Inilah pelajaran untuk Makrifat mengenal Allah dan menghilangkan keduniawian serta mempelajari ilmunya dengan meniadakan atau menghilangkan diri/tubuh pada tingkah laku kita, maka tidak termasuk lagi pada huruf “HA“ dan tidak boleh lagi dikata atau disebut Allah. Bila mana dengan jalan pelajaran mematikan diri/tubuh seperti : Zat, Sifat, Asma dan Af’al yang ada pada kita.
Jika sudah kita tidak ada (memaknakan diri/tubuh) inilah yang dimaksud menyerahkan diri kepada Allah Ta’ala, maka bertemulah kita Ghaib di dalam Ghaib, Ujud di dalam Ujud, Zat di dalam Zat, Sifat di dalam Sifat, Asma di dalam Asma, Af’al di dalam Af’al, Sir di dalam Sir, Rahasia di dalam Rahsia dan Rasa di dalam Rasa yang menerima Zauk atau Widdan.
Dalil yang menunjukkan hilangnya diri kepada Allah Ta’ala sebagai berikut:
1). “TIZIBUL BADANI SARAL QALBI” ertinya Hancurkan Badan jadikan Hati.
2). “TAZIBUL QALBI SARANRUH” ertinya Hancurkan Hati jadikan Ruh.
3). “TAZIBUL RUHI SARANNUR” ertinya Hancurkan Ruh jadikan Nur.
4). “TAZIBUNNURI SARAS SIRRI” ertinya Hancurkan Nur jadikan Rahsia.
5). “TAZIBUSSIRRI ILLA ANA ILLA ANA” Ertinya Hancurkan Rahsia jadikan Aku ya Aku yang Mutlak, dan yang sebenarnya Aku itu adalah Rahsia sekalian Makam Manusia yang berada di dalam hati atau batin.
6). “ALQOLBU KAMASALIL MURA WANAJRA FIIHI RABBAHU” Ertinya Hati Manusia itu diumpamakan Cermin, apabila dilihatnya Cerminnya, maka kelihatanlah Tuhannya dari pada Rahsia, kerana rupa kita yang berada di dalam batin inilah yang diakui oleh Allah, sebab rupa dari Rahsianya.
7). Allah Ta’ala berfirman: “AL INSAN SIRRI WASIRRI WASIFATI LA GHAIRI” Ertinya Insan itu adalah Rahsia-Ku dan Rahsia-Ku itu adalah tidak lain dari pada Zat-Ku yang Wajibbal Wujud.
8). Allah Ta’ala berfirman: “AL QALBI HAYATI SIRRI ANA ILLA ANA” Ertinya Di dalam missal itu hati, di dalam Sir-Ku adalah Aku Rahsia segala Insan yang ada di dalam Batin. Demikianlah yang sebenarnya untuk mengenal Allah Ta’ala.
9). Allah Ta’ala berfirman dalam Hadits Qudsi “MAN ‘ARA FAllah FAHUWALLAH ” Ertinya Dengan sesungguhnya siapa yang mengenal Allah, maka ia bernama Allah dan Muhammad, kerana hayat itu adalah hidup dengan sendirinya yang berasal dari Hayyun, sedangkan Manikam itu ertinya ketuhanan, itulah sifat Allah Ta’ala yang dizahirkan kepada Muhammad dan Adam serta Insan dari kenyataan kelakuan yang disertai dengan sifat, Hayat, Ilmu, Kudrad, Iradat, Sama’, Bashar, Kalam.
Maka tajallilah Zat Muhammad dan Adam serta Insan dan Diri/tubuh yang dijadikan dari pada 4 (empat) macam yaitu :
- Mada
- Madi
- Mani
- Manikam
Ertinya Ketuhanan yang disertai dengan sifat yang tersebut di atas pada kenyataan sesuatu faedah kelakuan (martabat).
10). “MAN ALIFU KHALAK NARU WAHUWA RUHUL INSANU” Ertinya : Hilangkan huruf Alif, jadikan Nama atau Asma Manusia, Fanakan dirimu di dalam Zat Allah.
11). “LAM AWAL KHALIFATUHIY WAHUWA HAFSAL INSANU” Ertinya : Hilangkan huruf Lam Awal, jadikan Nafas Manusia, Fanakan Sifatmu di dalam Sifat Allah.
12). “LAM AKHIR KHALAKA ASMAI WAHUWADDARUL INSAN” Ertinya : Hilangkan Huruf Lam Akhir, jadikan Daerah Manusia, Fanakan Namamu di dalam Nama Allah.
13). “WAA HAA, I, KHALAKAL ARDHI WAHUWA BADANUL INSANU” Ertinya : Hilangkan Huruf “H”, jadikan Badan/Tubuh Manusia, Fanakan Af’almu di dalam Af’al Allah.
Erti dari nama Allah:
Alif : Jari kelingking menjadi Huruf Alif
Lam Awal : Jari Manis menjadi Huruf Lam Awal
Lam Akhir : Jari Tengah menjadi Huruf Lam Akhir
Ha : Jari Telunjuk dan Ibu Jari menjadi Huruf Ha.
Ertinya Empat Anasir Diri pada Tubuh :
Ertinya Nafas : Menjadi Huruf Alif
Ertinya Air Liur : Menjadi Huruf Lam Awal
Ertinya Darah : Menjadi Huruf Lam Akhir
Ertinya Hawa dan Rasa : Menjadi Huruf Ha.
Ertinya Nafas : adalah Angin
Ertinya Air Liur : adalah Air
Ertinya Darah : adalah Api
Ertinya Hawa dan Rasa : adalah Bumi/Tanah.
Demikianlah penjelasan apa yang dimaksudkan erti Nama Allah yang ada pada Diri kita, agar dapat diketahui sebagaimana yang dipelajari oleh Guru.
AKU YANG ADA DALAM RAHSIA DIRIMU ITU ADALAH NUR ILAHIAH YANG MANA KAMU PERLU KENALI DAN HAYATI KERANA IA ADALAH HAKIKAT DIRIMU.
AKU lah yg menggerakkan setiap gerakan yang kau lihat dan rasa dan akulah yang berada dibalik kedudukan tsb.
AKU KETUHANAN berbeza dengan AKU KEHAMBAAN dan AKU TUHAN berbeza dengan AKU HAMBA.
AKU ADALAH HAMBA YANG MENERIMA AMANAH DARI TUHANKU DARI ALAM YANG MAHA GHAIB (ghaibul ghuyyub) yaitu DZATUL HAQ. AKU-lah yang menjalankan pekerjaan Tuhan pada KEADAAN KEHAMBAAN
Oleh kerana itu Tuhan ku Menamakanku ENGKAULAH QODIM PADA KETUHANAN-KU dan ENGKAULAH MAHADDIST PADA KEADAAN KEHAMBAAN-KU.
Oleh kerana itu pastikanlah kamu dapat memahami akan martabatmu pada kedua-dua keadaanmu itu:
1) KETUHANAN MU
2) KEHAMBAAN MU
DIRIKU dan AKU adalah satu juga antara AKU dan Allah satu juga kerana POKOK DARI SEGALA yang ada (Wujud) itu ADALAH Allah juga.
Allah = Hakikat Dari Segala Ciptaan
AKU = Ketuhanan - Rahsia Ilahiah
DIRIKU = Cahaya Ketuhanan
BADAN = Kenyataan Bagi Yang Ghaib
No comments:
Post a Comment