Sunday, January 25, 2015

BAYAN HIDAYAT: MAULANA SAAD

(Tarikh: 31/01/2000, Tempat: Nizamuddin, India). Keperluan besar manusia ialah hidayat. Hidayat dtg melalui usaha atas hidayat. Usaha nabi dan rasul kenalkan manusia kpd Allah. Usaha kpd hati manusia supaya alih cinta dari cinta dunia kpd Allah. Laungan nabi2 ialah makhluk tidak boleh buat apa2, Allah maha kuasa. Kerja Anbiya a.s berpindah dari satu nabi ke satu nabi ng lain. Laungan mereka bertentangan dgn nafsu dan naluri manusia. Baginda Rasulullah adalah imam dan ketua kpd sekelian ambiya dan rasul. Buat kerja agama sebagaimana ambiya a.s yg lain. Usaha kpd jawatan, pertanian dan perniagaan tidak boleh buat apa2, hanya Allah boleh buat segala2nya. 

Rasulullah beritahu, “Kami diutus utk kamu (manusia) semua”. Setiap manusia kena taat perintah Allah. Baginda pesan, “Tidak akan ada nabi slps beliau, umat ini kena buat kerja nabuwah”. Agama dan iman akan dtg bila ada usaha dakwah. Dakwah utk tinggikan iman, khusus atas yakin. Perlu tablighkan supaya yakin terbentuk dlm hati kita. Enam sifat sahabat yg unggul kena didakwah kan, latih dan doa supaya sifat2 ini dpt hidup dlm kehidupan manusia. Usahakan utk bawa diri kpd 6 sifat ini dan diri2 dan hati2 manusia yg lain. Sahabat2 Nabi telah diajar untuk usaha atas agama lebih dari agama itu sendiri. Betulkan yakin pada janji Allah. Bila buat kerja dakwah dgn sendirinya seseorg akan fikir dan lihat diri sendiri apakah yg didakwah ada dlm diri sendiri. Bersama dakwah ada 3 kerja, yakni mcm dlm solat:

a) Belajar solat.
b) Tanam yakin pada solat yakni ianya penyelesai segala masalah.
c) Kena usaha untuk mengetahui fadhilat solat dan masalah (hukum hakam) berkaitan solat.

Sempurnakan doa. Maksud keluar ke jalan Allah s.w.t ialah supaya yakin selain Allah akan terhalang dan cuma wujudkan yakin pada Allah s.w.t melalui kaedah:

i. Jalankan Dakwah.
ii. Latihan pada diri sendiri.
iii. Doa.

Begitu juga sifat2 yg lain spt ilmu dan zikir kena didakwahkan, latih dan doa pada Allah s.w.t supaya diberikan hakikat sifat2 ini. Sifat berikutnya, Ikram Muslimin, didakwahkan kpd manusia, bawa pada kerja agama, latih dan amalkan dan minta sifat ini dgn menangis pada Allah. Bila latih utk hidupkan sifat, laksanakan dgn tekan hawa nafsu sendiri. Kita keluar ke jln Allah s.w.t kena yakin bahawa amalan keluar ke jln Allah s.w.t ini adalah kerja Nabi s.a.w supaya kebesaran kerja ini akan lahir dan akan lahir kesannya atas umat. Sebnyk mana kesusahan yg ditanggung semasa keluar dijln Allah s.w.t, maka sebnyk itulah kesan dan menafaatnya. Mati dijln Allah sejauh mana jarak dia tinggalkan rumahnya sepanjang itulah mahligai yg akan dibina untuknya di dlmm syurga. Perhatikan adab2 keluar di jln Allah s.w.t:

1) Keluar jemaah dlm bentuk berjemaah, seorang ahli pun jgn tertinggal belakang.
2) Ahli-ahli jemaah kena kenal Amir/Ketua.
3) Berjalan dengan satu Jemaah.

Siapa yg keluar dgn satu langkah keluar rumah manakala satu kaki masih berada dlm rumah, sekiranya mati menyahut beliau, pasti dia akan mendpt manafaat besar disisi Allah s.w.t. Sepagi atau sepetang dijln Allah s.w.t lebih baik dari dunia dan seisinya. Dunia tidak ada nilai disisi Allah s.w.t dibandingkan dgn amal walaupun sebesar sayap nyamuk. Semua amal, zikir dan lain2 bagi org yg keluar ke jln Allah s.w.t tidak ada tandingannya bagi org yg tidak keluar dijln Allah s.w.t. Kalau jemaah telah bergerak, kita masih tertinggal dibelakang, ini tidak betul. Yg dtg kemudian tidak boleh tampung ganjarannya utk menyamai org yg bergerak dahulu. Satu sahabat melengahkan keluar dijalan Allah s.w.t semata2 utk solat dibelakang Nabi s.a.w dimasjid Nabawi pada hari Jumaat sedangkan jemaahnya baru berangkat sebentar. Nabi s.a.w telah beritahu sekiranya dia beramal untuk tampung pahala keluar di jalan Allah s.w.t nescaya dia tidak dapat tampung pahala tersebut walaupun dia membelanjakan seluruh harta dia dijalan Allah s.w.t. 

Keluar dengan kenal dan taat Amir. Nabi s.a.w dihantar untuk ditaati. Siapa taat Amir dia taat Nabi s.a.w, siapa taat Nabi s.a.w bermakna dia taat Allah s.w.t. Keluar untuk dapat yakin Allah s.w.t dengan keluarkan yakin selain Allah. Bila dalam perjalanan boleh muzakarah segala adab-adab. Semua jemaah kena duduk sekali dan dekat2. Bila duduk dengan orang awam/bukan rakan sejemaah, berikan dakwah. Juga jaga adab perjalanan. Perhatikan sunnah-sunnah Nabi s.a.w dalam perjalanan. Setiap amal akan beri kesan pada satu tempat. Ke mana saja route diputus, pentingkan kerja dakwah supaya dakwah jadi sebati. Apabila sampai manzil/sempadan, buat doa minta Allah s.w.t beri hidayat. Lepas itu, bila sampai ke masjid yang dituju, masuk ke dalam masjid. Masjid bukan rumah kita, oleh itu kena ambil berat adab2 masjid. Jaga adab masjid, insya’Allah akan dapat bantuan ghaib. 

Jangan pandang adab masjid satu perkara remeh-temeh. Umar r.a. amat memberatkan adab masjid. Letakkan barang2 di satu sudut masjid. Anggap kegunaan api, air sbg hak awam. Solat sunnat tahiyatul masjid, lepas itu segerakan duduk dlm mesyuarat. Apa-apa hal dan segala amalan dimesyuaratkan. Maksud satu ayat: “Bermesyuarat dan bersolatlah dalam urusan agama kamu”. Solat adalah rukun agama. Begitu juga mesyuarat adalah petunjuk jalan dalam usaha agama. Seboleh mungkin, ambil pandangan semua orang dalam mesyuarat. Kena betulkan fikir teman2. Bila bertemu orang, ajak mereka semua kepada usaha agama. Pergi jumpa dengan kesemua lapisan masyarakat. Kena beri dakwah mengikut kedudukan mereka. Hantar org mengikut tahap org yang diziarahi. Ziarah kepada alim-ulamak. Minta doa dari mereka. Ziarah ke atas ulamak adalah juga ibadat. Bentuk juga jemaah khususi untuk jumpa ketua masyarakat dan orang berpengaruh. 

Bila ziarah mereka pandang wajah mereka dan banyak tawajjuh pada Allah s.w.t. Jangan pandang harta benda dalam rumah mereka dan jangan terkesan dengan harta benda. Dakwah atas mereka. Sesiapa yang kita jumpa minta mereka beri sedikit masa bersama kita. Beritahu apa amal yang kita akan buat di masjid. Semasa ziarah ummumi, boleh jumpa semua lapisan masyarakat. Letak dua orang untuk zikir dalam masjid dan yang lain semua keluar ziarah. Ini adalah tiru-tiru kerja Nabi s.a.w, siapa yang tiru kerja Nabi s.a.w, Insya’Allah akan diberi hakikat. Dalam ziarah ummumi jaga pandangan dan tumpukan pada zikir. Semua tawajjuh pada Allah s.w.t. Mutakallim perlu cakap tentang iman dan kebesaran Allah s.w.t. Minta orang yang dijumpai keluar dari pintu rumah mereka supaya buat sikit langkah kpd kebaikan, maka Allah s.w.t akan mudahkan utk langkah berikutnya. Beri penerangan sederhana dan penerangan panjang lebar di dalam masjid.

Bagi majlis taalim, hantar dua org secara gilir2 utk ziarah taalim (taalimi gasht). Buat taalim hingga 2-3 jam. Letakkan kebesaran taalim dgn penekanan pada fadhilat dan adab. Tawajjuh dlm taalim. Duduk dalam majlis dgn berwuduk. Jgn bercakap2 semasa majlis taalim dijalankan. Bila jaga adab taalim akan dpt nur hadith. Juru taalim targhib kpd semua utk dpt amalkan. Baca dgn perlahan/tidak laju utk dapat difaham dan diamalkan. Semua kena beri tumpuan pada taalim. Usaha utk didengar, utk diingati dan apabila balik utk diamalkan. Setiap masjid ya di pergi, usaha utk dptkan jemaah tunai. Tanamkan dlm diri bahwa dakwah sebenarnya utk diri kita bukan utk org lain. Beritahu ttg lima amalan masjid yakni yg diamalkan oleh Nabi s.a.w. 

Bentangkan supaya mrk yakin dgn 5 amalan masjid. Beberapa lama kita diperlukan utk bangunkan usaha tempatan, kita akan gunakan utk terus duduk disitu. Taalim (ajar-mengajar), khidmat & ibadah semua kerja ini kena buat sungguh2. Zikir, tilawah Quran kena buat sbg amalan harian. Juga ambil berat solat sunnat dan tahajjud & solat awwabiin. Jaga zikir pagi petang, selawat dan tasbihat dan istighfar. Jaga setiap solat fardhu dan waktunya. Anggap masa keluar ini amat berharga. Bila buat begini, pasti Allah s.w.t akan tanamkan hidayat utk diri kita. Bila telah kembali/balik ke tempat masing2, azam utk buat kerja dakwah di tempat kita (usaha tempatan). Pastikan 5 amalan masjid hidup dlm makami kita, usaha ziarah, taalim, 2½ jam, mesyuarat harian dan mlm markaz. 5 amalan ini adalah amalan masjid Nabi s.a.w. Buat doa utk hidayat seluruh alam tidak terbatas utk tempatan kita. Setiap masjid diusahakan utk keluarkan jemaah 3 hari. Bila buat amalan ini, kerja agama akan wujud ditmpt kita (makami). Perbezaan iman dan kufur adalah solat. Jaga solat dgn bersungguh2. Sifat ikhlas lahir melalui solat.

No comments:

Post a Comment