Wednesday, May 4, 2016

AKIDAH ATAU PENDIRIAN

Pendirian seorang ahlul ma’rifat ialah tak ragu akan akidahnya, dan tak pernah berubah walaupun dikafirkan orang. Mereka rela mati daripada berubah keyakinannya, mati adalah jalan yang terbaik dari semua jalan yang baik. Seorang ahlul ma’rifat tak pernah luntur, walaupun dihujani dengan hujan fitnah. Kata-kata sesat dan kafir; dianggapnya sebuah nyanyian seorang sufi yang sedang rindu kepada kekasihnya. Mereka tidak peduli akan kata-kata huruf dan suara. Hanya yang penting baginya perasaannya kepada Allah. Apabila cintanya telah bersemi dan berupa penerimaan dari haliknya; disinilah nilai hidup itu.

baginya tak guna hidup, tanpa nikmat (ma’rifat). Kerana ma’rifat itu adalah jiwanya iman ;dan jiwanya iman adalah ihsan. Jadi jiwanya Islam adalah iman, dan jiwanya iman adalah ihsan. Apabila jiwa-jiwa itu kosong dari ma’rifat ; samalah hidupnya sebagai seekor binatang buas, yang rakus dan tak tahu diri. Kerana akhir tujuan hidup adalah cinta dan redha. Apabila cinta dan redha telah bebas dari belenggu kemakhlukan semata. Kerana dalam jiwa yang suci, akan melahirkan perbuatan yang suci pula.

Dalam jiwa yang kotor, akan melahirkan perbuatan yang kotor pula. Tentang kata-kata suci dan kotor ini ; anda telah ma’lum adanya. Tak usah anda fikirkan lagi. Kerana bagi anda semua suci, semua halal, semua baik. Tidak ada kejahatan didalam dunia ini. Yang jahat itu dalam artian dunia ialah ; orang yang mengaku ada punya akal sendiri. Dan perbuatan sendiri ; yaitu diluar perbuatan Allah. Itulah yang dimaksud jahat atau jahil. Tetapi bagi kita, iman dan taat kafir dan ma’siat,

jahat dan baik ; adalah sama, dan semuanya adalah baik. Tidak ada perbuatan Allah itu yang jahat. Bila datang dari Allah semua baik. Jadi pendirian seorang ahlul Hakikat atau hakikat semata ialah benar-benar sudah bersih dari kesirikan ; menyatakan, setiap perbuatan adalah baik, setiap gerak dan gerinya ibadat. Setiap nafas keluar masuk ; zikir. Jelasnya adalah gerak dan adalah puji (ingat). Pohon dari ingat ini adalah ; Esa/satu (bersatu dalam Rahsia). Apabila sudah benar-benar satu dengan seluruh alam dan Allah ; itulah kesatuan ujud namanya. Sahdatul ujud artinya ; semua itu Allah dan Allah. Kalau sudah begini, inilah yang disebut Allah yang maha Esa. Yang maha sempurna. kalau sudah begini katakanlah apa yang kau semuanya baik, sempurnanya ibadat dan semuanya ibadat yang sempurna.

Kerana pokok pangkalnya segala kejadian, segala kehidupan dan segala perbuatan telah kita ketahui seluruhnya. Maka dari itu janganlah kita ada perasaan syak dan ragu lagi. Tidak ada yang perlu ditakuti. Jangan takut kepada Allah, kerana Allah bukan hantu bukan iblis dan bukan jin dan bukan malaikat semuanya bukan dan bukan. Adakah orang takut dengan dirinya sendiri? Adakah orang benci kepada dirinya sendiri? Dan adakah orang menyeksa dirinya sendiri?

Adakah orang memerintah dirinya sendiri? Adakah orang menyakiti kepada dirinya sendiri? Jawabnya : Yang ada hanya memuji dirinya sendiri Mencintai dirinya sendiri Merasa sendiri dan berbuat sendiri Tidak ada yang diperintah dan yang diperintah Tidak ada yang disakiti dan yang menyakiti, tegasnya kerana CINTA Yang ada hanya memuji dirinya sendiri, merasa sendiri dan berbuat sendiri. Semua orang merasa benar, mengaku baik dan mulia. Hampir semua orang merasa dirinya tidak bersalah, tidak berdosa, tidak tercela. 

Semua orang mengaku baik dan mulia dan sebagainya. Hampir semua orang merasa dirinya tidak bersalah, tidak berdosa, tidak bersalah. Fahamilah kata-kataku ini. Kalau percaya ambil, kalau ragu buang jauh-jauh. Tidak ada paksaan dalam agama Allah, pilihlah sendiri saja. MAQAM ALLAH Seorang insan kamil (manusia sempurna) ; bagi mereka, tak ada atau tak perlu lagi kepada sama atau kedudukan , atau dengan pangkat. Arif/wali. Atau dengan mengulang-ulang kata-kata hamba, atau manusia atau makhluk. Dia tidak perlu lagi mengata zat atau sifat. Apalagi kata-kata shariat dan tarikat, dia tidak memerlukan lagi kata-kata hakikat ma’rifat.

Hanyalah ia diam dalam malaqutnya dan tunggal dalam jabarutnya. Hanya tinggal AKU dalam isyaratnya. Jadi kata-kata AKU telah mencakup keseluruhan seisi langit dan bumi, Arsy dan kursyi, Luh dan kalam,dunia dan akhirat. Demikianlah hakikat ketuhanan yang maha ESA. Kembali kepada asalnya (awalnya). Sebelum ada yang mengenalnya. Belum tahu namanya, apalagi sifat dan zatnya. Dan sebelum menjadikan RUH dan ARAS nya. Sedangkan NUR MUHAMMADIYAH belum ada. Dia berdiri sendiri, hidup sendiri, tanpa RUH dan jasad. Jadi pada hakikatnya tidak memerlukan apa-apa cukup dengan AKU. Tidak pakai kata-kata ENGKAU. Hanya simpan dalam KALIMAH AKU. Dan kalimah AKU ini harus lenyap pula dalam huruf dan kata-kata dan dalam suara. Artinya: tiada huruf, tiada kata-kata, dan suara. Inilah yang sebenar-benarnya fana dan lenyap dan baqa dan baqaul baqa. Tidak ada diatas ini lagi.

Kata-kata AKU disini hanya ada dalam KAIMINYAK Batin. Ada kata, tetapi tiada berkata, ada huruf tetapi tiada berhuruf dan ada suara, tetapi tidak bersuara. Dikatakan diam, tidak berdiam. Dikatakan berdiam padahal tidak diam. AKU disini ialah ALHAQQU. Jadi akuan orang hawas dengan akuan orang alim/awam adalah berlainan. Akuan orang awam/alim masih sulit. Sedang akuan orang hawas adalah putus hubungan dengan makhluk. Tidak ada duanya lagi, atau siriknya lagi, atau tidak ada berbau makhluk lagi. Ia satu rahsia dengan Allah dan satu dengan seluruh alam Dan satu dengan seluruh perikemanusiaan. Satu ujud, satu nyawa, satu rasa, satu rahsia, satu zat, satu sifat, satu asma, satu perbuatan, satu iradat, satu kekuasaan, satu undang-undang dan satu keputusan. Dalam tingkat ini tidak ada lagi dua kata. Atau dua bagian, atau dua zat, dua sifat, dua perbuatan. Semuanya terlingkup dalam satu kata, satu maksud dan satu tujuan. Pokoknya serba satu, bukan serba dua. Apabila masih ada merasa dua ujud, atau dua perbuatan atau dua bahagi, atau dua pandangan, maka nyatalah ia masih terdinding. Orang yang benar-benar ma’rifat kepada Allah, ia tidak meadakan selain dirinya.

Tidak meadakan perbuatan lain, selain perbuatan dirinya, dan tidak ada pandangan lain, selain pandangan dirinya sendiri. Ia tidak mendatangkan pembela dari langit, atau pengampunan dari luar dirinya, ia hadapi semua itu dengan apa yang ada pada dirinya. Ia telah merasa bahwa AL-HAQ ada padanya. AL-HAQ itulah dirinya. Dan AL-HAQ itulah jaminannya. Semua orang menghadap Allah, membawa jaminan pahala dan kebajikan. Yaitu amal solat dan amal puasa dan seluruhnya, amal-amal kebaikan dengan anggota tubuh. Tetapi orang yang berada pada maqam Allah semata itu; jaminannya tak ada apa-apa. Hanya AL-HAQ jaminannya. Hanya Allah-lah yang menutupi kekurangan-kekurangannya.

Sebenarnya tidak ada kekurangan-kekurangannya, atau tidak ada kelebihannya ; hanyalah itu kata-kata mutiara saja. Lapang dan sempit ada pada Allah. Tetapi bagi orang hawas, semuanya lapang. Semuanya nikmat dan semuanya Rahmat. Dunia ini surga pertama bagi orang buta mata hati, dan akhirat neraka yang kedua. Surga itu rasa menikmati redhanya. Neraka itu puncak kegelisahan merasai murkanya. Surga dan neraka itu lebih dekat kepadamu, daripada kamu pergi kesana. Baiklah aku nyatakan dengan jelas ; surga itu kerana marifat. Neraka itu kerana terhijab. Soal yang lainnya hanya soal yang kedua saja, atau tidak ada soal sama sekali, yang penting kamu telah suci dari perbuatan Allah, artinya bersih daripada perbuatan syirik. Kerana syirik itu ada dua rupa. Rupa pertama berupa syirik samar, Rupa yang kedua berupa syirik yang nampak. Sirik yang halus atau samar ; anda sudah maklum.

No comments:

Post a Comment