Beruntunglah orang yang lebih disibukkan oleh aibnya sendiri daripada sibuk dengan aib-aib orang lain. Beruntunglah orang yang tidak mengenal orang-orang dan orang-orang pun tidak mengenalnya. Dan beruntunglah orang yang hidup, tetapi dia seperti orang yang mati; dan dia ada, tetapi dia seperti orang yang tidak ada. Dia telah menjadikan tetangganya terbebas dari kebaikan dan keburukannya. Dia tidak pernah bertanya tentang orang-orang, dan orang-orang pun tidak pernah bertanya tentang dirinya.
Maka hendaklah seseorang di antara kalian menjauhkan diri dari aib orang lain yang diketahuinya kerana dia mengetahui aib dirinya sendiri. Dan hendaklah dia menyibukkan diri dgn bersyukur kerana kesihatan yang diberikan Allah kpdnya, sementara org lain mendapatkan cubaan dgnnya (ditimpa penyakit). Maka bagaimana seorang pencela, iaitu yang mencela saudaranya dan mencemuh dgn musibah yg menimpa saudaranya itu? Apakah dia tidak ingat bahwasanya Allah telah menutupi dosa2nya, padahal dosanya itu lebih besar dpd dosa saudaranya yg dicela itu? Janganlah engkau tergesa2 mencela seseorang kerana dosanya. Sebab, barangkali dosanya telah diampuni. Dan janganlah engkau merasa aman akan dirimu kerana suatu dosa kecil. Sebab, barangkali engkau akan diazab kerana dosa kecilmu itu.
No comments:
Post a Comment