Tidak ada yang bisa memberikan manfaat kepada hati seperti uzlah, yang di dalamnya seseorang memasuki dunia tafakkur.
Bagaimana mungkin hati akan bersinar sementara gambaran dunia melekati cerminnya?!
Bagaimana mungkin berjalan menuju Allah, sementara diri terbelenggu syahwat?!
Bagaimana mungkin dapat memasuki hadhirat Ilahi, sementara diri belum bersih dari najis kelalaian?!
Bagaimana mungkin berharap dapat memahami berbagai rahsia, sementara diri belum bertaubat dari kekeliruan?! - Syeikh Ibnu Athaillah as-Sakandari
Habib Najmuddin Othman al-Khered berkata; "Uzlah itu ialah mengasingkan diri. Uzlah itu ialah sunnatul anbiya'. Para Nabi juga beruzlah. Di antaranya Baginda s.a.w beruzlah ke Gua Hira'. Mengasingkan diri. Uzlah itu merupakan tuntutan juga pada siapa pun. Tapi ianya disesuaikan dengan zaman. Pada zaman kita sebenarnya, kita sangat perlu untuk beruzlah. Dan i'tiqaf merupakan salah satu bentuk uzlah. Untuk kita mengasingkan diri daripada dunia ataupun perkara-perkara yang menganggu kepada kita daripada amal dan kedekatan kita dengan Allah s.w.t.
Tapi uzlah yang paling tepat untuk kita pada zaman ini adalah uzlah LISAN. Yang kalau dulu mereka orang-orang yang terdahulu mencari gua untuk mereka beruzlah, maka pastikanlah lisanmu itu sentiasa berada di dalam gua iaitu di dalam mulutmu ini. Tidak mudah untuk kamu buka dan juga nak keluarkan. Uzlahlah. Banyakkan ia beruzlah. Simpan dengan gua daripada mulut ini. Itu uzlah pada zaman ini.”
No comments:
Post a Comment