Saturday, January 30, 2016

PADA HAKEKATNYA SEMUA ITU TIDAK ADA

Kerana semua adalah permainan, pelakun dan sandiwara belaka! “Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau”  Kerana yang ada hanya Dia, Dialah yang Maha Ada, Sang Sutradara dan Sang pelakun dalam kehidupan ini. Semuanya selain Dia adalah pelaku-pelaku sandiwaraNYA, kita adalah sebagai pemain atau pelakun sandiwara dalam kehidupan ini.

Kerana hakikatnya semua adalah tiada, bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa. Maka..

Ketika aku didalam diri lebur, maka muncullah AKU yang hakiki yang wujud

Ketika aku didalam diri ini mati, maka muncullah AKU yang hakiki yang HIDUP

Ketika AKU SEJATI (Tuhan) muncul, maka tiadalah aku kerana tidak mungkin AKU SEJATI (TUHAN) bersanding dan bersekutu dengan ciptaanNYA

LAA ILAHA ILLAllah WAHDAHU LAASYARIIKALAH
TIADA TUHAN SELAIN Allah YANG MAHA ESA DAN TIADA SEKUTU BAGINYA

Ketika manusia lebur kedalam keesaanNYA maka kekuatan KEHAMBAAN muncul pada diri manusia, sehingga timbullah perasaan tidak mampu, tidak boleh merasa apa-apa, kerana semuanya adalah ciptaanNYA dan kehendakNYA. “Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu."

Ingat…..!!! Kerana sesungguhnya diri ini perlu kepada AKU yang hakiki (Sang Pencipta). Sebab aku ada kerana AKU yang hakiki yang mengadakan, kerana aku (diri ini) bukanlah apa-apa dan bukanlah siapa-siapa. Maka sumber dari semua kehidupan, ilmu pengetahuan, bahkan agamapun berasal dari AKU HAKIKI bagi yang mampu melebur kepadaNYA. Maka bahagialah bagi diri yang hina ini bila dikaruniai untuk lebur kedalam samudera TAUHIDNYA

Ya Allah, sebagaimana keahlian ada pada-MU, limpahkanlah Shalawat salam barokah atas Junjungan kami, Pemimpin kami, Pemberi Syafa’at kami, Kecintaan kami, dan Buah jantung hati kami Nabi SAW yang sepadan dengan keahlian Beliau, kami bermohon kepada-MU Ya Allah, dengan hak kemuliaan Beliau, tenggelamkanlah kami didalam pusat dasar samudra ke-Esaan-MU sedemikian rupa sehingga tiada kami melihat dan mendengar, tiada kami menemukan dan merasa, dan tiada kami bergerak maupun berdiam, melainkan sentiasa merasa didalam samudra Tauhid-MU dan kami bermohon kepada-MU Ya Allah, limpahilah kami ampunan-MU yang sempurna Ya Allah ni’mat karunia-MU yang sempurna Ya Allah, sadar makrifat kepada-MU yang sempurna Ya Allah, cinta kepad-MU dan menjadi kecintaan-MU yang sempurna Ya Allah, redha kepada-MU dan memperoleh redha-MU pula yang sempurna. Ya Allah, limpahkanlah sholawat salam dan barokah atas Beliau Nabi dan atas keluarga dan sahabat Beliau sebanyak bilangan segala yang diliputi oleh Ilmu-MU dan termuat di dalam Kitab-MU, dengan Rahmat-MU Ya Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Aamiin

Ingat…!!! Ketika yang Maha Esa memberi kurnia yang agung sehingga diri ini lebur kedalam samudera Tauhidnya maka muncullah AKU yang dahsyat, AKU yang mutlak, AKU yang absolute, AKU yang Maha Ada!, maka tidak aku (yang hak) selain Allah (AKU YANG ABADI). “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku’’. Ternyata didalam aku sebagai makhluk masih ada AKU yang sejati dan yang AKU yang kekal, sehingga aku yang ada didalam diri ini harus hancur kerana aku adalah ciptaan bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa, maka temuilah AKU yang kekal dan sejati itu niscaya hatimu akan menjadi tenang. Semoga Allah SWT anugerahkan kefahaman pada kita. Aamiin InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment