yang paling Agung), Al-Qalamul-A’la (Pena Yang Maha Tinggi), Al-Khalifah, Al-Insanul-Kamil (Manusia Sempurna), Aslul 'Alam (Asal Alam), Adam al-Haqiqi (Adam Hakiki), Al-Barzakh (Pengantara), Falakuk-Hayah (Falak Hayat), Al-Haqqul makhluqu bihi (Hakikat yang menjadi alat penciptaan), Al-Hayula (Prime Matter), Al-Ruh, Al-Qutub, Abdul Jami' (Hamba kepada Yang Meliputi Segalanya)

Dan banyak lagi nama-nama yg lain menurut dari segi fungsi dan aspek maksudnya. Hakikat ini menurut Ibnul Arabi adalah Prinsip Rasional (ilmu atau akal terpendam) yang ada dalam alam semesta raya ini. Dari segi mistik, digelarnya Hakikat itu sebagai Hakikat Muhammad, Insan Kamil, Qutub dan sebagainya, kerana hakikat itu adalah prinsip aktif dlm semua ilmu Ketuhanan dan kebatinan. Dikaitkan dgn manusia, Ibnul Arabi menyamakan Hakikat itu dgn Adam dan Hakikat Manusia. 

Dikaitkan dgn alam semesta raya ini, ia menamakan Hakikat itu sbg Haqiqatul-Haqaiq (Hakikat bagi segala hakikat). Sbg tempat daftaran atau rakaman seluruh maujud ini, maka dikatakannya al-Kitab dan Al-Qalamul-A'la (Pena yg Maha Tinggi). Sebagai zat atau sumber segala sesuatu, maka digelar Hayula dan al'-Maddatul Ula'(Benda Pertama).

● Hakikat Muhammad Sbg Hakikat Bagi Segala Hakikat Kata Ibnul Arabi, ada 3 kategori Wujud secara metafizika : 

(a) Wujud yang berdiri sendirinya dan asal atau sumber segala maujud.

(b) Mumkinul-wujud, itulah wujud yang terdiri melalui atau bersangkut dengan Wujud Mutlak. Inilah alam. 

(c) Wujud yang bukan ada dan bukan tidak ada, yang tidak kekal dan tidak sementara. Ianya kekal bersama dengan yang kekal dan sementara bersama dengan yang sementara. 

Itulah dia Hakikat bagi segala hakikat. Akal Awal dan sebagainya. Ia meliputi semua idea dan semua maujud. Ia bukan keseluruhan dan bukan bahagian2, tidak boleh bertambah dan tidak boleh berkurang. Sukar hendak mentakrifkannya. Ia berbilang2 dengan berbilang2nya segala yang maujud ini tetapi tidak terbahagi2, kecuali dalam fikiran. Bolehlah dikatakan wujud ini sebagai Tuhan atau alam dan boleh juga dikatakan bukan Tuhan dan bukan alam. Dari wujud kategori (c) inilah keluarnya alam semesta raya sebagaimana “yang sebahagian2" keluar dari "keseluruhan". 

Ianya mengandungi hakikat2 atau idea-idea pelbagai objek, namun ia tetapi sama dan satu jua. Ia terletak di nisbah yang paling hampir kepada ilmu Allah. Ianya diketahui oleh Allah melalui ianya sendiri. Itulah kesedaran (consciousness) Allah. Ianya bukan ilmu Allah itu sendiri tetapi adalah isi atau kandungan ilmu itu. Di situlah 'alim (yang mengetahui), ilmu (pengetahuan) dan ma'lum (yang diketahui)bersatu dan berpadu. Melaluinyalah alam ini dizahirkan. Hakikat ini berada di sebalik penzahiran alam semesta raya ini. 

Hakikat bagi segala hakikat ini terzahir dalam alam ini dan alam ini membayangkan wujud positif Hakikat itu. Hakikat itu sempurna dan alam yg menzahirkan kesempurnaannya itu adalah juga sempurna. Kesedaran ini mencapai kemuncaknya dalam diri Insan Kamil. Merekalah yang mengenal Allah dgn sempurnanya. Utk penjelasan ringkas tentang theori "Hakikat bagi segala hakikat" menurut Ibnul Arabi dan tempatnya dlm doktrin metafizikanya, maka bolehlah kita ringkaskan demikian, Zat atau Diri Ketuhanan itu mempunyai akal yg dinamakan Akal Semesta atau Ilmu Semesta. 

Akal atau Ilmu Semesta ini ada isi atau kandungan (yg diketahui). Inilah Hakikat bagi segala hakikat (Haqiqatul-Haqaiq). Inilah peringkat Kesedaran Diri Yang Esa itu. Manusia adalah tumpuan (fokus) Kesedaran dalam fikiran (mind) Tuhan. Hakikat bagi segala hakikat ini mempunyai banyak aspek sebagaimana banyaknya maujud dalam alam raya ini. Zat Ketuhanan hanya ada satu aspek bagi semua maujud dalam alam ini. Kesimpulannya, Hakikat bagi segala hakikat itu adalah isi atau kandungan ilmu Allah itu.

Hakikat Muhammad Dari Aspek Mistik: Hakikat Muhammad itu adalah Ketua Agung dalam susunan peringkat (hirarki) kaum Sufi. Dialah penghulu agung. Dari situlah mereka dapat ilmu-ilmu ketuhanan dan kebatinan. Dialah Guru Agung. Dialah ibarat cahaya Ketuhanan yang menyinari hati orang Sufi. Dialah Cahaya. 

Dialah pelita hati. Yang dimaksudkan dengan Muhammad di sini bukanlah "bentuk Muhammad" atau bentuk badan jasmani Muhammad itu.  Yang dimaksudkan dengan Muhammad itu ialah Hakikat Muhammad (Al-Haqiqatul Muhammadiyyah) iaitu Prinsip aktif dlm semua ilmu Ketuhanan dan Kebatinan. Muhammad itulah Akal Awal. 

Prinsip Rasional Semesta atau Ilmu Ketuhanan Yang Semesta yang terzahir sepenuhnya dalam golongan manusia yang digelar Insan Kamil (manusia sempurna). Muhammad itulah Qutub iaitu Ketua para Anbiya' dan Aulia' dari segi keruhaniannya. 

Hanya Muhammad (iaitu Hakikat atau Roh Muhammadiyyah) itu saja yang boleh digelar Abdullah. Menurut Ibnul Arabi, nama Allah itu adalah Nama yang merangkumi semua nama2 Allah. Org2 Sempurna yg lain digelar Abdul Malik, Abdul Rab dan sebagainya, iaitu mereka ini dianggap sbg org bawahan atau penzahiran Abdullah, ketua hirarki itu. Wallahu ta'ala a’lam. (Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri).

No comments:

Post a Comment