ALLAH... Yakinlah kepada Allah Taala dengan seyakin-seyakinnya. Yakin dan percaya kepada Allah itu, hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim. Yakin kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim.
Adapun maksud tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, maksudanya hendaklah perkara yakin kita itu, hendaklah sampai kepada tahap “jangan terlihat adanya makhluk”!. Selagi masih tertilik makhluk, selagi itulah ada huruf dan ada suara. Untuk sampai kepada yakin yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah “jangan tertilik adanya makhluk”. Selagi kita masih terlihat adanya makhluk, selagi itulah adanya jirim dan jisim dan selagi itulah masih ada huruf dan ada suara. Saya ulang lagi sekali, untuk sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah “jangan tertilik adanya makhluk” (jangan ujudkan makhluk!). Setelah tidak ujud makhluk, barulah dikatakan Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim. Selagi ada makhluk dan selagi wujud makhluk, selagi itulah kita tidak dikatakan bertauhid kepada Allah Taala. Kerana kita masih wujudkan huruf dan wujudkan suara. Bererti keyakinan tuan-tuan kepada Allah belum bulat dan belum putus bertauhid kepada Allah!.
Allah itu meliputi, menyeluruh, sempurna, bijaksana dan sehingga tiada satu ruang yang tidak ada Allah. Selagi adanya semesta alam ini, selagi itulah adanya Allah. Sebab apa?, sebabnya adalah kerana Allah itu meliputi sekalian alam. Meliputinya Allah itu, sehingga tidak ada ruang dan tidak ada tempat yang tidak ada Allah, Allah ada dimana-mana (tidak ada tempat yang tidak ada Allah) itulah ertinya Allah meliputi sekalian alam. Allah itu meliputi sekalian alam, ertinya Allah ada pada tiap-tiap yang wujud. Yakinlah akan kewujudan Allah, pada tiap-tiap ciptaannya dan kejadiannya sehingga sempurna, adalah tersembunyi Allah disebaliknya (tetapi kenapa kita masih tidak terlihatNya)?. Lihat dan tiliklah alam ini, sesungguhnya dialam ini tiada lain melainkan hanya Allah jua yang wujud.
Alam dan diri kita tidak ada, yang ada hanhyalah kudrat Allah dan wujud Allah. Kita tiada daya-upaya melainkan izin Allah. Ungkapan ini amat jelas mengambarkan bergantung makhluk kepada Allah Taala. Berfungsinya kita ini, adalah diatas dasar sifat mengikut ketetapan Allah itu sendiri. Kenyataan ini diperkuatkan dengan, tidak bergerak sezarah pun tanpa izin Allah.Jika sesiapa faham akan kata-kata diatas, maka tiada lagi sifat keakuan dan sifat diri. Umpama aku kaya, aku yang kuat, aku berpendidikan tinggi, aku alim, aku berpangkat dan sebagainya. Kerana secara logik akal kita tahu tubuh badan ini diciptakan oleh Allah. Seluruh alam semesta ini diciptakan Allah. Apa lagi suara atau akal serta kelakuan diri semuanya kudrat Allah. Kesimpulan dan penamat untuk yakin akan wujudanya Allah agar kita benar-benar percaya dan tak lupa Allah biar sesaat.
Berfungsinya jasad kita ini, adalah diatas dasar sifat kebergantungan kepada roh, tanpa roh jasad itu jadi mayat. Begitu juga alam semesta dan isinya adalah bergantung dan berfungsi disebabkan roh. Siapa kah roh?, persoalan ini terjawab bila kita merenung kedalam diri kita sendiri. Roh selalunya diambil tahu apabila diketika kita mati sahaja. Semasa masih hidup, sesiapa pun tidak ambil tahu tentang roh. Roh itu, adalah rahsia Allah. Kerana adanya rohlah makanya jasad boleh merasa gerak, merasa bahagia, merasa miskin, kaya, senyum, marah , sombong, bongkak, berharta, cantik, tinggi, rendah, hitam, putih, merajuk, dan segalanya. Merasanya kita kepada perkara2 diatas, adalah dikeranakan adanya roh. Untuk itu, barang siapa yang berhajat untuk mengesakan Allah atau hendak bertauhid kepada Allah, sebelum bertauhid kepada Allah hendaklah terlebih dahulu mengenal roh!. Tanpa mengenal roh, tuan-tuan tidak akan dapat untuk bertauhid kepada Allah Taala!.
Allah telah berfirman :aku jadikan makhluk dan apa-apa yang kamu perbuat. Yakinlah kita pada hari ini bahawa, apa-apa yang kita perbuat itu, sesungguhnya telah terbuat diloh hul mahfuz sebelumnya. Allah perzahir, pertonton dan perlihatkan sifatNya” melalui perbuatan” roh. Barang siapa berhajat untuk melihat Allah, maka lihatelah kepada perbuatan roh. Perbuatan roh pula dizahir, diperlihat dan dipertontonkan pula melalui jasad kita. Oleh itu, barang siapa berhajuat untuk melihat roh, maka lihat lah perbuatan kita. Terlihat perbuatan kita, maka terlihatelah roh. Bilamana terlihat roh maka terpandanglah Allah Taala. Terlihat seumpama roh yang perbuat, namun pada hakikatnya rohlah perbuat.
Untuk tinggi lagi martabat makrifat kita, kita tidak lagi boleh dudukkan kepada roh yang perbuat, melainkan Allahlah yang perbuat ( bukan roh yang perbuat tetapi Allahlah yang perbuat segala gerak perbuatan). Tauhidlah kita pada hari ini bahawa segala afaal dan apa-apa yang diperbuatkan oleh sekalian makhluk itu, adalah “penzahiran Allah”. Bilamana terlihat perbuatan makhluk, hendaklah terpandanng Allah. itulah yang dikatakan tauhid kepada Allah (tauhidul afaal).
Mulai hari ini, marilah kita bertauhid kepada Allah dengan megaku bahawa segala afaal yang makhluk perlakukan itu, adalah semata-mata bagi memperlihatkan Allah disebaliknya. Marilah kita melihat Allah melalui perbuatan makhluk. Allah zahirkan diriNya melalui afaal kita.
No comments:
Post a Comment