Ada kalangan ahli makrifat menegaskan bahwa AKU itu adalah ROH, dengan kata lain yang sebenar-benar Diri itu adalah Roh yang tiada kaitannya dengan Rabbul Izzati, walaupun Roh itu adalah urusanNya dan tajalliNya. Ibarat Roh itu setitik air, dan lautan itu adalah Rabbul Izzati, Setitik air itu berasal dari lautan dan kembali jua kepada lautan, Seorang yang mengenal dirinya berarti mengenal Roh lantas Roh itulah pula yang kembali kepada Allah serta mengenal Allah, bukan badan wadahnya, karna badan wadahnya akan kiamat dan musnah. Pendapat ini memang benarnya adanya, dari sudut yang mereka faham dan lihat, Namun bagi para ahli sufi yang berfahaman Wahdatul Wujud dan Wujudiah, mereka berpandangan lebih dalam lagi dan lebih jauh dari apa yang dikatakan pada awal tadi
Sebagaimana kefahaman sufi besar Syekh Abdul Karim al-Jili beliau lebih cenderung memandang kepada "Wujud Mutlak" sebagai Yang Qadim daripada memandang "yang lain" sebagai yang hudus, Justru itu beliau berpendapat, rumusan seperti tentang Hakikat Muhamadiyah atau Roh Muhammad itu yang menjadi titik-tolak sumber segala kejadian adalah sebenarnya tidak Qadim dan merupakan yang baru. Ini berbeza dengan pendapat Syekh Ibnu Arabi yang mengatakan Hakikat Muhammadiyah atau Roh Muhammad itu antara yang Qadim dan yang bukan Qadim, maka dengan itu dikatakan sebagai Mumkinul Wujud, dikatakan Qadim ketika Hakikat Muhammadiyah atau Roh Muhammad itu berada di dalam aspek Ketuhanan, tidak dikatakan Qadim pula apabila ianya di dalam aspek kemakhlukan
Namun Mansur Al-Hallaj, orang pertama yang mengasaskan gagasan Hakikat Muhammadiyah atau Roh Muhammad itu mengatakan adalah semata-mata Qadim dan tidak lain dari Kunhi Zat itu sendiri, Lantaran itulah mengapa Al-Hallaj dihukum bunuh atas pernyataan dirinya adalah Ana Al-Haq. Syekh Abdul Karim al-Jili mengatakan bahwa Hakikat Muhammadiyah atau Roh Muhammad itu tidak Qadim kerana beliau berpandangan "WUJUD" yang sebenarnya ADA ialah hanya satu jua yaitu "WUJUD Allah" . Dengan itu ahli sufi lebih memfokuskan pandangan mereka tentang Wujud saja dan siapakah sebenarnya yang Wujud, tidak lagi memperdulikan aspek-aspek yang lain seperti Qalbu, Roh, Nur, Rahasia, Insan dan seluruh Alam Semesta
Apabila mereka "TENGGELAM" di dalam Wujud Murni, di sana tidak ada "HAMBA" dan "TUHAN" ... malah yang dikatakan TUHAN sendiri dan yang disembah oleh setiap makhluk pun TIDAK ADA, maka yang sebenarnya ada hanya Wujud Allah yakni DIA Yang Maha Ghaib yang memuji dan mengagungkan DiriNya sendiri. Lantaran itu sesetengah ahli sufi yang arifbillah berpegang teguh kepada sabda Nabi saw : “Barang siapa yang mengenal dirinya, kenAllah ia akan tuhan-Nya”. Justru itu pada hakikatnya mengenal diri itu sebenarnya adalah mengenal Allah, bukan sebagaimana mengenal diri itu adalah semata-mata mengenal diri, DIRI yang sebenar-benarnya Diri itu tidak lain adalah Allah semata-mata, bukan qalbu, bukan Roh, bukan Nur dan juga bukan Sirr
Maka di sini timbul pertanyaan, siapa pula AKU dalam diri manusia itu? Adakah ianya Roh, Qalbu, Sirr atau yang sewaktu dengannya? AKU itulah yang hidup dan wujud di dalam diri manusia, AKU itu Esa dan sebenarnya bukan bertempat yakni tidak di dalam manusia atau di luar manusia dan tidak pula berpisahan dengan manusia, tetapi AKU meliputi diri manusia itu. Maksud meliputi di sini ialah kebersamaan AKU pada diri manusia, Jika AKU tidak bersama manusia, maka bagaimanakah AKU dapat dikenal? Siapakah AKU? Yang mengaku ‘aku si orang kaya’, ‘aku si orang alim’, ‘aku si cantik molek’, ‘aku yang punya keturunan dan ‘aku..., aku..... aku seterusnya....” itu semua bukanlah Diri Yang Haqiqi dan AKU Yang Mutlak, melainkan itu semua adalah gambaran-gambaran yang muncul di Alam Mitsal JUA. Ibarat buih-buih ombak di atas permukaan lautan, apabila hilangnya buih-buih ombak itu maka jelaslah rata-rata akan lautan yang sebenarnya.
Adanya ‘aku dan keakuan’ itu disebabkan kesan dari perlimpahan sifatKu yang banyak dan berbeza-beza supaya mengenali AKU, AKU adalah zahirnya DIA dan DIA adalah batinnya AKU, AKU adalah Diri yang sebenar-benar Diri, RohKu itu bukan AKU tetapi adalah Cermin HayatKu. Dengan RohKu itulah maka dapat menghidupkan dan menggerakkan semua makhlukKu, Dalam RohKu itulah AKU melihat DiriKu di luar Diri, AKU hanya dapat melihat KesempurnaanKu hanya dalam RohKu yang Kuhembuskan dalam jasad manusia. Manusia itulah BayanganKu di dunia ini dan dialah KhalifahKu, Justru itu hanya manusia yang boleh mengenal AKU dengan sempurna sebagaimana AKU patut dikenali, manakala makhluk-makhluk lain ATAU para malaikat sekalipun hanya boleh mengenali AKU setakat mana mereka mampu mengenal diri mereka sendiri
Tetapi RohKu itu terlalu hampir dengan AKU, Hampirnya RohKu dengan AKU adalah sewujud, maka tiada yang wujud kecuali AKU, Ibarat orang yang memandang cermin, dalam cermin terbayang Wajah, itulah WajahKu. Saat WajahKu memandangku kembali dan berkata-kata kepadaKu, sesungguhnya pandangannya itu dan kata-katanya itu adalah pandanganKu dan kata-kataKu jua. Pada zahirnya tampak dua tetapi hakikatnya satu, Yang Satu itulah Jauhar yang menzahirkan yang banyak tetapi tidak merubah hakikat Yang Satu itu, AKU bukan Roh, bukan yang ada di dalam cermin, cermin itu kosong semata-mata, AKU adalah Ana Al-Haq. KesempurnaanKu terwujud pada manusia menurut citraKu, Jika hendak melihat bagaimanakah AKU, lihatlah pada wajah manusia yang sedang tersenyum, di situlah AKU sebegitu terang dalam makrifat-MU
Hakikat dari perbuatan ahli makrifat mereka melihat Allah diatas sesuatu awal dan akhir kesudahan. Perbuatan ahli makrifat itu selalu disalah tafsir dimata mereka yg masih lg jahil dlm ilmu ini. Mereka menghukum pada zahir dari apa yg mrka lihat sedang bg mrka yg bermakrifat tidak bermaksud sedemikian yg disangkakan itu. Jika ketika mereka menundukan kepala tanda hormat kepada seseorg sama ada kpd mrka yg bertakabbur atau sesama mereka dan org lain krn mrka mlht sifat-sifat Allah yg tertajali pada demikian itu bkn mrka hormat pada identiti diri mrka yg bertakabbur itu. Mrka menyaksikan Allah dlm semua perkara dan menyaksikan sifat-sifat Allah pada mereka itu bukan pada zahir diri mereka. Diri tidak memiliki wujud hakiki. Selain Allah tidak ada wujud hakiki. Yang tidak ada wujud hakiki tidak ada bgnya sifat sendiri. Oleh krn itu mrka rukuk kpd Allah tidak kpd yg lain.
No comments:
Post a Comment