Tuesday, January 6, 2015

BAYAN MAULANA AHMAD LAT

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 03/09/2000).  Tuan2 yg mulia. Semoga Allah s.w.t terima kedtgan tuan2 semua dan Allah s.w.t jadikan kedtgan tuan2 asbab hidayat utk seluruh umat di seluruh alam. Alhamdulillah, org dari berbagai negeri dlm India pun dtg, org dari negara2 yg lain dari seluruh dunia pun dtg sini, mereka yg dtg sini, org lama, org yg banyak bagi pengorbanan, org yg buat kerja dgn baik, org spt ini sentiasa dtg ke sini. Semua mereka yg dtg sini dlm fikiran mereka ialah:

Pertama: mereka ingin tahu apakah kerja ini, ingin dpt penjelasan apakah kerja ini 

Kedua: mereka ingin tahu bagaimana kerja ini boleh dikekalkan,

Ketiga: mereka ingin tahu macam mana kerja ini boleh dimajukan.

Inilah secara umum apa yang ada dalam fikiran orang2 yang dtg ke sini, orang2 lama, org2 yg telah banyak bagi pengorbanan. Kita semua perlu kepada perkara ini, samada org2 yg bagi bayan, atau tuan2 yang dengar bayan. Kita semua berhajat, perlu kpd perkara ini. Yang bagi faham pada kita semua, tentang perkara ini, macamana nak kekal dalam kerja ini, apakah kerja ini, macamana nak majukan kerja ini, yang boleh bagi faham hanyalah Allah s.w.t. Kita semua menjadi pengemis di hadapan Allah s.w.t. Minta dpd Allah s.w.t, Allah s.w.t lah yg bagi faham kpd kita ttg perkara ini. Adakah perkara yg saya fikirkan, adakah perkara ini betul, adakah perkara ini ada dlm fikiran tuan2 semua?

Tentang apakah kerja ini, ada 2 malfuzat Maulana Ilyas rah. :

Pertama: apakah kerja saya? 

Kerja saya ialah supaya setiap org yg buat kerja ini, bahawa dlm kehidupan mereka, 6 perkara dtg dgn hakikatnya. Wujud dgn hakikat dlm kehidupan setiap org yg buat kerja ini, iaitu setiap hari iman maju, ada kemajuan dlm iman setiap hari. Setiap hari, setiap amalan ikut cara Rasulullah s.a.w, kejayaan hanya dlm cara hidup Rasulullah s.a.w. Keyakinan ini meningkat setiap hari. Setiap hari solat maju dan dgn menambahkan roh dlm solat. 24 jam punya kehidupan diamalkan mengikut ilmu ilahi dan tumpuan kpd Allah s.w.t. Tiap2 org punya akhlak meningkat. Allah s.w.t redha dgn setiap amalan. Hari demi hari, org yg buat kerja ini, mereka maju dlm kerja ini, dan mereka tenggelam dlm fikir dan risau kerja ini sepertimana satu org yg jln dlm laut. 

Dpd pantai, dia masuk dlm laut, setiap langkah dia akan masuk ke dlm air. Macam itulah juga org yg buat kerja ini, hari demi hari, mereka tenggelam dlm fikir ini, dlm kerisauan agama. Tuan2 yg mulia. Kita beritahu kpd seluruh dunia, bhw apb 6 perkara ini, dtg dlm kehidupan manusia dgn hakikatnya, maka mudah utk kita amalkan keseluruhan agama. Dakwah/seruan kita adalah utk semua manusia. Semua golongan di seluruh alam. Kita bagitahu semua manusia, bahawa kalau 6 pekara dtg dlm kehidupan kita, mudah utk kita amalkan keseluruhan agama. Satu, kita bayan ttg perkara ini dan kita ceritakan ttg kisah2 6 perkara ini atau memberitahu ttg fadhilat 6 perkara ini. Satu lagi, ialah kita mahu bawa perkara ini dlm kehidupan kita. Supaya perkara ini wujud dlm hati kita, dan ada dlm kehidupan kita. Kenapa? Hanya dgn bercakap sahaja kita tidak akan dpt dia punya kesan. 

Tuan2 semua tahu, setiap perkara ada dia punya lafaz, ada gambar, ada hakikat. Hanya dengan kita beritahu harta, jawatan, wang ringgit, dgn hanya bercakap ttg perkara ini, kita tidak akan jadi org yg memiliki perkara ini. Hal agama juga begitu, walaupun hanya bercakap, ia tidak sia2, akan dapat berkat, tetapi bantuan Allah s.w.t dan jaminan Allah s.w.t bahawa kejayaan dunia dan akhirat hanya dlm agama, untuk memperolehi ini, perlu kita wujudkan 6 perkara dgn hakikat dlm kehidupan kita, barulah Allah s.w.t akan beri kita kejayaan, ini jaminan Allah s.w.t. Utk dpt bantuan Allah s.w.t, utk dpt kejayaan dunia dan akhirat, 6 perkara ini kena dtg dlm kehidupan kita dgn hakikat. Ditakuti tuan2 org yg lama buat kerja ini, 20 tahun, 30 tahun, ada yang 50 tahun buat kerja ini, tapi kita takut benda ini jadi satu adat. 

Cakap tentang 6 perkara ini jadi satu adat sahaja. Kerana apa? Bila sesuatu perkara jadi satu adat sahaja, maka roh perkara ini akan keluar, tidak wujud lagi roh/nyawa dia. Oleh kerana itulah, perkara ini bukan hanya untuk bercakap sahaja tetapi untuk hendak bawa dalam kehidupan kita, supaya wujud dalam kehidupan kita dengan hakikat. Alim ulamak beritahu apabila sesuatu amalan agama jadi adat, maka rohnya akan keluar. Apabila roh sesuatu benda keluar, dikatakan benda itu telah mati, benda itu telah menjadi bangkai, bila roh  manusia atau binatang telah keluar, kita panggil dia sbg mayat atau bangkai. Bila sesuatu benda telah jadi bangkai, sifat2nya akan dizahirkan. Mula2 warna akan bertukar, slps itu dia akan jadi kembong, bau busuk akan keluar dari bangkai itu, slps itu ia akan pecah, slps itu akan keluar bermacam ulat dan kuman dan dia akan memberi kesan buruk pada semua org, penyakit akan merebak dari bangkai tadi. 

Begitu juga, kerja kita ini, kalau berjalan dgn baik, dengan fikir, dgn risau, dia akan membawa kesan yang baik, ttpi kalau kerja kita ini jadi mcm adat sahaja, maka roh akan keluar, dan keburukan akan dtg dpd kerja ini, sepertimana bangkai, bila roh keluar, dtg keburukan dpd bangkai, macam itu juga bila kerja kita jadi adat, kerja kita tidak ada roh lagi, maka kesan buruk akan dtg dpd kerja kita dan akan membawa mudharat kepada kita dan seluruh manusia. Bila kerja kita jadi adat, kita duduk dlm mesyuarat tanpa ada risau, tanpa ada bimbang, mesyuarat mcm adat sahaja. Bila jemaah dtg, kita sambut jemaah, tetapi tiada risau, tiada bimbang macamana hendak gunakan jemaah itu, begitu juga dlm taalim, kita ambil bahagian dlm taalim, semua kita buat mcm satu adat shj. Kerana apa? Kerana org telah panggil kita org tabligh, jadi kita terpaksa buat, tanpa ada apa2 risau dan bimbang ttg perkara ini, maka apa akan jadi ialah kerja ini akan membawa kesan buruk bila dia jadi adat dan bila tiada roh, kesan buruk akan dtg dlm kerja ini. 

Maulana Ilyas rah. sebelum dia meninggal telah panggil Maulana Yusuf rah., dan beritahu, “Wahai Yusuf, dtglah dan peluklah saya, saya hendak pergi (mati), dan sebelum saya pergi, saya hendak beritahu kamu, ini ada satu kerja, kalau kerja ini dibuat dan menjaga segala usul dia, adab, mizaj, dgn pertambahan korban, diri dan harta, sentiasa meningkat korban diri dan harta, dan buat kerja ini dengan penuh risau dan bimbang, dengan usul dan adab, dan hanya untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t, maka dalam kerja ini, Allah s.w.t sembunyikan hidayat untuk semua manusia, untuk manusia2 yang akan datang, seluruh alam, Allah s.w.t simpan hidayat, tetapi sebaliknya kalaulah kerja ini dibuat tanpa fikir, tanpa risau, tanpa jaga adab dan usul, tanpa mizaj, tanpa peningkatan pengorbanan, diri dan harta dan niat pun bukan untuk dapat keredhaan Allah s.w.t, tetapi kerana benda2 lain, maka kerja ini akan jadi seperti satu permainan sahaja. Sepertimana permainan2 lain dalam dunia ini, ada permainan untuk 1 jam, ada permainan untuk 2 jam, ada permainan untuk masa yang lebih panjang lagi, maka lepas masa itu (cukup time), akan habis, permainan itu akan tamat, maka macam itulah kerja ini akan jadi satu permainan.” 

Oleh kerana itu, tuan2 semua yg dtg sini, org2 yg terpilih dari negara tuan2, yg buat kerja ini dgn penuh risau dan fikir, dgn penuh pengorbanan, tuan2 sedang kendalikan kerja ini di negara tuan2, jadi tuan2, mula2 sekali kita kena fikir, mcmana kerja ini kita buat utk diri kita, mula2 sekali, 6 perkara itu dtg dgn hakikatnya. Kita kena fikir bagaimana 6 perkara wujud dlm diri kita. Inilah perkara yg mula2 sekali kita kena fikir, supaya kita maju dlm kerja ini. 6 perkara sentiasa maju dlm diri kita. Ini perkara yg pertama yg kita kena fikirkan supaya kita buat kerja ini dgn betul, dgn penuh risau dan fikir. Tuan2 yg mulia. Ttg adab dan usul ini, Maulana ingatkan kita, bahawa kita kena fikir, setiap kita ini, kita kena jaga adab dan usul. Utk org lain, kita bagi kelonggaran, saya sendiri kena ikut segala adab dan usul kerja ini. 

Org lain, kalau buat lebih kurang pun tidak mengapa, kita bagi kelonggaran, setiap kita kena fikir mcmana saya boleh buat kerja ini dgn penuh risau dan fikir, bagaimana saya boleh tambahkan pengorbanan diri dan masa saya, mcmana saya boleh buat kerja ini dgn mengikut segala usul dgn mengikat diri saya kpd segala kehendak2 kerja ini, saya sentiasa tambahkan saya punya pengorbanan, ttpi utk org lain, kita bagi kelonggaran. Inilah apa yg patut berlaku, ttpi syaitan punya usaha ialah mcmana saya tidak perlu ikut usul, saya tidak mahu ikut adab, saya tidak mahu ikut kemahuan, kehendak kerja ini, org lain semua kena ikut, ini cara syaitan. 

Rasulullah s.a.w telah beritahu kita bahawa bila satu org jadi imam, dia kena solat dgn ringkas dan tidak menyusahkan org2 yg solat dibelakang imam, maknanya bagi kelonggaran dan kesenangan pada semua org. Solat yg ringkas dan tidak menyusahkan org lain ttpi bagi diri sendiri kita tahu macamana Rasulullah s.a.w punya solat sehingga kaki nabi bengkak. Kadang2 bila sujud, org fikir Rasulullah s.a.w telah wafat, macam itu punya lama sujud. Nabi s.a.w tunjukkan pada kita bahawa utk org lain kita mahu bagi senang ttpi untuk diri sendiri kita mahu ketatkan segala peraturan dan segala kehendak. 

Kita kena ikut segala adab dan usul. Kalau kita semua fikir macam tu, “Bagi diri saya, saya kena ikut segala adab, segala usul, saya kena buat kerja dgn tambahkan pengorbanan saya, diri saya, masa saya, org lain saya bagi mudah dan senang, maka apa yg akan berlaku ialah, kerja ini akan maju, kita pun akan maju, org2 baru dlm kerja ini pun akan maju, dan akan wujud kasih-sayang, satu hati, kerja akan jalan dengan baik tetapi sebaliknya kita buat kerja ini dengan bebaskan diri sendiri, buat apa yang saya suka, orang lain semua kena ikut usul dan adab. Maulana bagi satu contoh, ada satu raja, dia mahu tahu sejauh mana rakyat ikut dia punya perintah, maka dia bagi perintah, ada satu kolam yang besar, dia kata, “sebelum esok pagi, kolam ini kena dipenuhi dengan susu”, semua rakyat kena masukkan susu ke dalam kolam itu. 

Pada malam itu, setiap orang fikir, kalau saya seorang, saya bawa satu baldi air, dan masukkan ke dalam kolam itu, tidak akan ada apa-apa perbezaan, kerana semua orang lain tuangkan susu, tidak akan ada siapa yang tahu. Tetapi semua orang fikir macam itu, besok pagi, bila tengok, kolam itu penuh dengan air, bukan susu. Kalau setiap kita ini, kita kata saya mahu bebas, orang lain semua kena ikut usul, apa akan jadi? Usaha agama ini tidak akan kekal sebagai usaha agama tetapi akan jadi benda yang lain. Ia akan jadi benda yang lain seperti kolam tadi, tidak dipenuhi dengan susu sebaliknya dipenuhi dgn air, jika setiap dpd kita fikir macam itu. Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t, kerana Allah s.w.t telah hidupkan usaha(kerja) ini, di zaman ini dimana kita ada. Dgn limpah kurnia, dgn ehsan, dgn belas kasihan Allah s.w.t, Allah s.w.t telah hidupkan kerja ini, di zaman kita ini. 

Allah s.w.t telah hubungkan kita semua, saya dan tuan2 dgn kerja ini, ini ehsan Allah s.w.t. Dlm Quran, Allah s.w.t beritahu kpd Rasulullah s.a.w, “Wahai nabi, ada orang ingat bahawa bila mereka masuk Islam, mereka telah buat ehsan pada tuan, beritahu pada mereka, sebenarnya bukan mereka yang buat ehsan pada tuan, ini adalah ehsan Allah s.w.t yang Dia telah keluarkan mereka dpd kesesatan kpd hidayat, dpd kegelapan kpd cahaya”. Bukan ehsan kita kpd agama yg kita buat usaha agama ini, bukan kita punya ehsan harta kita digunakan utk usaha agama, atau kebolehan, kepandaian kita digunakan utk agama, ini adalah ehsan Allah s.w.t terhadap kita. Dia kesian pada kita dan Dia yg telah bawa kita kpd kerja ini. Usaha agama, alhamdulillah, dgn kehendak Allah s.w.t, dgn kudrat Allah s.w.t, berjalan di seluruh dunia. Allah s.w.t telah bawa kita dlm kerja ini.  

Allah s.w.t wujudkan kerja ini yg mana umat ini telah begitu jauh dpd yg sepatutnya. Mcm mana umat ini telah bermula dan skrg ini umat ini telah jauh dpd tahap yg dahulu. Umat ini sedang tenggelam dlm kerosakan dan kebinasaan. Allah s.w.t telah beri kerja ini sbg asbab utk selamatkan kita, untuk keluarkan kita daripada kebinasaan. Ehsan Allah s.w.t atas kita, maka Allah s.w.t wujudkan kerja ini dan hubungkan kita dengan kerja ini. Kerja sedang berjalan diseluruh dunia dan yang pentingnya kita kena buat kerja ini. Hadzratji rah. beritahu, ada satu perkara, perbezaan yang asas antara kerja dunia dan kerja agama. Untuk kerja dunia, bila ia dijalankan, maka sudah memadai, samada kita buat atau tidak, tidak mengapa. Kerja agama bukan macam itu. Misalnya, kalau ada kedai, samada bapa buka kedai atau anak, sesiapa sahaja yang buka kedai, selagi kedai itu dibuka, ianya o.k, sudah cukup, sudah memadai tetapi agama bukan macam itu.  Kalau dalam satu keluarga ada 15 orang, 14 orang solat dan seorg tidak solat, maka 14 org punya solat tidak boleh lepaskan satu org yg tidak solat dari dosa dia. Dia pun kena solat. Macam itu juga puasa, macam itu juga semua urusan agama yang lain dan macam itu juga usaha agama ini. 

Bukan maknanya kerja ini berjalan di tempat saya, di masjid saya, alhamdulillah, gasht berjalan, tidak memadai, tetapi apa yang perlu ialah kita sendiri kena buat kerja ini. Bukan hanya kita buat sahaja, kita kena majukan kerja ini di tempat kita. Kita kena majukan pengorbanan kita, diri dan masa supaya kerja ini jadi maju di negara kita. Alhamdulillah, kita telah dengar karguzari tuan2, dpd pagi tadi, di negara tuan2 ada ribuan masjid. Saya bersumpah kalau semua masjid2 di negara tuan2 hidup dgn amalan jemaah masjid, negara tuan2 sudah mencukupi utk sambut semua takazah2 agama di seluruh dunia. Kalau masjid2 di Malaysia dibangunkan dgn kerja jemaah masjid, sudah memadai utk sambut semua takazah agama di seluruh dunia ttpi dgn syarat setiap masjid ini kena hidup dgn amalan jemaah masjid dgn sempurna. Kita tahu mcm mana keadaan kerja ditempat kita. Kita kena fikir mcm mana saya sendiri kena buat kerja ini dan saya kena tambahkan pengorbanan saya utk kerja ini dan saya kena usaha bagaimana kerja ini maju. Bukan hanya setakat buat sahaja, kita kena buat dan majukan kerja ini. Ini yg kita kena buat keputusan.  

Tuan2 yang mulia. Semua orang fikir macam mana hendak majukan kerja ini. Jemaah2 yang datang ke sini dan keluar daripada sini, jemaah 4 bulan, kami beri peringatan, jemaah yg pergi ke Brazil, Venezuela, Amerika, England, kami beritahu mereka, bukan setakat tuan-tuan pergi ke negara2 tersebut, buat kerja dan balik, ia tidak mencukupi di zaman ini. Sekarang ini tidak cukup dgn hanya keluar 4 bulan, buat kerja dan balik. Alhamdulillah di seluruh dunia skrg ini kerja sedang berjalan, tidak kira banyak atau sedikit, tetapi kerja berjalan di seluruh dunia. Yang penting skrg, kami beritahu mereka, tuan2 pergi sana, tempat2 yg tidak ada kerja, kena hidupkan kerja ini. Tempat2 yg sudah ada kerja, tuan2 kena mantapkan/kuatkan kerja di sana. Begitu juga kita kena fikir, bagaimana kerja di negara kita sendiri, Malaysia. 

Alhamdulillah, tempat tuan2 banyak masjid, usaha agama pun berjalan, tuan2 punya cinta pada agama pun kami tahu, negara tuan2 ada suasana agama, ada cinta pada agama dan kerja agama sudah berjalan lama, tetapi yang penting setiap daripada kita kena fikir bagaimana kerja yang ada sekarang dapat dimantapkan dan dimajukan. Kita kena fikir bagaimana kerja yang ada skrg ini dpt dimantapkan dan dikuatkan dan tempat2 yang belum ada kerja ini, kita mahu hidupkan. Kita mahu mantapkan, kuatkan dan majukan kerja ini dan di tempat yang tidak ada kerja, kita mahu wujudkan kerja ini. Setiap kita kena fikir. Mahfum hadith Nabi s.a.w, “Bahawa setiap orang, ada masa jasbahya tinggi, ada masa jasbahnya rendah”. Contoh, seperti bara api, bila ditiup, api itu akan keluar dan ia akan pergi jauh, seolah2 kita fikir ia akan terbakar diatas. Selepas itu, ia akan turun dan tiada apa2 pun berlaku. Macam itu juga jasbah manusia, kadang2 naik, kita fikir, kita mahu buat itu, kita mahu buat ini dan kadang2 turun.

Tuan2 dtg dpd negara yg dikelilingi oleh lautan. Kadang2 air pasang, kadang2 air surut mengikut bulan dan hari. Kadang2 air naik sehingga ke tepi kampung, air akan naik dekat dgn rumah, sehingga ada org yg tidak pernah tengok laut, mereka akan fikir mcmana mrk ini boleh tinggal di sini, ditakuti air akan masuk ke dlm rumah dan seluruh kampung akan tenggelam. Org kampung tahu, bahawa air itu setakat itu shj, selepas itu ia akan surut. Bila dia tengok air surut, air telah turun bawah begitu jauh sampai nampak semua selut dan pasir, dan dia akan fikir mcmana sampan boleh sampai ke sini. Kita kena buat usaha ini dgn istiqamah, dlm apa keadaan pun, jasbah tinggi atau rendah, naik atau turun, kita kena teruskan kita punya kerja dgn istiqamah. Kita buat kerja dgn sungguh2, dgn istiqamah, dlm setiap keadaan, barulah kerja kita akan lebih mantap, kita kena fikir, mcmana kerja kita dpt dimantapkan, dikuatkan dan dimajukan. Tempat yg tidak ada kerja, kita kena wujudkan kerja ini. Fikir inilah yg kena ada di kalangan semua kita yg berada di sini. Bila kita dengar karguzari tuan2 pada hari ini, berapa banyak kerja berjalan, berapa banyak jemaah masjid, berapa banyak usaha tempatan, berapa banyak jemaah yang keluar, dsbnya, bila kita dengar, seolah2 macam air sudah surut, orang semua kata Malaysia, Malaysia, Malaysia, negara yang besar, banyak penduduk, kerja banyak, dsbnya, tetapi bila kita dengar karguzari, macam satu orang yang tidak pernah tengok laut. 

Orang kata banyak kapal2 besar datang ke sini tetapi orang lain kata macam mana kapal boleh datang sini, air pun tidak ada, ombak pun tidak ada, mcm mana kapal boleh sampai sini, mcm itulah bila kita dengar karguzari tuan2 mcm org yg tidak pernah tengok laut, dia tidak tahu ada air pasang dan surut. Tuan2 punya karguzari tahun lepas tiada apa-apa, tahun ini pun tidak ada apa-apa perubahan, tiada peningkatan, bila kita dengar karguzari ini semua nampak macam tidak ada apa-apa, walaupun kita dengar kerja di Malaysia banyak, ttpi karguzari yg kita dengar hari ini nampak mcm tidak ada apa-apa, seolah-olah air sudah surut dan tidak ada apa-apa kerja di Malaysia, kerja semakin kurang.

Tuan2 yang mulia. Jangan putus harapan, jangan putus asa, memang kita datang ke sini pun ialah untuk majukan kerja ini. Tuan-tuan jgn putus harapan, walaupun karguzari kerja kita lemah, jgn kita putus asa. Tuan-tuan yang ada disini sekarang ini, kalau tuan-tuan balik dengan azam yang sungguh2 dan buat kerja sebagaimana di beritahu di sini, balik buat kerja dengan sungguh2 mengikut tertib yang diberitahu di sini, insya’Allah, bila tahun hadapan tuan2 dtg bagi karguzari, kerja di negara tuan2 telah meningkat berpuluh2 kali ganda, bila tuan2 buat dgn sungguh2 sepertimana yg diberitahu di sini. Tertib bagaimana hendak majukan kerja ini, untuk setiap perkara bila kita ada hubungan dgn perkara itu, bila telah wujud hubungan dengan sesuatu perkara, maka akan ada tuntutan atas kita untuk perkara itu. Misalnya, bila kita kata rumah saya, kedai saya, ladang saya, anak saya, maka setiap perkara ini ada tuntutan. Kita kena sempurnakan tuntutan itu. 

Bila kita kata rumah saya, kita kena bersihkan rumah itu, kena cat, kena pasang air, kena pasang letrik, kena bayar bil air, kena bayar bil letrik, bila cermin pecah kena ganti, dsbnya, banyak tuntutan. Begitu juga bila kita kata pejabat saya, tuan2 disini ramai yg kerja dipejabat, bila kita kata pejabat saya maka ada tuntutannya, tiap2 pagi ada banyak fail atas meja kita, setiap fail ini kita kena uruskan, ikut dateline-nya, setiap kerja kena buat pada masa yg telah ditetapkan dan dgn tahap kuantiti yg perlu kita buat, tepat pada masa dan mengikut kadarnya, mesti ikut tuntutan tersebut, barulah kita akan dpt promotion, kenaikan pangkat dlm kerja kita. Bila kita buat kerja yg diberi tepat pada masa, ikut kadar, kita sempurnakan, maka bila dtg masa utk naik pangkat, maka boss/ketua kita akan tulis bahawa org ini bila diberi kerja, dia buat dgn ikut masa, tepat pada masanya, mengikut kadar dan sempurnakan kerja tersebut, maka org ini akan dpt kemajuan, kenaikan pangkat. Macam itu juga ladang kita, bila ladang perlukan air, kita kena masukkan air tepat pada masanya dan kadar air pun kena ikut kehendak tanaman itu, insya’Allah, dengan kudrat Allah s.w.t, kita akan dapat hasil yang banyak. 

Macam itu juga kedai kita, kedai perlu dibuka tepat pada masanya dan kena sempurnakan keperluan2 pasaran pada tempat itu dan kena bagi masa yg cukup utk kedai itu, barulah peniaga2 spt ini, bukan sahaja ada 10 atau 20 kedai, bahkan mereka pun akan dpt bersaing dlm pasaran antarabangsa. Macam itulah juga kerja ini, Allah s.w.t hubungkan kita dgn kerja ini, maka sentiasa ada tuntutan daripada kerja ini. Sentiasa ada 2 jenis tuntutan. Satu ialah tuntutan makami/tempatan dan lagi satu ialah beruni/takazah luar. Tuan-tuan faham? Kerja tempatan kita adalah seperti telaga air yang mengandungi air biasa, dan air itulah yang digunakan utk semua tanam2an di ladang itu. Kalau kita ada satu dusun, dusun yang besar, ada ratusan pokok buah2an, berbagai jenis buah2an, pokok mangga, pokok delima, pokok angggur, ciku, semua jenis, bermcm2 jenis pokok, semua pokok buah2an itu memerlukan air, air yg diperlukan ialah air biasa dpd telaga. Air akan sampai kpd setiap pokok itu dan setiap pokok itu akan memberikan hasilnya. Air itu kena sampai tepat pada masa dan ikut kadar setiap jenis buah2an. Setiap tanaman berlainan keperluannya. Ada tanaman yg kita perlu beri air setiap hari, ada tanaman kita beri air seminggu sekali, ada sebulan sekali, ada setahun 2 kali, penuhkan dgn air sudah cukup, kadar kena tepat, waktu pun kena tepat. 

Tepat pada masa dan dgn kadar yg cukup, maka air yang biasa ini, tanpa dicampur dengan benda2 lain, gula, garam, asam, atau bubuh wangi2an atau bubuh warna, tidak perlu ini semua, cuma air biasa sahaja dan mesti sampai pada setiap pokok tepat pada masa dan pada kadar yg mencukupi, maka dgn itu bumi akan pecah, benih akan keluar, akan wujud batang, daun, dahan, buah dan buah2an ini akan dibekalkan ke seluruh dunia. Perahan air buah2an itu diminum di hospital2, di istana2 raja, tetapi semuanya adalah hasil dari air biasa dpd telaga, sampai ke setiap pokok tepat pada masa dan dgn kadar yg mencukupi, maka inilah asbab untuk buah2an ini dibekalkan kepada manusia seluruh dunia. Begitu juga kerja kita, kerja tempatan kita, bila kita buat kerja ini tepat pada masanya dan pada kadar yang mencukupi, misalnya setiap org yg buat kerja ini, samada org lama, org baru, mrk keluar 3 hari, tetapkan minggu setiap bulan dan keluar dgn bentuk jemaah sendiri dan keluar di kampung2, buat usaha, inilah apa yg dikehendaki dlm kerja ini. Seperti mana air diberi tepat pada masa dan dgn kadar yg mencukupi. 

Tuan2 yang mulia. Kadang2 kita tertipu dengan suasana di bandar, bandar2 besar di India pun seperti Delhi, Bombay, dsbnya, bila ada perhimpunan besar, sabguzari, majid2 penuh, 1 tingkat, 2 tingkat, 3 tingkat, penuh dengan manusia, macam2 org dtg, kita yang buat kerja ini ingat, masyaAllah, kita sudah maju, ramai orang datang, orang besar2 pun datang, orang yang tidak pernah tengok pun datang, kita ingat kerja sudah maju. Ini satu muzakarah, saya hendak bagitahu tuan2 macam mana kita hendak mantapkan dan kuatkan kerja kita dan majukan kerja. Untuk ini, kita muzakarah, saya tidak tahu tentang keadaan negara tuan-tuan, tetapi apa yang berlaku di sini, secara umumnya di bandar2 yang besar, bila malam markaz, ramai orang datang dan kita ingat kerja maju. Kalau kita tengok kerja yang sebenarnya dpd orang ramai yg dtg, berapa org yg sudah keluar 4 bulan, dan diantara mereka yg telah keluar 4 bulan, siapa diantara mereka yg bagi 4 bulan tiap2 tahun, atau sekurang2nya mereka keluar 40 hari setiap tahun, berapa org? Diantara mereka yg keluar 40 hari tiap2 tahun, berapa ramaikah yg keluar 3 hari tiap2 bln dgn tetapkan minggu dan bawa jemaah mereka sendiri, berapa org? Berapa diantara mereka yg ambil bahagian dlm 5 amal? Kalau kita kaji macam ini maka kita akan dapati 1%, 1½ % atau 2% sahaja kerja yg kita buat. Kalau kita kaji, sebenarnya kerja tidak banyak ttpi nampak macam kerja banyak. Inilah yg kita kena fikirkan.

Baru-baru ini ada satu jemaah Arab, syura, dari satu negara, mereka datang sini, mereka jumpa maulana dan kata, “Kami hendak beritahu satu perkara, kami telah dihantar ke satu tempat dan kami paksa org tempatan. Org tggjwb sana, hantar kami ke kawasan kampung, kami pergi ke kampung, kami duduk disana, buat gasht, bawa orang tempatan bersama2 kami dalam ta’alim, buat kerja sama2 dgn mereka, barulah kami tahu keadaan kampung, mereka semua ini di pinggir kemurtadan, inilah keadaan mereka sebenarnya”. Dia beritahu keadaan agama sgt lemah. Lain kali, bila orang dari tempat itu datang, tanya mereka mcm mana keadaan kerja di kampung2 mereka. Kalau tanya keadaan kerja dibandar, mereka tidak nampak gambaran yg sebenarnya. Tanya apa keadaan di kampung2 mereka. Begitu juga utk kita, kalau kita hendak mantapkan kerja ini, spt air biasa dari telaga dibekalkan kpd semua pokok2 dan ia dpt hasil yg begitu baik, macam itulah juga utk kuatkan kerja ini. 

Setiap org kena keluar 3 hari dgn tetapkan minggu, 27 hari buat usaha di marhallah sendiri, bentuk jemaah sendiri, bawa jemaah itu sendiri dan keluar ke kampung2, barulah kerja kita akan jadi mantap. Kita sendiri kena buat gasht ummumi di tempat kita dgn sempurna, begitu juga gasht kedua, begitu juga dgn setiap amalan mingguan dan harian, ta’alim di masjid, ta’alim di rumah, semua 5 amal, kita sendiri kena buat dgn sempurna, kita kena keluarkan jemaah sempurna 3 hari kita sendiri, barulah kita akan tahu ehwal di kampung2. Inilah cara untuk kita kuatkan kerja di tempat kita. Spt air biasa tanpa dicampur dgn apa-apa wangian, manisan, apa-apa benda yg lain, air biasa inilah yg akan dibekalkan kpd setiap pokok dan pokok akan keluarkan hasil yg banyak yg begitu baik, mcm itulah juga kita kena buat kerja ini, barulah kerja kita akan maju dan kita akan maju.

Tuan-tuan  yang mulia.  Dalam umat ini, orang awam lebih ramai daripada orang khawas, org2 khawas terhad, bilangan yang kecil, orang awamlah yang ramai. Kita kena banyak buat kerja dikalangan orang awam. Kita buat kerja dengan cara yang mudah, buat kerja dikalangan semua orang awam, kita kena tingkatkan kerja kita. Bila agama datang dalam kehidupan org awam, tahap agama akan meningkat keseluruhannya. Banyak kerja kita kena buat. Alhamdulillah, bila jord dibuat untuk karkun2 lama disini, bila kami dengar perkara ini, kami pun bentangkan kepada mereka apa yang patut dibuat, kerja dikalangan orang awam perlu dikuatkan, perlu dibuat di setiap tempat dan perlu jumpa setiap orang. Mereka telah terima dan fikirkan, dan ambil tggjwb, mereka telah buat perancangan, setiap negeri, setiap daerah, setiap kampung, setiap masjid, semua tempat mesti dihantar jemaah. Jemaah 4 bulan, satu org tggjwb, banyak org2 lama keluar dalam jemaah itu, mereka bergerak dari kampung ke kampung, mrk pergi setiap masjid, mereka buat kerja , alhamdulillah, apa yg berlaku? Kepentingan dan nilai agama dtg dlm kehidupan org awam. Satu ketika, waktu tengahari, ada satu org awam telah dtg dan ketuk pintu, satu orang alim tengah tidur. 

Dia tanya org alim ini, “Maulana, saya ada satu masalah, ada org hendak jual sekeping tanah, dia letak banyak syarat2, tetapi saya telah buat keputusan pada hari mula2 saya buat usaha agama, saya tidak akan buat apa-apa pun di luar syariat, saya mesti mengikut batasan syariat. Oleh kerana saya tidak faham samada syarat2 yang dia bentangkan betul atau tidak, samada ikut syariat atau tidak, saya minta tuan bagi nasihat macam mana saya hendak buat”. Maulana tersebut tidak ingat berkenaan masalah agama tersebut dan dia tidak boleh bagi jawapan pada masa itu, dia pun kena rujuk pada kitab. Dia kata, “Saya kena rujuk dulu, nanti saya bagi jawapan”. Utk selesaikan masalah itu dia terpaksa pergi ke bandar, beli kitab untuk rujukan, kemudian baru dpt memberi penjelasan kepada org itu. Bila agama dtg dlm org awam, fikir mereka berubah, mereka rasa kepentingan amal agama. Inilah yg akan berlaku, bila kita buat kerja di kalangan org awam krn bilangan org awamlah yg ramai dlm umat ini. Kita kena buat kerja dgn cara yg mudah dan dikalangan org awam spt mana air telaga tadi, air yg biasa yg dpt menghidupkan semua pokok buah2an, macam itulah kerja kita akan maju bila kita semua buat keputusan utk bangunkan kerja di setiap masjid dgn cara yg umum spt mana maulana terangkan tadi.

Tuan-tuan yang mulia. Setiap masa sentiasa ada 2 takazah iaitu takazah tempatan dan kerja luar. Utk majukan kerja ini, kita kena sentiasa tambahkan pengorbanan diri dan harta, barulah kerja kita akan maju. Malfuzat Maulana Yusuf rah. bahawa dgn dakwah tanpa pengorbanan tidak ada roh. Nyawa bagi dakwah ialah pengorbanan diri dan harta. Kalau ada pengorbanan diri dan harta tetapi tanpa dakwah, maka pengorbanan itu tidak akan memberi kesan iaitu tiada hidayat. Bila ada dakwah dan pengorbanan diri dan masa, maka itu akan jadi asbab untuk sebarkan hidayat. Utk kita mantapkan/kuatkan dan sebarkan karja ini, yang perlu ialah setiap takazah kita kena sempurnakan dengan pengorbanan diri, harta dan masa, tepat pada masanya da mengikut kadar yang diperlukan. Inilah asbab untuk kita mantapkan dan kuatkan serta sebarkan kerja ini. Setiap takazah kita kena sempurnakan dgn pengorbanan diri, masa dan harta tepat pada masanya dan dgn kadar yg dikehendaki. Apa kerja ini? Kita kena bawa 6 perkara dgn hakikat ke dlm kehidupan kita. Mcm mana hendak majukan, mantapkan dan sebarkan kerja ini? Setiap takazah, pada setiap masa, kita sempurnakan dgn pengorbanan diri, harta dan masa, tepat pada masanya mengikut kadar yg ditetapkan. Inilah cara utk sebarkan agama. 

Bila kita buat demikian, Allah s.w.t dgn kudratNya akan bangunkan dan majukan kerja ini. Allah s.w.t tidak akan sia2kan pengorbanan yg kita buat. Semua boleh buat? Semoga Allah s.w.t bantu kita, insyaAllah. Tuan2 jangan putus harapan, jangan putus asa. Kita memang lemah. Allah s.w.t telah banyak kali gunakan orang yang lemah. Allah s.w.t sentiasa gunakan org yg lemah untuk bangunkan usaha ini. Memang kita lemah dalam serba-serbi, ttpi yg penting kita kena ada yakin ttg kerja ini, Allah s.w.t telah bagi kita intan kurun pertama. Melalui kerja inilah, Allah s.w.t telah buat perubahan yg besar dahulu, dan Allah s.w.t telah buat perubahan yg besar skrg ini juga. Melalui kerja ini, Allah s.w.t buat perubahan dlm dunia ini dgn menggunakan org lemah, macam itulah juga Allah s.w.t gunakan kita skrg ini utk bawa perubahan pada seluruh dunia, kita jgn putus asa. 

No comments:

Post a Comment