(26/08/2004 - sri petaling (Jor KL 2004). Allah telah beri kita banyak nikmat. Nikmat paling besar yg Allah beri pada kita ialah nikmat agama.Yg membezakan antara haiwan dan manusia ialah agama. Haiwan tidak ada agama. Allah s.w.t tidak turunkan Quran utk haiwan, tiada syariat utk haiwan, tiada soal jawab dlm kubur, tiada syurga, tiada neraka. Ia bebas, boleh buat apa yg dia suka. Manusia tidak bebas, dia terikat dgn perintah2 Allah, tidak bebas dlm gerak-geri. Manusia yg ikut kehendak sendiri, buat apa yg dia suka, org yg macam ini Quran tidak sedia panggil dia manusia, keadaan mereka lebih hina dari haiwan. Anjing pun ingat pada tuan dia, walaupun ditinggalkan dlm hutan yg jauh, dia dapat/boleh cari rumah tuan dia, kembali kpd tuan dia. Binatang pun boleh cari tuan dia. Tapi manusia yg tidak kenal Allah, tiada iman, tiada agama, lebih hina dari haiwan. Orang yg rapat dgn Allah s.w.t, iaitu para nabi & rasul yg maksum, Allah beri mereka agama. Agamalah nikmat yg paling besar, oleh itu Allah s.w.t beri pada hamba2 yg paling disayangi iaitu nabi dan rasul.
Setiap nabi dtg dgn agama dan juga usaha atas agama. Tarbiyah umat pada jalan yg betul supaya setiap langkah dlm kehidupan ini, setiap gerak-geri manusia dlm dunia ini mengikut perintah Allah s.w.t. Setiap nabi yg datang, Allah bagi panduan, kitab2/suhuf. Agama ialah cara hidup yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t utk hamba2nya yg telah diturunkan melalui para nabi. Perkara yg ditentukan oleh manusia itu sendiri, mengikut dia punya fahaman, mengikut pemikiran, maka itu bukan agama. Itu hanya pendapat. Allah s.w.t jadikan para nabi sbg contoh utk amal agama, sbg contoh kehidupan beragama yg dikehendaki oleh Allah s.w.t. Kehidupan manusia mirip/mengikut apa yg ada dlm diri nabi2 maka kehidupan manusia ini pun akan ada harga/ada nilai disisi Allah s.w.t. Bagaimana utk dtgkan kehidupan yg ada pada nabi yg dikehendaki oleh Allah s.w.t pada manusia? Allah bagi usaha pada para nabi. Agama tidak dtg dgn memakan satu pil, satu ubat atau satu injection. Nabi datang buat usaha, maka kehidupan agama akan datang dlm kehidupan manusia. Bila nabi wafat, usaha agama tidak dibuat maka agama akan keluar dari kehidupan manusia. Segala macam keburukan akan dtg dlm ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak.
Bila keburukan itu sampai ke kemuncak, Allah s.w.t dgn belas kasihanNya, hantar lagi nabi2 yg lain. Nabi lain dtg, buat usaha, maka agama akan dtg kembali dlm kehidupan manusia. Ihsan yg khusus dari Allah iaitu Allah s.w.t hantar nabi yg istimewa, Nabi Muhammad s.a.w. Nabi s.a.w buat usaha dakwah, taalim & tazkiyah. Slps nabi s.a.w, nabi lain tidak akan diutuskan, nabi s.a.w adalah nabi yg akhir. Dua perkara ditinggalkan utk umat ini sbg nikmat dan amanah iaitu agama dan usaha agama. Dlm ayat Quran, Allah ingatkan kita, dulu kamu tidak ada agama, kamu dipinggir neraka dan Allah telah beri agama pada kamu, dgn itu kamu telah bersatu, berkasih-sayang, telah kembali pada jln yg betul, ini nikmat yg Allah beri. Nabi lain tidak akan datang, nabi s.a.w telah tinggalkan agama dan usaha agama pada umat ini, supaya agama akan berkekalan dlm diri manusia pada masa itu, manusia sekarang dan manusia akan dtg, dan agama akan terus disampaikan sehingga akhir zaman. Baginda s.a.w telah tinggalkan pada umat ini usaha dakwah. Nabi s.a.w telah tinggalkan 2 perkara, satu ialah Quran, yg kedua ialah sunnah nabi s.a.w (cara nabi). Kehidupan mengikut Quran.
Akidah, akhlak, muamalat, muasyarat, perkahwinan, ikut apa yg ada dlm Quran dan usaha supaya kehidupan Quran ini kekal dlm kehidupan manusia. Pertama, kamu sendiri amalkan kehidupan Quran dan kedua kamu bawa kehidupan Quran dlm semua manusia, sampai qiamat. Apa itu sunnah? sunnah ialah usaha agama. Selagi buat 2 perkara ini nabi jamin, walau apa pun terjadi, umat ini tidak akan sesat, umat ini pasti dlm jln yg betul. Umat ini tidak akan dihinakan, umat akan dipelihara, umat ini pasti akan dapat kemuliaan. Kerja yg kita buat ini bukan kerja yg biasa. Ini satu kerja yg besar, kerja yg Allah beri, kerja para nabi. Kerja kenabian. Kalau kita ambil kerja ini sbg satu adat, org buat kita pun buat tanpa disedari betapa besarnya kerja ini, ia akan jadi macam main2/satu permainan. Kita kena buat kerja ini dengan memahami kebesaran kerja ini, ketinggian kerja ini dan yakin pada kerja ini. Bila kita buat dengan keyakinan yg betul, barulah kita akan buat kerja ini dengan betul. Maulana Ilyas rah. kata pada Maulana Yusuf, sebelum dia meninggal dunia, saya tinggalkan satu kerja, sangat besar, buat kerja ini dengan ikhlas, dgn pengorbanan, jumpa manusia dgn penuh belas kasihan, buat kerja ini dgn betul, ikut usul, dgn adab, maka usaha ini akan jadi asbab utk hidayat utk manusia akan dtg sampai qiamat. Kita kena faham betapa besar dan tingginya kerja ini.
Allah s.w.t dgn limpah kurnia dan rahmatNya telah kaitkan kita dgn kerja ini. Satu tggjwb yg besar, amanah yg besar yg diberi pada umat ini. Semasa akhir hayat nabi s.a.w, nabi s.a.w suruh Abu Bakar jadi imam solat subuh. Aishah r.ha sgt suka, ianya bukan hanya jadi imam utk 2 rakaat, ia adalah memimpin seluruh umat dgn mizaj kenabian, mcmana hendak bawa seluruh umat kpd kejayaan dgn penuh kasih sayang. Seluruh tggjwb ini perlu dipikul oleh Abu Bakar r.a. Bukan hanya jadi imam utk 2 rakaat solat sahaja, ttpi pikul seluruh tggjwb usaha agama utk bawa umat ke arah jln yg betul. Ini adalah tggjwb nabi s.a.w dan mereka yg buat usaha agama. Kita sebenarnya tak faham, betapa besarnya tggjwb yg Allah beri pada kita, kita tak tahu. Ali r.a kata kalau kita tahu apa azab yg berlaku dlm kubur, tak ada sesiapa pun berani utk kebumikan jenazah.
Kalau kita tahu betapa besar amanah, tggjwb yg diberi kepada kita, tidak ada sesiapa antara kita yg hendak jadi syura, org mesyuarat, org tggjwb atau bagi cadangan dlm mesyuarat. Kita tidak sedar, tidak tahu betapa tinggi dan besarnya kerja ini. Kalau pun kita korbankan segala2nya supaya manusia dpt hidayat, dpt taat perintah Allah, dpt iman, sebenarnya itu semua tiada ada apa-apa berbanding betapa banyak rahmat, balasan, ganjaran dan kemuliaan yg Allah beri. Perlu korbankan segala2nya utk agama dan anggap itu semua tiada ada apa-apa. Apakah kerja ini? Apakah hasil kalau kita buat kerja ini dan apakah bahaya2 kerja ini. Kerja ini adalah kerja yg mudah. Maulana Ilyas rah. bagitahu dlm malfuzatnya, “kerja saya ialah bagaimana 6 perkara ini dtg dlm kehidupan setiap org dgn hakikat”. 6 perkara dtg dlm kehidupan org kaya, org miskin, tua, muda, peniaga, petani, besar, kecil, lelaki, wanita, setiap org Islam dan seluruh umat, inilah kerja. Maulana Ilyas kata, kerja ini mcm satu org wanita yg telah kematian suami. Setiap masa dan keadaan, dia akan ingat suaminya. Kalau ada apa2 keperluan, dia akan ingat suami, alangkah baiknya kalau ada suami.
Satu masa dulu, iman umat ini sgt tinggi, amal tinggi, solat, doa, taqwa, tawadduq, betapa tinggi dan hampir dgn Allah. Allah s.w.t bantu. Apa dah jadi skrg ini, iman umat ini begitu lemah, solat lemah, doa begitu lemah, sehingga umat ini jauh dari pandangan Allah, alangkah baiknya keadaan umat ini macam umat dulu2. Hari2 kita kena fikir pasal umat ini, doa dan menangis, “Ya Allah, kamulah yg boleh pulihkan umat ini kpd keadaan umat satu masa dulu”. Inilah kesedihan yg perlu wujud dlm hati setiap org Islam. Dulu keadaan umat begitu baik dan bantuan Allah telah dtg. Menangis setiap saat, fikir dan risau, inilah kerja kita. Kita kata kita org lama. Apa itu org lama? Kita kena usaha bagaimana 6 perkara dtg dlm diri kita dan 6 perkara dtg dlm seluruh umat, fikir risau dtg dlm diri setiap umat. Allah s.w.t telah beri tggjwb dan kerja ini adalah amanah. Kena buat kerja ini sptmana yg telah diberitahu oleh org tua-tua kita. Kalau tidak buat spt mana yg diberitahu, itu bukan amanah, ttpi khianat.
Dakwah kebesaran Allah macamana? Kita hadkan pada Allah khaliq, Allah malik, Allah raziq, knp kita kena hadkan kebesaran Allah pada beberapa sifat sahaja? Allah s.w.t ada sifat2 yg lain. Kita buat kerja ini dgn belanja duit sendiri, harta sendiri, masa sendiri. Bukan buat usaha agama dgn perbelanjaan org lain. Abu Bakar r.a, pada hari pertama jadi khalifah, pergi berniaga, org tanya, bagaimana tuan boleh pergi berniaga dan jadi khalifah, apa nak jadi dgn agama. Abu Bakar kata, kalau tidak berniaga, macamana hendak sara anak isteri saya. Abu Bakar r.a ini siapa? Kalau hendak dibandingkan semua iman sahabat, tidak sama dgn iman Abu Bakar, tetapi dia juga cakap apa hendak jadi dgn keluarga kalau tidak pergi berniaga. Kita buat usaha ini bukan dgn kita tinggalkan semua kerja2 yg lain. Tinggal kerja, tinggal perniagaan, ini bukan cara kita buat kerja ini. Ini amanah. Kita buat kerja ini bersama dgn kerja2 lain, bersama dgn perniagaan kita, bersama pertanian kita, bersama dgn kerja pejabat kita, semua ini kita kena buat. Tggjwb kerja agama pun kita kena sempurnakan. Kita buat kerja ini bukan dgn mengasingkan dgn kerja2 yg lain, putuskan hubungan dgn semua, tinggal perniagaan, tinggal pejabat, tak tunaikan hak anak isteri, ini bukan tggjwb, ini khianat. Buat kerja agama dgn mengharapkan bantuan org lain, ini bukan cara kita buat usaha agama. Diri kita, harta kita. Bukan ambil dari org lain.
Apa bahaya kerja ini? Kerja tidak jalan, tetapi kita rasa kita dah buat banyak kerja. Untuk kerja dunia, asalkan jalan sudah cukup. Kerja ini, kita sendiri kena buat. Buka kedai, anak kita buka kedai, atau pekerja buka kedai, asalkan kedai buka, perniagaan jalan. Tetapi solat, saya kena solat, anak kena solat, pekerja kena solat, tak memadai dengan kerja jalan, tapi saya sendiri kena buat. 6 perkara kena datang dlm diri saya sendiri. Kita kata tabligh kerja yg baik, kerja yg besar, tetapi saya sendiri tidak buat gasht, tidak keluar 3 hari, zikir pagi petang tidak buat, dalam rumah tidak ada agama, tetapi semua jor/ijtimak hadir. Isteri pergi kerja, kita hidup dgn pendapatan isteri, mana boleh, wanita ada syariat, lelaki ada syariat, mana boleh kita bergantung pada pendapatan isteri, kita buat tabligh sahaja. Kita kena buat dengan diri sendiri, ambil bahagian dalam semua amal masjid. Kerja ini adalah tggjwb dan amanah. Jangan buat sesuatu yg merosakkan kerja ini. Contoh burung raja, terlepas dari sangkar dapat dengan orang yg buta, kena potong paruh, potong kepak. Inilah akibat orang yg tidak tahu menilai sesuatu benda.
Usaha agama ini telah dtg pada Rasulullah s.a.w, pada Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a, Ali r.a dan telah datang kpd kita iaitu org yg tidak layak buat kerja ini sptmana burung tadi yg telah dipotong paruh & sayap, kita telah rosakkan kerja ini. Kita buat kerja ini sptmana yg diberitahu oleh org tua2 kita. Kalau tidak, kita melakukan khianat pada kerja ini. Maulana Ilyas, Mualana Yusuf, Maulana Inamul Hasan, tidak siapa antara mrk kata cakap perkara yg sama sahaja, cakap macam ini sahaja. Kalau kita buat kerja ini ikut faham kita, akal kita, walaupun nampak ada faedah, ada keuntungan, kerja ini tidak akan maju, kerja ini akan rosak. Kerja ini bukan rosak dari org luar, ttpi org dlm kerja ini yg buat dgn kefahaman mereka sendiri. Bila buat kerja ikut panduan yg diberi oleh org tua-tua kita, maka kerja meningkat, pengorbanan meningkat, yakin meningkat, agama dlm keluarga meningkat, agama dlm perniagaan meningkat. Nasihat satu org bapa pada anak, jgn jadi ayak/tapis. Benda2 yg baik turun, benda yg tidak elok tinggal. Kita usaha supaya org lain keluar jalan Allah, dpt agama, bawa agama dlm perniagaan, pertanian, rumah tangga, dlm keluarga, ikut syariat, ttpi kita tidak dpt apa pun, kita mengumpat, cakap pasal org lain, dsbnya.
Kita buat usaha ini utk diri sendiri. Kalau buat kerja ikut usul, cara yg betul, buat kerana Allah, dgn ikhlas, dgn jazbah yg betul, dgn niat utk bagi kebaikan pada org lain, mula2 sekali kerja ini akan bagi kesan pada diri kita. Iman kita berubah, amal kita berubah, akhlak kita berubah, kita dpt menafaat dari agama. Bila buat usaha agama dgn niat yg betul, cara yg betul, ikhlas, kaedah yg betul, niat betulkan diri dan bagi kebaikan pada org lain, maka agama akan dtg pada setiap manusia, setiap bidang kerja, seluruh dunia akan lihat amalan agama dlm kehidupan org Islam, betapa banyak manafaat, seluruh dunia mahu amalkan agama. Dalam ijtimak Tongi, Hadraji kata, wujudnya usaha agama dikalangan org Islam pada zaman ini ialah satu nikmat yg besar dari Allah s.w.t. Allah s.w.t beri kita usaha agama sebagai satu nikmat, maka bila kita mensyukuri nikmat ini, Allah akan tambah lagi. Kalau kita tidak mensyukuri nikmat ini, Allah s.w.t akan tarik balik nikmat ini. Syukur pada nikmat ini ialah bila dtg takazah agama, kita kena korbankan diri, harta kita, masa kita utk takazah agama. Takazah keluar di jln Allah, usaha tempatan, hijrah dan nusrah. Syukur nikmat dgn korban diri, masa, harta. Letakkan takazah agama di depan, kemudiankan keperluan yg lain-lain. Kalau dtg takazah agama, tetapi tidak tunaikannya maknanya kita tidak mensyukuri nikmat ini. Kita kena tanya diri sendiri, bila dtg takazah berapa banyakkah kita telah utamakan takazah2 ini, berapa banyak telah korban harta, diri dan masa utk takazah. Banyak mana kita telah abaikan takazah dan tidak korban, kita sendiri fikir.
Mula2 sekali kita kena taubat kerana selama ini kita tidak letakkan kerja ini di depan, tidak buat kerja dgn sungguh2, tidak tunaikan takazah2 agama. Mulai hari ini buat keputusan jadikan kerja ini sebagai kerja kita dan kita buat kerja dgn diri, harta sendiri utk tunaikan takazah agama. Kita juga kena minta ampun dan maaf pada seluruh umat, umat ini telah jauh dari maksud. Kita buat keputusan utk buat usaha sungguh2. Buat azam 4 bulan tiap2 tahun, 10 hari tiap2 bulan, 8 jam tiap2 hari. Buka pintu, jgn pecah pintu. Tuan2 yg ada di sini adalah hasil daripada pengorbanan bertan-tan punya air mata tangisan dan korban. Sebelum tuan2 lahir, sebelum ibubapa tuan2 kahwin, org telah pun buat usaha, korban, menangis doa pada Allah. 4 bulan setiap tahun, 10 hari setiap bulan, 8 jam setiap hari tidak dtg dgn sekelip mata. Bermula dari hari ini, siapa sedia, sila bangun dan beri nama.
No comments:
Post a Comment