001). Imam Al-Ghazali dalam Kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Ihya Ulumuddin: Rasulullah saw: “Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memberinya cubaan. Jika dia bersabar, maka Dia akan memilihnya. Dan, jika dia rela (menerima cubaan itu), maka Dia akan menyuci kannya.” (HR Ad-Dailami melalui jalur Ali bin Abi Thalib). Menurut Imam Al-Ghazali, tanda paling penting tentang kecintaan Allah kpd seorang hamba adalah kecintaan hamba itu sendiri kepada Allah. Hal tersebut sekaligus merupakan bukti kecintaan Allah kpd hamba itu. Sedangkan perbuatan yg menunjukkan bahawa seorang hamba dicintai Allah adalah bahawa Dia membimbing langsung semua urusannya, baik lahir mahupun batin, baik secara terang2an ataupun rahsia. Dialah yg memberi petunjuk kpdnya, menghiasi akhlaknya, yg menggerakkan seluruh organ tubuhnya, serta meluruskan lahir dan batinnya. Dialah yg akan memfokuskan cita2nya pada satu tujuan (yakni Allah swt), menutup hatinya dari dunia dan merasa tidak berkepentingan terhadap selain Dia. Dialah yg menjadikan hamba tersebut merasa puas menikmati munajat dlm khalwat (kesendiriannya), juga menyingkap tabir antara Dia dan makrifat.
002). Berkata Imam Al Ghazali di dalam Misykatul Anwar bahawa mereka yang tidak mahu mengambil tahu tentang alam tinggi yakni alam rohani, maka dia lebih sesat lagi dari binatang, kerana binatang itu tidak dikurniakan sayap (iaitu akal dan keupayaan) untuk terbang ke alam tinggi itu.
003). Kata Imam Al Ghazali, 'andainya hati manusia ini tidak dikelilingi oleh syaitan nescaya hamba2 Ku akan menembusi Alam Malakut.’
004). Imam Al-Ghazali: “Ketika kamu merasai takdir Allah swt sentiasa tidak menyebelahimu pada kenikmatan dunia, terlampau banyak penderitaan dan bala bencana yg ditanggung, ketahuilah bahawa kamu mulia di sisiNya. Kamu punyai kedudukan istimewa di sisiNya. Sesungguhnya Allah swt pada ketika itu sedang meletakkan kamu di atas jalan Wali2Nya dan hamba2Nya yg terpilih. Ketahui lah Tuhanmu sentiasa melihatmu ketika itu dan tidakkah kamu pernah mendengar ayat Al Quran yg bermaksud: “Sabarlah dgn ketentuan Tuhanmu kerana dikau sentiasa dlm pemerhatian dan pengawasan Kami.”
005). Imam Al-Ghazali di dlm Ihya Ulumuddin berkata: Allah swt berfirman: “Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepada-Nya." (QS al-Bayyinah 98:8). Nabi Musa pernah berkata: “Ya Rabb, tunjukkanlah kepadaku amal yang mengandungi keredhaan-Mu supaya aku mengerjakannya”. Maka Allah mewahyukan kepadanya: “Redha-Ku ada dalam perbuatan yang engkau benci. Engkau tidak mampu bersabar pada perbuatan yang engkau tidak suka”. Nabi Musa berkata: “Ya Rabb tunjukkan kepadaku hal itu”. Allah swt berkata: “Keredhaan-Ku berada dalam keredhaanmu terhadap ketentuan-Ku”. Ketahuilah bahawa keredhaan adalah pintu Allah yang paling mulia. Barangsiapa yang menemukan jalan untuk menggapainya, maka ia akan berada di darjat yang paling tinggi.
006). Kata Imam Al Ghazali, kita bukan Nabi atau Rasul, yang direzekikan maksum, kita cuma insan biasa yang penuh dengan aib dan penyakit hati, Tasawwuf itu hadir sebagai ubat.
007) Imam Ghazali berkata: ”Dan ketahuilah bahawasanya lidah yg tidak dikawal itu dan hati yg tertutup dan dipenuhi dengan kelalaian dan syahwat adalah merupakan tanda kecelakaan seseorang. Dan apabila engkau tidak melawan nafsumu dan tidak bermujahadah dengan benar maka sudah pasti hatimu tidak akan hidup dengan Cahaya Makrifat."
008). Imam Al Ghazali: “Semua syahwat dunia bergantung pada nafsu, dan nafsu akan lenyap bersama kematian. Sebaliknya, kelazatan 'Makrifat kepada Allah' bergantung kepada kalbu, dan kalbu tidak akan rosak bersama kematian”.
009). Imam Al-Ghazali di dalam kitab Kimiya As-Sa'adah mengatakan: “Cinta adalah benih kebahagiaan. Cinta kepada Allah dapat ditumbuhkan dan dikembangkan melalui ibadah. Ibadah dan zikir yang terus menerus akan mencerminkan tingkat pengendalian dan pengekangan nafsu badan. Ini tidak bererti ia harus memusnahkan seluruh nafsu badan, kerana jika begitu maka ras manusia akan musnah. Namun, pemuas hasrat tubuh itu harus dikawal secara ketat. Dan, kerana manusia bukanlah hakim yang terbaik untuk menghukum diri sendiri, maka ia harus merundingkan penetapan kawalan batasan2 itu kepada pembimbing rohani, yakni para Nabi. Hukum yg mereka tetapkan berdasarkan wahyu Allah yg harus ditaati. Orang yang melanggar bererti telah menganiaya dirinya sendiri. Ramai orang mengaku mencintai Allah, tetapi kecintaannya sama sekali tak teruji. Untuk menguji rasa cintamu, perhatikanlah ke mana kau akan condong ketika perintah-perintah Allah datang bertepatan dengan hasrat keduniawianmu? Org yg mengaku mencintai Allah, namun tetap membangkang kpdNya, bererti pengakuannya itu dusta belaka”.
010). Ihya Ulumuddin: Diriwayatkan bahwa Nabi Daud as sudah lama menangis hingga melampaui batas, maka dadanya terasa sempit dan diselubungi oleh kesedihan yang mendalam. Beliau berkata: “Wahai Tuhanku, tidakkah Engkau kasihan dengan tangisanku ini?” Maka Allah swt mewahyukan: “Wahai Daud, apakah engkau lupa dengan dosamu dan ingat dengan tangisanmu?” Daud menjawab: “Wahai Tuhanku, mana mungkin aku lupa akan dosaku. Setiap kali aku membaca Zabur, air yg mengalir pun jadi berhenti, angin berhenti berhembus, burung hinggap di atas kepalaku dan binatang buas datang ke mihrabku dgn jinak. Wahai Tuhanku, keterasingan apa yg ada diantara diriku dgn dirimu?” Allah swt mewahyukan kpd nya: “Wahai Daud, itulah lembutnya ketaatan dan terasingnya kemaksiatan. Wahai Daud, Adam adalah salah satu dari makhlukKu. Aku ciptakan ia dengan kekuasaanKu. Aku tiupkan RuhKu ke dalam jasadnya. Para malaikatKu bersujud padanya. Aku pakaikan ia dengan pakaian KemuliaanKu. Aku beri ia mahkota dgn KemuliaanKu. Ketika ia mengadu kepadaKu tentang kesepiannya, Aku nikahkan ia dengan Hawa. Aku persilakan ia untuk tinggal di SurgaKu. Namun ia mendurhakaiKu sehingga Aku pun mengusirnya dari SisiKu dlm keadaan telanjang dan hina. Wahai Daud, dengarkanlah Aku, Sungguh! Aku ingin mengatakan kpdmu; jika engkau menanti Kami, maka Kami pun menantimu. Jika engkau memohon kpd Kami, maka Kami pun akan mengabulkan permohonan mu. Jika engkau mendurhakaiKu, maka Kami pun akan mengacuhkanmu. Dan jika engkau kembali kpd Kami seperti semula, maka Kami pun akan menerimamu.“
011). Imam Al Ghazali: Yang paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu, yang jika gagal dikendalikan maka kita akan menjadi penghuni neraka."
012). Imam Al-Ghazali, Ihya Ulumuddin: Abdul Aziz al-Makki berkata: “Siapa yg menghiasi diri dgn hiasan yg fana, maka hiasan itu akan menjadi bencana baginya, kecuali org yg menghiasi diri dengan ketaatan, keserasian, dan mujahadah. Sesungguhnya jiwa itu bersifat fana, harta2 adalah aib, dan anak2 adalah fitnah. Kerana itu, siapa yg gemar mengumpulkannya, menjaganya, dan menggantungkan hatinya dengan semua itu, ia telah memutuskan semua kebaikan2. Hamba Allah yang selalu taat tidaklah lebih utama daripada orang yang memerangi hawa nafsu, kekurangan harta benda, dan memutuskan bisikan2 hati. Kerana perlumbaan dlm kebaikan adalah berupaya utk menjauhkan diri dari kejahatan dan kejahatan pertama yg harus disingkirkan adalah cinta dunia”. Yahya ibn Mu‘adz al-Razi berpesan: “Hikmah dari langit akan turun ke dlm hati, yg di dlmnya tidak bersarang empat hal: bertekuk lutut kepada dunia, berangan2 kosong, iri terhadap sesama, dan mencintai org kaya”. Fudhail ibn ‘Iyadh mengatakan: “Semua kejahatan ditempatkan dlm satu rumah dan kunci pembuka kejahatan adalah cinta dunia. Serta kebaikan ditempat kan dlm satu rumah dan kunci pembuka kebaikan adalah zuhud terhadap dunia”. Dlm Syair disebutkan: “Kebaikan akan kekal sepanjang zaman dan kejahatan akan tetap tercela sepanjang waktu.”
013). Imam Al-Ghazali : “Kehidupan seorang muslim tidak dapat dicapai dengan sempurna, kecuali mengikuti jalan Allah swt yang dilalui secara bertahap. Tahapan2 itu antara lain: Taubat, Sabar, Faqir, Zuhud, Tawakal, Cinta, Makrifat dan Redha. Kerana itu seseorang yang mempelajari Tasawwuf wajib mendidik jiwa dan akhlaknya. Sementara itu, hati adalah cermin yang sanggup menangkap Makrifat. Dan kesanggupan itu terletak pada hati yang suci dan jernih.”
014). Risalah Imam Al Ghazali: Hai Anak! Sebahagian dpd nasihat Rasulullah saw kpd umatnya ialah katanya: “Tanda bahawa Allah berpaling dari seseorang ialah 'membuang buang waktu' kpd barang tidak berguna dan jika seseorang hilang barang satu saat dpd umurnya dlm mengerjakan sesuatu yg tidak ia jadikan Allah untuk mengerjakannya, patut sekalilah tidak putus putus sesalnya dan barangsiapa yg telah berumur lebih 40 tahun, sedangkan kebaikannya belum mengalahkan kejahatannya, maka baiklah bersedia sedia utk masuk neraka. Rasanya cukuplah bagi ahli ilmu apa yg terkandung dlm nasihat ini”.
015). Imam Al Ghazali mengatakan, jiwa harus merawat tubuh sebagaimana org mahu naik Haji harus merawat untanya. Tapi kalau ia sibuk dan menghabiskan waktunya utk merawat unta itu, memberi makan dan menghiasinya, maka Kafilah (rombongan) akan meninggalkan ia. Dan ia akan mati di gurun pasir. Artinya, kita boleh merawat yg bersifat fisik, tapi yg tidak boleh adalah kita tenggelam di dlmnya. Imam Al-Ghazali bertanya: “Apakah wang itu membuat mu gelisah? Org yg terganggu oleh wang belumlah menjadi seorg Sufi”. Jadi persoalannya bukan kita tidak boleh mempunyai wang. Justru, bagai mana kita mempunyai wang cukup tapi pada saat yg sama hati kita tidak terganggu dgn harta yg kita miliki.
016). Dari Kitab Mahabbah, Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali: Tak ada batas hujung makrifat. Allah swt berfirman kepada Daud a.s.: “Aku bersumpah pada diri-Ku sendiri bahawa Aku tidak akan memberi pahala kecuali kepada hamba yang sudah Aku ketahui semangat pencarian dan kehendaknya untuk memeluk-Ku dan terus menerus memerlukan Aku. Jika engkau melakukan itu, maka Aku akan mencabut kehinaan dan kemaksiatan dari dirimu. Aku pun menjadikan hatimu kaya raya. Aku bersumpah pada diri-Ku sendiri bahawa hamba-Ku tidak akan pernah merasa tenteram melihat semua perbuatannya sendiri sampai Aku menunjuknya sebagai wakil-Ku yang mengerjakan semua perbuatan itu. Sandarkanlah semua urusan kepada-Ku. Janganlah engkau berbuat sesuatu yang berlawanan agar engkau tidak merasa lelah. Siapa pun teman yang bersamamu tidak akan memberimu manafaat apa-apa. Engkau tak akan pernah menemukan batas akhir makrifat (pengenalan kepada Allah), sebab memang tidak ada batas hujungnya. Jika engkau terus menerus meminta tambahan makrifat, maka pasti Aku berikan juga. Sayangnya, kau tak akan pernah mencapai batas akhir tambahan-Ku itu.”
017). Imam Al Ghazali berkata di dlm kitab Bidayatul Hidayah: “Ketahuilah bahawasanya sifat yg tercela yg ada di dlm hati itu banyak sekali dan menyucikan hati dpd kekotoran itu berhajat kpd usaha yg berterusan. Manakala cara mengubatinya pula sangat susah dan telah hilang pula ilmu dan amal (yg mesti diikuti utk membersihkan hati) kerana org telah melupakannya dan mereka terlalu sibuk dgn menghimpunkan perhiasan dunia”.
018). Melatih diri membersihkan cermin hati: Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab Kimiya As-Sa’adah: Layaknya sebatang besi yg terus diasah dan digilap akan berubah menjadi cermin. Kalbu siapa pun akan mampu menerima ilham ilahiyah jika dilatih secara keras dan bertubi-tubi. Kebenaran inilah yg diisyarat kan oleh Rasululullah saw ketika beliau bersabda, “Setiap anak dilahirkan dgn fitrah (kecenderungan menjadi Muslim), orang tuanya kemudian menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Setiap manusia, di lubuk hatinya yang paling dalam kesedarannya mendengar pertanyaan, “Bukankah Aku Tuhanmu?” dan menjawab “Ya” Tetapi, kebanyakan hati manusia bagai cermin yang telah tertutup karat dan debu kotoran sehingga tidak dapat memantulkan gambaran yang jernih. Berbeda dengan hati para nabi dan wali, meski mereka pun memiliki nafsu seperti kita, namun sangat peka terhadap kesan-kesan Illahiyah.
019). Imam Al-Ghazali dalam Kitab Al-Mahabbah: Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi Musa a.s. berkata sesuatu kepada Allah: “Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membezakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?” Allah s.w.t menjawab: “Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya”. Musa bertanya: “Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?” Allah s.w.t menjawab: “Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berzikir kpdKu agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dlm azab dan siksaKu. Hai Musa, jika Aku membenci seorg hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kpdnya”. Musa bertanya: “Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?” Allah s.w.t menjawab: “Aku akan melupakannya berzikir kpdKu dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar ia terjerumus ke dlm lautan murkaKu sehingga ia merasakan siksa-Ku”.
020). Imam Al Ghazali pernah menukil... belajarlah kamu dengan 1000 kitab dan 1000 guru sekalipun... kalau kamu tidak mikraj rohani... ilmu itu sekadar hiasan akal... tidak pernah akan melepasi kerongkongan - Tn Syeikh Haji Alias asy-Syattari
021). Sesungguhnya jika engkau mencari ilmu dengan niat bersaing populariti, berbangga untuk mengungguli kawan-kawanmu dan mencari simpati orang keramaian, maka engkau sebenarnya telah berusaha menghancurkan agamamu, merosak dirimu sendiri, dan menjual kebahagiaan ahirat dengan kesenangan dunia. (Hujjatul Islam al-Imam Ghazali Rahimahullah Ta’ala)
022). Wahai anakku, Ilmu tanpa amal gila, dan beramal tanpa ilmu tidak menjadi. Ketahuilah, ilmu yang tidak menjauhkan engkau daripada maksiat pada hari ini, dan tidak juga mendorongmu untuk taat kepada Allah. Tentulah ia juga tidak dapat menjauhkan engkau pada hari esok daripada api neraka jahanam. Andainya engkau tidak beramal dengan ilmu pada hari ini, dan tidak berusaha menampung hari-hari yang telah lalu itu, kelak pada hari kiamat nanti engkau akan berkata: “… maka kembalikan kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh. “ Pada ketika itu nanti, akan dikatakan kepadamu: “Wahai si bodoh, engkau telah datang dari sana!” (Hujjatul Islam Imam al-Ghazali r.a.)
023). Ilmu yang memberi manfaat itu adalah ilmu yang menambahkan rasa takutmu kepada Allah, ilmu yang menambah celik mata hatimu terhadap keaibban dirimu, ilmu yang menambahkan ibadahmu kepada Allah, ilmu yang mengurangkan kasihmu kepada dunia, ilmu yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memelihara dirimu daripadanya, dan ilmu yang menampakkan kepada kamu segala tipu helah syaitan. (Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali).
024). Jika berjumpa dengan kanak-kanak anggaplah dia lebih mulia dari kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana dia sudah lama beribadat daripada kita. Jika berjuampa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia, kerana mungkin sautu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. (Imam al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala).
025). ”Orang beriman akan merasa bahagia ketika melihat orang lain mendapat anugerah dan kebahagian. Sebaliknya, ia bersedih ketika mereka ditimpa bencana atau kesulitan. Ia merasa seakan-akan telah menjadi bahagian mereka dan ikut merasakan apa yang mereka rasakan. Ia seakan-akan terlibat dalam kehidupan mereka meskipun apa yang mereka alami tidak terkait dengan kehidupan pribadinya.” (Syeikh Muhammad al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala)
026). ”Tuhanmu lebih berhak untuk terus kau syukuri. Dia telah berbuat baik kepadamu sepanjang waktu. Demi Allah, bersyukur kepada-Nya lebih mudah daripada membalas jasa manusia. Dia menyukai pujian dan syukur yang disampaikan hamba.” (Syeikh Muhammad al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala). Asy-Syibly menjelaskan, "Syukur adalah kesedaran akan Sang Pemberi nikmat, bukan memandang nikmat itu sendiri." Dikatakan, "Orang yang bersyukur adalah orang yang bersyukur atas apa yang ada(diberi), dan orang yang sangat bersyukur adalah bersyukur atas apa yang tidak ada(diberi)." Dikatakan, "Orang yang bersyukur berterimakasih apabila anugerah diberikan, dan orang yang sangat bersyukur berterimakasih apabila anugerah ditunda.”
027). Tasawwuf Al Ghazali jalannya meninggalkan kenikmatan dunia. Ada yang mengatakan sukar untuk mempratikkannya di akhir zaman ini yang penuh pancaroba. Tasawuf Ibnu Arabi jalannya meninggalkan wujud diri untuk menemukan Wujud Allah. Ada yang mengatakan doktrin Tasawwuf ini relevan untuk semua zaman dan kini semakin ramai yang kembali dan mencarinya, kerana tidak payah mencari Tuhan dan Dia sesungguhnya berada bersama kita walau di mana pun kita berada.
028). ”Orang yang tak memiliki cahaya tak mungkin dijadikan alat penerang oleh yang lain. Bagaimana bayangan akan lurus bila kayunya bengkok?” (Imam Al-Ghazali).
029). ”Jika nafsu itu tidak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh sungguh, maka sesekali hatimu tidak akan hidup bermakrifat.” (Imam Al Ghazali).
030). ”Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati. Cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya. Buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.” (Kalam Hikmah Imam Al Ghazali).
031). ”Syaitan itu bagai serigala, bila diusir dari arah yang satu, dia akan datang lagi dari arah yang lain”. (Imam Al Ghazali).
032). Sesungguhnya dalam hati tersimpan permata yang amat bernilai bagi manusia. Pertama, akal dan makrifah sebagai puncaknya yang menjadi pangkal dunia dan akhirat. Kemudian, mata hati boleh menentukan bagi mendapatkan kemuliaan di sisi Allah SWT. (Imam Al Ghazali)
033). ”Makrifat itu adalah melihat rahasia-rahasia Tuhan dan mengetahui peraturan-peraturan Tuhan tentang segala yang ada.” (Imam Al Ghazali).
034). ”Setiap manusia akan binasa kecuali orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan binasa kecuali yang beramal (dengan ilmunya), dan orang yang beramal juga binasa kecuali yang ikhlas (dalam amalnya). Akan tetapi, orang yang ikhlas juga tetap harus waspada dan berhati-hati dalam beramal”. (Imam Al Ghazali).
035). Aku tidak pernah berurusan dengan sesuatu yang lebih sukar daripada hatiku sendiri. Adakala ia bersamaku, adakala ia menentangku”. (Imam Al Ghazali).
036). ”Ilmu tanpa amal adalah gila, manakala amal tanpa ilmu tidak diambil kira.” (Imam Al Ghazali).
037). ”Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.” (Imam Al Ghazali)
038). ”Apabila seseorang menegur kamu dengan penuh hikmah dan kamu terasa dan marah dengan tegurannya, ketahuilah bahawa sudah ada sebesar-besar takabbur dalam hatimu." (Imam Ghazali).
039). Kata Imam Al Ghazali, untuk mendapat kesihatan yang baik jagalah pemakanan. Untuk mendapat jiwa yang baik, kawallah dosa. Dan untuk mendapat iman yang teguh, hantarkan selawat dan salam pada Baginda Rasulullah saw.
040). Imam Al-Ghazali: “Cinta kepada Allah dapat ditumbuhkan dan dikembangkan melalui ibadah. Ibadah dan zikir yang terus menerus akan mencerminkan tingkat pengendalian dan pengekangan nafsu badani”.
041). Orang menghitung dengan tasbih banyaknya mereka melafalkan "Asma Allah" dengan rasa puas-diri, tapi mereka tidak memakai tasbih untuk menghitung kata-kata kosong yang mereka ucapkan. Khalifah Umar bin Khattab R.A. berkata, "Timbanglah baik-baik kata perbuatanmu sebelum ditimbang di hari perhitungan."
042). Abu Hamid Al-Ghazali Q.s.
إن أردتَ أن يكونَ لكَ عزّ، لاَ يفنىَ فلا تستعزَّنَّ بعزِّ يفنىَ.
Jika engkau menginginkan kemuliaan Yang abadi, Jangan membanggakan kemuliaan yang Fana.
No comments:
Post a Comment