Kata Saidina Ali ra: “Sesungguhnya aku telah menyaksikan kesan dari Para Sahabat Rasulullah saw, aku tidak pernah melihat seorang pun seperti mereka. Demi Allah, pada waktu pagi rambut mereka kusut, berdebu, dan wajah2 mereka pucat, di antara mata mereka terdapat tanda seperti seorang Musafir. Keadaan itu oleh kerana mereka berjaga pada waktu malam membaca Kitab Allah, mereka rukuk dan sujud kepada Allah.
Jika nama Allah disebut, bergetar hati mereka sebagaimana bergetarnya pohon pada hari terjadi angin kencang, lalu mata2 mereka mengalirkan air mata hingga membasahi pakaian2 mereka”. (Hilyah al-Awliya’). Ketika manusia lain sedang nyenyak dibuai mimpi, sang hamba pula sibuk bermunajat dengan Kekasihnya. Beginilah generasi MUTTAQIN. Ketenangan malam tidak dihabiskan hanya untuk kerehatan diri, tetapi juga diperuntukkan utk Allah Azza wa Jalla, khusus untukNya.
Kerinduan, pengaduan, rintihan, masalah, segala-galanya dilepaskan sepuasnya di hadapan yang Maha Mendengar penuh pengharapan. Setiap patah yang keluar dari bibirnya pasti didengari olehNya dan langsung tidak disia-siakan.Sepotong Hadith Sahih yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari, sabda Baginda saw: “Tuhan kami yang Maha Suci lagi Maha Tinggi turun ke langit dunia ketika sepertiga malam, seraya berfirman: 'Siapakah yg berdoa kepadaKu, hingga Aku perkenankan doanya, siapakah yang memohon kepadaKu hingga aku mengabulkan permohonannya, dan siapakah yg memohon keampunan kepadaKu hingga aku mengampuninya” (Riwayat Bukhari).
Manfaatkan kegelapan malam sebaik mungkin kerana di sana ada kelebihan yang Allah limpahkan untuk hamba2Nya. Generasi Sahabat r.a serta Salaf al-Soleh silam memenuhi ruang ini secermatnya kerana keyakinan mereka yang menebal terhadap janji2 Allah, natijahnya mereka cukup dikenali di langit dan di bumi kerana kemuliaan yg dikecapi. Inilah sepatutnya yang kita lalui, raihlah peluang ini selagi masih diberi peluang bertemu dengannya kerana mungkin esok bukan lagi milik kita. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment