001). (QS Al-Baqarah: 285): “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga org2 yg beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat2Nya, dan Kitab2Nya, dan Rasul2Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul2nya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
002). (QS An-Nahl:119): “Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap org2 yg melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mrk bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
003). (QS Al-Hujurat:13): “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal2an (dan beramah mesra antara satu dgn yg lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah org yg lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yg lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguh nya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
004). (QS Hud:6): “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk2 yg bergerak di bumi melainkan Allah jualah yg menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua nya itu tersurat di dlm Kitab (Lauh Mahfuz) yg nyata (kepada Malaikat2 yg berkenaan)”.
005). (QS Al-Ahzab:72): “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (utk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan utk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dgn persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara2 yg tidak patut dikerjakan”.
006). (QS Luqman:17): “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dpd melakukan perbuatan yg mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yg menimpa mu. Sesungguhnya yg demikian itu adalah dari perkara2 yg dikehendaki diambil berat melakukannya.”
007). (Al Baqarah:268): “Syaitan itu menjanjikan (menakut2kan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya”.
008). (Surah Al Mulk:19): “Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung2 yg terbang di atas mereka, (siapakah yg menjaganya ketika) burung2 itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
009). (Al An’am:122): “Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dgn yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dlm masyarakat manusia, (adakah org yg demikian keadaannya) sama seperti yg tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali dpdnya Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada org2 yg beriman), diperlihatkan pula pada pandangan org2 yg kafir itu akan keelokan apa yg mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)”.
010). (Al Baqarah:245): “Siapakah orgnya yg (mahu) memberikan pinjaman kpd Allah sbg pinjaman yg baik (yg ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dgn berganda2 banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan”.
011). (Al-Hijr:20): “Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya”.
012). (QS Al-Insyira:5): Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
013). (QS Al-Anbiya:32): “Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yg terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yg kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda2 (kekuasaan Kami) yg ada padanya."
014). (QS Ibrahim:7): Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
015). (QS An-Nisa:36): “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yg kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga2kan diri”.
016). (QS Al-Baqarah:186): “Dan apabila hamba2Ku bertanya kpdmu mengenai Aku maka (beritahu kpd mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kpd mereka); Aku perkenankan permohonan org yg berdoa apabila ia berdoa kpdKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dgn mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
017). (QS An-Nur:40): “Atau (org2 kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis2- apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang2 peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)”.
018). (QS An-Nisa:80): "Sesiapa yang taat kpd Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kpd Allah dan sesiapa yg berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu utk menjadi pengawal (yg memelihara mereka dari melakukan kesalahan)”.
019). (QS Al-Baqarah:96): Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yg lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba org2 kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yg demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yg disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yg mereka lakukan.”
020). (QS Al-Maidah:7): “Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: 'Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya). Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada”.
021). (QS Al-Hadid:20): Ketahuilah bahawa (yg dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yg berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yg melalaikan) serta perhiasan (yg mengurang), juga (bawaan hidup yg bertujuan) bermegah2 di antara kamu (dgn kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba2 membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah spt hujan yg (menumbuhkan tanaman yg menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kpd kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yg tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yg berat (di sediakan bagi golongan yg hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi org2 yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi org2 yg terpedaya.
022). (QS Taha: 114): Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dgn berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”.
023). (QS At-Taubah:24): “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa2 kamu dan anak2 kamu, dan saudara2 kamu, dan isteri2 kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan rugi, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara2 yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada org2 yg fasik (derhaka)."
024). Hadis Qudsi. Riwayat Muslim, At-Tirmidzi dan An-Nasai. Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya salah seorang yang pertama di hisab di hari kiamat adalah seorang laki-laki yang mati syahid (gugur dalam peperangan); kemudian disebutkan baginya semua kenikmatan2 yang diberikan kepadanya, dan dia membenarkannya. Kemudian Allah swt bertanya kepadanya, ‘Apa yang kamu kerjakan dengan nikmat itu?’, lelaki itu menjawab, ‘Aku berperang untuk-Mu hingga aku syahid’; Allah menjawab, “Kamu berdusta, (akan tetapi sesungguhnya) engkau berperang agar orang menyebutmu pemberani, dan (org2) telah menyebutkan demikian itu, kemudian diperintahkan (Malaikat) agar dia diseret di atas wajahnya hingga sampai di neraka dan dilemparkan kedalamnya”. Dan (selanjutnya adalah) seorang laki laki yang mempelajari ilmu dan mengamalkannya serta dia membaca Al Quran, kemudian dia didatangkan, kemudian disebutkan nikmat nikmat yang diberikan kepadanya dan dia membenarkannya. Kemudian Allah bertanya, ‘Apa yang kamu kerjakan dengan nikmat nikmat itu?’ lelaki itu menjawab, ‘Aku mencari ilmu dan mengamalkannya/mengajarkannya, dan aku membaca Al Quran keranaMu’. Allah berfirman, “Kamu berdusta, (akan tetapi) kamu mencari ilmu itu agar disebut sebagai ‘alim (org yg berilmu), dan kamu membaca Al Quran agar orang menyebutmu qari’, dan kamu telah disebut demikian itu (alim dan qari’)” kemudian diperintahkan (Malaikat) kepadanya, agar dia diseret di atas wajahnya hingga sampai di neraka dan di masukkan kedalam neraka.” Dan (selanjutnya) seorang laki2 yang diluaskan (rezkinya) oleh Allah. Dan dikurnia berbagai harta kekayaan. Kemudian dia dihadapkan, dan disebutkan nikmat nikmat yang diberikan kepadanya, dan dia membenarkannya. Kemudian Allah swt berfirman, “Apa yang kamu kerjakan dengan nikmat nikmat itu?”, lelaki itu menjawab, “Tidaklah aku meninggalkan jalan yang aku cintai selain aku menginfakkan hartaku untukMu”; Allah swt berfirman, “Kamu berdusta, tetapi kamu melakukan itu semua agar org menyebutmu dermawan, dan kamu telah disebut demikian." Kemudian diperintahkan (Malaikat) kepadanya, agar dia diseret di atas wajahnya, hingga sampai di neraka dan dimasukkan kedalam neraka.
025). (QS Ar-Rad:28): (Iaitu) org2 yg beriman dan tenang tenteram hati mereka dgn zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
026). (QS Al-Baqarah:165): (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu2 (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang org2 yg beriman itu lebih cinta (taat) kpd Allah. Dan kalaulah org2 yg melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
027). (QS An-Nisa:103): Apabila kalian telah menyelesaikan solat, maka berzikirlah kalian kepada Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring.
028). (QS An-Nur:21): Hai org2 yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah2 syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah2 syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan2 keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yg dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
029). (QS Al-Isra:24): Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah, Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil
030). Dlm hadist Qudsi ada menyebut: Berkata Abu Darda' ra bahawa Nabi saw bersabda; Allah swt berfirman: “Kalau hambaKu mendatangiKu dgn dosa sepenuh bumi, ttpi ia tiada mensyirikkan Aku dgn sesuatupun, nescaya Aku akan menyambutnya dgn maghfirah (keampunan) sepenuh itu juga”. (Riwayat At Tabrani). Begitu lah pentingnya memahami Hakikat Tauhid yang hakiki agar kita tidak jatuh syirik. Dan syirik yg sukar sekali kita hindari ialah syirik dgn secara tidak sedar kita menjadikan nafsu kita sbg Tuhan.
031). Allah Ta’ala berfirman dalam hadits Qudsi: “Aku tergantung persangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya) bila dia menyebut nama-Ku. Bila dia menyebut nama-Ku dalam dirinya, Aku menyebut namanya dalam diriKu. Bila dia menyebut nama-Ku dalam perkumpulan orang banyak, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih banyak dari mereka. Bila dia mendekat kepada-Ku sejengkal (dengan melakukan amal soleh atau berkata baik), maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Bila dia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Bila dia datang kpdKu dgn berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dgn berjalan cepat (lari)”. HR Bukhari dan Muslim.
032). Firman Allah di dalam Hadis Qudsi: “Aku adalah harta terpendam yg tak dikenal. Aku ingin dikenal, maka Ku ciptakan makhluk, lalu Aku memperkenalkan diri kepada mereka, hingga mereka mengenalKu”.
033) (QS Al A’raf:158): Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah yg mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yg berhak disembah) selain Dia, yg menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kpd Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat2Nya dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."
034). Allah berfirman di dalam hadist Qudsi: Sesungguhnya langit dan bumi tidak akan dapat menampung Aku. Hanya hati orang yang beriman yang sanggup menerimanya.
035). Firman Allah di dalam Hadist Qudsi: “Aku ini berada pada sangkaan hambaKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Bila dia mengingatiKu pada hatinya, Aku pun mengingatinya pada ZatKu.
036). Allah swt berfirman di dlm Hadist Qudsi: Aku jadikan dlm rongga anak Adam itu mahligai dan dlm mahligai itu ada dada dan dlm dada itu ada hati (qalbu) dan dlm hati (qalbu) itu ada mata hati (fuad) dan dlm mata hati (fuad) ada penutup mata hati (saghaf) dan di balik penutup mata hati (saghaf) ada nur/cahaya (labban) dan di dlm nur/cahaya (labban) ada rahsia (sirr) dan di dlm rahsia (sirr) itu ada Aku.
037). (QS Al-Baqarah:142): Org2 bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan org2 Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya), Allah yang memberikan petunjuk hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus."
038). (QS Al-Baqarah:261): Bandingan (derma) org2 yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) KurniaNya, lagi Meliputi Ilmu PengetahuanNya.
039). (QS Al-Baqarah:286): “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yg diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yg diusaha kannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yg berat sebagaimana yg telah Engkau bebankan kpd org2 yg terdahulu dpd kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum2 yg kafir”.
040) (QS Al-Hadid: 23): (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yg telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dgn apa yg diberikan kpd kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap org yg sombong takbur, lagi membanggakan diri.
041). Dia-lah Allah, yang Maha Mengetahui lagi Maha Menyaksikan segala sesuatu. Ia Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Mengendalikan, Maha Berkuasa, Maha Menyayangi, Maha Mengampuni, Maha Menutupi Aib, Maha Penolong, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Pencipta, Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Zahir dan Maha Batin. Dia lah satu-satunya yang patut disembah, Dia akan hidup buat selama- lamanya, tidak akan pernah binasa, menjadi Penguasa Kerajaan Semesta, selalu terjaga dan tidak pernah tidur, memiliki keperkasaan yang tak tertandingi dan kekuasaan yang Maha Mutlak. Bagi-Nya Nama-Nama Yang Agung dan Sifat-Sifat Yang Mulia. Dia-lah satu-satunya yang akan tetap abadi, sedang selainnya tidak. Dia berfirman: “Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Sedangkan Zat Tuhanmu Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.” (Ar-Rahman:27).
042). (QS Al-Baqarah:30): Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kpd Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorg khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dgn berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu org yg akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh2an), padahal kami sentiasa bertasbih dgn memujiMu dan mensuci kanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yg kamu tidak mengetahuinya”.
043). (QS Al-Ankabut:69): “Dan orang orang yang bermujahadah (pada perjalanan) menuju Kami, nanti Kami akan menunjuki mereka jalan jalan (yang menyampaikan mereka) kepada Kami”.
044). (QS Al-Baqarah:17): “Perbandingan hal mereka (golongan yang Munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api, apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun)”.
045). (QS Al-Isra:33): Dan janganlah kamu membunuh diri seseorg manusia yg diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dgn alasan yg benar dan sesiapa yg dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dlm pada itu, janganlah ia melampau dlm menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh2 pertolongan (menurut hukum Syarak).
046). (QS Al-Baqarah: 177): Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan Hari Akhirat, dan segala Malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak2 yatim dan org2 miskin dan org yg terlantar dalam perjalanan, dan kepada org2 yg meminta, dan utu memerdekakan hamba2 abdi dan mengerjanya seseorang akan solat serta mengeluarkan Zakat; dan perbuatan org2 yg menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan org2 yg sabar dlm masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dlm masa bertempur dlm perjuangan perang Sabil. Org2 yg demikian sifatnya, mereka itulah org2 yg benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga org2 yg bertaqwa.
047). (QS Al-Baqarah:165): (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu2, mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang org2 yg beriman itu lebih CINTA (taat) kepada Allah. Dan kalaulah org2 yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
048). (QS Al-Ahqaf:13-14): “Sesungguhnya org2 yg mengatakan: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mrk ttp istiqamah maka tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita. Mereka itulah penghuni2 Syurga, mereka kekal di dlmnya sbg balasan atas apa yg telah mereka kerjakan.”
049). (QS Al-Anaam:59): “Dan pada sisi Allah-lah kunci2 semua yang ghaib; tidak ada yg mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yg basah atau yg kering, melainkan tertulis dalam kitab yg nyata (Lauh Mahfuz)”.
050).(QS Al-Hadid:28): “Hai org2 yg beriman, bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian dan menjadikan untukmu Cahaya yg dgn Cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Dlm Tafsir Ibnu Katsir dijelaskan siapa yg bertakwa kpd Allah dan beriman kepada Rasul-Nya dijamin akan mendapat Cahaya (Nur Allah) yang dengannya jiwanya akan terhindar dari kebutaan dan kebodohan. Bahkan, ada ampunan yang Allah sediakan bagi hamba2Nya yang benar2 memelihara Nur Allah. Utk itu, di dlm Al Quran, Allah menuntun kita utk sentiasa berdoa agar Allah menyempurnakan Nur-Nya di dlm relung sanubari. (QS At-Tahrim:8): “Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.
051). (QS Al-Anam:71): Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah yg lain dari Allah, sesuatu yg tidak dapat memberi manfaat kpd kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kpd kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dgn ugama Islam), seperti org yg telah disesatkan oleh Syaitan2 di bumi (di tempat yg lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat2 yg mengajaknya ke jalan yg lurus (dgn berkata kpdnya): “Marilah bersama2 kami”. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar2 petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kpd Tuhan yg memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.
052). (QS Al-Baqarah:213): Pada mulanya manusia itu ialah umat yg satu (menurut Agama Allah yg satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-Nabi sbg pemberi khabar gembira (kpd org2 yg beriman dgn balasan Syurga dan pemberi amaran (kpd org2 yg ingkar dgn balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi2itu Kitab2 Suci yg (mengandungi keterangan2 yg) benar, utk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yg mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yg melakukan perselisihan melainkan or2 yg telah diberi kepada mereka Kitab2 Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan2 yg jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada org2 yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dgn izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yg dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang2 peraturanNya).
053). (QS Al-Baqarah:272): “Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang2 peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yg kamu dermakan dari harta yg halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
054). (Hadis Qudsi): Allah berfirman: “Adalah Aku satu perbendaharaan yg tersembunyi, maka inginlah Aku supaya diketahui siapa Aku, maka Aku jadikanlah makhlukKu, maka dgn Allah mereka mengenal Aku”. Kehidupan dan Alam penuh dgn rahsia2 tersembunyi. Rahsia2 itu tertutup oleh hijab. Di antara hijab itu ialah hawa nafsu kita sendiri. Tetapi rahsia itu mungkin terbuka dan dinding hijab itu mungkin tersingkap dan kita dapat melihat dan merasai atau berhubungan langsung dengan yang terahsia, asal kita sudi menempuh jalanNya, jalan itulah yang dinamakan tarekat. Tarekat berarti cara atau jalan mendekati Tuhan utk “Makrifat” bahwa adanya makhluk ini, kerana Tuhan sebagai Khalik ingin dikenal siapa Dia. Kesedaran sbg makhluk, merupakan dorongan utk berkeinginan mencapai Makrifat yakni mengenal Tuhan atau “Liqa Allah”. Ciptaan dan hakikat makhluk dan Khalik adalah dua kenyataan yang saling menggenapi, “Tanpa Khalik tidak mungkin ada makhluk”. Tuhan tanpa mahlukNya tidak ada sesuatu yang akan mengenalNya.
055). (QS Al-Baqarah:126): Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dgn berkata: “Wahai Tuhanku! Jadi kanlah (negeri Makkah) ini, negeri yg aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah2an kpd penduduknya, iaitu org2 yg beriman kpd Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman: “(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yg kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang2 menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dgn menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk2 tempat kembali.”
056). (QS Yunus:31): “Bertanyalah kpd mereka (yg musyrik itu) Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yg menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yg mengeluarkan makhluk yg hidup dari benda yg mati dan mengeluarkan benda yg mati dari makhluk yg hidup? Dan siapakah pula yg mentadbirkan urusan sekalian alam?” (Dgn pertanyaan2 itu) maka mereka (yg musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dgn berkata: “Allah jualah yg menguasai segala2nya!” Oleh itu, katakanlah: “(Jika kamu mengakui yg demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?”
057). (QS Al-Khaf:28): “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dgn org2 yg beribadat kpd Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yg mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu dpd mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi org yg Kami ketahui hatinya lalai dpd mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”.
058). (QS Faatir:11): “Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan. Dan tiada mengandung seseorg perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu2nya melahirkan (anak yg dikandungnya) melainkan dgn keadaan yg diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorg berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorg pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dlm Kitab Ilahi. Sesungguhnya yg demikian itu mudah sahaja kpd Allah”.
059). Allah berfirman di dlm Hadits Qudsi: Wahai anak Adam..! Luangkan waktumu utk beribadah kpdKu niscaya Aku jadikan jiwamu kaya dan Aku tutup pintu kefakiran atasmu. Jika engkau tidak berbuat demikian, sibuk terus menerus tidak menentu nescaya Aku tidak akan menutup pintu kefakiran atasmu. (HR.Tirmizi)
060). Allah berfirman di dlm Hadist Qudsi: Wahai anak Adam! Sebenarnya engkau sudah cukup bahagia memiliki apa yang perlu bagimu tetapi engkau masih menuntut yang berlebihan. Engkau tidak merasa cukup dengan yang sedikit dan tidak merasa puas dengan yang banyak. Sesungguhnya bila engkau bangun pagi dalam keadaan sihat dan jiwamu tenang tenteram serta punya persediaan makanan pada hari itu maka tak perlu engkau memusingkan dunia ini lagi. (HR Baihaqi dari Ibnu Umar)
061). Allah berfirman di dalam Hadits Qudsi: Aku memperlindungkan fakir miskin kpd org kaya bukan kerana gudangKu sempit, bukan pula kerana rahmatKu tidak meluas kepada mereka. Tetapi kerana Aku ingin menguji org2 kaya seberapa segera mereka melaksanakan apa yang telah Aku perintahkan tentang harta mereka buat kaum fakir miskin. Jika mereka melaksanakannya nescaya aku sempurnakan nikmatKu bagi mereka dan Aku lipat gandakan nikmat itu didunia ini sepuluh kali lipat. (HR Ibnu Najjar)
062). (QS Ali Imran:245). Siapakah yg mahu memberi pinjaman kpd Allah, pinjaman yg baik (menafkahkan hartanya dijalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dgn lipat ganda yg banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.
063). Hadis Qudsi riwayat At Thabarani: Allah berfirman kepada Malaikat-Nya: “Pergilah kepada hambaKu, lalu timpakanlah bermacam macam ujian kepadanya kerana Aku mau mendengar suaranya”.
064). Hadis Qudsi riwayat Qudla’i: “Wahai dunia! Jadikanlah engkau pahit kepada WaliKu dan janganlah engkau menampakkan kemanisanmu kepada mereka untuk menggoda mereka”.
065). Allah swt berfirman dalam Hadis Qudsi kpd Nabi Musa as dan diriwayatkan oleh Al Hakim yg bersumber dari Ibnu Abbas ra: “Hai Musa! Engkau sekali kali tidak akan dapat melihat Ku. Sungguh, makhluk hidup pasti mati melihat Ku, yg kering pasti mengering kering kontang, yg basah pasti bertaburan. Yg dapat melihat Ku hanyalah para penghuni Syurga yg tidak akan mati pandangannya dan tidak akan hancur binasa tubuhnya”.
066). Firman Allah swt di dalam Hadis Qudsi: “Keperkasaan dan kemuliaan itu ibarat kainKu. Keagungan dan kebesaran itu ibarat selendangKu. Barangsiapa berusaha menyamai Aku sedikit pun nescaya akan Ku siksa:. (HR Muslim dan Abu Sa’id).
067). Allah berfirman di dalam Hadist Qudsi: “Apabila hambaKu ingat kepadaKu ketika sunyi sepi, nescaya Aku ingat pula kepadanya ketika sunyi sepi. Dan bilamana ia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya Aku pun akan ingat kepadanya dalam lingkungan ramai yang lebih baik daripada khalayak ramai tempat ia ingat kepadaKu”. (HR Thabarani)
068). “Sesungguhnya manusia itu RahsiaKu. Dan, Akulah yang menjadikan rahsianya. Rahsia itu SifatKu dan SifatKu tiada lain, Akulah jua. Akulah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin supaya dikenali, maka Aku jadikan alam ini, mereka makrifat kepadaKu.”
069). Allah berfirman di dlm Hadist Qudsi: “Wahai Anak Adam! Tidak Aku jadikan kamu sia-sia dan terdinding. Aku tidak lupa dan Aku sangat mengetahui ttg hal halmu. Tidak sesekali kamu memperolehi darjat di sisiKu, melainkan dgn bersabar atas perkara2 yg kamu sukai semata2 menuntut keredhaanKu. Bersabar untuk mentaatiKu itu lebih mudah dpd bersabar melakukan maksiat. Meninggalkan dosa itu lebih mudah bagimu dpd merasai azab neraka. Azab dunia itu lebih ringan bagimu dpd azab akhirat. Wahai Anak Adam! Setiap dari kamu itu sesat kecuali mereka yg mendapat petunjuk dariKu. Setiap dari kamu itu bersalah, melainkan Aku memeliharanya. Bertaubatlah kpdKu nescaya Aku akan mengasihimu. Janganlah kamu menyembunyikan sebarang rahsia daripada Tuhan, tidak tersembunyi bagiNya sebarang rahsia”.
070). (QS Al-Haysr:22-24): Allah, Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Memiliki, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
071). Sebaik baik perbendaharaan makrifat, iaitu Hati, sesuai dgn firman Allah swt yg membawa maksud: “....dia itu tanda taqwanya hati.” (QS Al Hajj:32). Dan perbendaharaan penglihatan, iaitu Sanubari, sesuai dgn firman Allah swt yg bermaksud: “Tiadalah sanubari itu mendustakan apa yg dilihatnya” (QS An Najm:11). Dan perbendaharaan Cahaya, iaitu dada, sesuai dengan firman Allah swt, yang bermaksud: “Maka sesiapa yang dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, maka dia berada di atas cahaya dari Tuhannya”. (Az Zumar:22). Tiada seseorang yg bertambah cintanya kpd Allah, melainkan bertambah pula cintanya kepada RasulNya dan kepada para waliNya.
072). (QS Yunus:99): ”Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan org2 yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi org2 yg beriman?”
073). (QS Fussilat:53): “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda2 kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dlm alam yg terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
074). (QS Al-Baqarah:265): “Dan bandingan org2 yg membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yg timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yg tinggi, yg ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai2 pun (cukup utk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yg kamu lakukan”.
075). (QS Az-Zumar:9) Allah swt berfirman: “(Engkaukah yg lebih baik) atau org yg taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dgn sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kpdnya): 'Adakah sama org2 yg mengetahui dgn org2 yg tidak mengetahui? 'Sesungguhnya org2 yg dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah org2 yg berakal sempurna”.
076). Berhati-hatilah dengan pakaianku dan selendangku:
قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: الْكِبْرِيَاءُ رِدَائِي، وَالْعِزَّةُ إِزَارِي، فَمَنْ نَازَعَنِي وَاحِدًا مِنْهُمَا، أُلْقِهِ فِي النَّارِ
Allah berfirman: “Kesombongan itu adalah ‘pakaianKu’ dan kehebatan itu adalah ‘selendangKu’. Sesiapa yang cuba merebut daripadaKu salah satu daripadanya, Aku lemparkannya ke dalam neraka.” Hadis Qudsi riwayat Ahmad (7382).
Diriwayatkan juga dalam Sahih Muslim (2620):
الْعِزُّ إِزَارُهُ، وَالْكِبْرِيَاءُ رِدَاؤُهُ، فَمَنْ يُنَازِعُنِي عَذَّبْتُهُ
Nabi bersabda: “Kehebatan itu adalah pakaian-Nya dan kesombongan itu adalah selendang-Nya. Allah berfirman: sesiapa yang cuba merebutnya daripada-Ku, aku akan mengazab dia.”
* Pakaian dan selendang itu cuma kiasan sahaja. Maksudnya, kesombongan dan kehebatan itu sifat mutlak bagi Allah sahaja.
- al-Fadhil Ustaz Zulhusni Mat Resat
077). TADABBUR KALAMULLAH
Allah s.w.t. berfirman:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فٰسِقُونَ
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” (QS. Al-Hadid: Ayat 16)
078). Allah SWT berfirman:
هُوَ اللَّهُ الْخٰلِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنٰى ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.” (QS. Al-Hasyr: Ayat 24)
079). Wahai jiwa-jiwa yang menginginkan Cinta Allah. Ikutilah jejak Rasulullah s.a.w. al-Insanul Kamil dan kelak engkau akan dicintai-Nya. Kerana itu Allah s.w.t. berfirman:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS. Ali Imran: Ayat 31).
080). Allah s.w.t berfirman dalam hadis qudsi:
يا عبدي أنت تريد وأنا أريد ، إذا سلمت لي فيما أريد تكلفت لك بما تريد ، وإذا نازعتني فيما أريد أتعبتك فيما تريد ولا يكون الا ما أريد.
Wahai hamba Ku! engkau berkehendak Aku juga berkehendak, apabila engkau menyerahkan pada Ku mengikut kehendak Ku, Aku akan mencukupkan apa yang engkau kehendaki, apabila engkau menyaingi Ku pada apa yang Daku kehendaki nescaya akan Ku penatkan mu untuk memenuhi kehendak mu dan tiada yang akan berlaku melainkan apa yang Daku kehendaki.
081). Allah s.w.t berfirman:
وَمَنْ كَانَ فِى هٰذِهِۦٓ أَعْمٰى فَهُوَ فِى الْءَاخِرَةِ أَعْمٰى وَأَضَلُّ سَبِيلًا
"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya (QS. Al-Isra': Ayat 72).
082). Allah s.w.t berfirman: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku!” (QS. Al-Fajr: Ayat 27-30).
083). Dia-lah Rabb yang mengurus kita di siang dan di malam hari sebagaimana firman Allah, “katakanlah: ‘Siapakah yang dapat memelihara kamu di waktu malam dan siang hari selain Allah Yang Maha Pemurah?’…”(QS Al Anbiyaa’ 21: 42). Dan Dia mencipta setiap saat... dan kita makhluk yang dicipta setiap saat dan kita makhluk baru setiap saat dan setiap saat itu adalah sebahagian dari sifat-sifat Allah. Allah SWT berfirman:
يَسْئَـلُهٗ مَنْ فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ ؕ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِيْ شَأْنٍ
"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!” (QS. Ar-Rahman: Ayat 29).
Maka tidak akan mampu kita menghitung bentangan Rahmat-Nya, kenapa begitu berkira untuk ingat dan berdzikir kepada-Nya tanda syukur dan berterima kasih akan tajalli-Nya terhadapmu?
وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. An-Nahl 16:18).
084). Dalam sebuah hadis qudsi:
يَا ابْنَ آدَمَ ! تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِي أَمْلَأْ قَلْبَكَ غِنًى وَأَمْلَأْ يَدَيْكَ رِزْقًا . يَا ابْنَ آدَمَ ! لَا تُبَاعِدْ عَنِّي أَمْلَأْ قَلْبَكَ فَقْرًا وَأَمْلَأْ يَدَيْكَ شُغْلًا "رواه [ الترمذي 2466 ] و [ الحاكم 7926 ] وَقَالَ : صَحِيحُ الْإِسْنَادِ
Allah s.w.t berfirman : "Wahai anak Adam! Luangkan masa untuk beribadah kepada-Ku, akan Ku penuhkan hatimu dengan kekayaan dan kedua tangan mu dengan rezeki. Wahai anak Adam! Jangan menjauhkan diri dari-Ku, akan Ku penuhkan hatimu dengan kefakiran dan kedua tanganmu dengan kesibukan”
085). Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (QS. Al-A'raf: Ayat 172).
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلٰىٓ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلٰى ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هٰذَا غٰفِلِينَ
Kacamata (pandangan) dunia banyak helah dan tipu dayanya. Berhati-hatilah terhadap bisikan, angan-angan dan khayalan yang sentiasa mahukan keseronokan sehingga lupa akan tujuan sebenar kehidupan.
086). ”Aku pernah bertanya kepada Jibril tentang ikhlas. Lalu Jibril berkata: ‘Aku telah menanyakan hal itu kepada Allah’, lalu Allah berfirman: ‘(Ikhlas) adalah salah satu dari rahsiaKu, yang Aku berikan ke dalam hati orang-orang yang Kucintai dari kalangan hamba-hambaKu” (Hadis Qudsi).
087). ”Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya), dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-Ma’idah: Ayat 40).
088). “Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).” (Al-An’am : Ayat 122).
089). “Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).” (Al-Baqarah : Ayat 17).
090). “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : Ayat 12).
091). HADIS QUDSI: "Ilmu batin adalah rahsia dari rahsiaKu. Aku wujudkan di kalbu hambaKu dan tidak ada yang dapat memberikan pemahaman tentangnya kecuali Aku."
092). “Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang-orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari (benda-benda yang diciptakan oleh) Tuhannya, dan diikuti oleh Kitab Suci Al-Quran memberi kenyataan - sebagai saksi dari pihak Tuhan meneguhkan bukti yang tersebut; dan sebelum itu, kenyataan yang serupa diberi oleh Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya)? Orang-orang yang berkeadaan demikian, mengakui - menerima Al-Quran; dan sesiapa ingkar akan Al-Quran itu dari kumpulan-kumpulan kaum kafir, maka nerakalah dijanjikan menjadi tempatnya. Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.” (QS Hud:17).
093). “Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).” (QS An Nisa:80)
094). “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (QS Ali 'Imran: 31)
095). Allah berfirman kepada Rasul saw: “Barangsiapa yang tidak redha atas segala hukum perintah, larangan, janji qadha dan qadar-Ku, dan tidak bersyukur atas segala nikmat-nikmat-Ku, serta tidak sabar atas segala cubaan-Ku, maka keluarlah dari bawah langit-Ku yang selama ini engkau jadikan sebagai atapmu, dan carilah Tuhan lain selain diri-Ku (Allah)” (Hadis Qudsi).
096). “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (QS Ali 'Imran : 29)
097). “Tidak ada suatu musibah (bencana) yang terjadi di bumi atau yang mengenai dirimu semua itu melainkan telah tercantum dalam kitab catatan sebelum Kami laksanakan terjadinya. Sesungguhnya hal yang sedemikian itu bagi Allah adalah suatu hal yang mudah sekali. Perlunya ialah supaya kamu semua tidak berdukacita terhadap apa yang lepas dari tanganmu dan tidak pula bangga terhadap apa yang diberikan oleh Allah padamu. Allah tidak mencintai setiap orang yang sombong serta membanggakan diri sendiri.” (Surah Al Hadid:22-23).
098). “Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (QS Ali Imran:31).
099). “Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali”. (QS Ghafir:3)
100). Dalam hadith Qudsi ada menyebut: Berkata Abu Darda' ra bahawa Nabi SAW bersabda; Allah SWT berfirman: “Kalau hambaKu mendatangiKu dengan dosa sepenuh bumi, tetapi ia tiada mensyirikkan Aku dengan sesuatupun, nescaya Aku akan menyambutnya dengan maghfirah (keampunan) sepenuh itu juga." (Riwayat At Tabrani). Begitu lah pentingnya memahami Hakikat Tauhid yang hakiki agar kita tidak jatuh syirik. Dan syirik yang sukar sekali kita hindari ialah syirik dengan secara tidak sedar kita menjadikan nafsu kita sebagai Tuhan.
102). “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (QS Luqman:17).
103). “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (QS Al Ahzab:21)
104). “(Ingatlah) Hari (Kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (Ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat Belas Kasihan kepada hamba-hambaNya”. (QS Ali-Imran:30)
105). “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia”. (Ar-Ra’d:28).
106). “(Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada Hari Kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang Mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta”. (QS Al-Mujadilah:18).
107). Allah swt berfirman:
هُوَ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَ فِيْ سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوٰى عَلَى الْعَرْشِ ؕ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِى الْاَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيْهَا ؕ وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَ مَا كُنْتُمْ ؕ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ
“Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan”. (QS Al-Hadid:4).
108). “Aku jadikan pada tubuh anak Adam (manusia) itu qasrun (istana), di situ ada sadrun (dada), di dalam dada itu ada qalbu (tempat bolak balik ingatan), di dalamnya ada lagi fu’ad (jujur ingatannya), di dalamnya pula ada syagaf (kerinduan), di dalamnya lagi ada lubbun (merasa terlalu rindu), dan di dalam lubbun ada sirrun (mesra), sedangkan di dalam sirrun ada “Aku”, (Hadis Qudsi).
No comments:
Post a Comment