Di dalam surah Al Khafi telah dikisahkan tentang pengembaraan, perjalanan, permusafiran pencarian Nabi Musa as bersama dengan salah seorang murid dan pembantunya iaitu Yusyaq bin Nun bin Afraqsin bin Yusuf dia merupakan cicit Nabi Yusuf as daripada anaknya yang ke 4 iaitu Afraqsin.
Diberitakan di dalam Al Quran perjalanan ini semata-mata untuk mencari seorang insan mencari seorang individu dan ilmu yang diberikan oleh Allah swt kepadanya adalah ilmu yang bersifat Laduni yang terus melimpah dari perbendaharaan ilmu Allah. Jadi individu inilah yang diminta Allah kepada Nabi Musa untuk dicari dan belajar daripadanya, kerana sebahagian ilmu darinya tidak dipunyai oleh Nabi Musa dan ringkasannya individu yang dimaksudkn ialah Nabi Khidir as. Jadi bukan mudah untuk bertemu dengan Khidir tetapi terpaksa melalui perjalanan yang sukar dan panjang dengan kata lain Mujahadah memang terterap terus pada konteks Musa mencari Nabi Khidir di pertemuan antara dua lautan.
Jadi bermulalah pengembaraan ini berjalanlah Nabi Musa dan Khidir ditepi pantai, tiba-tiba Khidir melambai untuk menumpangi kapal yang datang menyungsung ke arah itu. Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui maknanya apa yang dikisahkan oleh Allah dalam pengembaraan tadi iaitu:
1) Pertemuan antara dua laut.
2) Kapal yang ditumpang oleh Nabi Musa dan Nabi Khidir.
3) Ketika belayar dipertengahan laut tiba-tiba datang seekor burung hinggap di dek depan perahu dan mencelup paruhnya dua kali pada sisa air.
4) Nabi Khidir mentakik merosakkan, melobangi kapal tsb.
5) Raja Zalim yang merampas kapal-kapal yang cantik/elok.
6) Nabi Khidir membunuh kanak-kanak bawah umur.
7) Tidak ada sesiapa disekitar kampung di situ pun yg sudi jadikan mereka berdua sebagai tetamu.
8) Sebuah rumah yang mana dinding yang hampir roboh.
9) Dua harta anak yatim di bawah tanah pada rumah tersebut.
TAFSIRNYA PADA "HAKIKAT"
Satu penceritaan yang umum nak cari Nabi Khidir carilah tempat di pertemuan dua laut. Nak cari laut mana dengan laut mana? Bertemu laut mana dengan laut mana? Ada kata laut Mediteranian dengan Rom, laut merah dengan laut kalzum dan sebagainya. Pertemuan dua laut satu lokasi yang begitu asing dalam ilmu hakikat yang dimaksudkan di situ ialah dua alam yang bertemu, dua alam sebenarnya ialah alam Nabi Musa iaitu alam kita yang bersifat fizik dan satu lagi ialah alam Khidir yang bersifat alam ghaibiah. Alam Khidir juga berada di alam kita dengan kata lain alam ini dihijab disembunyikan, bukan calang-calang manusia yang dapat memasuki alam ini. alam ini tidak ditransperenkan terus kepada kita tetapi kepada manusia-manusia tertentu.
Sebenarnya kisah berjalannya Musa dan Khidir tadi perlambangan awal kisah perjalanan kita seorang manusia, kita sebenarnya tidak mmpunyai apa-apa pun, takda bekalan, takda persediaan, takda duit dalam poket, kita keluar dari perut ibu dalam keadaan dagang tetapi Allah sudi memberikan sebuah kapal ini ditumpang secara percuma, kelebihan dan kenikmatan mata Allah tak minta bayar, hidung Allah tak minta bayar sama seperti kita naik kapal tadi.
Bila hampir sampai kepada pelabuhan, Khidir mengeluarkan alat mugkin boleh digambarkan parang/kapak mula menakik dinding-dinding tadi dengan berniat melobangi, merosak dan mencacatkan kapal ini. Melatah Nabi Musa terus memarahi Nabi Khidir dan bertanya, pasal apa buat begini, orang dah bagi tumpang percuma, orang tak minta bayaran orang bagi free, dah orang berbudi inikah balasan yang kita buat kita pegi rosak pula kapal dia.
Bila sampai di pelabuhan barulah Musa tahu di sini ada seorang Raja Yang zalim suka merampas kapal-kapal yang cantik. Jadi Khidir takik tadi supya kapal ini tidak dirampas. Memang kita dikhabarkn demikian dan hari ini pun kita terima dia sebagai Raja yang zalim, benar tetapi siapakah Raja yang zalim itu? Benarkah Raja itu zalim? Pelabuhan itulah yang dinamakan masyhar yang di namakan akhirat. Di situlah terdapat Raja yang bersifat arahman Arrahim itulah Allah, sebenarnya memang sifat Dia tak zalim pun, memang Allah di Akhirat Dia nak ambil orang-orang yang soleh kapal-kapal yang cantik lah sahaja, yang kapal elok saja Aku nak… kapal berlobang, kapal rosak Aku tak mau memang itulah sifat Allah nanti, zalim lagi tak Raja tsb??
Sekali lagi melatah Nabi Musa bertanya kepada Khidir kenapa bunuh budak dia elok-elok bermain dengan kawan dia yang lain, kita pun tak kenal dia. Sebenarnya budak ini telah ditakdirkn untuk dibunuh oleh Khidir dan Khidir memahami permasalahan ini dalam konteks laduni dia, ini arahan Allah ini perintah Allah pada pandangan jauh Nabi Khidir nampak budak ini suatu masa bila dia besar dia akan jadi orang yang kufur kepada Allah dan Khidir bimbang dia akan membawa jalan ibubapanya juga ke arah jalan kekufuran, Khidir matikan awal-awal di atas kerohanian drpd Allah moga-moga ditukarkan kepada bagi kedua ibubapa tadi anak yang lebih baik yang soleh.
Dan akhirnya bila dah lama berjalan hampir gelap, seorang Nabi dan Rasul pun punya sifat kemanusiaan biasa… lapar, mereka berharap ada orang kampung sudi jadikan mereka sebagai tetamu moga-moga dihidangkn makan untuk hilangkan lapar dahaga tapi takda satu rumah pun yang sudi jadikan mereka berdua sebagai tetamu. Lalu mereka duduk di satu tempat tiba-tiba di situ ada rumah yang dindingnya hampir roboh lalu bagunlah Nabi Khidir memperbetulkan balik dinding-dinding tersebut. Nabi Khidir kata di bawah tu ada harta yang dimiliki dua orang anak yatim.
Jadi, ilmu ini akan jd kontroversi maksudanya ilmu ini hanya mampu diterima oleh orang yang tertentu shj tp kebanyakan orang yang digambarkan d dalam kg tu tak sudi pun nak terima mereka sbgi tetamu sbb apa? Sbbnya jalan yang mereka bawa tadi(ilmu Khusus).......
Tetap sbnrnya dinding yang hampir roboh itulah agama kita nasib baiklah nabi khidir p tampan awal² dia tak roboh terus..krn dalam tanah itu ada harta dua anak yatim, dulu zmn nabi dia ada bapa yang soleh, zmn sahabat zmn tabiin dia ada bapa yang soleh tetapi skrg itulh yang mnjdkan dia yatim salah satu itu Al Quran dan Sunnah....zmn rasulullah mereka dibaca,diamal mereka di ulang²...zmn kita mereka dah jadi anak yatim seolah² mereka takda bapa. Orang lbih suka baca novel, orang tak tatap dah quran orang dah baca srt khabar hr², orang tak tengok dah quran baik tengok tv baik tengok Astro... sbb kita jadikan dua² quran dan hadis ini Yatimlah islam kita tadi nak roboh dahh !!... nasib baiklah khidir tampankan betulkan balik... yang tampan ini tangan nabi khidir.. jalan syariat musa atau jalan tariqat khidir yang betulkan agama ? Jalan tariqat khidir yang betulkan......!
Dan, satu lagi anak yatim yang dimaksudkn tu hakikat dan makrifat lah.. yang ini orang dah tak kenal lagi lah dia, dia ada zaman nabi, dia ada zaman sahabat tapi amalan² dia sd mulai dilupakn..dia dah jd asing, mengarut karut jd anak yatim balik dia hanya dipunyai oleh orang² tertentu shj yang dikhususkn oleh Allah. Jadi inilah intipati sisa² pengembaraan nabi Musa dengan Nabi Khidir.
PUNCAK KESIMPULAN: Bercakap tentang dua alam ini sbb itu anda nak tahu kenapa mesti alam yang berbeza sbb bila kita lihat perlakuan2 Khidir dalam siri yang ditentukan Allah dia tidak pernah dikenakan sebarang hukuman, Khidir takik kapal orang kalau yang bsifat fizikal mesti orang tu minta ganti, Khidir bunuh seorang budak kalau sifat fizikal kita memang kena bunuh balas sbb Khidir bunuh orang..... tapi berlaku tak kepada nabi Khidir semua itu....dia bunuh bdk dia tak kena apa², dia takik kapal orang dia tak kena apa² sbb benda ini berlaku pd alam dia bukan alam fizikal kita yang sebenar...
BUKTINYA ialah kenapa mesti ada yusaq bin nun teman tadi...bila masuk sj konteks musa nak dengan Khidir ke mana hilangnya individu ini...tadi bawa teman, bawa kawan, tolong nabi bawa ikan tu bila sj masuk konteks nabi Musa start bljr dengan Khidir hilang terus watak ni.... pergi mana? Sepatut tiga orang lh kn....tp tinggal nabi Khidir dengan nabi Musa pergi mana yang tolong bawa ikan tadi.......? Takda terus dah, dia ditinggalkan di alam luar...dia sbgi penunjuk pembuka pintu gerbang....yang dia bawa itu ikan, ikan yang sdh mati.. itu perlambangan kepada HATI.. ramai tak yang diluar sn yang sd matilah tp bila ikan itu sampai tempat yang dimaksudkan, tmpt yang dituju, jalan yang betul apa jadi pd ikan itulah..? Hidup balik tak??? Hidup balik ikan tu.... dengan jalan inilah HATI2 yang mati perlambangan sbgi ikan tadi mampu dihidupkan balik, kita nak hidup balik hati kita, nak hidup balik rohani kita, nak hidup balik dalaman kita bila masuk saja alam ni bila masuk sj jalan ni dia akan hidup balik, insyaAllah.
Berkata nabi Khidr kepada Nabi Musa sebenarnya sisa air celupan pertama yang melekat pd paruh burung itu, itulah ilmu kamu ilmu yang brsifat kenabian kamu yang brsifat kerasulan kamu, kemudian sisa air celupan kedua yang melekat pd paruh brung itu, itulah ilmu Aku yang bersifat ilmu laduni, engkau tak punyai ilmu yang aku miliki dan aku tak punyai ilmu yang engkau miliki, tetapi lautan yang luas ini, ini lah ilmu Allah yang luas bagaikan samudera yang tak bertepi.
No comments:
Post a Comment