Tuesday, January 6, 2015

BAYAN MAGHRIB MAULANA AHMAD LAT

(27/08/2004 - sri petaling- Jor KL 2004). Yg paling disayangi oleh Allah s.w.t ialah para nabi. Diantara semua nabi2, yg paling disayangi oleh Allah s.w.t ialah Rasullullah s.a.w. Yg paling disayangi oleh rasulullah s.a.w adalah umat ini. Allah s.w.t beri benda yg paling Allah sayang pada mereka yg Dia sayang. Perkara yg disayangi oleh Allah ialah agama. Allah beri agama dan usaha agama pada para nabi. Rasulullah s.a.w juga beri perkara yg paling disayangi pada umat iaitu agama dan usaha agama. Seluruh umat ini telah diberi agama & usaha agama. Setiap individu kena tertibkan kehidupan sepertimana yg dikehendaki oleh nabi s.a.w. Sepertimana nabi s.a.w telah tertibkan kehidupan para sahabat iaitu Muhajir & Ansar dlm menjlnkan usaha agama. Kena buat spt umat awal kurun iaitu Muhajir & Ansar. 

Dari hari pertama masuk Islam pada zaman nabi s.a.w, samada lelaki, wanita, kanak2, pelajaran pertama ialah bahawa diri dan harta bukan milik saya. Setiap nafas dlm kehidupan saya bukan milik saya. Diri dan harta adalah milik Allah, diberi pada saya sbg satu amanah. Bagaimana hendak gunakan diri dan harta? Ianya mestilah digunakan sepertimana yg digunakan oleh nabi s.a.w. Berapa banyak nabi s.a.w  guna diri dan harta, utk apa, dimana, bagaimana, mcmmana, maka inilah contoh utk setiap org Islam. Baginda s.a.w telah tunjukkan bahawa diri & harta digunakan adalah utk dakwah, ta’alim & tazkiyah. Nabi s.a.w adalah manusia, makan, minum, tidur, pakai, dsbnya. Ini pun digunakan dpd bahagian diri & harta. Maksud hidup nabi s.a.w ialah dakwah, ta’alim & tazkiyah. Nabi s.a.w telah gunakan sebahagian besar dari diri & harta utk dakwah, ta’alim & tazkiyah. Sebahagian kecil lagi digunakan utk keperluan, makan, minum dsbnya. Setiap sahabat, lelaki, wanita, tua, muda, kaya, miskin, mereka punya kehidupan mengikut contoh nabi s.a.w. Umat awal kurun ini adalah umat yg paling baik. Kenapa paling baik?

Pertama, kerana mereka gunakan diri & harta seperti mana nabi s.a.w. Tertibkan kehidupan mereka seperti yg ditunjukkan oleh nabi s.a.w. 

Kedua, mereka tahu membezakan siapa kawan dan siapa lawan/musuh. Mereka dapat bezakan siapa yg dapat bawa mereka dekat pada Allah dan siapa yg bawa mereka jauh dari Allah. Nampak dgn jelas siapa kawan, siapa lawan, ianya kerana kekuatan iman mereka, kerana mereka telah buat usaha agama, telah dakwah kebesaran Allah, dlm diri mereka ada yakin dgn zat & sifat Allah, sifat jamaliah, sifat jalaliah, Allah pemilik, Allah pencipta, Allah buat segala2nya selain dari Allah tidak boleh buat apa2. Iman mereka telah sampai ke tahap yg tertinggi. Nur iman ini hasil dari usaha agama. 

Ketiga, mereka dpt membezakan maksud hidup & keperluan hidup. Maksud hidup mereka sama dgn maksud hidup nabi s.a.w iaitu umat ini telah dikeluarkan utk menafaat seluruh manusia iaitu utk mengajak kpd kebaikan dan cegah kemungkaran. Mereka maju dlm peningkatan iman. Mereka telah usaha utk tingkatkan iman. Maksud hidup nabi s.a.w dan maksud hidup umat ini adalah sama. Nabi s.a.w diutuskan utk usaha agama, umat ini juga diutuskan utk usaha agama. 

Keempat, semua nabi2 beritahu  pada umat mereka, kami tidak mahu apa2 dari kamu, kami hanya inginkan kebaikan utk kamu sahaja. Semua org beriman zaman nabi s.a.w tahu yg paling inginkan kebaikan utk mrk ialah nabi s.a.w. Dlm kehidupan nabi s.a.w ada segala contoh kebaikan dunia & akhirat. Mrk tahu dlm setiap gerak-geri nabi dan perbuatan nabi adalah utk kebaikan umat ini. Umat ini kena ikut apa yg nabi s.a.w telah tunjukkan. 

Inilah 4 asas yg mana umat awal kurun dikatakan umat yg paling baik antara umat nabi s.a.w. Umat ini hari ini  telah tinggalkan asas tersebut yg mana telah menyebabkan umat jadi paling baik. Umat ini telah menggangap diri dan harta milik dia. Guna diri dan harta ikut suka. Bila buat demikian, dia tidak dapat membezakan siapa kawan dan siapa lawan. Oleh itu, dia telah ikut kehendak musuh dlm menggunakan diri dn harta, dan mula iman merosot. Dalam keadaan ini, umat ini tidak lagi ikut cara nabi, telah mula ikut cara musuh. Maka umat ini tidak lagi faham apa maksud hidup. Tidak dapat hendak bezakan maksud hidup dan keperluan. Telah jadikan keinginan nafsu sebagai keperluan. Telah guna diri dan harta utk kepuasan nafsu. Telah lupa kerja sebenarnya. Umat ini telah jatuh dan jatuh, bermacam kerosakan telah dtg dlm umat ini. Kita tengok keadaan umat Islam sekarang ini, umat yg dihantar , yg diberi kerja yg besar ini, sekarang umat telah jauh dari agama. Umat telah mula keluar dari Islam. Dalam keadaan macam ini, Allah s.w.t yg maha penyayang, maha pengasih, dan kerana nabi s.a.w ‘rahmatulillalamin’, slps beratus-ratus tahun tinggalkan kita, telah hidupkan kembali usaha agama ini. Telah beri usaha agama ini pada umat ini. Bila umat kembali kpd usaha agama, maka sekali lagi umat ini akan dpt dibawa kpd kebaikan.

Usaha agama ini seperti angin sejuk yg bertiup. Bila angin sejuk bertiup, kita letakkan diri kita supaya angin itu kena pada badan kita. Dlm keadaan tidak ada angin langsung, cuaca dlm keadaan panas, berpeluh, gelisah, satu daun pun tidak bergerak, dlm keadaan ini bila sedikit angin sejuk bertiup maka semua orang akan buka butang baju dia supaya angin kena pada badan. Begitu juga keadaan dunia sekarang ini, dlm keadaan gelisah, Allah telah beri usaha agama, maka kita kena menyambut/ambil usaha tersebut. Tuan2 semua org lama, kedepankan diri tuan utk ambil usaha ini yg diibaratkan sbg angin rabbani yg akan kembalikan umat ini kepada kebaikan sepertimana dahulu. Tuan2 baca sejarah nabi, para sahabat, ahlullah. Macam mana keadaan org Islam skrg ini, betapa jauh kita dpd agama, maka Allah dgn limpah rahmatnya telah beri kita satu kerja yg sgt mudah, yg sgt senang. 

Kalau kita jadikan kerja ini kerja kita, dan buat kerja ini sepertimana usul2 yg ditentukan, dgn cara dan kaedah yg diberitahu drp orang tua2 kita, maka seluruh dunia, seluruh manusia akan dapat menafaat. Seluruh dunia spt bumi yg sudah lama tidak hujan. Panas dan kering. Seluruh bumi minta air, minta air, minta hujan. Adakah sesiapa yg hendak dtg kpd kami dan cerita ttg kebesaran Allah, beritahu ttg nikmat syuga, cerita ttg azab neraka, cerita ttg apa akan jadi dgn amalan yg baik, tunjuk jln yg benar, yg memberi kejayaan. Seluruh kemanusiaan sedang menjerit, sedang menyeru, tiadakah sesiapa hendak dtg kepada kami. Bila hujan turun, seluruh dunia akan jadi satu alam yg gembira. Lahir kegembiraan dgn mengeluarkan bunga2, tanaman yg hijau, buah2an. Mcm itu juga, usaha agama ini, dgn cara yg betul, dgn pengorbanan yg betul, Allah s.w.t akan kembalikan seluruh kebaikan kepada umat ini. Umat ini akan menzahirkan segala sifat2 yg baik, sifat yg mulia, segala kebaikan akan datang pada umat ini, seluruh kemanusiaan akan dpt menafaat.

Bagi mrk yg ambil kerja ini dan jadikan kerja ini kerja mereka, Allah s.w.t jadikan mereka sbg asbab utk wujudkan kebaikan. Berita gembira utk mereka, iaitu dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Allah s.w.t telah hubungkan kita dgn kerja yg besar dan kerja yg sgt tinggi ini. Kita tidak ada kemampuan ttpi dgn belas kasihan Allah, telah hubungkan kita dgn kerja ini. Bila kita buat kerja ini mengikut tuntutan, dgn sifat2 yg perlu, akan ada harapan yg besar. Maulana Ilyas kata, kerja ini spt berlian awal kurun. Ada harapan yg besar dari Allah s.w.t, dgn syarat kerja ini dibuat hanya utk Allah. Tidak ada apa2 keinginan atau apa2 balasan dari sesiapa dlm dunia ini. Kita hanya harapkan ganjaran dari Allah di akhirat sahaja. Kita kena buat kerja ini dgn ikhlas. 

Maulana Ilyas kata, utk buat kerja ini perlu ada 3 usul yg besar: 

Pertama, ikhlas, tidak ada keinginan utk pangkat, harta, jadi mashyur. Buat hanya kerana Allah. 

Kedua, kena ada ijtima’i qulub, satu hati. 

Ketiga, buat kerja dgn mesyuarat. 

Kalau kita buat kerana ada apa2 kemahuan, keinginan, utk dapat pangkat, kedudukan, dsbnya, maka antara kita tidak bersatu lagi. Walaupun ada bilangan yg ramai, tidak ada satu hati, maka kerja ini tidak akan memberi kesan dan tidak akan membawa apa2 menafaat. Kalau ada ikhlas, ada satu hati tetapi tidak ada mesyuarat masing2 kata dia boleh buat, saya orang tggjwb, apa saya suka saya boleh buat, kalau fikir macam ini, akan menyebabkan kerja ini rosak. Kalau tidak ada 3 perkara ini maka kerja akan jadi sangat bahaya. Asas amalan dan usaha agama ialah niat kita. Buat hanya utk keredhaan Allah sahaja. Tidak ada apa-apa keinginan dlm hati kita. Buat kerja utk Allah s.w.t dan dgn cara Rasulullah s.a.w. Kalau buat kerja dgn tujuan dan maksud yg lain, kita tidak akan dapat Allah dan tidak dpt Rasulullah. 

Kita keluar di jln Allah kerana Allah dan dgn cara nabi, maka kita akan dpt Allah dan Rasul. Kalau keluar di jln Allah dan buat usaha agama utk kumpul harta utk dpa dunia, maka usaha kita tidak ada apa-apa nilai disisi Allah. Kita kata dunia, ianya bukan hanya harta, bukan hanya kebendaan, ianya termasuk utk mendpt kemashyuran, jadi org yg terkenal, supaya org puji kita, dpt disanjungi oleh manusia, itu pun termasuk dlm dunia. Ikhlas ini hanya Allah yg akan buat keputusan. Alah s.w.t akan buat keputusan pada satu hari nanti, pada masa itu kita tidak boleh lagi betulkan niat kita. Tiada siapa pun boleh kata saya ikhlas, dia ikhlas. Allah yg tentukan siapa ikhlas , siapa tidak ikhlas. Kita buat kerja dgn penuh takut pada Allah. 

Tuan-tuan sudah dengar dan sudah cakap, tentang 3 golongan manusia yg mula-mula sekali akan dihisab dan dimasuk kan ke dalam neraka. Satu orang alim, satu orang qari dan satu orang buat usaha agama. Mereka dipanggil dan ditanya, apa kamu buat? Saya telah buat usaha agama, telah hadir semua jor, mesyuarat, keluar 4 bulan negara itu, buat usaha, keluar jln Allah, pusing dan pusing dan pusing, telah buat begitu banyak usaha. Allah kata betul, kamu telah letihkan diri dan korban habis2an. Tetapi kamu kata kamu buat semua ini kerana Aku, itu dusta. Ketiga-tiga golongan ini akan diheret dan dimasukkan dlm neraka. Kita korban habis2an tetapi buat semua ini bukan kerana Allah. Org akan bawa banyak pahala dpn Allah, macam bukit punya amal. Ttpi semua ini tidak boleh diambil kira langsung sepertimana bila matahari masuk dalam rumah melalui lubang dibumbung, kita akan nampak satu garisan cahaya, dan ada debu2 yg berterbangan dlm cahaya tersebut. 

Kalau cuba hendak pegang, tidak ada satu zarah pun yg kita boleh tangkap. Walaupun amalan kita tinggi/berbukit, satu zarah pun tidak boleh bagi menafaat pada kita. Memang kita kena korban habis2an utk kerja ini, korban harta, korban jiwa raga, buat kerja dgn sunguh2, hanya utk mendapat kerdhaan Allah, utk dapat balasan Allah di akhirat. Tidak ada apa-apa keinginan utk apa-apa balasan di dunia. Buat kerja dgn ijtimai’at, satu hati satu fikir. Depan orang kita senyum tetapi dalam hati ada perasaan benci, balas dendam. 

Ini bukan apa yg dikehendaki. Walaupun orang itu buat usaha dgn betul, korban, ikut tertib, tetapi sebab kita tidak suka, kita kata, ‘alahhh’, tak ada pun yg dia buat. Dalam hati tidak suka. Buat kerja banyak tetapi kita tidak hargai, tetapi bila buat sedikit salah, kita kata, ‘tengok’, apa dia buat, langgar usul, tidak betul, kita marah. Satu hari Hadratji telah kumpul semua mereka yg tinggal di Nizamuddin. Hadratji kata, kita semua adalah orang yg buat salah. Hadratji telah menangis dan menangis sehingga tidak dapat hendak cakap. Kita buat kerja tidak betul, tetapi selagi kita bersatu hati maka insya’Allah, Allah s.w.t  akan bagi kesan yg banyak dalam kerja ini. 

Bila buat kerja, nampak ramai yg hadir, beribu-ribu org datang, tetapi kalau hati tidak bersatu tidak akan ada menafaat. Kita mahu satu angin hidayat yg umum bertiup seluruh dunia sehingga semua orang, lelaki, wanita, tua, muda, kaya, miskin, peniaga, petani, semua golongan manusia seluruh dunia dapat hidayat. Apa yg kita inginkan tidak akan dapat kalau tidak satu hati. Dengan kerja nabuwwah, kerja kenabian ini Allah tentukan hidayat manusia seluruh alam sampai qiamat dgn syarat buat kerja dgn ikhlas, satu hati, kasih sayang. Barulah Allah akan zahirkan kesannya. Maksud hadith, tidak masuk syurga kecuali orang yg beriman dan tidak jadi orang yg beriman selagi tidak sayang saudara kita sepertimana kita sayang diri kita sendiri. Walau macam mana hebat kita punya pengorbanan, dakwah, amal, ibadat, ianya tidak membawa apa-apa faedah kalau tidak ada sayang pada saudara kita yg lain. Kalau tidak ada sifat kasih sayang, bukan sahaja masalah hidayat secara umum terjejas, masalah kita utk masuk syurga pun terjejas. 

Hubungan sesama kita yg buat usaha agama hendaklah lebih daripada hubungan kita dgn adik beradik kita sendiri. Utk wujudkan ini kita cakap kebaikan saudara2 kita. Dalam hadith ada bab yg khas utk itu. Hadith2 yg mana Rasulullah s.a.w telah puji sahabat. Nabi puji Abu Bakar, dia punya kebaikan hanya Allah yg akan balas. Nabi puji Umar, kalau pintu kenabian dibuka, dialah yg patut jadi nabi. Nabi puji Usman, dia telah buat usaha yg hebat sehingga tiada apa-apa dosa. 

Ali r.a pula telah buat pengorbanan yg hebat. Bilal r.a, laungan azannya sampai ke arash, dan tapak kaki dapat didengar dlm syurga. Nabi s.a.w puji dan cerita kebaikan yg dibuat oleh sahabat. Walaupun kawan kita buat sedikit kerja, tetapi kita cakap dia buat banyak. Kita besarkan mereka punya pengorbanan dan usaha. Mula dgn sangka buruk, lepas itu kita menyelidik apa mereka cakap, apa mereka buat, kita suruh orang dapatkan maklumat, kemana mereka pergi, kita cuba cari keburukan. Lepas itu kita mengumpat. Sangka buruk, menyiasat, cari keburukan dan lepas itu mengumpat. Mengumpat lebih teruk dari zina. 

Bila sampai tahap mengumpat, hati kita berpecah. Tidak wujud kasih sayang. Lepas itu kita cuba hendak hebohkan keburukan. Kalau dlm hati ada keinginan satu orang Islam dihinakan, diburukkan, kita belum buat lagi tetapi dlm hati suka, dapat azab dlm dunia dan azab di akhirat. Hati kena bersih dan suci. Kalau antara 2 orang tidak suka satu sama lain, salah seorang sucikan hati dia terhadap orang kedua, tidak simpan apa-apa keburukan orang itu dlm hati dia, maka Allah akan bersihkan hati orang yg kedua. Kita kena usaha supaya wujud kasih sayang dan hati bersih terhadap orang lain. Kerja ini sangat besar, sangat tinggi, kita tidak layak utk kerja ini. 

Kita tiada sifat utk layakkan kita dlm usaha ini. Iman lemah, taqwa, tawakkal lemah, korban lemah, serba serbi kita kurang, kita sangat lemah. Hanya apabila kita bersatu, kasih sayang, satu hati, Allah akan gunakan kita utk datangkan kebaikan. Spt penyapu lidi, lidi-lidi diikat sekali. Macam2 jenis lidi ada, panjang, pendek, kecil, besar, bila semua diikat boleh digunakan utk sapu sampah. Macam tu juga, kita semua ada kekurangan, bila ada satu hati, kita ikatkan diri dgn mesyuarat, maka usaha kita boleh membersihkan segala kekotoran dlm aqidah, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak, dikampung, dibandar, di seluruh dunia. Segala kekurangan aspek kehidupan  manusia dpt dibersihkan dgn kerja ini. 

Setiap kita, org lama, syura, org biasa, org banyak korban, jgn buat kerja ini ikut kehendak kita sendiri. Setiap yg kita buat, kemana kita pergi, buat dgn mesyuarat. Ikatkan diri dgn mesyuarat. Spt penyapu lidi, mcm2 jenis lidi ada, begitu juga dikalangan kita, ada karkun lama, banyak korban, ttai kalau asingkan diri dgn yg lain, tidak buat dgn mesyuarat, buat ikut kehendak sendiri, spt lidi yg terkeluar dari penyapu, tidak boleh digunakan utk buat apa-apa kebaikan. Satu lidi tidak oleh hendak sapu kotoran. Nampak mcm bergerak, ttpi terkeluar dari kerja ini, lama2 jadi jauh dari kerja ini. Semoga Allah s.w.t pelihara kita dari keadaan ini. Jgn kita jadi asbab utk wujudkan fitnah. Bukan sahaja kita terkeluar, kerana kita org lain juga terkeluar dari kerja ini.  

No comments:

Post a Comment