Sunday, January 25, 2015

BAYAN HIDAYAT MAULANA SAAD

(09/01/2001 - Tongi 2001). Tuan-tuan yg mulia. Allah swt utuskan nabi-nabi ke muka bumi untuk membawa yakin manusia yang betul kepada kalimah Laillahaillallah dan medan usahanya manusia. Setiap nabi di zaman mereka diutus dakwahkan kalimah Laillahaillallah. Apabila nabi wafat, umat kufur dan Allah swt dtngkan nabi lain dan umat kembali yakin yang betul kepada Allah swt dan apabila nabi wafat akidah umat rosak kembali dan Allah swt  dtgkan nabi lagi. Begitulah masa berjalan Allah swt utuskan nabi demi nabi sehingga 124,000 nabi dan setengahnya mengatakan  Allah swt utuskan  200,000 orang nabi. 

Sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw. Selapas Nabi s.a.w, Allah swt tutup  pintu kenabian dan kerja untuk menyeru manusia kepada Allah, Allah swt  beri kepada sahabat2 dan umat ini. Tuan-tuan yang mulia. Pada mana2 zaman, apa-apa yg ada ketika itu, dakwah2 nabi bertentangan dengan keadaan yang ada. Nabi Ibrahim dakwah, berhala berhala  yg banyak tidak boleh membuat apa-apa. Nabi Shuib dakwahkan, pertanian yg canggih tidak boleh buat apa-apa. Nabi Musa dakwahkan, kekuasaan sihir tidak boleh buat apa-apa dan Nabi Muhammad s.a.w dakwah akan asbab-asbab yang telah disempurnakan semuanya telah dinafikan tidak boleh membuat apa-apa, yg berkuasa, yg memberi mudarat dan menafaat hanyalah Allah yg esa.

Dakwah adalah keperluan setiap manusia. Dakwah ialah untuk da’i. Kerja Nabi s.a.w yang khas ialah dakwah iman. Dakwah ini diteruskan oleh sahabat2. Dakwah nabi tidak menyebut ttg asbab ttpi menyebut ttg kudrat Allah swt. Allah yg membuat dahulu dan membuat skrg dan membuat semua perkara yang akan datang. Dakwah ialah untuk orang Islam bagi membetulkan yakin yang menjadi kan semua diantara langit dan bumi adalah Allah swt. Untuk menjadikan sesuatu Allah swt tidak memerlukan asbab tetapi dengan kudratNya. Jalan kefasadan yg terbesar dikalangan umat ialah yakin yang salah ke atas asbab. Keyakinan yang salah itu menyebabkan manusia merasa satu kerugian apabila mengamalkan agama kerana ia terpaksa meninggalkan asbab2 yg mereka sangka memberi menafaat, apabila berniaga tidak boleh mengambil riba’, tidak boleh memberati timbangan utk mendapatkan untung yg lebih dan sebagainya. 

Dakwah bukan utk menyampai seruan  sekali sekala sahaja tetapi seruan yang disampai kan secara berterusan dimana sehingga  kita dapat menyediakan orang yang mendengar dapat mengamalkannya atau kita sediakan dia menjadi da’i yang dapat menjadi penyampai kepada orang lain. Maulana Saad berkata ‘maksud usaha tabligh ialah menyampaikan seruan dakwah lagi dan lagi sehingga Allah swt memberi hidayah orang yang kita beri dakwah itu. Ianya bukan menyampaikan sekali dan sudah cukup kerja kita’. Apabila umat bangun menjadikan dakwah maksud hidup mereka. Allah swt akan mengambil kerja dakwah daripada mereka sepertimana Allah swt ambil kerja dari sahabat. Apabila umat ini membuat sedikit amal maka batil akan  musnah. Sahabat r.a apabila membuat dakwah terus mendapat hakikat iman sehingga orang bukan Islam gerun kehebatan mereka. Oleh kerana lemah yakin, umat hari ini redha dengan beberapa amal agama yg sesuai dgn diri mereka. Ia akan mengamal agama mengikut keadaan, sedangkan tuntutan agama bagaimana ia perlu amalkan agama yg sempurna. Oleh itu manusia perlu bergerak utk menyebarkan dakwah ke seluruh alam. Dgn dakwah, iman dpt ditingkatkan dan seterusnya amal dpt diperbaiki. 

Hari ini kita perlu keluar ke jln Allah swt utk betulkan yakin yg salah dikalangan umat. Seblm kita keluar kita perlu letakkan a’zim, kebesaran kerja ini. Nabi membawa petunjuk jln yg lurus. Asas yang perlu kita patuhi semasa kita keluar ke jalan Allah swt ialah taat kpd Amir. Jika tidak ada taat, tidak ada tarbiyah. Kita keluar ke jln Allah swt  perlu ada ameer. Sepagi sepetang org yg keluar ke jalan Allah swt, Allah ampun dosa2nya dan selangkah ia keluar dari rumahnya  ke jln Allah swt, kemudian dia mati, esok dlm kehidupan akhirat dia dibangkitkan bersama golongan syuhada. Seorg yg keluar ke jalan Allah swt solatnya 700,000 kali ganda dari solat semasa orang tidak keluar. Abdullah bin Rowahah setengah hari lewat keluar ke jln Allah dari ahli jemaahnya krn dia hendak solat Jumaat yg terakhir bersama nabi. Nabi bersabda, setengah hari kamu lewat dari jemaah kamu sebenarnya lewat masuk syurga 500 tahun.

Dlm hadis, maksud nya sepagi sepetang berada di jalan Allah swt lebih dari dunia seisinya. Perbandingan ini bukan dunia krn dunia seisinya tiada nilai disisi Allah swt, ia tidak lebih dari sekeping kepak nyamuk. Sepagi sepetang disini perbandingannya ialah semua amal soleh seluruh dunia seisinya. Ini adalah untuk menunjukan kemuliaan org keluar ke jalan Allah. Keluar ke jalan Allah adalah maksudnya bukan betulkan kalimah dan solat sahaja tetapi bagaimana dapat nur kalimah dan solat atau azimah Allah masuk pada diri kita dan solat kita semakin bermutu dan mempunyai kualiti dan ada hakikat. Kita bukan menafi solat kita selama ini tidak betul ttpi dgn keluar ke jalan Allah swt, Allah swt akan beri hakikat kalimah dan solat, supaya solat kita dapat mendapatkan keperluan terus dari khazanah Allah. 

Seterusnya maksud kita keluar kejalan Allah swt utk mendptkan hakikat 6 sifat dlm diri kita. Disamping itu kita keluar ialah utk mengislah kan diri kita. Kita keluar bukan untuk islah orang lain, jika kita niat org terima dakwah kita, kita akan ujub dan jika org tidak terima, kita putus asa. Usaha kita semasa kita keluar ke jln Allah swt ialah supaya kita dpt hakikat 6 sifat. Utk itu kita perlu dakwah 6 sifat:

LAILLA HAILLALLAH  MUHAMMADURRASULLULLAH

maksudnya ialah utk mengubah yakin yg salah  di hati kita dan umat akan kekuasaan Allah swt. Untuk perkara itu kita perlu buat 3 kerja :

i) Banyak bercakap ttg kehebatan dan kebesaran Allah swt. Jika dlm mulut kita tidak yakin dgn asbab ttpi dlm hati masih terkesan dgn asbab dan apb kita menyeru manusia dgn Laillahaillallah, yakin kita tidak bertambah. Yakin akan bertambah apb kebesaran asbab zahir kosong dihati kita. Inilah yakin yg hendak kita keluarkan dari hati kita. Seterusnya kita perlu terangkan kpd manusia mengenai kudrat Allah swt. Kudrat Allah tidak ada pada asbab. Kudrat Allah swt ada pada perintah Allah swt. Hari ini kita tertipu, kudrat Allah swt ada pada asbab. Sebenarnya utk mendptkan kudrat Allah swt perlu mematuhi perintah Allah bukan mendapatkan asbab.

ii) Kerja kedua ialah kita perlu dengar percakapan kebesaran Allah swt dan membenarkan dalam hati.

iii) Kerja ketiga ialah kita perlu berdoa waktu malam memohon hakikat kalimah Laillahaillallah. Allah swt masuk dlm hati kita. Kita perlu berdoa, “Ya Allah, beri taufiq kpd saya untuk bercakap tentang kebesaran Mu setiap hari lagi dan lagi kepada seluruh manusia dan percakapan saya itu beri kesan dalam hati saya dan azimahmu masukkan dlm hati saya dan beri kesan kpd org yg mendengarnya dan azimahmu engkau masukkan dlm hatinya dan dia dapat menjadi penyampai kepada orang lain sehingga hari kiamat”.

SOLAT YANG KHUSUK DAN KHUDHUK

i) Kerja pertama - Dakwah hakikat solat, matlamat kita bukan mengajak org yg tidak solat kepada solat ttpi ialah utk dakwahkan hakikat solat krn kita tidak dpt bersolat dgn khusu’ dan kudhuk dan solat kita lalai.

ii) Kerja kedua, kita buat latihan solat. Solat awal waktu dimana azan diazankan, perbanyakkan solat sunat, betulkan zahir solat dan batin solat. Solat bukan sujud dan rukuk shj. Supaya solat tidak mendoa kan keburukan utk kita, oleh itu solat kita perlu solat spt nabi solat. Nabi lihat seong sahabat solat dan Nabi suruh dia solat semula. Ulamak berkata jika rukuk dan sujud tidak betul solat kita tidak diterima. 

Oleh itu kita perlu perbaiki solat dengan bertanya kepada ulamak tentang sujud, rukuk, tomaknina yang betul dan seterusnya betulkan bacaan2 dalam solat khususnya surah Fatihah. Latihan yg perlu dibuat, kita perlu latih membuat tumpuan kpd Allah swt ketika berdiri, sujud, rukuk. Latihan dibuat bukan dgn solat hajat lagi dan lagi supaya masalah kita selesai. Kita perlu solat dan solat supaya kudrat Allah swt terbit bertentangan dgn asbab zahir. Inilah solat yg perlu kita capai.

iii) Kerja ketiga , kita perlu doa kpd Allah swt supaya Allah beri hakikat solat yg khusu dan kudhuk supaya solat kita mempunyai roh dan dpt membuka pintu khazanah Allah. Seterusnya kita perlu berdoa supaya Allah swt cucuri hidayat kpd umat Islam seluruh alam dpt menunaikan solat dan mendpt hakikat solat.

ILMU DAN ZIKIR

llmu sebenarnya bagaimana kita dpt menjawab soalan dlm kubur iaitu marrobbuka [siapa Rob kamu], iaitu persoalan ttg ketauhidan kita, madennuka [apa agama kamu], iaitu persoalan ttg agama kita dan maza takhulu phi ghaza rozulillazi buesaphik [apa pandangan kamu pada lelaki ini yg diutuskan kpd engkau, Nabi (hidupkan sunah)]. 3 soalan itu maksud yg perlu dicapai dlm mendpakan ilmu manakala ilmu yg lain itu yg difahamkan skrg ialah ilmu yg membawa kejahilan. Maksud ilmu ialah bukan harap utk mendptkan maklumat ttpi apa kehendak Allah atau hukum Allah swt pada waktu ini pada saya. Utk mendpt keghairahan amal kita perlu hadirkan diri dlm majlis pembacaan taalim fadhail amal seterusnya kita perlu dakwahkan org kpd ilmu dan menangis2 pada Allah swt pada waktu malam supaya kita diberi hakikat ilmu.

Zikir ialah mengingati Allah swt dgn tumpuan kpd Allah. Zikir yang lalai ia tidak jadi zikir. Oleh itu kita perlu berzikir dgn penuh tumpuan. Kita perlu berlatih zikir 300 pagi dan 300 petang dan doa supaya hakikat zikir dtg dlm hati kita.

IKRAM MUSLLIMIN

Maksudnya kita muliakan seseorang bukan kerana seseorang itu saudara kita, kawan kita atau kerabat kita tetapi kita muliakan dia kerana dia seorang muslim. Kita perlu muliakan seseorg Islam berdasarkan kedudukannya. Takaza ikram muslimin ialah sembunyikan keburukan, tidak mencungkil dan tidak mendedahkan keburukan saudara Islam. Jika kita dedahkan keburukan mereka kita telah tidak tunaikan haqnya. Kita perlu dakwah orang kepada ikram dan kerja kedua maafkan kesalahan orang lain dan kerja kertiga doa supaya Allah swt memberi hakikat ikram kepada kita.

IKHLAS NIAT

Ikhlas ibu segala amal. Jika tidak ada ikhlas semua ibadat, mujahadah kita akan ditolak oleh Allah swt dan akan wujud sifat ujub dan syirik. Orang Islam faham syirik pada berhala, tetapi tidak faham syirik pada amal. Syirik pada berhala boleh membawa masuk neraka dan syirik dalam amal juga boleh membawa seseorang dalam neraka. Kisah dalam hadis tiga orang yang membuat amal besar seperti dermawan, mujahid dan ulamak. Semua dimasukkan dalam neraka kerana dalam amal mereka ada syirik.

DAKWAH TABLIGH

Maksud dakwah bagaimana kita perlu jadikan kerja nabi kerja saya dgn mengetepi kan tuntutan2 yg lain dan keluar ke jalan Allah swt. Maksud keluar ialah bagaimana 6 sifat ini boleh kita hayati dlm kehidupan kita. Apabila kita keluar dgn membuat amalan2 dgn penuh yakin, maka  Allah swt akan beri taufik untuk kita mendapatkan hakikat amal dan dengan amal kita akan dapat keperluan kita dari kudrat Allah swt. 

Semasa kita keluar semua asbab zahir kita tinggalkan. Dimana kita dihantar semasa ditaskeel kita perlu buat semua amalan cara Nabi s.a.w. Naik kenderaan cara sunah dan doa naik kenderaan, yg mengendali kan kenderaaan yg kita naiki bukan pemandu tetapi Allah swt. Semasa naik kenderaan duduk sebelah orang awam cerita kebesaran Allah swt, cerita perkara2 yang boleh mendapat kejayaan di akhirat. Dimana2 kampung kita ditaskeel kita baca manzeel atau doa masuk kampung, dan naik masjid dengan adab2 masuk masjid. Letakkan barang2 kita di hujung penjuru masjid dan tutup dan seterusnya solat tahyatul masjid. 

Semasa di stesen bas atau kereta boleh baca takleem, jangan sempitkan jalan orang lalu lalang. Amal pertama, mesyuarat program. Mesyuarat sangat penting. Jika mesyuarat tidak dilakukan  amal akan lemah dan tidak di terima oleh Allah swt. Mesyuarat adalah rukun dakwah. Mesyuarat akan dapat menyatukan hati rakan2 kita. Dlm solat Allah swt hubungkan antara mesyuarat dan solat. Semua kerja marhala, halaqah, negeri dan dunia semua perlu dibuat dgn mesyuarat. Mesyuarat pengganti wahyu. Setelah Nabi wafat wahyu tidak turun lagi. Azan adalah dakwah yg sempurna dan azan dkurniakan oleh Allah swt semasa zaman nabi dgn mesyuarat. Dlm mesyuarat amal 24 jam di surau/masjid dpt  dibuat.

Seterusnya kita perlu buat amal ghast. Kita perlu bayangkan azimah ghast. Seorang yang membuat ghast seluruh tawajjuh Allah swt akan datang pada orang itu. Ghast adalah tulang belakang dakwah. Nabi telah buat ghast di pasar2 dan di khemah2 kabilah di Mekah. Semasa ghast jgn lihat kanan kiri ttpi sentiasa tundukkan mata ke bawah. Apabila mutakalim bercakap kita perlu dengar, mutakalim bercakap kita perlu dgr dgn penuh perhatian kerana kita berhajat apa yg dicakapkan oleh mutakalim. Apabila ghast di kedai/pasar dan masuk pasar menyebut nama Allah swt adalah zikir dan mendengar percakapan kebesaran Allah swt adalah zikir. Semasa ghast perlu usaha dptkan jemaah tunai ke masjid. 

Kita perlu fahamkan 6 perkara semasa khususi ghast dibuat dan bentangkan kpd ketua keluarga yang kita ziarahi bahawa mereka juga bertggjwb untuk mengimarahkan masjid dan tinggalkan ia sebagai da’i utk membawa kawan2nya dtg ke masjid. Semasa kita jumpa org kampung dlm ghast kita perlu mengganggap ia seperti kawan lama kita yang telah lama tidak jumpa. Semasa kita keluar ke jalan Allah swt jika kita tidak duduk dalam amal ijtimai maka amal infradi kita tidak ada nur. Amal pertama semasa keluar ke jalan Allah swt ialah ta’alim. Maulana Yusuf lebih pentingkan ta’alim dari bayan. Semasa ta’alim perlu muzakarah adab ta’alim dan dibuat 2½ jam. Ia bukan dibuat bergantung mengikut masa  sesuka hati sahaja tetapi perlu dibuat dengan tumpuan. 

Sifat2 tawadhuk, tawajjuh, tasdek, taazim dan tabligh perlu dibawa semasa takleem. Org yg membaca ta’alim jangan membuat huraian atau penerangan. Dalam ta’alim baca hadis2 fadhail amal sahaja dan jangan baca kitab2 hadis yang lain. Ta’alim bukan maksudnya hendak habiskan pembacaan kitab itu ttpi hadis dibaca berulang2 kali supaya dihati umat wujud keghairahan utk mengamal hadis yang didengar. Apabila duduk dalam halaqah Quran, baca Al-Quran sahaja bukan untuk muzakarah doa spt doa qunut. Dlm muzakarah 6 sifat, semua perlu bercakap supaya hakikat 6 sifat masuk dalam hati

Seterusnya kita perlu jaga amal infradi, tambah solat2 sunat, membaca Al-Quran dan berzikir. Semasa ta’alim, buat ta’alimi ghast, hantar dua-dua org keluar masjid untuk beritahu org diluar masjid masuk ke masjid bagi mengikuti bacaan ta’alim. Dlm khususi ghast jumpa orang khawas, jgn terkesan apa yg ada di rumah mereka. Kita juga boleh jumpa orang alim beri karguzari ehwal kerja dakwah diseluruh alam yg kita tahu. Ulamak adalah bertggjwb menyampaikan ilmu yg dia tahu. 

Maulana Yusuf berkata menziarahi ulamak adalah ibadat. Semasa kita balik kita perlu membuat usaha tempatan. Jika kita balik ke kampung kita tidak membuat kerja tempatan ia merugikan diri kita dan kita membuat kerja sia-sia. Semua amal2 yg dibuat semasa dia keluar tidak dapat diteruskan dengan ini imannya lama kelamaan akan lemah. Oleh itu perlu kita usahakan utk menghidup kan 5 amal jemaah masjid di masjid kita. Matlamat kita bagaimana masjid kita dapat dihidupkan 24 jam amal sepertimana masjid Nabawi zaman Nabi. 

Oleh itu kita perlu dengan senang hati bukan dipaksa memberi masa di masjid kita. Semua orang kampung perlu kita jumpa, dan targhib mereka supaya dpt  memberi masa utk mengimarahkan masjid. Usaha tabligh hendak memikirkan masjid kita hidup amal seperti amal masjid Nabawi zaman Rasullullah saw. Jika amal masjid Nabawi hidup ia memberi kesan keadaan di luar masjid. Dalam membuat amal masjid perlu tetapkan waktu mesyuarat harian dan waktu ta’alim masjid. Orang kampong perlu kita ajak duduk dalam program mesyuarat harian atau ta’alim masjid mengikut kemampuan mereka tetapi pembacaan ta’alim masjid itu perlu diteruskan, dimana ta’alim perlu dibaca dengan sempurna ½ jam lamanya.

Seterusnya kita perlu jaga ghast pertama di masjid sendiri dengan mujahadah dan ghast kedua dibuat di masjid jiran supaya mereka dapat bangun menghidupkan 5 amal dimasjid itu sendiri. Ta’alim di rumah perlu dibuat ½ jam dan setiap waktu ditambah supaya ia membentuk suasana iman dirumah kita. Sekali sekala dlm satu minggu perlu muzakarah 6 sifat selepas pembacaan kitab ta’alim fadhail amal. Jemaah 3 hari sempurna perlu dibentuk dari masjid sendiri selepas hari ghast. Dimana dua tiga org lama membawa keluar ke jalan Allah swt 7 atau 8 orang baru. InsyaAllah, jika kita buat sedemikian Allah swt akan bentuk suasana agama di kampung kita. Kita perlu buat keputusan. Pertama, mulai hari ini saya hendak menjadi kan kerja Nabi kerja saya. Kedua, kita perlu usaha supaya semua orang lelaki di kampung kita solat di masjid dan menjadikan kerja nabi  kerja mereka.

No comments:

Post a Comment