Friday, January 29, 2016

HURUF-HURUF MUQATAAT

(semua menjurus kepada Rasulullah s.a.w)

1. Kaf Ha Ya Ain Sod

Kaf – Kau adalah kesempurnaan kewujudan , kau adalah gua (kahf) kewujudan di mana semua yang wujud mengambil perlindungan.

Ha- Kami (Allah) sudah menyediakan (hayya’ ana) untuk mu kerajaan

Ya , Ayn – Wahai (ya) yang merupakan mata air (ayn) kepada segala mata air dan sumber rahsia yang tersimpan !

Sod - Sifat (sifat) ku ada dalam dirimu , oleh itu “jika seseorang patuh kepada Rasul , maka dia patuh kepada Allah “ ( surah 4:80)

2. Ha Mim Ayn Sin Qaf

Ha – Kami menjadikan mu dicintai (habbabnaka)

Mim – Kami telah menghadiahkanmu kerajaan agung ( mallaknaka)

Ayn – Kami telah memberikanmu ilmu (‘allamnaka)

Sin- Kami sentiasa berkata secara rahsia denganmu (saranaka )

Qaf – Kami telah menjadikanmu dekat (qarrabnaka) dengan kami

Seperti yang dikatakan oleh Imam Hasan Basri (q.s) “Al-Quran mengandungi ilmu tentang segala-galanya dan ilmu al-Quran itu terkandung dalam Huruf yang terletak di awal surah".

Menurut S. Abdul Qadir Jilani (q.s) pula :

Mim , ( pada nama “Muhammad”) adalah mamlakati – kerajaan.

Haa , Rahmati –rahmat

Mim , ilmi -ilmu

Dal, dalalati –petunjuk

Alif , (dalam nama Ahmad) jabaruti – kekuatan dan kekuasaan

Haa, rahamuti – rahmat yang tersembunyi

Mim, malakuti – kepemerintahan (sovereignty)

Dal-hidayati , petunjuk

Lam , altafil khafiyyati –kebaikan yang tersembunyi

Ra, ra’fatil khafiyati – kesayangan yang tersembunyi

Nun, minanil wafiyyati –kebaktian yang sempurna

Ayn ,’ainil inayati –pemeliharaan dan keprihatinan

Kaf , kifayati – kecukupan

Ya , siyadati- kepimpinan

Sin , sa’adati-kebahgiaan

Qaf , qurbi-kedekatan

Ta, sultanate- kesultanan

Haa, ‘urwati – ikatan (persahabatan)

Sod , ‘ismati – pemeliharaan.

Semua ilmu ini amat penting terutama apabila kamu ingin kembali “menemui janjimu” dengan Allah subhanahu wata’ala seperti yang disebutkan oleh Saidina Ali kar. bahawa apabila Allah s.w.t telah mengambil janji dengan para arwah , Dia merekodkannya pada batu Hajar Aswad seperti yang dibaca dalam doa apabila mencium Hajar Aswad :

“Wahai Tuhan ku ini adalah mengimaniMu , memenuhi janji kepadaMu dan pengisyitiharan kebenaran catatanMu ! “

Iaitu membenarkan peristiwa “alastu birobbikum “(seperti dalam ayat Al- ‘Araf 7:172) , dan seterusnya menjalankan Syiar Islam seperti yang diperintahkan olehNya.

Kalam Shaykh Jalaluddin ar-Rumi rah. :

“Ketika akal kamu baru menemui seekor unta untuk dinaiki ke Haji , Cinta (dalam diri) sudah pun mula mengelilingi Kaabah!”.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Saidina Ali kar ( dan diterima melalui jalur hadith Imam Ad Darimi rah.), mafhumnya :

“Pada hari Badar , aku berada di situ dan kami berlindung di bawah Rasulullah s.a.w yang paling hampir dengan musoh. Pada hari itu baginda s.a.w adalah yang terhebat dari semua mujahidin yang berjuang".

Sebahagian sahabat r.a meriwayatkan bahawa baginda s.a.w menaiki seekor kuda dan memakai serban berwarna merah dengan menghunus pedang .

Warna-warna : Aura ahli Al-Soff

Rasulullah s.a.w : hijau

1. Adam a.s : kuning
2. Ibrahim a.s : Merah
3. Musa a.s : Putih
4. Sulaiman a.s : biru
5. Nuh a.s : merah
6. Yunus a.s : biru
7. Isa a.s : hitam
8. Sh. Abdul Qadir Jilani q.s : hijau
9. Sh. AlFurqanis Sibghatullah q.s : keemasan

Lain-lain :

1. Nabi Khidr a.s : keemasan
2. Saidina Ali kar .: keemasan
3. Sh. Ahmad al Badawi q.s : merah
4. Sh. AlMisbahu Fil Misbah (diriku) : biru (salah satu nama rahsiaku yang lain ialah Qubah al-Zarqa)

No comments:

Post a Comment