Sunday, January 10, 2016

ULAMA CHINA : PERMATA YANG TERSEMBUNYI

Menurut catatan sejarah, China menerima Islam sejak zaman sahabat lagi. Kini jumlah tidak rasmi umat Islam di China dikatakan lebih 100 juta orang. Dengan waktu yang lama dan jumlah yang besar ini, China sebenarnya melahirkan ramai para ulama. Namun dasar tertutup China sejak zaman Dinasti Qing serta dasar 'dingin' dan 'keras' terhadap agama Islam menyebabkan ramai para ulama China ini "tersembunyi". Dasar ini disambung sehingga ke zaman Mao Ze Dong.

Sekiranya China meneruskan polisi "mesra" Islam sebagaimana zaman dinasti Tang, Yuan & Ming, barangkali wujud pusat pengajian Islam tumpuan dunia seperti Deoband dan Mazahirul Ulum di India. Maka sudah tentu kita akan mengenali ulama2 China ini seperti mana ulama2 India semasyhur Maulana Ilyas, Maulana Zakariyya, Maulana Abu Hassan Ali An Nadwi, Maulana Abul A'la Al Maududi & lain2. Saya menemukan makam beberapa orang ulama China yang hidup sezaman Syeikh Samad Al Falimbani, Syeikh Arsyad Al Banjari & lain. Pada zaman ini, jika para ulama Nusantara diuji dengan kuasa penjajah barat & Siam, para ulama di China pula diuji dengan kekerasan dinasti Qing.

Antara makam ulama yang ditemui ialah Syeikh Dhiyauddin yang alim lagi faqih. Beliau wafat pada 17 Safar 1190 H bersamaan 16 April 1776 M. Manakala seorang lagi adalah Syeikh Tariqat Syazuliyyah yang tidak dapat dikenal pasti namanya. Kedua2 makam ini terletak di Guangzhou, China. (Jemput datang ke program Hikmah pada 17/9/2016 di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara - Hasanuddin Yusof).

No comments:

Post a Comment