MATA HATI ialah mata bagi hati atau boleh juga dikatakan kebolehan mengenal yang dimiliki oleh hati yang dipanggil batin dalam keadaan ghaib atau dipanggil kalbu atau hati. Hati yg dimaksudkan bukanlah seketul daging yang berada di dalam tubuh. Ia merupakan HATI ROHANI atau HATI SENI. Ia termasuk di dalam perkara2 ghaib yang diistilahkan sebagai LATIFAH RABBANIAH atau hal yang menjadi Rahsia Ketuhanan.
Apb di dlm keadaan suci bersih ia dapat mendekati Tuhan dan ia adalah suatu utama yg dinilai oleh Allah iaitu niat atas sesuatu amalan itu. Hati rohani ini juga memiliki nyawa yg dibahasakan sbg ROH. Mata hati juga mempunyai sifat yg berkemampuan mencetuskan pemahaman dan pengetahuan yg dipanggil AKAL yang juga termasuk di dlm golongan Latifah Rabbaniah yg tidak mampu dihuraikan. Akal jenis ini berguna bagi pengajian tentang ketuhanan. Batin juga mempunyai deria yg mengenal perkara ghaib dan deria ini dinamakan BASIRAH atau MATA HATI yg syuhud atau menyaksikan kpd yg ghaib.

CONTOH: Bila diletakkan pada lidah terasalah manisnya. Ketika menikmati kemanisan itu kita seolah-olah memandang jauh kepada sesuatu yg tidak ada di hadapan mata. Kelakuan merenung jauh itu sebenarnya adalah terjemahan kepada perbuatan mata hati memandang kepada hakikat gula iaitu manis.
Bagaimana rupa manis tidak dapat diceritakan tetapi mata hati yg melihat kepadanya mengenal bahawa gula adalah manis. Mata hati yang hanya berfungsi setakat mengenal manis, tajam, pedas dan yang seumpamanya masih dianggap sebagai mata hati yang BUTA kerana mata hati hanya dianggap celik sekiranya ia mampu melihat urusan ketuhanan di sebalik yang nyata dan yang tidak nyata.

Kekuatan suluhan mata hati bergantung kpd kekuatan hati itu sendiri. Semakin bersih dan suci hati bertambah teranglah mata hati. Fungsi mata hati ialah melihat yg hakiki. Mata hati yg mampu melihat dunia secara keseluruhan sbg satu wujud akan mengenali apa yg hakiki tentang dunia itu. Oleh sbb penyaksian mata hati bersifat tidak dapat dinyatakan secara terang, mata hati berfungsi mengenal perkara yg ghaib.
Makrifat atau pengenalan kpd keabadian atau hari akhirat akan melahirkan kesungguhan pada menjalankan amanat Allah s.w.t iaitu mengerjakan perintah2Nya dan menjauhi larangan2Nya. Amanat itu akan terus dibawa oleh para hamba utk diserahkan kembali kpd Allah s.w.t yg meletakkan amanat tersebut kepada mereka. Makrifat mata hati yg demikian melahirkan sifat takwa dan beramal salih. Apabila takwa dan amal salih menjadi sifat seorg hamba maka masuklah hamba itu ke dlm jaminan Allah s.w.t. Wallahu ‘alam.

No comments:
Post a Comment