Sunday, January 25, 2015

BAYAN HIDAYAT MAULANA SAAD

(Mesyuarat Malaysia - Nizamuddin - 10/09/2013). Allah jadikan kesempurnaan amal dgn dakwah. Org yg baik agamanya ialah org yg amal dan buat usaha dakwah. Amalan dakwah adalah amalan yg tinggi, amalan yg agung. Taklim, gasht, mesyuarat dll adalah amalan dakwah. Jgn biarkan apa2 amal lain mengganggu amalan dakwah. Maulana ilyas kata : amalan dakwah utk menyempurnakan amal dan iman seseorang. Apa2 perkara yg kita ingin wujudkan dlm diri kita kena dakwahkan perkara tersebut. Cara utk dtgkan iman – cara yg telah dibuat oleh sahabat. Cara lain – dpt maklumat iman sahaja – tak dpt hakikat iman. Dlm hayatus sahabah jilid 3 – ada diterangkan tentang majlis iman. 

Para sahabat buat majlis iman – panggil org dtg ke majlis tersebut. Dlm kitab bukhari – muaz b. jabal ajak org dtg ke masjid – duduk seketika utk tingkatkan iman. Wujudkan halaqah iman dlm masjid – sebahagian keluar ajak org ke masjid. Majlis iman – wujudkan takluk dgn Allah – kemudian tashkil keluar ke jln Allah. Khulasah 2½ jam – bawa org dtg tunai ke masjid – duduk dlm halaqah iman – cerita tentang kelebihan masjid. Mahul di luar masjid adalah mahul batil. Jika Allah nak turunkan azab – tapi ada org memakmurkan masjid – Allah akan alihkan azab tersebut.

Ajak org ke masjid adalah cara nabi dan cara sahabat. Mahul masjid adalah tempat tarbiyah hati manusia. Org kafir yg duduk di masjid pun boleh berubah, apatah lagi org islam. Kisah tufail dausi tutup telinga dgn kapas. Cara usaha mestilah cara yg menepati cara nabi s.a.w. Bercerita kebesaran Allah adalah zikir. Halaqah iman – cerita kebesaran Allah, kehidupan akhirat, maut, kehidupan selepas mati, etc. Para malaikat akan turun dan duduk bertimpa2 dlm majlis zikir. Muaz b. jabal, abdullah rawahah, abu hurairah–buat halaqah iman di masjid utk tingkatkan iman. Utk masukkan 6 perkara dlm hati bersama hakikat ialah dgn ceritakan kebesaran Allah. Natijah drp usaha dakwah ialah sempurna dlm ibadat. 

Mrk yg tidak rukuk dgn betul – tulang belakang tak lurus – solat yg macam ni tak dilihat oleh Allah. Solat yg tak khusyuk – dilipat macam kain buruk dan dilempar ke muka. Zahir solat – khusyuk dlm hati dgn kehendak kita. Batin solat – martabat ehsan – seolah-olah lihat Allah. Selesai masalah dgn solat  - selesai masalah dgn amal. Masalah tak selesai dgn keduniaan. Ikhlas dlm kalimah – menyekat drp perkara yg haram. Ikhlas dlm solat – menyekat drp perkara yg mungkar. Solat adalah mikraj org2 mukmin – hampir kpd Allah. Tidak ada amalan2 lain dpt menghampirkan diri kpd Allah. Solat yg tak dpt cegah mungkar – solat yg macam ni akan menyebabkan kita jauh drp Allah

Ikhlas dlm ilmu – dengar hadith fadhail – menyakini janji2 Allah. Halaqah taklim bukan maksud menaikkan semangat utk beramal. Halaqah taklim ialah utk menyegarkan keyakinan terhadap janji2 Allah – ‘taza’. Baca berulang-ulang kali sehingga dtg keyakinan dlm hati. Ilmu ada 2 jenis– ilmu di lidah dan ilmu dlm hati. Ilmu dlm hati– ilmu yg bagi menafaat. Ilmu di lidah– hujah sahaja dan akan didakwa. Ilmu mendorong kpd amal. Org yg berilmu adalah org yg takut pd Allah. ‘Khauf’ – takut pd Allah dtg dlm hati. Wujudkan halaqah taklim – ini cara sahabat. Keluar dan panggil org dtg ke masjid dan duduk dlm halaqah taklim. Abu hurairah – imam para muhadith – pun keluar dan ajak org dtg ke masjid. Banyakkan mentelaah hayatus sahabah secara infradi. 

Taklim utk wujudkan keyakinan pd Allah – buat taklim di masjid dan buat taklim dirumah. Sahabat – membenarkan apa2 yg Allah kata. Org munafik – tidak yakin dgn janji Allah dan rasul. Taklimi gasht – panggil org duduk dlm taklim. Amal diterima oleh Allah dgn ilmu masail. Ilmu adalah fardu. Belajar ilmu masail – semua bidang mesti dibuat menepati ilmu masail , dlm pertanian, tijarah etc. Org yg membenci ilmu ialah org fasik. Ziarah ulamak adalah ibadat. Ziarah ulamak adalah keperluan kita. Ustaz yg kritik usaha dakwah – kita sabar – kerana dia tak dpt maklumat yg betul. Usul – kita kena sayang ustaz yg kritik lebih drp ustaz yg sokong. Ikram ulamak dgn kita beri karguzari tentang usaha dakwah. Jika dia kritik – ia adalah kerana kekurangan dlm diri kita. Kita kena islah diri, baiki diri. 

Jika dia tegur – kita sabar – ia satu tarbiyah. Ulamak kena sebarkan ilmu pd org awam. Ulamak jadi jumud jika tak bergerak. Ilmu adalah amanah utk disampaikan. Tiada apa2 kerja yg akan sempurna tanpa zikir. Berzikir dgn ihtimam, berwuduk, menghadap kiblat. Nabi bahagikan masa baginda pd 3 bahagian : utk Allah, utk keluarga, utk diri sendiri. Ihtimam akan bacaan quran. Zikir paling besar ialah baca quran. Ambil berat dgn tahajjud. Amal infradi – ada takluk dgn Allah. Amal infradi akan memberi kekuatan dlm amal ijtimai. 

Maksud ikram – letak manusia pd kedudukannya. Hargai org yg buat pengorbanan. Org2 lama yg buat kesilapan – jgn tengok kesilapan tapi tengok kebaikan dia. Bila ada kekurangan pd kawan2 kita – cari kebaikan dia. Ikram dgn mujahadah. Org lama keluar dgn org2 baru – dpt tarbiyah. Keluar bukan dgn kawan2 – akhlak jadi baik. Roh pd amal ialah ikhlas – utk dpt keredaan Allah. Amal yg ikhlas – tak terkesan dgn kejian dan pujian. Amal tak ikhlas – bukan kerana Allah – tidak akan ditimbang – akan jadi debu. Amal yg ikhlas sahaja yg akan ditimbang. 

Buat amal semata-mata kerana Allah. Bila ujian dtg dlm buat usaha – tetap istiqamah. Kalau tinggalkan usaha  - tanda tidak ikhlas. Istiqlas – tidak ada usaha lain. Inilah satu-satunya usaha. Yakin dgn usaha ini sahaja. Istiqlas lebih tinggi drp ikhlas. Berniaga dibenarkan semasa buat haji tapi dilarang semasa keluar di jln Allah – ini istiqlas. Zaman umar – satu org syahid semasa keluar di jln Allah – umar kata tak syahid sebab dia buat perniagaan dan dpt keuntungan – tiada istiqlas. Keluar utk sebarkan agama semata-mata. Keluar di jln Allah bersama dgn perkara lain -  tak diterima oleh Allah. Siang hari buat usaha  - malam hari doa pd Allah. Semoga Allah terima dan istiqamahkan kita sampai mati.

No comments:

Post a Comment