Tuesday, January 6, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA AHMAD LAT

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 05/09/2000). Tuan2 yg mulia. Cara utk kita mendapat dari khazanah Allah, macam air dlm tangki, ada air ttpi bila ada tersumbat dalam paip, maka air tidak akan keluar tetapi sebenarnya air ada. Begitu juga dalam khazanah Allah, memang ada, tetapi oleh kerana amalan tidak sempurna, tidak tahu macamana hendak mendapat dari khazanah Allah. Dlm amalan kita memang ada hubungan dgn Allah. Macamana paip ada hubungan dgn tangki air, macam itu juga amalan kita ada hubungan dgn khazanah Allah. Walaupun dlm amalan kita memang tidak nampak apa2, tetapi ada hubungan dengan khazanah Allah. Apa2 yg ada dalam tangan manusia, harta, pemerintahan, pertanian, perniagaan, emas, perak, buah2an, ini semua kita nampak. Semua perkara ini kita nampak dan ghairullah sentiasa di hadapan kita. Apa-apa yang ada dlm tangan manusia kita nampak. Kita nampak bahawa melalui benda2 ini keperluan kita disempurnakan. Dgn duit kita dapat beli pakaian, dengan duit kita dapat tiket, dengan duit kita dpt tandatangan org yg perlu luluskan sesuatu. Jadi, semua ghair ini kita nampak. Melalui kebendaan keperluan kita ditunaikan, itu kita nampak. 

Apa2 perkara yang nabi2 bawa, benda itu kita tidak nampak. Kita tidak nampak Allah s.w.t, khazanah Allah tidak nampak dan juga apa2 asbab untuk dapat daripada khazanah Allah s.w.t, iaitu amal, itupun kita tidak nampak. Dpd sinilah bermula perbezaan pendapat. Segala nabi2 punya cara ialah atas benda yg tidak nampak. Manusia punya perancangan semua atas apa yg dia nampak. Dlm Quran, permulaan Quran, dlm 30 juzuk Quran dan seluruh Quran itu adalah usul dan kaedah utk semua manusia dpd Allah s.w.t. Apakah ganjaran yg Allah s.w.t akan bagi pada mrk yg tunaikan perintah Allah? Dlm Quran, semua ini dimulakan dgn alif, lam, mim. Perkara yg asas ialah iman atas yg ghaib. Siapa yg imannya kuat, mudah utk dia amalkan apa2 perintah dlm Quran, mudah utk dia tumpu kpd zat Allah s.w.t. Dia ada hubungan dgn Allah s.w.t, lagi banyak hubungan dia dgn Allah s.w.t, lagi banyak dia nampak khazanah Allah s.w.t. Melalui amalan, dia ada hubungan dgn khazanah Allah s.w.t, maka di akhirat dia akan dpt ganjaran dan dlm dunia ini pun Allah akan jadikan sbg satu contoh syurga bagi dia. 

Walaupun dlm dunia berlaku pembunuhan dan sebagainya, ttpi org yg ada hubungan dgn Allah, yg pandangannya pada khazanah Allah, dan dlm setiap masalah dia, dia tahu macamana hendak beramal dan dptkan dpd khazanah Allah s.w.t, bagi dia dunia akan jadi contoh syurga. Mereka yg yakin kepada benda yg mereka nampak, kilang, pertanian, duit, bangunan, org ng berpangkat, dgn dia saya boleh selesaikan masalah, dgn itu saya boleh selesaikan masalah, bila manusia punya padangan/tumpuan kpd ghairullah, dia punya tumpuan kepada benda yang ada dlm tangan dia, dan benda yg ada dalam dunia ini dan dia cuba menyelesaikan masalah melalui benda2 dunia ini, bagi dia dunia akan jadi contoh neraka. Dunia akan jadi macam lubang neraka untuk dia. Kita tidak perlu cerita panjang lebar, dalam dunia ini sekarang begitu banyak kesusahan. Setiap manusia, setiap keluarga, setiap kampung, setiap daerah, setiap negara, setiap negeri, setiap benua, manusia di seluruh dunia, begitu banyak jenis manusia, org peniaga, ora kilang, org yg memerintah, org yg duit banyak, org yg duit sedikit, org pangkat tinggi, pangkat rendah, orang yang kerja besar, kerja kecil, setiap org dlm kesusahan. Kenapa? Ini adalah kerana manusia tumpu kepada benda yang dia lihat dan ditertibkan kehidupannya berdasarkan kepada apa yang dia lihat, dia bangunkan dunia atas perkara itu.

Ada satu Sheikh Sarji rah., dalam syair dia, dalam bahasa parsi, untuk kita buat sesuatu bangunan perlu ada asas, macamana asas begitulah bangunannya. Kalau asas senget, maka seluruh bangunan pun akan jadi senget. Kalau asas bulat, bangunannya pun jadi bulat. Kalau asas empat segi, maka bangunan jadi empat segi. Masalah yang sebenarnya adalah asas. Kalau asas betul, maka semua akan jadi betul dan kalau asas senget, maka semua akan jadi senget. Asas kehidupan manusia ialah yakin dalam hati dia. Muamalat, muasyarat, akhlak, macamana dia punya hubungan dengan mahkluk2 Allah, macamana dia punya jual-beli dengan manusia lain, macamana dia punya waktu malam, waktu siang, macamana masa muda dia, masa tua dia, macamana hubungan dia dengan pelanggan2 yang dtg ke kedai dia, macamana dia punya hubungan apabila dia pergi ke kedai org lain atau kilang org lain, macamana dalam rumah dia, macamana dia cari suami untuk anak perempuan dia, segala bidang2 kehidupan dia, semua benda ini berjalan dengan betul atau tidak betul bergantung kepada yakin dalam hati dia. 

Kalau yakin di dlm hati kpd benda yang ghairullah, maka dia akan sentiasa fikir atas ghairullah samada dia punya amalan betul ataupun rosak. Kalau yakin di dalam hati dia kepada Allah s.w.t, melalui ghairullah satu benda pun tidak boleh jadi, tidak pernah jadi, sekarang tidak boleh jadi, bila-bila masa pun tidak akan jadi, Allah s.w.t yang buat segala2nya. Semua nabi2 dimuliakan oleh Allah s.w.t dgn khazanahNya. Semua sahabat2, semua aulia Allah, semua org buzruq, org soleh, siapa2 yg Allah s.w.t bagi kemuliaan, ianya daripada khazanah Allah s.w.t. Siapa2 yang hina, yang telah dihinakan, adalah dihinakan oleh Allah s.w.t. Kehinaan datang daripada khazanah Allah s.w.t. Setiap perkara ada dlm khazanah Allah s.w.t, tidak terhingga banyaknya. 

Dlm khazanah Allah s.w.t ada nikmat, ada kerehatan, ada kesenangan, ada kemuliaan, ada kehinaan, ada musibah, ada bahaya. Dua jenis khazanah ada di sisi Allah s.w.t. Sepertimana tangki, ada tangki yg ada air, ada tangki yg ada petroleum, ada tangki yg ada susu, macam itu juga dlm khazanah Allah s.w.t, ada nikmat ada kesusahan, ada musibah. Apa2 yg dtg dlm apa bentuk pun, dtg dpd khazanah Allah. Berapa banyak manusia yg telah hina, berapa banyak keluarga yg telah hina, berapa banyak kaum yg telah hina, semuanya telah dihinakan dgn buatan Allah s.w.t. Siapa2 manusia yg dpt kemuliaan, kaum yg dpt kemuliaan, mrk dpt kemuliaan dgn pemberian Allah. Tanpa Allah tidak ada apa benda pun boleh berlaku, akan berlaku dan skrg pun tidak boleh berlaku. 

Hanya Allah yg buat segala2nya. Kehidupan satu manusia dan semua manusia seluruh alam, samada kehidupan mrk betul atau salah, muasyarat jadi betul atau salah, muamalat manusia jadi betul ataupun salah, perniagaan manusia betul ataupun salah, samada hubungan antara manusia jadi baik, kasih syg ataupun berlaku benci dan hasad dan permusuhan, ini semua bergantung kpd iman dlm hati dia, yakin dlm hati dia. Kalau yakin dia kpd ghairullah, dia akan sentiasa fikir utk dpt keredhaan ghairullah, sebagaimana bani Israel walaupun mereka ada kalimah, ttpi yakin di dlm hati mrk dgn Firaun, kalau Firaun murka maka semua akan jadi rosak, kalau Firaun murka dia akan bunuh, kalau Firaun murka dia akan jadikan semua anak kita hamba, kalau Firaun murka dia akan sembelih anak kita, walaupun mereka kata lailahaillallah Musa khalilullah, Allah s.w.t esa dan Dialah yg patut disembah dan Musa adalah nabi Allah dan khalilullah, ttpi tiada yakin dlm diri mereka.

Allah s.w.t tidak melihat rupabentuk kita, Allah s.w.t tidak lihat badan kita samada gemuk atau kurus, putih atau hitam, Allah tidak melihat ini semua, Allah s.w.t melihat hati kita dan Allah s.w.t melihat niat kita, azam kita, iradat kita. Ada riwayat mengatakan Allah s.w.t melihat hati kita dan amal kita, bergantung kepada itu Allah akan buat keputusan. Oleh kerana itu, perkara yg asas yg nabi2 beritahu, 3 perkara, dan mereka buat usaha atas kaum mereka atas 3 perkara itu. Mula2 sekali kenal Allah s.w.t, siapa itu Allah s.w.t? Macamana besarnya kudrat Allah. Macamana besarnya Allah. Khazanah Allah macamana. Mrk perkenal kan kebesaran Allah, penerangan ttg khazanah Allah dan mereka beritahu cara untuk mendapat daripada khazanah Allah s.w.t. 

Pada masa Rasulullah s.a.w belum datang lagi, bila Allah s.w.t angkat nabi Isa a.s terus ke atas langit, maka tidak ada sesiapa yg hendak beri penerangan ttg kebesaran Allah, ttg khazanah Allah, macamana hendak ambil dpd khazanah Allah. Lebih kurang 600 tahun, tidak ada org hendak beritahu tentang kebesaran Allah. Begitu banyak kejahilan, kelalaian, pembunuhan, akhlak yg buruk. Tidak pernah berlaku keadaan yg macam itu punya buruk dlm seluruh sejarah kehidupan manusia.  Tidak ada siapa hendak beritahu kebesaran Allah, inilah keadaan bila Rasulullah s.a.w dtg. Seluruh dunia dlm kegelapan. Semua manusia seluruh dunia punya keadaan, mereka semua bergantung pada apa yg mereka lihat, mereka nampak Kaisar, Kisra, raja2 pada masa itu.

Manusia punya tumpuan pada Kaisar dan Kisra dan pada harta dan kekayaan Kisra dan Kaisar. Mereka semua usaha macamana mereka boleh dapat harta, emas, perak, sepertimana Kaisar dan Kisra. Untuk ini, ada satu perkara yang mahsyur/terkenal pada masa itu, semua org punya perhatian dan tumpuan telah beralih dpd Allah dan tertumpu kpd Kaisar dan Kisra. Mereka punya tumpuan pada kekayaan Kisra dan Kaisar. Mereka semua fikir macamana hendak dpt harta macam Kisra. Dlm fikiran mereka, mereka anggap kalau dpt bersama2 dgn Kisra, ianya satu kemuliaan. Utk duduk bersama2 dgn Kisra dlm istananya kena ada kebenaran sepertimana kalau hendak masuk airport kena ada tiket. Untuk masuk dlm istana Kisra, harganya 250,000. Hendak masuk ke dlm istana harga passnya ialah 250,000. Macamana hendak dpt 250,000? Mrk nampak kemuliaan kalau duduk sama2 dgn Kisra. Utu bersama2 dgn Kisra kena dpt pass, utk itu kena ada duit. 

Skrg punya keadaan pun macam itu juga. Ada org kata kemuliaan dlm menjadi Presiden, dlm menjadi menteri, dlm menjadi member of parliament, wakil rakyat. Skrg ini manusia punya tumpuan kpd benda2 macam tu, begitulah juga di zaman itu. Untuk kita betulkan arah hidup kita, betulkan asas kehidupan kita, kita lihat sejarah sebelum Rasulullah s.a.w, dan kita lihat macamana asas yg digunakan Nabi utk bangunkan umat ini, dgn itu, semua manusia skrg, sampai kiamat, boleh betulkan asas kehidupan mereka dan boleh bentuk kehidupan mereka dgn betul. Pada masa itu, seluruh dunia ada 2 golongan, satu bersama-sama dgn Kaisar, satu golongan lagi dgn Kisra. Mereka punya fikiran ialah kita kena ambil/rampas semua harta yg ada pada org2 awam, wang ringit yg ada pada peniaga, petani, org kaya, org miskin, wanita, org muda, sesiapa sahaja, harta yg mereka ada, semua kena rampas. Mahkota yg kena pakai, begitu berat, emasnya begitu berat, beberapa kilo, bukan boleh dipakai di atas kepala, kena gantung dgn rantai dan masukkan kepala mereka ke dalam mahkota itu. 

Mereka rampas harta daripada orang awam untuk dapat kekayaan dan utk dpt masuk ke dlm istana Kaisar dan Kisra. Rasulullah s.a.w datang dengan dakwah bertentangan dengan perkara ini. “Wahai manusia, belanjalah segala apa yg ada pada kamu utk membina kehidupan org awam”. Inilah dakwah kita. Apa-apa yg ada pada kita, berapa banyak yg ada pada kita, kita korban supaya org lain punya kehidupan dpt dibentuk dan keperluan kita adalah dpd Allah. Sedikit sahaja yg kita gunakan utk diri sendiri, yg lain semua kita belanja. Apa yg ada pada khazanah Allah itu banyak. Bila kita belanja, apa shj yg kita belanja, kita akan simpan dlm khazanah Allah s.w.t. Dlm Quran tidak ada fadhilat ttg kumpul harta. 

Dlm hadith pun tidak ada. Belanja harta atas anak yatim, janda, dan org lapar, org dahaga, org yg tidak ada pakaian, org musafir, semua hamba2 Allah yg bergantung harap, belanja atas mereka, kamu akan dpt banyak ganjaran. Rasulullah s.a.w sendiri, baginda telah wujudkan persaudaraan dgn org2 muhajir dan ansar. Org2 muhajir dtg dpd Mekah, org2 kafir telah banyak menyusahkan org2 mereka, semua harta2 mereka telah dirampas oleh org2 musyrikin Mekah, mereka telah tinggalkan rumah mereka, isteri mereka, anak mereka, dan mereka telah hijrah ke Madinah. Org Ansar telah belanjakan semua harta, mereka telah sapu bersih semua harta dlm rumah mereka dan bagi makan pada org2 muhajir. Mereka tidurkan anak isteri mereka dlm keadaan lapar utk bagi makan pada org yg dtg hijrah. Baginda s.a.w bangunkan org2 muhajir dan ansar atas pengorbanan. Inilah jln kita. 

Dlm kerja kita, kalau kita semua, saya dan tuan2, buat kerja dgn pengorbanan, wujud kekuatan dlm dakwah dan agama akan hidup melalui dakwah ini dan kesan dakwah tersebar ke seluruh dunia. Allah s.w.t akan buat dgn kudratNya. Ini akan berlaku bila kita buat dgn pengorbanan. Kalau kita cuba menyelamatkan harta kita, utk tabligh kita bagi RM500.00, utk keluar jln Allah, keluar cillah bagi RM500.00, ttpi utk kahwinkan anak kita RM500 ribu begitu banyak, kita beli pakaian, beli emas, beli kereta, beli motor, beli rumah, dll. Kalau kita cuba pelihara harta kita, maka agama/dakwah akan jadi tiada nyawa/tiada roh. Nyawa dlm dakwah ialah pengorbanan dan ikhlas dan akhlak baik kpd org lain. Dakwah akan ada nyawa bila kita buat usaha agama atas semua org, inginkan kebaikan semua manusia. Rasulullah s.a.w beritahu, “Wahai Bilal, teruskanlah belanja, jgn kamu takut, khazanah Allah s.w.t tidak akan berkurangan”. 

Khazanah Allah sgt besar, tidak pernah kurang, jangan kamu was-was ttg khazanah Allah s.w.t. Apa-apa yg kamu belanja kerana Allah, maka Allah s.w.t akan balas ttpi perkara yg kita kena ingat ialah kita tidak nampak Allah dan kita tidak nampak khazanah Allah dan melalui amalan boleh dpt dpd khazanah, itu pun kita tidak nampak. Bila satu org bagi sedekah 10 rupee dpd 100, berapa tinggal? Baki 90 rupee. 10 rupee telah keluar ttpi Allah s.w.t kata, Allah akan hancurkan riba dan Alllah s.w.t akan tambahkan sedekah. Dlm pandangan kita bila bagi sedekah, duit kita kurang tetapi riba nampak macam harta kita bertambah. Ada org beli kereta, beli traktor, melalui riba, satu jadi dua, pendapatan pun nampak bertambah. Kita nampak harta bertambah dengan kita langgar perintah Allah s.w.t dan bila tunaikan perintah Allah s.w.t harta kita kurang. Mula-mula sekali kena bina iman. Apa-apa yang kita nampak dengan mata kasar, semuanya adalah tipu daya mata. Apa-apa yang diberitahu oleh nabi, itu adalah benar, benar, benar. Tuan-tuan semua telah dgr tentang Qarun, Firaun, Haman, Shaddad. 

Dlm syariat Musa a.s, kadar zakat ialah ¼, kita punya zakat ialah 2½%. Bila tumpuan manusia bahawa dgn harta boleh bina kehidupan, apa mereka akan buat? Allah s.w.t firman dalam Quran, apa-apa yg Allah bagi pada kamu, manusia memang ada keperluan, makan, minum, pakaian, kamu kena bagi perhatian pada keperluan kamu, tetapi benda yang Allah bagi pada kamu, kamu hendaklah buat ihsan, belas kasihan kpd makhluk2 Allah yang lain. Qarun tidak mahu bagi zakat, dia kata itu semua dgn hasil usaha dia, itu semua dgn kepandaian dia, dgn itulah dia dapat hasil, macamana dia hendak bagi pada org, ttpi telah ditetapkan oleh Allah s.w.t bahawa kejayaan hanyalah dlm menunaikan perintah Allah. Kegagalan adalah dlm melanggar perintah Allah s.w.t, ttpi mata kita nampak itulah kejayaan. Allah s.w.t bagi tempoh, sptmana Allah s.w.t bagi tempoh kpd Firaun, dia mengaku diri dia sbg tuhan, dia buat kezaliman, dia mengalirkan darah org2 yg bersih, dia sembelih bayi2, semua ini berlaku, Allah s.w.t bagi dia tempoh 400 tahun, tidak pernah ada sakit kepala pun.

Kamu dapat makan, minum, boleh buat semua, belanja, tidak ada siapa hendak tahan, hati betul, perut betul, rumak o.k, business o.k, semua berjalan dengan baik, tetapi kalau ini semua berlaku dgn langgar perintah Allah, ini adalah tempoh yang Allah s.w.t beri. Dalam Quran Allah s.w.t beritahu 2 perkara. Satu ialah kita tunaikan perintah Allah dan kita dapat kesusahan, dalam Quran dipanggil sebagai ujian. Kedua ialah langgar perintah Allah s.w.t dan kita dapat kemenangan, dalam Quran dipanggil sbg tempoh. Allah s.w.t bagi tempoh. Org mukmin, Allah s.w.t beritahu, jangan takut bila kamu tunaikan perintah Allah, kamu hidup ikut agama, kamu bina iman, buat usaha Rasulullah s.a.w, dan kamu belanjakan segala apa yang ada untuk usaha agama, kalau datang ujian atas diri kamu, harta kamu, jangan kamu takut, akhirnya kamu akan dapat kejayaan, ‘wal a qibatul lil mutaqin’, kamu akhirnya akan dapat kejayaan. Kalau kamu langgar perintah Allah s.w.t dan dpt makan, dapat minum, senang, macam2 barang kamu dpt, mengenai itu, Quran kata, ini adalah tempoh. 

Bila Kami bagi nikmat, tetapi mereka sombong, mereka lawan dengan Kami. Satu orang muda, dalam masa muda, dia langgar perintah Allah s.w.t. Allah s.w.t bagi masa muda untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w beritahu fadhail, 7 golongan manusia akan dapat naungan arash Allah s.w.t, satu dpdnya ialah org muda yg taat perintah Allah s.w.t. Allah bagi kesihatan, masa muda yg Allah bagi, dia langgar perintah Allah s.w.t, Allah bagi tempoh. Ada org Allah bagi harta, Allah bagi harta supaya keperluan diri dpt disempurnakan, dan baki dari harta tersebut dibelanjakan atas orang lain, tengok jiran yang lapar, org2 dimarhallah kita, dalam daerah kita, dlm negara kita. Kita guna utk makan, minum, pengangkutan, guna setakat keperluan, bakinya belanja atas org lain tetapi skrg manusia fikir, saya punya adalah saya punya, apa yg ada pada kamu, sebahagian adalah saya punya juga.

Dalam satu keluarga, abang kata, sebahagian harta saya punya dan apa yang ada pada kamu, bagi saya sedikit. Adik pula kata, saya punya adalah hak saya, apa yg ada pada kamu, kamu kena bagi pada saya. Mereka bergaduh. Isteri kata, apa yang dibawa dari rumah saya, itu saya punya. Apa yg ada pada kamu, bagi saya. Suami kata, apa yang awak bawa itupun saya punya, yang ada dalam rumah saya pun saya punya. Mereka pun bergaduh. Macam Kaisar dan Kisra, apa yang ada pada mereka, mereka punya dan apa yg ada pada org lain, peniaga, petani, itu semua pun mereka punya. Oleh kerana itulah, berlaku segala kerosakan dan pergaduhan. Rasulullah s.a.w kata, org mukmin adalah seperti satu badan. Semua orang Islam adalah macam satu badan. Dalam orang beriman, ada peniaga, ada petani, ada kaya, ada miskin, ada lelaki, ada wanita, ada tua, ada muda, semua adalah seperti anggota2 satu badan. Nabi2 bagi contoh, dan dalam contoh nabi2 ada ilmu, bukan hanya contoh sahaja. 

Sepertimana Rasulullah s.a.w beritahu, seluruh syariat nabi, apa-apa yang datang daripada Allah s.w.t, apa-apa hidayat dan ilmu yang datang daripada Allah, contoh macam air hujan. Apa-apa syariat, hidayat, ilmu yg saya bawa, contohnya adalah seperti air hujan. Apa maksudnya? Semua org perlu kepada air, tidak ada org pun yg dikecualikan daripada air. Lelaki, wanita, org kaya, org miskin, peniaga, petani, pemerintah, presiden, menteri, polis, orang sihat, orang sakit, org tidak boleh jalan, semua org perlu air. Air adalah keperluan semua manusia. Semua manusia perlu kepada air maknanya kejayaan seluruh manusia hanyalah dalam agama yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Tanpa air, tidak ada siapa boleh hidup, begitulah juga tanpa syariat Rasulullah s.a.w, tidak ada siapa punya kehidupan pun boleh jadi. Tidak ada siapa yang boleh dapat kejayaan tanpa syariat Rasulullah s.a.w, samada petani, peniaga, pemerintah, orang awam, orang khawas, orang putih, orang hitam, orang Arab, orang bukan Arab, siapa sahaja, dimana sahaja, sepertimana air, semua org perlu pada air, macam itulah juga agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, setiap org perlu kpd agama.

Sepertimana berbagai jenis jus buah2an yang kita minum, tetapi yang hanya boleh hilangkan dahaga kita ialah air. Coca-cola, air buah2an, aiskrim, macam mana banyak kita minum pun tidak akan hilangkan kehausan kita. Bila kita minum satu gelas air biasa, maka dahaga kita akan hilang. Kita buat macam mana pun kita tidak akan dapat kemuliaan, kejayaan, sepertimana kita banyak minum air buah2an, kehausan kita tidak akan hilang, macam itulah juga, semua mereka perlu kpd syariat yg Nabi s.a.w bawa. Rasulullah s.a.w bagi contoh ini dan terangkan dengan mudah. Tanpa syariat kamu tidak boleh hidup, kehidupan kamu tidak boleh dibina. Semua nabi yang datang sebelum Rasulullah s.a.w, mereka semua telah ceritakan ttg kebesaran Allah s.w.t, khazanah Allah s.w.t, dan mereka beritahu cara utk mendapatkan dpd khazanah Allah s.w.t. Kesusahan berlaku dlm dunia bila manusia punya pendengaran putus daripada Allah, putus daripada khazanah Allah, datang kepada ghairullah, kpd kebendaan, dan mereka tinggalkan jalan amalan, dan mereka usaha utk dapatkan kebendaan. 

Rasulullah s.a.w bagi contoh, semua orang mukmin adalah seperti anggota satu badan. Macam mana Baginda s.a.w telah terangkan kepentingan syariat dengan contoh tadi, dengan contoh ini apa yang ingin nabi sampaikan iaitu kita semua adalah anggota satu badan, mata, telinga, hidung, kaki, tangan, semua anggota, kepala sampai kaki, semua anggota ini sentiasa bantu-membantu antara mereka. Contoh, mata, bila kena duri dekat kaki, ia akan tengok, kalau bubuh ubat di kaki, dia akan tengok, kaki berjalan, dan mata melihat, mata sentiasa melihat untuk anggota lain. Kalau tangan hendak buat sesuatu, mata melihat. Kalau kaki hendak buat sesuatu, mata melihat. Kalau hendak makan, tangan bawa makanan ke mulut, mata melihat. Mata sentiasa buat kerja orang lain. Untuk diri dia sendiri, kadang2 sahaja. Bila ada habuk masuk dalam mata, mata jadi merah, keluar air mata, kadang2 sahaja mata digunakan untuk diri sendiri. Bila sakit, melihat dicermin. Mata sentiasa buat kerja orang lain. 

Macam itulah, Rasulullah s.a.w beritahu, kamu bukan untuk diri kamu sendiri, kamu adalah untuk menafaat semua makhluk2 Allah s.w.t, “kuntum qoiroum matin ukhrijatlinnas”, kamu adalah umat yang paling baik bukan kerana bangunan yang besar, bukan kerana pakaian yang mahal, bukan kerana perabut rumah kamu mahal, kamu umat yang paling baik kerana kamu diwujudkan hanya untuk memberi menafaat kepada makhluk2 yang lain. Kita akan dapat faedah yang besar bila bagi makan kepada orang lapar tetapi sekejap sahaja lapar dia akan hilang, kalau orang haus, kita bagi minum, sekejap sahaja kesannya tetapi bentuk yang paling tinggi untuk bagi menafaat pada manusia ialah “amar maaruf, nahi mungkar”, kamu mengajak kepada kebaikan, dan bila betulkan kehidupan, segala apa yang dia dapat, kemuliaan, dsbnya, selama2nya di dunia dan akhirat. Bila roh diambil, dunia menangis, tetapi dia gembira kerana hendak berjumpa dgn Allah s.w.t. Bila dia hendak keluar dpd sangkar, sepertimana burung dalam sangkar, dia makan dan minum dalam sangkar, tetapi sentiasa risau kerana dipenjarakan. 

Bila buka pintu sangkar, dia akan lari keluar, tidak mahu dgn makanan kamu, kamu simpanlah, saya sudah bebas, Allah s.w.t sudah simpan utk saya macam2 benda, kamu bagi saya air sedikit, makanan sedikit, Allah s.w.t telah simpan utk saya berbagai2 jenis, bermacam2 buah2an, bermacam2 air, berbagai macam makanan dan minuman. Sepertimana burung itu keluar dpd sangkar, begitu gembira, macam itulah bila manusia mentaati perintah Allah s.w.t, bila dtg masa untuk roh dia keluar, dia begitu gembira keluar dpd badannya, pergi ke taman2 syurga yang Allah s.w.t sediakan. Jgn takut, kita akan tashkil akhirnya. Kita bukan mahu bagi manis2 sahaja, kita mahu tashkil, skrg semua dengar bayan, bila tashkil semua tunduk. Tashkil kena buat. Bukan tashkil org lain, tashkil diri sendiri. Tiap2 org kena tashkil diri sendiri, kena tanya hati sendiri, ke mana arah hidup saya. Semua org takut dgn tashkil. Nabi Ibrahim a.s, bila dia menyeru kpd iman, perkara yg paling disukai oleh Allah s.w.t ialah iman, macam itu jugalah org yg paling disukai oleh Allah s.w.t, ialah org yg beriman. Nabi Ibrahim a.s, seorg shj menentang semua manusia dalam dunia ini, dia seorg shj yg telah beriman kpd Allah s.w.t dan dialah org yg disayangi oleh Allah. Siapa yg kita syg, kita akan banyak sebut nama org itu, isteri saya, anak saya, rumah saya, duit saya, benda yang kita syg, kita akan bnyk cakap ttg perkara itu. Allah kata nabi Ibrahim a.s, ialah khalil Aku, sentiasa disebut dilangit, di arash, “khalil Aku, khalil Aku”, Allah sentiasa sebut nama nabi Ibrahim a.s.

Bila mula disebut bahawa Allah s.w.t akan jadikan nabi Adam a.s, bila Allah s.w.t hendak cipta manusia, khalifahNya, maka malaikat kata, kenapa hendak jadikan makhluk macam ini yang akan buat kerosakan dipermukaan alam, mereka akan mengalirkan darah, mereka akan membunuh antara mereka, kami malaikat sentiasa bertasbih, sentiasa bertahmid, sentiasa sujud dan rukuk kpd Kamu, knp hendak jadikan mereka. Allah s.w.t beritahu satu jawapan yang mana malaikat tidak boleh hendak jawab lagi. Allah s.w.t kata, apa yg kamu tahu? Aku tahu bila anak Adam ini betulkan kehidupan mereka dan yakin mereka kpd Aku, mereka akan jadi asbab untuk hidayat utk semua manusia. Maulana Ilyas rah. kata, inilah kerja kita, kita tengok keadaan manusia, kita bentuk zihin dan tashkil, inilah kerja kita, jgn takut. Setiap orang tunggu peluang, peniaga pun tunggu peluang. Datang satu orang yang lemah, musafir, dtg dpd tmpt lain, dtg ke Delhi, dia punya duit sudah hilang, barang sudah hilang, dia tidak ada apa-apa, dia cuma ada jam tangan sahaja. Dia tidak mahu mengemis, dia mahu ada sedikit duit utk tambang balik ke rumah. Dia bawa jam tangan pergi ke satu kedai. Org kedai tahu harga jam tangan itu 4000 rupee. 

Org yg hendak jual kata, bagilah 2000 rupee, secondhand, saya susah, saya hendak balik kampung, tidak ada duit. Org kedai kata, saya akan bagi 300 rupee sahaja, pasal dia tahu ini peluang. Ada org gunakan peluang dgn baik, ada juga org yg salah guna peluang. Kalau pekedai itu baik, dia akan kata, kamu nampak macam org baik, kamu hendak jual kerana kamu ada keperluan, kamu simpan jam ini dan saya bagi hutang 300 rupee kpd kamu. Hadith Rasulullah s.a.w, kalau kita bagi hutang, setiap hari Allah s.w.t akan bagi kita pahala sedekah kerana bagi hutang pada org yg ada keperluan. Kalau diberi tempoh, sehingga tempoh itu dia akan dpt pahala sedekah. Kalau pada masa tempoh itu, dia tidak sempurnakan, dia tidak bayar balik, selepas itu, dia extend tempoh tersebut, dia akan dapat double pahala sedekah. Kalau kita yakin bahawa kehidupan kita Allah s.w.t yg bina, kalau saya ikut apa yg disabdakan oleh Baginda s.a.w, kalau saya bagi dia hutang 300 rupee, dia punya keperluan disempurnakan dan saya punya akhirat dibina. Kalau kita bantu sesiapa hamba dlm dunia ini, Allah s.w.t akan bantu kita di tempat di mana tiada siapa boleh bantu. Kalau kita yakin atas perkara ini, atas janji Allah s.w.t, atas kalam Allah s.w.t, atas sabdaan Nabi s.a.w, kalau kita yakin, maka kita akan dat gunakan peluang itu dgn baik. Simpan kamu punya jam, saya bagi hutang 300 rupee, kamu pergi balik kampung, dan selepas itu kamu bayar balik dlm masa 10 hari. Tiap2 hari dpt pahala sedekah 300 rupee. Dia punya keperluan sudah diselesaikan dan pekedai itu dpt pahala sedekah. 

Inilah intisari tabligh. Kita kena betulkan yakin dpd salah kpd betul, betulkan jasbah dpd salah kpd betul, betulkan jalan kita daripada salah kepada betul. Bagi 4 bulan, 40 hari, buat kerja tempatan, keluar di jalan Allah s.w.t, asas ialah 3 perkara ini. Maulana cakaplah apa hendak cakap, kami sudah booking tiket, kami hendak balik. Rasulullah s.a.w beritahu org mukmin adalah spt anggota satu badan. Mata sentiasa melihat utk seluruh badan. Utk diri sendiri hanya setakat keperluan sahaja. Kita dipanggil umat yg paling baik. Kenapa? Kita diwujudkan di dlm dunia ini utk memberi menafaat kpd makhluk2 Allah s.w.t. Kita dilahirkan ke dunia ini untuk itu. Rupabentuk menafaat yg paling tinggi iaitu keburukan yg akan bawa manusia ke neraka, maka kita kena halang manusia dpd itu dan bawa mereka kpd kebaikan, bawa manusia kepada syurga. Kita kena beritahu kpd manusia jalan masuk ke syurga dan menghalang mereka dpd masuk ke neraka. Bila jasbah manusia jadi baik, maka manusia hendak bantu manusia lain, dgn mata, dgn mulut, dgn tangan, dgn kaki. Bila yakin kita ada dgn zat Allah s.w.t, maka jasbah pun akan jadi betul, percakapan akan jadi baik. Bila jasbah betul, maka dengan cakap saya ada perempuan boleh dpt suami, dgn cakap saya satu org boleh dpt kerja. Bila jasbah tidak betul, dia fikir macamana hendak putuskan hubungan, macamana hendak buang org dpd kerja dia.  

Sepertimana dlm kegelapan, macam2 jenis orang, dalam rumah, dlm bandar, semua tempat gelap, bila tiada elektrik, ada dua jenis manusia. Ada org yg hendak bantu org tua, org uzur, dlm kegelapan, pegang tangan dia supaya org tua ini tidak jatuh. Dlm kegelapan yg sama ada org fikir macamana hendak merompak, macamana hendak buat sesuatu yg tidak baik. Wahai manusia, dengarlah dgn buka telinga kamu. Dlm setiap badan manusia ada seketul daging, kalau ia jadi betul maka seluruh badan akan jadi betul, kalau ia rosak maka seluruh badan akan rosak. Itu ialah hati manusia. Setiap org dibangunkan, kamu utk diri kamu, gunakan setakat keperluan sahaja, gunakan harta kamu atas diri kamu setakat keperluan sahaja, pakaian setakat keperluan sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda, saya dan org2g yang bantu anak yatim, mereka akan bersama2 dengan saya di syurga. Nabi tunjuk dgn jari, dengan begitu rapat, hanya mendengarkan itu, maka seluruh mahul di Madinah, kalau ada 5 anak yatim, bapa sudah meninggal, selagi bapa dia ada, dia ada dua tangan sahaja, kadang2 dia akan sayang budak ini, kadang2 dia akan sayang budak itu, ttpi bila dia sudah meninggal, maka semua lelaki di Madinah, semua mereka fikir supaya mereka dpt letak tangan mereka atas kepala anak yatim. Satu bapa meninggal, semua org Madinah jadi bapa org. Bila kita letak tangan kita atas kepala anak yatim, berapa banyak rambut atas kepala dia, begitulah banyak pahala Allah s.w.t akan bagi kita. Baginda s.a.w berkata, siapa yg bantu anak yatim, mereka akan bersama dgn Rasulullah s.a.w. Mereka ingin bagi makan kpd anak yatim kerana mereka hendak jadi jiran Rasulullah s.a.w di syurga.

Yakin kpd Allah, yakin kpd khazanah Allah, lagi kuat iman kita atas Allah, atas nizam Allah yg ghaib, atas akhirat, atas kehidupan selepas maut, syurga, neraka, amalan yang soleh kita akan dapat pahala, amal buruk kita akan dapat dosa, semua amal kita akan ditimbang, kita kena lalu titian sirat, dan kubur kita samada lubang neraka ataupun taman syurga, iman kita lagi kuat atas Allah dan Rasul, dan perkataan Allah dan Rasul maka kehidupan kita dalam dunia akan menjadi betul. Zaman Rasulullah s.a.w tidak ada kekayaan, emas, perak, tentera, senjata, mereka susah, hendak makan pun susah pada masa itu. Tuan-tuan fikir, seorang sahabat pergi buang air kecil, dia dengar ada bunyi dalam kencing dia. Ada satu kulit keluar daripada kencingnya. Pernahkah berlaku kelaparan seperti itu? Keluar kulit dpd kencing. Satu org sahabat, selepas salam, terus bangun dan keluar dpd masjid Nabawi dan balik ke rumah. 

Selepas waktu solat, org fikir mengapa dia balik, pada masa itu selepas solat Rasulullah akan duduk di atas sejadah dan sahabat akan duduk di keliling nabi s.a.w dan nabi s.a.w akan ajar mereka macam2. Tetapi sahabat ini selepas salam sahaja dia balik ke rumah, org lihat sekali tidak cakap apa, kali kedua, kali ketiga, tidak ada majlis yg lebih berkat dpd majlis Rasulullah s.a.w. Antara tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, tidak ada majlis yg lebih mulia dpd majlis Rasulullah s.a.w. Knp org ini tinggalkan majlis tersebut? Org tanya kenapa kamu balik rumah selepas salam? Tengok kehidupan para sahabat, semoga Allah s.w.t bagi sezarah dpd kehidupan mereka pada kita. Mereka tidak beritahu kpd makhluk ttg keperluan mereka. Ini keadaan para sahabat, kerana itulah Allah s.w.t redha dgn mereka. Mereka tidak pernah, dgn isyarat, dgn percakapan, dgn perbuatan, mereka tidak pernah tunjuk keperluan mereka kpd org.

Org tanya kenapa kamu tinggalkan majlis nabi? Mereka fikir, ucap kalimah tetapi di dalam hati tidak ada iman. Sahabat ini, nak jawab pun susah. Mereka tanya kenapa balik? Tuan-tuan pernah dengar dlm kitab, org munafik pun pada masa itu tidak berani tinggalkan solat berjemaah. Sahabat2 tidak boleh tinggalkan ta’alim bersama dgn nabi. Sahabat ini cuba elakkan dpd hendak jawab, saya ada hal, saya ada masalah. Sahabat lain tanya lagi. Knp tinggalkan majlis nabi? Saya ada sedikit masalah. Bila tashkil pun ada alasan kan? Kalau kita bagi alasan, saya ada masalah, tidak boleh keluar, itupun Allah tahu. Wahai org2 beriman, apa telah jadi kpd kamu? Bila kamu disuruh keluar di jln Allah, kamu lebih suka kehidupan dunia dpd akhirat. Samada kamu keluar di jalan Allah s.w.t, ataupun Allah s.w.t akan bagi kamu azab yang pedih. Mengenai azab yang pedih ini, ulamak kata, tidak ada peluang untuk keluar di jalan Allah kalau mereka jadikan alasan untuk tidak buat usaha agama, azab Allah, Allah s.w.t akan sibukkan mereka dalam perkara yang mereka bagi sebagai alasan. Satu ialah uzur, memang betul2 ada uzur, Allah s.w.t bagi kelonggaran dan satu lagi ialah jadikan sesuatu sebagai alasan untuk lepaskan diri kita. Sahabat tidak buat macam itu. Sahabat2 semua tanya kenapa tidak duduk dalam majlis Rasulullah s.a.w? 

Sepertimana kita sekarang, habis solat, yang solat di masjid ramai, 120 orang, kita ingat ramai, bila salam, semua balik, cuma 12 org sahaja tinggal, duduk ta’alim, kita bagi karguzari, alhamdulillah, tempat saya, ta’alim, 12 orang duduk. Kita ingat kita sudah control masjid itu. Tabligh sudah jadi kita punya kontrak. Kita pegang tabligh, orang lain tidak duduk tidak mengapa, 120 orang balik kita tidak fikir, 12 orang duduk kita kata alhamdulillah, kita buat ta’alim, 12 orang sudah duduk. Kita kena pergi setiap rumah orang yang tidak duduk dalam ta’alim. Pergi rumah mereka, terangkan pada mereka, tashkil mereka, keluarkan mereka, hubungkan mereka dengan semua amal. Sahabat tadi kata, saya punya masalah ialah saya dengan isteri saya hanya ada sekeping kain sahaja. Bila saya hendak datang solat di masjid, isteri saya akan bagi pakaian pada saya. Bila saya balik dpd masjid, saya kena bagi pakaian itu pada isteri saya supaya dia boleh solat. Kalau saya duduk dlm majlis ini, tidak tahu bila majlis akan habis, takut nanti isteri saya tidak solat. Oleh kerana itulah, saya balik rumah, supaya isteri saya boleh solat. Adakah sesiapa punya rumah mengalamai kemiskinan seperti ini? Tidak ada pakaian macam sahabat tadi. Kulit keluar dpd kencing, dia telah basuh dan masak dan dia telah makan, kerana kelaparan. Macam itu mereka punya pengorbanan. Kita hari ini, serta merta bagi alasan. Mmg saya mahu tambah satu cillah jadi tiga cillah, ttpi….., macam2 alasan kita bagi.

Tuan-tuan kena buat niat mahu jadikan kerja ini sebagai kerja kita, insyaAllah. Inilah maksud Allah s.w.t jadikan kita. Maksud hidup kita ialah untuk buat usaha atas iman. Untuk ini kena korbankan diri kita, masa kita, apa-apa yang Allah s.w.t bagi kita, kita kena gunakan dan balasannya, Allah s.w.t akan bagi pada kita. 40 hari jadi 4 bulan, susah sangat ke? Umat ini diwujudkan utk perkara ini. Bila umat ini tinggalkan usaha agama, maka pintu2 fitnah akan dibuka atas umat. Satu ketika, Rasulullah s.a.w beritahu, apa akan berlaku pada kamu di masa itu dimana wanita2 tidak dapat dikawal, pemuda2 akan jadi fasiq dan fajir. Sahabat2 hairan. Kenapa? Pada masa itu, wanita2 mereka dan pemuda sedia untuk buat usaha agama. Waktu malam mereka beribadat, waktu siang mereka berpuasa, keluar di jalan Allah s.w.t. Adakah anak2 muda kami akan rosak macam itu? Adakah wanita2 kami akan rosak macam itu? Mereka hairan. Mereka beritahu Rasulullah s.a.w, wahai kekasih Allah, adakah keadaan akan jadi macam itu? Rasulullah s.a.w kata, demi Allah, keadaan yang lebih teruk daripada itupun akan berlaku. Bila akan berlaku? Satu hadith Rasulullah s.a.w beritahu, “satu selepas satu, satu selepas satu, apa akan jadi kepada kamu? Apa akan berlaku pada kamu dimasa itu? Dimana tidak ada orang akan beritahu tentang kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita datang ke dunia untuk perkara ini. 

Dpd hari pertama kita diberitahu bahawa inilah kerja kita. Kalau umat tidak buat kerja ini, apa akan berlaku pada umat ini? Sahabat terkejut macamana boleh berlaku keadaan ini, tidak ada orang hendak seru kepada kebaikan dan cegah kemungkaran, padahal kita dihantar untuk perkara ini. Mana boleh berlaku keadaan ini? Ada satu orang masuk dalam bilik air, dia masuk bawa air, dua jam duduk dalam bilik mandi, bawa baldi, lota, tuala, sabun, selepas dua jam dia keluar dan dia kata saya lupa hendak mandi. Apa kita akan beritahu pada orang ini? Kamu tidur ke! Nampak macam dia orang gila. Dua jam duduk dalam bilik air dan dia kata dia lupa hendak mandi. Macam itulah juga sahabat takjub dan hairan sepertimana orang masuk dalam bilik air untuk mandi tetapi selepas dua jam tidak mandi, ini tidak mungkin, orang yang telah mengucap kalimah tauhid, mereka telah mengucap risalah Rasulullah s.a.w tanpa buat kerja agama. Macamana mereka boleh hidup dalam dunia ini? 

Seperti mana orang masuk dalam bilik air tidak mandi, macam itu juga kita sebagai umat nabi s.a.w datang ke dunia ini tidak buat kerja. Kita akan hidup untuk agama, kita akan mati untuk agama, kita akan gunakan segala2nya untuk agama. Siapa yang sedia utk keluar tunai sekarang? 4 bulan tunai. Siapa sedia? Semoga Allah bagi berkat dalam diri dan harta tuan2. Kalau ada jemaah yang baru balik 40 hari, tambahkan jadi 4 bulan. Semua orang kena bagi nama.  Nyawa kita, diri kita, harta kita, semua diberi oleh Allah s.w.t. Siapa hendak korbankan perkara ini untuk agama Allah? Hanya yakin kepada Allah sahaja boleh bangunkan manusia untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. Maulana kata, tidak tahu apa jadi pada orang Malaysia di atas, ada 300-400 org di atas, org terjemah kena tashkil. Org yg dtg utk mesyuarat tambah jadi 40 hari, org yg dtg utk 40 hari, tambah jadi 4 bulan. Semua niat. Bagi Allah s.w.t tidak mustahil. Allah s.w.t bagi berkat pada harta dan diri tuan2. Tuan2 faham?

Rasulullah s.a.w berkata, “demi Allah yang pegang nyawa saya, keadaan yang lebih buruk akan dtg bila usaha agama tidak dibuat”. Tidak ada usaha utk mengajak kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran, apa akan berlaku? Bila manusia anggap keburukan sebagai kebaikan dan kebaikan sebagai keburukan, amalan yang baik mereka anggap buruk, amalan yang buruk mereka anggap baik. Mereka kata, ini zaman dulu, cara lama, mundur, lota, wuduk, solat, mereka tidak mahu ikut. Dunia sekarang sudah maju, sudah sampai ke bulan, mereka masih lagi di zaman dulu, manusia akan cakap macam2. Benda yang baik ialah apa yang telah diberitahu oleh Allah dan Rasul. Keburukan ialah apa yang telah diberitahu oleh Allah dan Rasul. Apa yang saya cakap sesuatu sebagai baik, ia tidak akan jadi baik dan apa yg saya cakap sesuatu sebagai buruk, ia tidak akan jadi buruk. Apa-apa yang Allah dan Rasul telah beritahu sebagai baik, itulah baik. Apa-apa yang Allah dan Rasul beritahu sebagai buruk, itulah buruk. 

Masa akan datang, keburukan jadi kebaikan, kebaikan jadi keburukan, ada keadaan yang lebih buruk daripada itu. Apa akan kamu buat? Kamu dipaksa buat dosa. Keadaan dtg dimana kamu dipaksa buat dosa, begitu banyak riba, rasuah, lelaki perempuan dipaksa bersama untuk buat dosa. Oleh itu, tuan2 yang mulia, semua penyakit, ubatnya ialah satu sahaja, iaitu bila setiap manusia dalam umat ini, dalam setiap golongan, mereka buat usaha agama, usaha atas iman. Allah s.w.t akan bagi taufik, Allah s.w.t akan wujudkan kebaikan, muasyarah akan jadi suci murni, akhlak akan jadi tinggi, hubungan dengan Allah akan jadi kuat, dunia akan jadi macam syurga. Ini berlaku di zaman sahabat. Tuan-tuan faham? Mula-mula tadi apa yang saya cakap? Tuan-tuan ingat? Setiap nabi, setiap rasul, dan ketua kepada semua nabi dan rasul, Rasulullah s.a.w, semua mereka mula-mula sekali mereka telah kenalkan tentang kebesaran Allah, tentang khazanah Allah, dan macamana hendak dapat, cara untuk dapat daripada khazanah Allah. Khazanah Allah ada dua jenis. 

Satu ialah nikmat dan satu lagi ialah musibah. Contoh, ada tangki air, ada tangki susu, ada tangki petrol. Kalau kita hendak petrol kita hubungkan dgn tangki petrol, kalau kita hendak air kita hubungkan dengan tangki air, kalau kita hendak minyak tanah, kita hubungkan dengan tangki minyak tanah, kalau kita hendak susu kita hubungkan denga tangki susu. Kita buat pipeline dgn tangki tersebut. Kita buka kepala paip susu, adakah kita akan dapat air? Paip kita dihubungkan dgn apa, itulah yang kita akan dapat. Khazanah Allah ada nikmat dan ada kesusahan. Amalan yang keluar daripda badan manusia, itulah pipeline. Kalau kita punya pipeline dengan kemuliaan Allah, walaupun kita tidak ada pakaian, tidak ada kenderaan, tidak ada sesiapa hendak bagi rumah sewa kepada kita, tetapi demi Allah, Allah s.w.t pasti akan bagi kemuliaan kepada kita. Allah s.w.t akan bagi kemuliaan lebih daripada orang yang ada di dalam istana. Kalau orang yang buat amal yang buruk, walaupun dia tinggal di istana, dia akan dapat kehinaan kerana pipeline dia dihubungkan dgn khazanah kehinaan Allah. Kita kena bina iman kita, bina solat kita, semoga Allah bagi kita faham, seluruh umat kena bangun atas perkara ini. Kita kena buat dakwah dan wujudkan mahul amal. 

Bila Rasulullah s.a.w dihantar ke dunia ini, pada masa itu, hendak masuk ke istana Kisra, berapa harganya? 250,000. Apa yg berlaku pada masa itu? Pembunuhan, rompakan, penindasan utk dapatkan duit. Skrg pun macam itu juga. Org mahu pangkat, harta, tidak ada duit, macamana hendak dpt duit? Rompak, tindas, inilah yg berlaku sekarang. Bila Rasulullah s.a.w dtg, beliau tidak cakap pasal wang-ringgit. Kita kena belajar setiap amalan Rasulullah s.a.w. Nabi tidak cerita pasal wang-ringgit, harta-benda, tanah, kebendaan. Nabi tidak kata, kamu kumpullah 250,000 semoga kamu dpt tiket utk masuk istana Kisra dan dpt kemuliaan. Rasulullah s.a.w beritahu satu jalan yg suci, mudah, senang. Dlm hadith qudsi, Allah s.w.t beritahu, sesiapa yg ingat Aku, Aku akan bersama2 dgn dia. Allah bersama dgn saya. Saya akan kata Subhanallah, Ahlamdulillah, Lailahaillallah, AllahuAkbar. Allah bersama dgn saya. Siapa Allah? 

Dialah, dpd nabi Adam a.s diwujudkan sampai skrg, semua manusia yg dtg ke dunia ini sampai kiamat, sampai sangkakala ditiupkan, semua manusia ini Allah boleh jadikan sbg Kisra, kudrat Allah tidak akan kurang apa2 pun. Semua boleh dijadikan mcm Kisra, apa kamu hendak sombong atau bangga duduk bersama2 dgn Kisra. Allah s.w.t boleh buat. Kalau kita ada Allah, siapa yg kita perlu? Kita tak perlu pada sesiapa pun. Utk kita dpt bersama dgn Allah perlukah ada 250,000? Utk bersama dgn Allah, berapa yg perlu? Gerakkan lidah dan bibir yg Allah bagi pada kita, maka dgn itu kita boleh bersama dgn Allah.

Sptmana nabi beritahu ttg fadhilat amal, maka nilai kebendaan akan keluar dpd hati manusia. Kalau sesiapa baca satu huruf dlm kitab Allah, dia akan dpt satu kebaikan, satu kebaikan sama dgn 10 pahala. Saya tidak kata Alif Lam Mim itu satu huruf tapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. Org arab pada waktu mlm mrk dgr muzik, minum arak, mrk tidak tahu halal haram, syariat, Allah redha atau Allah murka. Nabi Isa telah diangkat ke langit dan nabi s.a.w belum dtg lagi, tidak ada sesiapa pun hendak beritahu cara hidup yg betul. Siang mrk bunuh, rompak, rampas harta, berperang, bergaduh, dsbnya. Rasulullah s.a.w dtg memberitahu fadhilat amal. Bila tuan2 berkumpul, di tepi2 jalan, saya beritahu kamu satu tempat utk kamu berkumpul, kalau kamu berkumpul di mana2 satu rumah Allah, kamu cakap mengenai Allah dan rasul, maka malaikat akan dtg bertindih2an sampai ke arash Allah, rahmat Allah akan meliputi kamu sbg satu cadar. 

Rasulullah s.a.w ceritakan fadhilat masjid sehingga mrk sedia dan sanggup walaupun mereka tidak boleh jln, mereka merangkak ke masjid. Pada masa lapang, mrk sibuk dlm masjid. Bila nabi beritahu fadhilat amal, maka sahabat2 suka. Waktu malam mrk minta izin, seluruh mlm kami hendak habiskan Quran. Sptmana kita hari ini, ada keinginan utk kumpulkan harta, begitu juga sahabat2 mereka ada keinginan utk kumpulkan pahala. Kita suruh semua org, anak, menantu, pergi kerja, mak kita yg tua pun kita suruh pergi kerja, babysitting, jaga anak org lain. Anak kerja, isteri kerja, menantu kerja, org tua kerja, cari wang, cari duit. Rasulullah s.a.w beritahu satu masa akan dtg dimana perut adalah maksud hidup manusia. Mereka nampak kemuliaan dlm harta. Akhlak macamana buruk pun, kalau ada duit, semua org kata dia org yg mulia, kamulah ketua kami, mereka akan puji, padahal dia tidak solat satu waktu pun, dia perli sunnah Rasulullah s.a.w, setiap majlis dia langgar perintah Allah. Inilah tanda2 kiamat.

Satu masa akan datang, maksud kehidupan manusia ialah perut. Duit, perut, duit, perut, duit, perut,……! Kemuliaan nampak dalam harta, kemuliaan dihubungkan dengan harta, lagi banyak harta, lagi banyak kemuliaan. Rasulullah s.a.w hubungkan umat dengan amal. Dahulu, seluruh malam mereka minum arak tetapi bila Rasulullah s.a.w datang, cerita fadhilat Quran, maka sekarang mereka jaga malam untuk baca Quran. Semua usaha kita, keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, 4 bulan, kita kena bawa usaha ini dlm kehidupan kita supaya yakin kita yang salah jadi betul. Apa-apa yang kita nampak, masalah kita selesai dgn benda, kita kena nafikan, yang buat segala2nya hanya Allah sahaja. Semua jasbah yang rosak, kita mahu ambil harta orang lain, semua jasbah yang rosak ini, yang kotor ini, kita kena tukar dgn iaitu, dgn mata saya, dgn tangan saya, dgn kaki saya, dgn lidah saya, dgn nyawa saya, dgn harta saya, saya akan bantu makhluk2 Allah s.w.t. Jasbah yg suci murni ini kena dtg dlm diri kita. Ini ialah bayangan satu org yg beriman iaitu jasbah yang baik. 

Satu orang datang kepada Rasulullah s.a.w, tiap-tiap hari ada pergaduhan di antara kami, damaikanlah kami. Orang Mekah kata, 6 bulan kamu sembah berhala saya, 6 bulan kami sembah tuhan kamu. Jadi, malaikat Jibrail a.s datang, surah al-kafirun diturunkan. Ini tidak boleh. Rasulullah s.a.w beritahu, kamu sedang menuju kepada neraka dan saya pegang/tarik/selamatkan kamu daripada api neraka. Jasbah kamu sedang membawa kamu/menolak kamu, ke dlm api. Saya punya jasbah ialah utk menarik mereka dpd api. Macamana boleh damai, kamu halau perempuan kamu dpd rumah, kami pula bagi tempat untuk wanita yang dihalau. Kamu zahirkan keburukan orang dan kamu gembira, kami pula tutup kelemahan orang untuk selamatkan mereka daripada kehinaan. Allah s.w.t kata, sesiapa yang tutup kelemahan, maka Allah s.w.t akan tutup kelemahan kita di akhirat nanti. Sebanyak mana iman kita kepada Allah dan Rasul, dan akhirat itu benar, maka jasbah akan jadi suci murni. Dgn diri, dgn harta, dgn apa2 yg Allah s.w.t bagi kpd mereka, mereka akan gunakan semua utk beri menafaat pada makhluk2 Allah s.w.t.

Tabligh ini bukan hanya kita habiskan 4 bulan atau 40 hari, jemaah jalan kaki, dlm negeri, luar negeri, tuan2 yg mulia, melalui usaha agama ini, setiap peniaga, petani, pekerja, org berpangkat, dimana mrk berada, wanita, setiap org punya yakin mesti ditukarkan dpd yg buruk kpd yg baik, salah kpd baik, jasbah buruk tukar kpd jasbah suci murni, amalan buruk tukar kpd amalan baik, percakapan lidah jadi benar, mata melihat benda yg baik shj, yakin jadi betul, jasbah jadi betul, amalan jadi betul. Utk ini, saya telah beritahu tuan2, khazanah Allah ada 2 jenis. Diantara khazanah Allah dan manusia ada pipeline, itulah amalan manusia. Hubungan antara khazanah Allah dan manusia ialah amalan. Atas dataran atau di lautan, apa-apa kesusahan yg berlaku, ini semua adalah kerana perbuatan mansia sendiri. 

Darah manusia mengalir, kemuliaan manusia dirosakkan, tidak ada siapa punya diri dan harta, kemuliaan, terselamat kalau dunia telah jadi mcm neraka. Ini bukan kezaliman Allah, Allah tidak buat ini semua. Ini semua adalah perbuatan tangan manusia sendiri. Kalau kita semai pokok duri, maka pokok durilah yg akan tumbuh. Kalau kita semai padi, maka padilah yg akan tumbuh. Kalau kita semai pokok mangga, pokok manggalah yg akan tumbuh. Kalau kita buat amal yg baik, maka kita akan dpt natijah yg baik. Kalau kita buat amal yg buruk, maka kita akan dapat natijah yg buruk. Oleh itu, usaha kita ialah dakwah iman dan wujudkan suasana amalan iman. Bila seorg bapa meninggal, maka semua org lelaki di Madinah jadi bapa anak org tersebut, semua lelaki di Madinah mahu bagi makan, pakaian, tunaikan keperluan. Skrg ini org kena beratur utk dptkan gula, beras, dsbnya. Di Madinah, mereka beratur utk bagi kebaikan kpd anak2 yatim. Dunia tidak boleh hendak fikir macamana muasyarat Rasulullah. Tggjwb saya dan tuan2, kita bukan dtag kedunia ini untuk makan dan mencari makan. Apa yg dlm takdir, kita pasti akan dpt. 

Saya ada satu org jiran, semoga Allah bagi dia dan keluarga dia kebaikan. Mereka org yg baik. Saya hendak beritahu apa yg ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Agama ikut susah payah ttpi rezeki ikut takdir Allah s.w.t. Kita telah banyak dengar perkara ini. Satu masa, undang2 telah dibuat di negara ini, semua org yg ada petrol station, hanya boleh dibuka dari 7 pagi hingga 7 malam sahaja. Jika selepas 7 malam, masih buka kedai, mereka telah buat kesalahan dan mereka akan didenda. Org ini, buka petrol station 24 jam sebelum ini. Skrg ada undang2 baru. Oleh itu, kena ikut undang2. Buka 7 pagi, tutup 7 malam. Selepas beberapa bulan, saya jumpa mereka. 

Saya tanya mereka, macamana keadaan, dulu buka 18 jam, skrg buka 12 jam sahaja. Dia kata, selama bertahun2 kami telah dengar, skrg sudah lihat dgn mata. Semasa jemaah dtg ke masjid, bila maulana bayan, rezeki adalah mengikut mukaddar, agama mengikut musyakat, mengikut susah payah. Sekarang saya sudah tengok dengan mata saya sendiri. Dulu kami berniaga sampai 12 tengah malam. Kami tidak dapat solat isyak berjemaah, balik rumah lepas 12 malam baru solat isyak dan tidak pernah dapat jumpa anak-anak. Kami balik, mereka tidur, bila mereka pergi sekolah, saya tidur. Bila saya balik, mereka tidur. 12 malam, saya makan, solat isyak, lepas itu tidur, solat subuh pun tidak dapat, subuh terlepas. Ini kerugian agama. Dunia pun ada kerugian. Apa sudah berlaku sekarang? Bila sudah ada undang2, pukul 7 pagi buka, saya solat subuh, lepas itu sarapan, saya pergi kerja. 7 malam, saya tutup kedai. Ada masjid yg dekat dgn kedai, saya singgah dan solat isyak berjemaah, Ada ta’alim, saya ambil bahagian. Kalau ada jemaah dtg, saya dengar bayan. Balik rumah, anak2 belum tidur lagi, dpt jumpa dengan mereka, dpt sama2 makan berjemaah, tidur awal. Kadang2 saya dpt solat tahajjud, waktu akhir, 2 rakaat. Maulana kata, ini semua akhirat, duit macam mana? Duit? Dulu 18 jam, skrg 12 jam, berapa banyak sudah kurang? Dia kata, bulan sudah saya jumlahkan, ½ liter shj kurang. 

Berapa banyak yang Allah s.w.t takdirkan, itu yang kita akan dapat. Mahfum hadith qudsi, wahai anak Adam, kamu lapangkanlah masa untuk taat kepada Aku, untuk beribadat kepada Aku. Apa-apa perintah Aku pada masa-masa yang tertentu, walaupun perniagaan ratusan ribu, bila dengar azan, datang kepada masjid. Bila mula ramadhan, samada panas atau sejuk, sedia untuk ramadhan. Allah s.w.t sudah bagi kita cukup harta dan fardhu haji atas kita, jangan tangguh2, jangan bagi alasan, tunaikan perintah Allah. Sempurna satu tahun, kita bagi zakat. Wahai anak Adam, sudah sempurna setahun, bagi zakat. Kalau fardhu haji, pergi haji. Orang tabligh, sudah sempurna satu tahun, bagi 4 bulan, tiap-tiap bulan 3 hari, waktu ta’alim buat ta’alim, bila waktu tasbih kena zikir. Wahai Anak Adam, lapangkanlah masa untuk beribadat kepada Allah. Kalau kamu buat macam itu, apa yang Allah akan buat? Dia akan penuhkan hati kamu dengan kekayaan, kamu tidak akan tamak pada harta orang lain, apa yang Allah telah bagi kepada kamu, kamu akan rasa cukup. 

Ya Allah, apa yang telah Kamu bagi pada saya, bagilah saya puas, cukup dgn apa yg Kamu bagi, dan apa yang Kamu bagi pada orang lain, ya Allah, janganlah bagi saya sedikit pun ingin mendapatkan harta mereka. Siapa yang taat kpd perintah Allah, Allah s.w.t akan penuhkan hati dia dengan kecukupan. Mereka tidak mahu keinginan atas benda2 orang lain. Satu org ada satu juta ringgit, satu orang lagi ada 100,000 ringgit. Beza ialah 10 kali ganda. Org yg ada satu juta, masalah dia ialah perbelanjaan dia ialah 1.1 juta. Satu org ada 100,000, dia belanja 90,000. Jadi, satu juta banyakkah? Dalam 90,000, keperluan dia dapat disempurnakan walaupun duit dia 10 kali ganda kurang. Satu orang lagi, walaupun dapat satu juta, tetapi belanja 1.1 juta. Dia tension kerana 0.1 juta itu. Yang ada 100,000 rupee, walaupun atas simen dia boleh tidur, tidak ada masalah. Wahai manusia, kamu lapangkanlah masa untuk beribadat kepada Allah s.w.t dan Allah akan sempurnakan keperluan kamu, Allah akan lapangkan dada kamu, lapangkan dada kamu dari masalah dan cukup untuk segala keperluan. Ada orang kata, keinginan saya ialah untuk bawa anak saya, isteri saya, pergi haji tetapi tidak boleh pergi kerana anak saya belum kahwin lagi, mereka buat alasan. 

Kalau kamu tidak buat apa2 perintah Allah pada masa itu, kalau kamu tidak jadi hamba Aku yang sebenar, tetapi kamu ikut kemahuan, keinginan nafsu kamu, Aku akan sibukkan kamu dengan dua-dua tangan penuh dengan urusan2 dunia, kedai, perniagaan, tetapi masih lagi kamu tidak akan dapat ketenangan. Mereka cari banyak harta, tetapi tiap2 hari dirumah mereka bergaduh. Ini bukan saya cakap, ini apa yang telah diberitahu oleh Allah s.w.t dan Rasul. Semoga Allah beri kita faham yang betul. Selepas dengar ini semua, saya hendak cakap satu perkara, Allah bagi kita akal, Allah bagi kita hati, kita org yg beriman, kita dengar ttg iman, kita kena kenal Allah s.w.t, khazanah Allah s.w.t tidak ada kesudahan. Allah bagi kita amal utk dpt dpd khazanah Allah. Allah bagi kita solat untuk kita dapat dpd khazanah Allah, untuk bina iman kita, ada hubungan dgn Allah. Kita kena bina solat kita untuk dapatkan hubungan dengan khazanah Allah s.w.t. Bila angkat tangan, Allah s.w.t malu utk kembalikan dgn tangan kosong. Urusan dunia kita tidak selesai dgn wang ringgit, dgn pangkat, tetapi kerja saya dan tuan-tuan, Allah s.w.t akan selesaikan dgn kudratNya melalui doa kita.

Semoga Allah s.w.t jadikan kita org yg ada kalimah dan solat, org yg berdoa. Slps itu, adakah kita duduk satu penjuru, saya, anak, isteri, kita doa, cukupkah? Bila Allah bagi hubungan dgn Dia, Allah bagi kesan dlm doa kita. Kita mula dgn diri kita dan kita kena doa utk semua manusia sampai manusia yg akhir. Ya Allah, tiupkanlah angin hidayat  di seluruh alam, terimalah diri dan harta seluruh umat utk kerja ini. Bila kita buat kerja, Allah s.w.t punya kudrat sgt besar, tiap2 hari Allah s.w.t tukar dari mlm kpd siang, mcm itulah juga Allah s.w.t boleh tukar kegelapan hati2 manusia dlm kesesatan kpd hidayat, cahaya hidayat sptmana Allah s.w.t beri hidayat kpd Abu Sufiyan, Ikramah, Khalid Walid, skrg pun Allah boleh bagi hidayat. Kalau ada org macam Abu Jahal, Abu Lahab, kalau kita buat usaha, berterusan, dpd keturunan mrk, Allah boleh bagi hidayat. Skrg pun Allah s.w.t berkuasa utk bagi hidayat. Allah jadikan kita perantaraan utk sebarkan hidayat dan utk Allah kunci kesesatan dan kegelapan. Semoga Allah terima kita dan keturunan kita.

No comments:

Post a Comment