Sunday, January 25, 2015

BAYAN HIDAYAT MAULANA JAMSHED

(10/09/2013 - Nizamuddin). Bergerak di jln Allah adalah merupakan sunnah nabi s.a.w yg paling besar. Keluar sepagi atau sepetang di jln Allah adalah lebih baik drp dunia dan seisinya dan daripada segala amal kebaikan yg ada di atas muka bumi ini. Org yg keluar di jln Allah di waktu petang tidak sama dgn org yg keluar di jln Allah di waktu pagi. Hadrat Abdullah bin rawahah r.a telah dihantar keluar oleh nabi s.a.w bersama dgn satu jemaah. Jemaah telah bertolak pd awal pagi pd hari jumaat. Jemaah telah keluar pd awal pagi tetapi beliau telah tunggu dgn niat utk solat jumaat di madinah bersama nabi s.a.w. Dia kata dia ada kuda yg pantas yg mana dia boleh pacu kuda tersebut dan boleh menyertai jemaah yg telah bertolak lebih awal tadi. Nabi s.a.w telah bertanya pd Abdullah b. rawahah, ‘kenapa kamu belum lagi keluar di jln Allah bersama dgn jemaah kamu?’ 

Beliau kata, ‘saya berkeinginan utk solat jumaat di blkg nabi s.a.w dan saya ada kuda yg pantas dan boleh mengejar mereka’. Nabi s.a.w kata, ‘mereka telah tinggalkan kamu setengah hari, kamu tidak akan dpt pahala sama dgn mereka walaupun kamu infakkan harta seluruh dunia dan dari segi jarak kamu telah ditinggalkan sejauh jarak antara timur dan barat’. ‘Mereka telah mendahului kamu selama 500 tahun dan kamu tertinggal dibelakang selama 500 tahun’. Kalau kamu belanja harta seluruh dunia pun kamu tidak akan sampai ke darjat mereka. Kita kena rasa suka & cinta utk keluar di jln Allah s.w.t dan kita kena sentiasa letak kelebihan2 keluar di jln Allah di depan kita sehingga kita rasa suka dan gembira utk menghadapi kesusahan2 semasa berada di jln Allah s.w.t. Satu org yg sakit kepala sekalipun di jln Allah, Allah akan ampunkan semua dosa2 dia yg lepas. Satu org yg demam hanya satu mlm di jln Allah, dia akan bersih dari dosa2nya seolah2 dia baru dilahirkan oleh ibunya pd hari itu. Doa2 org yg keluar di jln Allah akan diterima oleh Allah sebagaimana Allah terima doa nabi2.

Satu ketika, satu jenazah telah dibawa ke hadapan nabi s.a.w dan nabi telah maju ke depan utk mengimami solat jenazah akan tetapi sahabat2 yg lain telah bagitahu pd nabi s.a.w agar tak payah utk solat jenazah org itu kerana sepanjang hidup dia kami tak pernah tengok dia buat kebaikan. Nabi tanya – ada tak sesiapa pernah melihat dia buat apa-apa kebaikan? Satu org telah bangun dan bagitahu pd satu malam saya telah melihat org ini telah berjaga sepanjang malam utk menjaga barang2 org yg sedang keluar di jln Allah s.w.t. Maka nabi s.a.w telah solatkan jenazah lelaki tersebut dan nabi bersabda pd jenazah tersebut, walaupun semua org kata kamu ahli neraka, tapi aku Rasulullah s.a.w , aku rasul Allah, aku bersaksi bahawa kamu adalah ahli syurga. Bila keluar di jln Allah, kita kena tahu niat dan maksud/tujuan kita keluar. Satu org yg buat sesuatu pekerjaan tanpa niat, tanpa tahu tujuan dan maksud adalah umpama perbuatan seorang budak kecil atau org gila. Maksud kita keluar di jln Allah adalah utk ubah yakin kita. 

Utk ubah yakin dari makhluk (selain dari Allah) kpd keyakinan pd Allah s.w.t, ubah yakin dari asbab dan kebendaan kpd yakin pd amal, ubah yakin drp dunia yg sementara kpd yakin pd akhirat yg selama2anya. Maulana yusuf rah. kata bahawa maksud kita keluar di jln Allah adalah utk dtgkan, utk wujudkan kesempurnaan dlm iman dan amal. Semasa kita keluar di jln Allah sangat penting utk kita betulkan niat kita kerana seluruh amal kita bergantung pd niat. Pada hari kiamat 3 org akan di dtgkan dihadapan Allah s.w.t, satu org alim, satu org syahid di jln Allah dan satu org dermawan yg telah banyak belanja utk agama Allah. Mereka akan ditanya tentang niat mereka. Setiap dari mereka akan kata kami buat semua ini semata2 krn Mu wahai Allah s.w.t. tapi Allah s.w.t akan nafikan dan Allah s.w.t kata kamu semua buat amal2 ini utk menunjuk2, utk mendpt pujian, mendapat sanjungan drp manusia dan kamu telah dpt perkara tersebut semasa di dunia, skrg kamu tidak akan dpt apa-apa. 

Seorg sahabat telah tanya pd nabi s.a.w pasal satu org yg telah berhijrah krn utk berkahwin dgn seorg wanita, ummi qais. Wanita itu telah terima lamaran lelaki tersebut dgn syarat lelaki tersebut hendaklah berhijrah, tinggalkan kpgnya dan dtg ke madinah. Bagaimanakah kedudukan hijrahnya ini? Maka nabi s.a.w telah jawab, satu org yg hijrah kerana Allah dan rasul, maka hijrah dia adalah utk Allah dan rasul. Dan satu org yg berhijrah utk dptkan dunia maka hijrahnya adalah utk dunia. Dan satu org berhijrah utk berkahwin dgn seorang wanita, maka hijrahnya adalah utk wanita. Atas maksud apa dia berhijrah, itu dia akan dpt. Pada zaman Umar r.a, satu org sahabat telah terbunuh semasa keluar di jln Allah dan org ramai kata dia telah syahid di jln Allah s.w.t. 

Umar r.a kata belum pasti dia syahid kerana dia telah bawa bersama dgn dia barang2 perniagaan dan telah melakukan jual-beli barang2 semasa berada di jln Allah. Kamu boleh kata semoga Allah berkati kematian dia di jln Allah, tetapi hanya Allah sahaja yg boleh tentukan samada dia syahid atau tidak di jln Allah s.w.t. Maulana yusuf rah. kata, satu org yg keluar utk buat haji yg fardu atas dia sekali seumur hidup dia, syariat telah memberi kebenaran utk dia berjual beli semasa dia menunaikan haji. Akan tetapi utk satu org yg keluar di jln Allah s.w.t, utk meninggikan kalimah Allah s.w.t, syariat tidak benarkan dia utk buat jual beli dan berniaga. Hendaklah kita sentiasa letakkan maksud dan tujuan kita keluar di jln Allah s.w.t di hadapan kita. Niat kita hendaklah sentiasa betul. Tak kira kita keluar di kawasan mana, di negara mana, kita tidak ada niat-niat lain, kita tidak ada kepentingan2 lain. Niat kita semata2 utk Allah dan rasul.    

Semua barang yg kita perlukan semasa kita keluar di jln Allah s.w.t, hendaklah kita bawa bersama2 dgn kita, supaya kita tak perlu pergi ke bazar/kedai utk beli barang2 tersebut dan supaya kita terselamat drp meminta drp org.  Ketiga2 kitab taklim: kitab fazail amal, kitab muntakhab hadith dan kitab fazail sedekah hendaklah ada bersama dgn setiap jemaah. Lebih baik kalau setiap org ada kitab2 tersebut. utk buat taklim secara ijtimai, satu kitab sudah cukup utk satu org baca dan yg lain dengar tapi utk mentelaah secara infradi setiap org kena ada kitab sendiri. 

Masa keluar di jln Allah, segala periuk belanga, segala alatan keperluan utk memasak, makan, minum hendaklah ada bersama dgn kita supaya kita tak perlu minta dan ambil drp org lain. Kita hendaklah mengelak drp meminta2a drp org dan elak drp membazir, belanja lebih dari keperluan. Ishraf ialah meminta dgn hati dan soal ialah minta dgn lidah. Apa2 benda atau brg yg kita dpt dgn minta dgn hati atau dgn lidah, tidak ada berkat dlm benda tersebut. Jgn berbelanja berlebihan/membazir. Belanja lebih drp keperluan ialah ishraf. Bila kita biasakan diri dgn ishraf, belanja lebih drp keperluan, sedikit demi sedikit akan bawa kpd benda yg haram. Hari ni seluruh dunia berada dlm kesusahan dan serba kekurangan krn sifat ishraf ini. Melalui ishraf tidak ada keberkatan dlm hidup kita. 

Perkara yg keempat, jgn sesekali kita guna brg sesiapa tanpa kebenaran. Ini akan menyebabkan hati kita jauh drp satu sama lain. Semasa berada di jln Allah, kita hendaklah berusaha utk sentiasa berada dlm keadaan berwuduk. Kita juga kena jaga pandangan, tundukkan pandangan. Jaga pandangan drp wanita yg haram kita lihat dan jaga pandangan dpd melihat gambar2. Kali pertama kalau kita terpandang wanita atau gambar, dimaafkan. Kali kedua, kalu kita tengok lagi, dia punya racun akan meresap masuk dlm diri kita. Pandangan yg haram ini adalah salah satu drp panah2 syaitan yg sgt beracun. Kita kena sgt berhati2 dgn pandangan kita semasa berada di jln Allah. Semasa dlm safar di jln Allah, kita hendaklah jaga solat2 kita. Semasa dlm kenderaan, dlm bas atau dlm keretapi, kalau tak dpt buat taklim secara ijtimai, kita buat taklim dua2, satu org baca dan satu org dengar. 

Semasa dlm perjalanan, jgn satu waktu pun solat kita terqado, hendaklah kita jaga solat fardu yg wajib, solat sunat tak perlu tapi solat sunat seblm subuh hendaklah kita beramal dgnnya. Solat adalah satu kefarduan yg sgt besar dan sgt penting dlm agama. Kalau semasa kita keluar kita tak dpt jaga solat, maka lebih susah kita nak jaga solat semasa tak keluar di jln Allah. Kita kena pastikan arah kiblat semasa solat dlm keretapi atau kenderaan lain. Kita juga kena tahu waktu solat dan cuba utk solat awal waktu. Semasa safar, kita hendaklah berakhlak mulia dan baik dgn org2 yg safar dgn kita. Berakhlak baik akan timbulkan kasih syg. Bila kita sampai, apa shj kerja yg kita nak buat hendaklah bersesuaian dgn sunnah. Naik kenderaan dgn cara sunah, berjln dgn cara sunnah, turun kenderaan dgn cara sunah, setiap amalan kita ikut sunnah nabi s.a.w. Satu org yg amalkan sunah akan dpt 4 kelebihan:

1) Allah akan letakkan dlm hati org-org yg soleh perasaan kasih pd kita
2) Pada org kafir Allah letakkan perasaan gerun pd kita.
3) Allah akan bagi kemantapan dlm agama dan istiqamah dlm agama.
4) Allah bagi keluasan dlm rezeki.

Bila kita sampai di tempat tashkil, sebelum kita masuk ke kawasan kpg, kita buat manzil, amir jemaah akan pastikan semua barang2 ada bersama mereka, kumpul ahli jemaah, dan salah seorg dari ahli jemaah akan cakap sikit, bentuk fikir. Perkara yg perlu diberitahu: “masa sangat berharga. Setiap drp kita bertggjwb kena jaga masa masing2. Supaya masa tidak sia-sia. Digunakan sebaik mungkin, setiap ahli jemaah kena ada fikir dan risau secara ijtimai, paling kurang satu org dari setiap rumah dpt keluar tunai di jln Allah. Yg tak dpt keluar tunai, tetapkan tarikh utk keluar secepat mungkin, suasana agama yg baik dpt diwujudkan di setiap rumah dan seluruh kpg”. Hendaklah kita usaha dgn cara kita bercampur dgn org2 kpg. Pergi jumpa mereka dari pagi sampai zohor, dari zohor sampai ke petang. 

Banyak jumpa manusia, bercakap dgn mereka, sediakan mereka utk mereka hidupkan amal masjid. Pujuk rayu mereka supaya mereka bagi masa di masjid dan hidupkan amal2 masjid. Setiap rumah dpt dihidupkan dgn amalan taklim. Setiap org lelaki dpt solat berjemaah di masjid. Setiap org lelaki dpt keluar bergilir 3 hari di jln Allah s.w.t. Dpt hidupkan mesyuarat setiap hari di masjid tersebut. Dpt hidupkan amalan ziarah, pergi rumah ke rumah cakap kebesaran Allah s.w.t , hidupkan halaqah iman, dpt buat gasht setiap minggu dan gasht kedua di masjid berdekatan. Libatkan setiap org kpg dgn amal masjid. Dirumah hidup amal dan di masjid hidup amal. Sediakan org kpg seramai yg mungkin buat kerja bersama dgn kita dan latih mereka utk buat kerja. Selagi tak dpt wujudkan amal2 masjid ini, selagi itu kita jgn pindah ke masjid lain.  

Satu lagi perkara yg kita kena buat ialah usaha utk memakmurkan masjid. Libatkan org tempatan, bagi masa bersama2 dgn kita, 1 jam, 2 ½ jam, 5 jam, berapa lama yg mungkin, bergilir2 bagi masa dgn jemaah belajar utk hidupkan amalan memakmurkan masjid, amalan dakwah-taklim-istiqbal (DTI) . Beberapa org akan duduk dlm masjid, ada halaqah taklim, ada halaqah dakwah dan yg lain akan pergi rumah ke rumah, lorong ke lorong, pintu ke pintu, sediakan org utk dtg ke masjid. Dakwah yg ringkas di rumah mereka dan bawa mereka tunai ke masjid. Bawa mereka duduk dlm halaqah taklim, halaqah dakwah di masjid. Kalau mereka tak sedia dtg tunai ke masjid, kita bagi dakwah yg sempurna di rumah dan tashkil utk keluar di jln Allah dan akhir sekali paling kurang tanya dia bila tuan sedia bagi masa setiap hari di masjid? pagi? petang? malam? Kita kena wujudkan amalan ini setiap hari semasa kita keluar di masjid tersebut dan libatkan org tempatan bersama dgn kita supaya bila kita pindah ke masjid lain, amalan DTI ini dpt diteruskan oleh org tempatan di masjid tersebut.

Taklim rumah bukan utk karkun sahaja, bahkan taklim dirumah adalah utk setiap org islam. Kita kena usaha dan fikir bagaimana taklim rumah dpt dihidupkan dlm setiap rumah org islam dlm kpg tersebut. Begitu juga dgn amalan keluar 3 hari setiap bulan di jln Allah, bukan utk karkun sahaja, kita kena usaha dan fikir setiap org islam dlm kpg dpt keluar setiap bulan 3 hari di jln Allah s.w.t. Lepas manzil, kita doa pada Allah s.w.t, dlm doa kita merendah diri pd Allah s.w.t, minta bantuan dan nusrah dari Allah. Kita bergerak ke masjid. Kita masuk masjid dgn cara sunah. Letak brg di tempat yg sesuai, yg selamat, yg tak mengganggu org tempatan, susun barang dgn elok, tutup dgn kain yg bersih, kemudian kita ambil wuduk, dan solat 2 rakaat tahiyyatul masjid. 

Amalan pertama slps itu ialah kita berkumpul utk mesyuarat. Seblm kita mulakan mesyuarat, kita ingatkan ahli jemaah perkara yg sama semasa manzil seblm ini iaitu dpt jaga masa dgn sempurna, dpt keluarkan jemaah tunai dan dpt hidupkan amal masjid. Kita ulang balik perkara tersebut supaya semua ahli jemaah ada satu fikir, satu hati, ada risau atas perkara yg sama. Kemudian baru kita ambil syor dari ahli jemaah macam mana kita nak buat usaha. Org yg diputuskan utk buat khidmat, akan mulakan khidmat. Putuskan 2 org yg sesuai utk buat khususi. Pergi jumpa alim ulamak. Ini adalah satu ibadat yg mendatangkan pahala pd kita. Dgn kita memuliakan alim ulamak, maka ilmu akan dtg dlm keluarga kita, dlm keturunan kita, dan kita kena rasa ini keperluan kita. Kita perlu pd ilmu, kita kena bersama dgn ulamak, ziarah ulamak, dampingi mrk. 

Juga kita kena pergi ziarah org berpengaruh dlm kpg tersebut, org yg ada kedudukan, ada jawatan, yg disegani dlm kpg, kita pergi tanpa kita terkesan dgn segala keduniaan dan kedudukan yg dia ada. Kita muliakan mereka, kita ikram mereka, cakap dgn baik, kita dakwah dia dan cuba bawa dia ke masjid. Sesiapa sahaja yg kita jumpa dlm mulakat kita, dlm gasht kita, kita kena usaha supaya mereka dtg ke masjid. Kerana bila satu org itu dtg ke masjid, suasana masjid akan melembutkan hati dia dan mudah utk menerima segala percakapan yg kita beritahu pd dia.

Baki jemaah akan duduk dlm masjid dan buat taklim. Org yg diputuskan utk buat taklim, pertama baca dari fadhilat quran, baca 2-3 hadith dan mulakan halaqah quran. Maksud drp halaqah quran ialah utk ‘tashih’, utk membetulkan bacaan quran kita supaya semua drp kita dpt baca quran dgn cara yg betul. Dgn tartil, dgn tajwid, sebut semua huruf dgn makhraj yg betul, dgn sifat yg sempurna. Semua kita kena belajar baca quran dgn cara yg betul. Kita baca satu satu ayat. Betulkan satu satu ayat sehingga seluruh quran kita dpt dibetulkan. Ini adalah perkara yg sangat2 penting. 

Bila bacaan quran tak betul maka solat kita tak akan diterima oleh Allah s.w.t dan doa kita tak akan diterima. Kita buat halaqah mengikut bilangan org yg boleh betulkan bacaan. Kalau dlm jemaah kita hanya ada satu org yg pandai baca quran, yg boleh betulkan kesilapan dlm pembacaan quran, maka kita buat satu halaqah sahaja. Kalau ada 2 org yg pandai, buat 2 halaqah. Yg penting setiap halaqah kena ada satu org yg pandai. Seterusnya kita baca hadith2 nabi s.a.w dari kitab2 fazail. Kita baca hadith 2-3 kali. Kita baca dgn perlahan2. Jangan baca dgn laju supaya semua org faham dan kita ulang 2-3 kali. Mengulangi satu perkata yg penting 2-3 kali adalah merupakan sunnah nabi s.a.w. bila baginda bercakap, baginda akan ulang 2-3 kali dan kita jgn tambah dgn ayat kita sendiri, jgn kita bagi penerangan sendiri. 

Semasa buat taklim, kita hantar ahli jemaah  2-2 org utk buat taklimi gasht. Pergi ke setiap arah, jumpa setiap org, cuba bawa mereka ke masjid. Cerita pd mrk ttg kelebihan masjid, kelebihan majlis taklim, kelebihan dengar firman Allah dan sabdaan nabi. Bawa tunai ke masjid. Duduk dlm taklim dan kemudian kita dakwah dia dan sediakan dia. Mudah utk dia terima dlm suasana masjid, hati jadi lembut. Cuba bawa seramai mungkin ke masjid utk duduk dlm takim dan dakwah mereka. Baca kitab fazail amal dan fadilat sedekah. Dan waktu yg lain baca muntakhab ahadith.

Slps taklim pagi, kita buat muzakarah 6 sifat. Setiap ahli jemaah hendaklah bangun berdiri dan muzakarah kan 6 sifat. Maksud drp muzakarah 6 sifat ini ialah bagaimana kesemua sifat2 ini dpt dtg dlm kehidupan kita. Kita hendaklah tahu maksud setiap sifat, cara utk dptkan sifat2 tersebut dan kelebihan setiap sifat tersebut. Bila sifa2 ini dtg dlm kehidupan kita maka akan mudah utk dtgnya keseluruhan islam dgn rukun2nya sekali, dan keseluruhan agama utk dtg dlm kehidupan kita akan jadi mudah. Sifat pertama iman dan yakin, sifat kedua solat, sifat ketiga ilmu dan zikir, sifat keempat ikram muslimin, sifat kelima ikhlas niat dan sifat keenam dakwah dan tabligh. Setiap drp kita hendaklah hafal 2-3 hadith drp muntakhab ahadith yg berkaitan dgn setiap sifat2 ini dan semasa muzakarah 6 sifat kita cakap hadith tersebut. 

Utk dptkan semua sifat2 ini cara pertama ialah dakwah. Yg kedua, kedua kita duduk dlm majlis taklim, majlis iman dan dgr ttg sifat2t ini. Yg ketiga, kita kena usaha secara amali utk dtgkan sifat2 ini dlm diri kita. Yg keempat kita kena sentiasa berdoa pd Allah s.w.t. ya Allah, kurniakanlah sifat2 ini pd saya. Tempat iman adalah dlm hati kita dan dibenarkan oleh amalan. Sahabat tanya pd nabi ttg tanda iman. Bila amal kebaikan mengembirakan kamu dan amal keburukan menyedihkan kamu, maka kamulah org beriman. Kalimah ini menafikan segala2nya selain drp Allah. Nafikan segala ghairullah. Kita tidak akan beribadat selain drp Allah, dari segi pengabdian diri, dari segi penghambaan, dari segi memberi menafaat dan mudharat, hanya Allah yg bagi menafaat dan mudharat. Dlm kalimah ini kita telah nafikan segala2nya. Tidak ada yg layak disembah melainkan Allah.

Satu ketika org mekah telah tanya nabi s.a.w ttg ashabul kahfi. Pada kebiasaannya bila nabi ditanya akan sesuatu perkara, Allah akan turunkan wahyu utk jawab pertanyaan tersebut dlm masa yg singkat. Oleh krn itu nabi s.a.w telah bagitau org mekah, esok saya akan beritahu ttg ashabul kahfi dan nabi s.a.w terlupa nak cakap insyaAllah. Akibat drp itu selama 15 hari wahyu tidak diturunkan pd nabi s.a.w. slps 15 hari baru wahyu diturunkan dan nabi telah diberi peringatan jika nak buat sesuatu perkara kena cakap insyaAllah terlebih dahulu. 

Nabi s.a.w adalah rasul Allah yg hak, kejayaan kita adalah mengamalkan agama yg telah dibawa oleh nabi s.a.w. Beriman dgn nabi s.a.w bermaksud kita mempercayai akan setiap perkara yg diberitahu kpd kita semata2 atas dasar kepercayaan kita pd nabi s.a.w. Sejauh mana kita dakwahkan kalimah ini sejauh itulah keyakinan terhadap kalimah ini akan dtg dlm hati kita. Sejauh mana satu org itu duduk dlm majlis2 iman dan dgr ttg kalimah lailahaillallah muhammadur rasullullah dan mahfum kalimah ini sejauh itulah tauhid dan risalah akan masuk dlm hati dia. Percakakapan satu org ttg iman dan pendengaran satu org ttg iman dan fikiran satu org itu ttg makhluk2 Allah dari segi bahawa inilah ciptaan Allah, ttg kudrat Allah s.w.t, ttg kekuasaan Allah s.w.t, semua tanda ini akan wujudkan keimanan dlm hati.

Hendaklah kita berdoa dan menangis di depan Allah s.w.t, minta hakikat iman drp Allah s.w.t, kerana iman adalah kurniaan drp Allah s.w.t. Allah bagi pd sesiapa yg dia kehendaki. Kita merayu dan minta pd Allah. Mahfum hadith nabi s.a.w, sesiapa yg terima kalimah yg aku telah cuba utk sampaikan pd bapa saudaraku tetapi dia telah tolak, maka kalimah tersebut cukup utk kejayaan dan keselamatannya. Solat merupakan satu kefarduan dlm agama. Sesiapa yg solat dia sempurna, solat yg betul, maka kehidupan dia akan betul, agama dia akan betul dan sempurna. Nabi bersabda, solat adalah tiang agama. 

Sesiapa yg mendirikan solat maka dia telah dirikan agama. Sesiapa yg tinggalkan solat, maka dia telah runtuhkan agama.  Bani tsaqif telah dtg drp Taif, mengadap nabi s.a.w, dan zahirkan keinginan mereka utk memeluk agama islam. Mereka kata kami sedia utk peluk agama islam tapi dgn beberapa syarat. kami tak mahu solat, tak nak keluarkan zakat, tak nak berpuasa, tak nak tunaikanhaji, tak nak keluar di jln Allah s.w.t. Memandangkan mrk org baru masuk islam, nabi terima 4 permintaan mrk ttpi mrk kena solat. Krn tanpa solat islam kamu tak akan diterima. Nabi telah sediakan mrk utk solat. Tak ada bahagian dlm islam bagi org yg tak solat dan tak ada solat bagi org yg tak rukuk dan sujud. Mrk sedia utk masuk islam hanya dgn tunaikan solat, yg lain semua tak nak buat. Nabi s.a.w telah letak mrk di masjid, dan diajar solat. Slps beberapa lama, dtg bulan ramadan, semua org islam berpuasa, maka dtg dlm hati mrk, keinginan utk berpuasa. 

Seterusnya mrk telah keluarkan zakat, mrk telah tunaikan haji, dan mrk telah keluar di jln Allah s.w.t. Semua perkara yg mereka tak nak buat seblm ini, mrk telah buat dgn kerelaan dan keinginan mereka sendiri. Ini semua berpunca dari usaha atas iman dan solat.  Keseluruhan agama telah dtg dlm kehidupan mereka. Macam mana nak usaha atas solat kita? Pertama, kita kena dakwah kpd solat. Kedua, duduk dlm halaqah taklim dengar tentang kelebihan solat lagi dan lagi. Ketiga, usaha secara amali utk betulkan solat kita. Utk dtgkan hakikat solat dgn cara kita betulkan zahir dan batin solat kita. Setiap kali slps solat, kita kena ada perasaan syukur pd Allah atas kurniaan Allah, dan istighfar pd Allah s.w.t atas segala kekurangan.

Zahir solat ialah betulkan bacaan quran dlm solat, betulkan rukuk, qiam, sujud. Segala pergerakan dan perbuatan dlm solat kena buat dgn tokmaninah, bukan dgn cepat2. Nabi s.a.w bersabda, hendaklah kamu solat sebagaimana kamu lihat aku solat. Kita kena usaha utk tiru solat nabi. Setiap pergerakan ikut cara nabi s.a.w. Jibrail a.s telah turun lebih dari 10 kali, utk ajar nabi, tunjuk pd nabi cara nak solat. Batin solat ialah tawajjuh, tumpuan kita pd Allah. Dlm setiap ibadat kita, kita kena ada dlm salah satu drp 2 keadaan. Beribadat pd Allah seolah2 kamu melihat Allah. Jika tak dpt lihat Allah, maka kamu kena yakin dlm hati bahawa Allah sdg melihat kamu. Bila usaha dgn cara begini, insyaAllah, sedikit demi sedikit solat kita akan bertambah baik. Sebagaimana iman terhadap kalimah akan mendorong kita utk melakukan ketaatan pd Allah, menegah kita drp perkara2 yg haram, begitu juga bila kita usaha atas solat, dpt hakikat solat, maka solat ini dpt mencegah kita drp kemungkaran, drp perkara2 maksiat dan dosa. 

Perkara ketiga ialah ilmu dan zikir. Maksud drp ilmu ialah tahkik, utk kaji hak kebenaran. Maksud drp zikir ialah bagai mana dpt keluarkan ghaflah, sifat lalai drp diri kita dan setiap masa dpt ingat Allah. Utk kita dpt ilmu fadhail, kita kena duduk dlm halaqah taklim fadhail dan ilmu masail ialah dgn kita selalu bertanya drp alim ulamak. Halaqah taklim kita kena buat secara ijtimai dan juga kita kena mentelaah kitab fadhail secara infradi. Ilmu fadhail termasuk drp perkara2 keimanan yg akan menyediakan setiap org drp dalaman dia utk beramal. Akan timbul dlm diri kita keyakinan akan janji2 Allah dan ancaman Allah. Sejauh mana kita dakwah pd ilmu, sejauh itulah kepentingan ilmu akan dtg dlm hati. Kita kena duduk dlm halaqah taklim utk dgr fadhail dan hasilkan ilmu fadhail. Secara infradi kita kena mentelaah kitab2 fadhail dan secara infradi kita kena belajar dan mengajar ilmu masail. Dan kita kena doa pd Allah s.w.t semoga Allah kurniakan pada kita ilmu bermenafaat. Dlm mahfum hadith, ilmu ada 2, satu ilmu pada lidah dan satu ilmu dlm hati. Ilmu pd lidah akan jadi hujah keatas seseorg itu pd hari kiamat nanti dan ilmu dlm hati itu yg akan memberi menafaat.

Utk dpt hakikat zikir kita kena dakwah kpd zikir dan duduk dlm majlis taklim setiap hari utk dgr kelebihan2 zikir dan hendaklah dgn penuh istiqamah, dgn penuh intizam jika jaga segala amal2 infradi kita terutama nya tilawah quran kita setiap hari. Zikir yg paling afdal ialah membaca quran. Hendaklah kita usaha supaya setiap hari kita dpt baca quran dan sebaik2nya kita dpt baca quran yg panjang2 dlm solat tahajjud kita di waktu malam. Yang belum dpt baca dgn betul dia kena mula belajar, mula berusaha supaya dpt baca quran dgn baik. Kita juga kena jaga semua doa-doa masnun, doa sebelum makan, selepas makan, sebelum pekerjaan, selepas pekerjaan, supaya dlm kehidupan kita 24jam kita sentiasa ingat pd Allah s.w.t. Kita kena buat zikir pagi dan petang dgn istiqamah. 

Dgn cara ini akan dtg dlm diri hakikat zikir, dpt hilang kan kelalaian dari diri kita, dan kena berdoa pd Allah s.w.t semoga Allah kurniakan pd kita hakikat zikir. Ilmu tanpa zikir adalah zulmat (kegelapan) dan zikir tanpa ilmu adalah dolalah (kesesatan). Sifat yg keempat ialah sifat ikram, bagaimana kita dpt tunaikan hak setiap org terutamanya org2 islam. Kita dpt kenal dan dpt tahu hak setiap org islam dan dpt tunaikan hak tersebut. Bukan sahaj hak org islam, bahkan hak org bukan islam dan hak semua makhluk Allah, kita dpt tahu hak2 mrk dan dpt tunaikan hak mrk dgn sempurna. Kita kena ikram semua org islam samada org itu baik atau org itu fasik dan fajir, walaupun jahat dan jauh dari agama, kita kena muliakan dia, kena hormati dia. Dgn berkat ikram dan sifat hormat kita pd dia, satu hari org itu juga akan jadi org yg beriman pd Allah, taat pd perintah Allah, dan Allah akan guna dia utk agama Allah. Maulana Ilyas rah. bagitahu, bahawa org2 islam, selagi mana dia kata dia org Islam, tak kira mamana teruk sekalipun, tak ada amalan apa pun dlm kehidupan, maka masih ada peluang bagi kita utk usaha atas dia bagaimana agama yg sempurna dpt dtg dlm kehidupan dia. 

Kalau satu org itu kata saya bukan org islam, maka dia telah keluar dari tangan kita, telah terlepas peluang utk kita usaha atas dia. Kita kena dakwah kpd sifat ini. Kita kena dgr lagi dan lagi ttg kelebihan sifat ikram dlm kitab muntakhab hadith dan kita kena bnykkan khidmat. Dtgkan sifat ikram dlm diri dgn perantaraan khidmat dan doa pd Allah semoga Allah kurniakan pd kita sifat ini. Sifat kelima ialah membetul kan niat. Setiap amalan bergantung pd niat. Bila dakwah pd sifat ikhlas, kita akan sentiasa sedar akan kepentingan utk jaga niat kita. Bila kita dgr lagi dan lagi hadith2 ttg kelebihan membetulkan niat, maka akan dtg kesedaran dlm hati kita utk betulkan niat. Setiap permulaan amal kita betulkan niat kita, pertengahan amal kita tashdid, baharui niat kita, pd akhir setiap amalan kita istighfar pd Allah, minta ampun pd Allah, dan doa semoga Allah terima amalan kita. Inilah cara2 utk kita dpt keikhlasan dlm niat kita.

Sifat keenam ialah dakwah dan tabligh. Sifat dakwah dan tabligh, utk sampaikan agama adalah t/jwb umat ini. Sebnyk mana agama ada dgn dia, utk sampaikan agama tersebut pd org lain adalah t/jwb dia. Bila kita baca hayatus sahabah, kita dpt jumpa perkara ini dlm kehidupan sahabat. Bergerak di jln Allah, merupa kan sunah nabi yg paling besar. Bagaimana sunnah ini dpt dihidupkan di seluruh dunia, semua org islam dpt bergerak di jln Allah, inilah maksud kita buat usaha ini. Bagaimana dlm hati setiap org islam ada jasbah, ada keinginan utk mati di jln Allah. Bagaimana nak hidupkan sunah keluar di jln Allah ini dlm umat, utk itu kita kena dakwahkan perkara ini. Duduk dlm halaqah taklim dan dgr ttg kelebihan keluar di jln Allah s.w.t. Kita kena niat utk keluar di jln Allah setiap tahun 4 bulan. 

Dan kita hendaklah berdoa pd Allah semoga Allah bagi pd kita istiqamah. Perjumpaan pertama kita dgn org kpg, dlm bayan pertama kita di sesuatu masjid, hendaklah kita sediakan org2 kpg utk bersama2 dgn kita. Dgn perantaraan umumi gasht, kita nak sediakan setiap org kpg lelaki akil baligh dpt dtg ke masjid. Bawa mrk ke dlm suasana masjid. Gasht umumi kena mesyuarat dgn org kpg. Kita kena buat taklim slps zohor, dan sediakan org2 kpg bersama2 dgn kita duduk dlm taklim, dan buat mulakat, buat khususi jumpa org2 kpg. Ada org pernah bagi nama, ada azam, ada niat nak keluar, maka hendaklah kita pergi jumpa mrk dan sediakan mrk utk keluar tunai di jln Allah. 

Kalau gasht umumi lepas asar, maka hendaklah kita lapangkan masa kita drp asar hingga maghrib hingga lepas maghrib utk amalan gasht yg penting ini dan sediakan org2 kpg juga utk lapangkan masa mereka utk buat gasht bersama kita. Perumpamaan ummumi gasht ini seumpama tulang belakang utk manusia. Kalau tulang belakang kuat, maka seluruh badan akan kuat. Kalau tulang belakang sakit, maka seluruh pekerjaan dia selama 24jam akan terkesan dgn sakit tersebut. Kalau buat gasht dgn cara yg betul, maka akan dtg banyak keberkatan dlm usaha kita. Setiap hari kena buat ummumi gasht. Dgn ummumi gasht kita himpunkan org kpg di masjid, dan cakap 6 sifat, bayan yg mudah dan sedikan mereka utk keluar di jln Allah. Begitu juga dgn adab makan, adab tidur, utk permulaan kita buat setiap hari, bila dah lama keluar boleh buat jarang2 sekali. Setiap hari kena ada bayan subuh sebagaimana bayan ummumi gasht. Lepas bayan subuh pun kena ada tashkil. 

Kena fikir macam mana nak keluarkan jemaah tunai 3H, 40H dan 4B. sepanjang hari kita buat usaha, dan mlm hari kita bangun dan doa pd Allah s.w.t. Utk ubah hati2 manusia ditangan Allah. Bila kita sentiasa buat usaha maka Allah akan tarbiyah kita, Allah akan ubah yakin kita, Allah akan ubah jasbah kita dan fikir kita. Hendaklah kita usaha utk keluarkan jemaah tunai dari setiap masjid, usaha utk bangunkan jemaah masjid. Selagi jemaah masjid tak hidup, jgn kita pindah ke masjid lain. Hedaklah jemaah bergerak dgn ketaatan pd amir. Dgn kita taat amir, kita akan terselamat drp tipu daya nafsu, terselamat dari tipu daya syaitan dan terselamat dari perangai kita yg buruk. Ketaatan pd amir adalah perantaraan utk kita dpt ketaatan pd Allah dan rasul. Kita dah dgr bayan hidayat bnyk kali dan kita niat utk belajar lagi dan lagi, Allah akan tambah kefahaman. Semoga Allah terima tuan2 keluar di jln Allah.   

No comments:

Post a Comment