Tuesday, January 6, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA AHMAD LAT

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 02/09/2000). Tuan-tuan yang mulia. Allah s.w.t telah tetapkan atas semua orang, pasti dan pasti, dia mesti datang melalui perut ibu dia. Begitu juga Allah s.w.t telah tetapkan pada semua orang untuk keluar daripada alam dunia ini hanya dengan satu jalan sahaja iaitu jalan kematian. Manusia datang dengan satu jalan dan manusia pergi juga dengan satu jalan, begitu juga untuk manusia berjaya, hanya dengan satu cara sahaja iaitu dengan amalkan agama Allah s.w.t.  Oleh itu, untuk kejayaan di akhirat, macam mana kita amalkan amalan kita di dunia, begitulah di akhirat nanti. Sepertimana manusia datang, Allah tetapkan satu cara, satu sunnah, dan manusia kembali pun dengan satu cara, begitu juga untuk manusia berjaya di akhirat, satu cara, satu sunnah, iaitu manusia amalkan agama, tidak ada jalan kedua dan ketiga. Utk itu, kita perlu faham, apa itu agama? Dan macam mana kita boleh jadi org agama? Bila kita jadi org agama dan hidup sbg org agama, maka kesannya dimana? Apakah kesannya? Apa kesan melalui kita amalkan agama? Satu org yg amal agama nampak seperti sebelum hujan, iaitu sebelum hujan nampak awan mendung, awan hitam, dtg angin sejuk, dgn tanda2 ini org akan kata hujan akan turun, semua org tahu bahawa hujan akan turun. Dgn tanda2 ini, maka org akan teringat bahawa kain yg dijemur perlu diangkat, takut nanti basah kena hujan. Begitu juga bila agama dtg dlm kehidupan manusia, apa kesannya? Apa tandanya? Dgn tanda2 tersebut maka manusia tahu agama ada dlm kehidupan dia. Bila agama dtg dalam kehidupan seseorang, apa natijahnya? Apa hasilnya? Setakat ini kita kena faham. Tuan2 faham?

Sepertimana sunnatullah2 yang lain, tidak ada perubahan, begitu juga Allah s.w.t telah tetapkan satu sunnah bahawa kejayaan hanya dalam agama, dalam agama, dalam agama (Maulana ulang 3 kali). Kejayaan tidak ada pada benda2 lain dan kalau satu orang langgar perintah Allah dan dia nampak bahawa ada juga kejayaan selain daripada agama, ini adalah tipu daya mata dia. Dengar kata kejayaan dalam agama, kejayaan dalam agama, tetapi nampak dalam benda lain pun ada kejayaan, ini dalah tipu daya. Macam kita nampak dipadang pasir ada cahaya kelip2 keluar dpd pasir, nampak macam ada air disana, bila pergi dekat tidak ada air pun, pergi kedepan lagi, nampak macam ada air, tetapi tidak ada air, ini semua tipu daya mata sahaja. Cahaya yg keluar daripada pasir, nampak macam ada air tetapi sebenarnya tidak ada, itulah tipu daya mata. 

Allah berfirman dalam Quran, bahawa satu orang yang ikut jalan selain dpd jalan agama, langgar perintah Allah, dan dia mempermainkan perintah Allah dan dia derhaka pada Allah, kita nampak semua ini bila safar ke timur, ke barat, ke utara, ke selatan, dan kita nampak kehebatan pada orang yang langgar perintah Allah, macam2 benda asbab ada pada dia, maka jangan kamu tertipu dgn asbab zahir yang ada pada mereka, sesungguhnya Allah s.w.t telah sediakan neraka jahannam untuk mereka. Allah s.w.t beritahu, ‘mataq ul kholil’, mataq itu apa? Banyak dalam hadith2. Saya tidak mahu cerita panjang. Mataq maknanya lebihan kain. Kain yang lebih2 yang kita gunakan untuk buat basuh pinggan atau pada zaman dulu, kain digunakan untuk wanita yang uzur. Itulah mataq sebenarnya. Begitu juga yang kita nampak hari ini, dunia yg Allah sebut mataq yang ada pada orang, dia ada duit, dalam bank 1, dalam bank 2, dalam bank 3, duit dan harta dia di seluruh dunia, semua dikumpulkan, itu ialah mataq.

Tuan2 yg mulia. Kejayaan hanya dlm agama, tidak ada pada benda lain. Semua org yg telah berjaya sebelum ini, berjaya dgn sbb agama, samada individu, keluarga, kaum, kabilah, kampung, daerah, negeri, negara, semuanya telah berjaya, berjaya dgn sebab agama. Org yg sedang berjaya, berjaya dgn sbb agama. Org yg akan berjaya sehingga hari qiamat, berjaya dgn sbb agama. Tuan2 faham? Yakinlah bahawa kejayaan hanya dlm agama, maka bila diputuskan bahawa kejayaan hanya dlm agama, utk itu wang ringgit, harta, pangkat, warna kulit, tanah, ini semua bukan lagi jadi syarat. Siapa duit banyak dia berjaya, siapa pangkat besar dia berjaya, siapa ada tanah dia berjaya, ini semua bukan syarat. Duit ada atau tidak ada, pangkat besar atau pangkat kecil, ada tanah atau tidak ada tanah, negara mana dia tinggal, apa sahaja keadaan dia, satu sahaja keputusan yg Allah buat iaitu kejayaan hanya dlm agama. Apabila kejayaan seluruh manusia dlm agama, maka perkara pertama sekali yg difardhukan oleh Allah s.w.t atau perkara asas yg diperlukan oleh setiap manusia ialah usaha supaya dia jadi org agama. 

Ini perkara asas yg sgt diperlukan oleh manusia. Samada dia org kaya, org miskin, org pangkat kecil, orang pangkat besar, negara kecil, negara besar, yg paling asas bagi dia, pertama sekali, usaha supaya dia jadi org agama, sebab semua org hendak berjaya. Sebelum itu perlu kita faham apa itu agama? Tuan2 yg mulia. Mula2 kita kena faham, agama bukan apa yg saya dan tuan2 faham. Agama bukan apa yg difahami oleh Abu, Umar, Ali, Sayed. Yg dikatakan agama ialah apa yg dibawa oleh nabi2. Itu adalah agama. Nabi s.a.w, penghulu kpd semua nabi2, beliau juga bawa agama spt mana nabi2 yg lain. Nabi s.a.w dihantar oleh Allah s.w.t utk bawa agama. Dlm hadith Bukhari, bahawa pada setiap zaman, selepas seorg nabi wafat, Allah s.w.t hantar nabi yg lain, ttpi satu perkara yg khusus dpd Nabi s.a.w, iaitu Nabi s.a.w beritahu, tidak ada nabi lagi selepas dpd aku. Dulu, Allah s.w.t hantar nabi, walaupun pada satu waktu kadang2 dua tiga nabi dihantar, ada nabi yg khusus dihantar utk satu kaum, satu negara, ada setengah nabi Allah hantar utk satu bandar, Nabi Syuib dihantar khusus utk buat usaha di satu bandar sahaja, bandar Madyan. 

Kadang2 Allah s.w.t hantar utk 50,000 atau 100,000 org, nabi Yunus a.s, begitu juga nabi Nuh a.s, dihantar utk buat usaha utk satu kaum, “Sesungguhnya Kami telah hantar Nuh a.s utk satu kaum”. Ada nabi dihantar utk satu keluarga, “Sesungguhnya dia menyeru keluarganya utk solat dan zakat”. Bila Nabi s.a.w dihantar, maka Allah s.w.t telah iklankan melalui lidah Nabi s.a.w, “Katakan wahai Muhammad, beritahulah pada umatmu, bahawa aku ialah rasul utk semua kamu yg dihantar oleh Allah s.w.t, untuk seluruh manusia sehingga hari qiamat”. Nabi s.a.w adalah nabi yg dihantar utk setiap individu manusia di seluruh manusia. Sepertimana pada setiap zaman, kejayaan manusia bagi setiap zaman adalah ikut nabi pada zaman tersebut, begitu juga skrg, utk manusia berjaya, di timur, di barat, di utara, di selatan, dia kena ikut kehidupan Nabi s.a.w, samada dia peniaga, ataupun apa shj jurusan yg dia buat, maka kejayaan setiap manusia hanya sanya dgn cara hidup Nabi s.a.w. Allah s.w.t ta’rufkan/memperkenalkan Nabi s.a.w, siapa Nabi s.a.w ini, kenapa dihantar, Kami hantar kamu sbg pembawa berita gembira, pembawa berita menakutkan, sbg seorang da’i dan sbg cahaya yg menerangi. Allah s.w.t beritahu nabi s.a.w sebagai pelita yang menyala. 

Allah s.w.t tidak kata nabi sebagai matahari yang bercahaya atau bulan yang bercahaya. Allah s.w.t kata, “sirojam munira”. Kenapa? Cahaya dari pelita pertama akan lahirkan cahaya kedua. Pelita ke pelita. Begitu juga dengan sifat Nabi s.a.w, cahaya ini akan berpindah ke umat ini dan umat ini buat kerja nabi. Tuan2 yang mulia. Satu sebagai “sirojam munira” dan satu lagi “syahidan”, sebagai saksi memberi berita gembira dan berita menakutkan yang boleh didapati melalui ta’alim fadhail. Duduk dalam halaqah ta’alim fadhail sehingga rasa takut dgn amaran2 dpd Allah s.w.t sehingga masuk ke dalam hati bahawa kalau langgar perintah Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan azab saya, Allah s.w.t akan seksa saya. Kalau saya sempurnakan apa yang Allah inginkan, maka Allah s.w.t akan suka dengan saya, Allah s.w.t akan beri saya ganjaran. Bashir maknanya memberi berita gembira, yakin dengan berita2 gembira yang Nabi s.a.w beritahu sehinggalah datang keghairahan kalau saya sempurnakan apa yang Allah suruh, maka Allah akan beri dan beri dan beri dan saya yang hendak ambil akan letih.

Nabi s.a.w adalah bashir dan nazir. Nazir bukan maknanya menakutkan. Nazir biasanya kita terjemahkan sebagai menakutkan. Nazir bukan hanya menakutkan bahkan makna nazir ialah orang yang dalam hati dia penuh sifat simpati pada manusia. Makna nazir juga ialah orang yang mana menghalang manusia daripada jalan yang tidak patut berjalan dan tunjuk kpd manusia jalan yg sepatutnya dia berjalan. Contoh, di bazar Boghul (berdekatan dengan Nizamuddin), dan didapati ada 2 orang sedang bergaduh dan ada polis. Satu orang yang datang daripada sana dan tanya satu orang lain yg hendak pergi ke sana, “kamu hendak pergi ke mana?”. Dia kata, “saya hendak pergi ke bazar Boghul”. “Kenapa hendak pergi sana?”. “Ada satu orang kawan yang rapat ada di sana, dia datang sekejap sahaja, saya hendak pergi jumpa dia”. “Jangan pergi”. “Kenapa?, kamu tidak bagi saya pergi, kamu musuh kawan saya?”. “Tidak, saya tidak halang kamu pergi ke bazar Boghul, kamu memang patut pergi sebab kawan kamu ada di sana, tetapi ada 2 jalan untuk pergi ke sana, jln yg kamu hendak ikut skrg ini ada satu bahaya, takut2 nanti kamu tidak sampai kepada kawan kamu dan nanti kamu juga ditangkap. Kamu boleh pergi tetapi tukar jalan, ikut jln lain, insyaAllah kamu akan sampai”. Beritahu jln pada org ini, iaitu memberitahu kepada dia dgn cara kasih sayang bahawa jangan ikut jalan ini, jln ini bahaya, ikut jln satu lagi. Dgn penuh simpati dan sayang pada seseorg, beritahu bahawa jln satu lagi ini adalah jln yg betul, inilah nazir.

Allah s.w.t hantar nabi s.a.w untuk beritahu berita gembira, “bashiro wa naziro”. Nabi s.a.w dihantar untuk beritahu cara hidup, cara makan, cara pakai, semuanya, dgn cara yg betul. Allah s.w.t tidak hantar nabi s.a.w utk menghalang manusia dpd makan, minum, kahwin, berniaga. Nabi s.a.w tidak dihantar utk menghalang semua itu ttpi Allah s.w.t hantar nabi s.a.w utk beritahu bahawa, “wahai manusia, cara makan kamu skrg ini tidak betul, cara kamu cari pendapatan skrg ini tidak betul. Boleh cari pendapatan, ttpi carilah dgn cara yg betul. Nabi s.a.w bukan menghalang. Kenapa? Org yg makan haram, makan harta org miskin, sesungguhnya dia tidak makan harta ttpi sesungguhnya dia telah makan bara api dari api yg sedang menyala. Satu org duduk di Delhi, dan dia talipon satu org beritahu bahawa, ‘saya hendak pergi ke Bombay, saya perlukan tempat tinggal di sana’. Org itu tanya, kamu hendak bilik macam mana, ada dapur dsbnya, untuk 4 atau 5 org. Berapa harganya? Maka sebelum dia dtg, org sudah catit nama dia, bahawa org ini akan dtg dan sudah booking rumah dia di Bombay. Dia duduk di Delhi tetapi dia sudah booking tempat di Bombay. Begitu juga, nauzubillah, satu org duduk di dunia, ttpi dgn kehidupan dia, maka dia telah booking api neraka jahannam. Dgn amalan makan harta haram tadi, maka dia telah senaraikan nama dia dan booking api neraka jahannam. Semoga Allah s.w.t selamatkan kita. Amin.

Tuan2 yang mulia. Allah s.w.t berfirman, tiap2 orang akan diperlihatkan buku catitan amalannya. Akan dipakaikan satu kalung daripada neraka jahannam. Kamu bacalah kitab kamu sendiri. Pada waktu itu, dia akan nampak semua kesalahan2 yang dia telah buat. Dia baca buku itu dan dia tengok di tepi arash Allah s.w.t, kalau salah ini, ini hukumannya. Dia baca, dia tengok tepi arash Allah, dia baca, dia tengok. Segala dlm buku catitan amalan bertentangan dengan apa yg ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sudah tahu, kesalahan ini, azab ini, sudah tertulis di tepi arash Allah s.w.t. Masa itu, dia akan menjerit, maka pada waktu itu, tidak berguna lagi. Allah s.w.t beritahu, “Dulu Kami telah hantar orang untuk azan dengan suara yang kuat, tetapi kamu masih tetap dengan kehidupan kamu, dan juga Kami telah hantar Nabi s.a.w, beritahu jalan syariat, tetapi kamu tetap dengan jalan kamu sendiri”. Tuan-tuan yang mulia. Sepertimana seorang muazzin, dia azan, tutup telinga dia, dia perdengarkan suara dia, dan kamu pula untuk supaya suara muazzin tidak didengari, kamu tutup telinga. 

Muazzin tutup telinga untuk dengarkan suara dia, kamu pula tutup telinga supaya tidak dengar suara muazzin. Begitu juga Nabi s.a.w, telah buat dakwah, telah kuatkan suara dia supaya manusia dengar, kamu pula tutup telinga kamu supaya suara Nabi s.a.w tidak masuk ke telinga kamu. Nuh a.s telah dakwah kaum dia, “ya Allah, siang, malam, terang, gelap, masa sunyi, infradi, ijtimai, aku dakwah mereka dengan cara terang2an, bermacam2 cara aku telah dakwah mereka, aku usaha, tetapi mereka telah letak jari2 mereka ke dalam telinga2 mereka, supaya kata2 aku tidak sampai ke dalam telinga mereka”. Apa yang dibuat oleh kaum dia ialah tutup telinga. Kita akan taat apabila sudah dengar, tetapi, ini tidak, tutup telinga. Dalam bayan, kita patut dengar dengan tawajjuh, bila dengar dengan tawajjuh, baru akan masuk dalam hati. Bila masuk dalam hati, maka akan memudahkan kita untuk amal. Maulana kata, satu org tunaikan hak mendengar, maka Allah s.w.t akan bagi taufik untuk dia beramal.

Nuh a.s terus merayu pada Allah s.w.t, beritahu pada Allah s.w.t, mereka letak jari dalam telinga. Muazzin azan dengan letakkan jari di telinga supaya dapat jerit habis2an, supaya sampai kpd manusia kebesaran Allah, kudrat Allah, kehebatan Allah, sifat2 Allah. Kamu iklankan supaya masuk dalam telinga manusia, kenallah Allah, bahawa Allah sangat besar, Allah maha agong, betapa besarnya Allah s.w.t, bahawa Allah maha satu yang tidak perlu kepada sesiapa. Tuan-tuan yang mulia. Walaupun satu orang besar di dunia ini, dia perlu org kecil. Org besar ttpi perlu secretary, besar apa mcm ini? Kereta besar tetapi perlu skrew kecil, besar apa ni? Kapalterbang besar tetapi perlu skrew kecil. Skrg ini zaman komputer, semua manusia hari ini telah masuk dlm komputer. Benda yg ada dlm komputer itu, kecil aje. Besar apa? Besar kuku aje. Besar kuku itulah yg control semua. Dgn komputer, kita boleh book tiket kapalterbang, atau cancel, atau standby, semuanya Allah gunakan besar kuku aje untuk control, tidak ada apa-apa pun, benda hebat macam itu pun bersandarkan pada benda sebesar kuku. 

Nabi-nabi dtg dan mereka betul2 fahamkan manusia, tetapi manusia letak jari dlm telinga supaya jangan masuk kebesaran Allah ke dalam hati. Allah sgt besar, betapa besarnya Allah s.w.t, bukan besar macam org dunia ini. Org dunia, tiap-tiap org yg besar dlm dunia perlu pada org kecil. Allah tidak perlu pada tempat, rupa, utk turunkan hujan Allah s.w.t tidak perlukan langit, utk tumbuhkan tumbuh2an, Allah s.w.t tidak perlukan bumi utk menjauhkan lapar, Allah s.w.t tidak perlukan makanan, untuk menjauhkan sakit Allah s.w.t tidak perlukan ubat. Maha satu dan tidak ada syirik, tidak ada yg bersama-sama Dia, tidak ada misal, Dialah paling besar, maha besar, dan tidak ada seumpama macam Allah s.w.t. Begitu besarnya Allah s.w.t. Macam mana hendak kenal Allah? Dlm dunia ini, semua manusia dalam dunia ini dari segi kenal Allah, yakin pada Allah, dia buta, semua buta. Dia mungkin tahu itu, tahu ini, tetapi dia buta dalam mengenal Allah, buta dpd kudrat Allah, buta dpd khazanah Allah, satu dunia hari ini buta dlm mengenal sifat2 Allah. Siapa yg akan beritahu? Sptmana satu org buta dlm dunia ini, maka dia perlu pada org yg celik utk pimpin dia. Bila org buta ikut org yg celik, maka dia akan sampai ke tempat yg hendak pergi. Satu dunia hari ini buta dan org yg celik hanyalah Muhammad s.a.w. Utk kita dapat makrifatullah, kita perlu pimpinan siapa? Muhammadurasulullah yg celik.

Allah telah bersumpah dalam Quran, malam israk mikraj, Nabi s.a.w telah dapat pergi begitu dekat dengan Allah s.w.t, yang mana mungkin hanya dia dengan Allah hanya satu anak panah atau dua anak panah, dan Nabi s.a.w bercakap/berdialog dgn Allah s.w.t. Ulamak beritahu, 50,000 perkara nabi telah bercakap dengan Allah s.w.t pada malam itu, ditunjukkan syurga, ditunjukkan neraka, asbab2 masuk syurga pun ditunjukkan, apakah amalan2 yang mengheret manusia masuk ke neraka jahannam pun ditunjukkan. Allah s.w.t telah ciptakan syurga dan telah pagarkan dengan syahwat, benda yang kita suka. Daripada 50,000 perkara antara Allah s.w.t dan Nabi s.a.w, segala rahsia telah disampaikan pada umat ini. Tidak ada satu perkara pun Nabi s.a.w telah khianatkan, tidak sampaikan kepada umat, semuanya telah disampaikan kepada umat. Allah maha besar, sepertimana besarnya Allah, begitu juga sifat Allah, sifat Allah ada dua, satu jamaliah dan satu jalaliah (jamali & jalali). 

Tiap-tiap sifat ada keagongan masing2. Sifat jamali, rahimnya Allah. Semua nabi-nabi dtg dan pertama sekali mereka ta’arufkan Allah pada manusia. Wahai manusia, kenallah Allah, bukan mcm mana kamu faham, tidak!. Nabi-nabi ta’arufkan Allah pada manusia, ta’arufkan apa yang ada dalam khazanah Allah, dan beritahu juga cara macam mana untuk dapat sesuatu daripada khazanah Allah s.w.t. Hari ini manusia bergaduh, dunia sudah jadi neraka, sebab apa? Sebab manusia ini biasanya dia akan bergaduh atas benda yang mereka nampak. Hari ini, pilihanaraya, hanya ada satu kerusi, tetapi yang hendak dapatkannya ramai, macam-mana tak bergaduh. Semua org nampak kejayaan dalam kerusi. Orang kayuh basikal, orang naik motor, orang jual tepi jalan, semua nampak kejayaan dalam kerusi. Kerusi hanya satu ttpi ramai yg hendak dptkannya. Berapa ramai? Ratusan, ribuan, jutaan yg hendak dapatkannya. Tiap2 org akan usaha utk dptkan satu kerusi tadi. Apa sahaja yg ada pada dia, dia akan gunakan utk dptkan kerusi itu. Kenapa? Kerana dia nampak kemuliaan dlm kerusi.

Tuan2 yg mulia. Kita nampak dlm kerusi ada kemuliaan. Nabi beritahu apa yg kamu nampak kemuliaan, itu adalah tipu daya mata kamu sendiri. Berapa banyak manusia sudah duduk atas kerusi ttpi dpt kehinaan. Berapa banyak manusia, bukan sahaja kerusi, bukan sahaja takhta, dia duduk atas kain buruk pun Allah bagi kemuliaan sampai arash Allah s.w.t. Allah s.w.t hendak bagi kemuliaan, orang yang duduk atas keldai pun Allah s.w.t muliakan dia, bawa dia ke arash sana, tempat paling tinggi. Kisra, Allah s.w.t bagi dia satu mahkota, begitu hebat dan besar, sebesar bilik, hendak angkat pun tidak boleh, kena pakai takal untuk angkat. Bila dia duduk atas takhta dia, maka orang akan turunkan mahkota tersebut, letak atas kepala, nampak cantik, org mcm itu pun Allah telah hinakan. Sbb apa? Sbb tidak ambil agama. Sehingga skrg masih ada lagi kesan2 istana Kisra. 

Maulana ada pergi sekali, pergi tengok. Bila lahirnya Nabi s.a.w, telah retak dinding istana Kisra. Dlm kitab ada tertulis. Sehingga hari ini, retakan tersebut masih ada lagi, tidak besar, tidak kecil, besar itulah juga. Inilah orang yang hebat, Kisra, manusia yg kita anggap hebat, mcm itu keadaan dia. Besarnya istana dia macam satu kampung. Mahkota dia, tentera dia, komando dia, bila pergi memburu, dia akan bawa 1,000 ekor anjing, 1,000 hamba sahaya perempuan. Ini baru anjing, macam mana pula komando dia? Pada zaman Syaidina Umar, dikatakan bila hendak jual dia punya karpet, satu jengkal, juta2 harga dia waktu itu. Pada waktu itu, org puji dia, ttpi hari ini sebut sahaja nama dia, semua org laknat dia. Bila Nabi s.a.w tulis surat, dia koyak2kan surat tersebut, maka nabi s.a.w kata, “dia bukan koyak surat saya bahkan dia telah koyakkan negeri dia sendiri”.

Kenallah Allah yang maha besar, maha hebat tiap2 sifat Allah, Allah yang memberi kemuliaan, dengan kehebatan Allah dia dimuliakan. Kalau dia hina, hina dgn kehebatan Allah. Hari ini kita nampak kemuliaan dlm kerusi, itu adalah tipu daya. Hendaklah kita faham betul2. Apa yg kita nampak hari ini, inilah tipudaya mata. Kemuliaan hanya ditangan Allah. Allah akan beri kemuliaan. Bila Nabi s.a.w tulis surat kepada Kisra, sahabat yang bawa surat tadi, orang yang dihantar oleh Nabi s.a.w untuk bawa surat, dia bukan macam kita, kita banyak bagi alasan, bila hendak keluar 40 hari, musim sejuk, bagi alasan tidak ada baju untuk pakai pada musim sejuk, macam2 uzur, tidak mahu pergi, juta2 uzur. Kita fikir mcm mana saya boleh selamat daripada takazah tersebut. Ttpi pada zaman Nabi, tidak ada langsung suasana uzur untuk agama. Pertama, imanlah sebagai asas saya, imanlah sebagai modal saya, untuk iman ini apa sahaja halangan yang datang tetap akan saya korbankan dan kekuatan iman akan datang. 

Utk menguatkan iman, segala amalan akan saya dahulukan dan segala yg menghalang utk peningkatan iman, seperti nafsu akan saya hancurkan. Mereka telah buat keputusan utk masukkan kekuatan iman dan segala asbab yg boleh menguatkan iman, saya akan maju ke depan dan apa shj yg menghalang supaya iman saya jadi lemah, menghalang utk saya maju dlm iman saya, maka segala2nya saya akan tolak ke tepi. “Innimukminun muhajirun”, mukmin dan muhajir. Iman dan hijrah. Utk hijrah ini, apa segala bentuk pengorbanan yg perlu saya buat, saya akan buat pengorbanan. Apa sahaja bentuk pengorbanan yg perlu saya buat, saya akan buat. Apa sahaja pengorbanan yg perlu dibuat utk jadi org mukmin, utk hijrah, saya akan tinggalkan anak, isteri, apa shj akan saya tinggalkan. Sudah mukmin, sudah hijrah, maka mujahadah pula. Sahabat2 kata, “sesungguhnya kami dapati kebaikan dlm perkara yg kami tidak suka”. Tuan2 yang mulia. Kita sudah keluar 40 hari, dengar Quran, hadith, ta’alim, sempurnakan 4 bulan. Orang mukmin bila dengar Quran mesti iman meningkat. Sudah niat 4 bulan ttpi ada sahaja halangan, bertahun2, sampai 20 tahun, saya sudah bagi 40 hari, ttpi saya belum bagi 4 bulan lagi, apa maknanya? Skrg ini saya sudah buat keputusan, sudah dengar bayan maulana, hari ini juga, apa juga halangan saya akan sempurnakan 4 bulan. Bila dia fikir mcm itu, org beriman, bila dengar cakap ttg iman, iman akan meningkat, bila dibacakan ayat Quran, Allah beritahu, org beriman, baca ayat Quran, cakap tentang iman, maka iman dia akan meningkat, sehingga datang kekuatan, sehinggalah dengan iman tadi, dia dalam control iman, bukan orang lain control dia, iman yang control dia, maka untuk korban apa sahaja untuk takazah agama, tidak ada benda yang boleh halang dia. 

Tidak ada satu kekuatan yang lebih kuat untuk mendorong manusia lebih daripada iman dan tidak ada kerajaan, tentera yg boleh mendorong manusia lebih daripada kekuatan iman dan tidak ada satu perkara, tidak ada satu kekuatan yg boleh menghalang manusia dpd buat satu benda melainkan kekuatan iman dan tentera, kerajaan pun tidak ada kuasa dan kekuatan utk menghalang seseorg itu utk buat satu benda. Allah basir, samiq, maha mendengar, kita kena yakin bahawa Allah basir, maha melihat, maha mendengar, masuk ke dlm lubuk hati kita, yakin bahawa Allah maha melihat, maha mendengar, sanggup meninggalkan bedding utk pergi solat tahajjud, sanggup tinggalkan anak-isteri, sanggup buat apa shj utk letakkan diri di jln mujahadah. Satu org yg mana iman telah masuk dan di tangan dia ada mangkuk arak, dan kalau dia sudah minum dan arak ada di kerongkong dia, tidak ada satu kekuatan pun yg boleh menghalang dia melainkan kekuatan iman. Kekuatan iman sahaja yg boleh menghalang dia dan keluarkan semula arak yg sudah masuk ke dalam kerongkong dia.

Tuan2 yg mulia. Zaman kita zaman ‘chai’, zaman teh, satu orang dtg minta teh, dua org datang minta teh. Begitu juga di zaman dulu, zaman arak, waktu itu belum diharamkan lagi. Satu org dtg bagi arak, dua orang datang bagi arak, sama seperti zaman teh macam kita sekarang. Bila datang perintah, Abu Talha Ansari r.a, dia kata, dengar ada orang iklan di luar sana, cuba dengar, “arak telah diharamkan”. Hamba dia datang dan beritahu bahawa arak telah diharamkan, maka tidak ada polis, tidak ada gari, tidak ada apa-apa pun, cuma iklan sahaja, terus semua orang 100% berhenti. Ada yang di kerongkong, telah dikeluarkan dari kerongkong. Ada yang di dalam tempayan, telah pecahkan tempayan. Satu orang yang telah minum, bila dgr sahaja bahawa arak diharamkan, maka telah keluarkan semula. Dlm sejarah telah membuktikan bahawa, bila dengar sahaja iklan haramnya arak, maka arak yang berada dlm tempayan tidak dikeluarkan masuk dalam jug, arak yang ada dalam jug tidak dikeluarkan masuk dalam cawan, arak yang ada dalam cawan tidak dikeluarkan masuk dalam kerongkong, arak dalam kerongkong tidak masuk dalam perut. Begitulah keadaan suasana bila arak diharamkan, semua telah berhenti, tidak ada satu kerajaan, tidak ada polis, tidak ada undang2, tidak ada apa-apa waktu itu, Allah telah haramkan arak. Perkara yg disuruh buat telah dibuat, perkara yg dilarang telah ditinggalkan, kalau ada kekuatan dalam dunia ini, untuk menghalang manusia daripada benda yang tidak boleh kepada boleh dan benda yang boleh kepada tidak boleh, hanya satu kekuatan sahaja, kekuatan apa? Kekuatan iman.

Tuan-tuan yang mulia. Untuk sempurnakan takazah iman, tidak ada benda yang boleh halang sahabat, dengan penuh yakin atas janji Allah, mereka akan angkat kaki mereka untuk sempurnakan takazah iman. Samada perkara itu berhubung dengan rumahtangga, nikah-kahwin, perniagaan, maka telah masuk dalam hati mereka bahawa Allah akan bagi kejayaan, Allah akan bagi kejayaan dalam taat, Allah bagi kejayaan dalam iman, saya gagal, saya mati, saya apa pun, tetapi gagal dgn kehendak Allah, kalau hendak berjaya, saya akan sempurnakan kehendak Allah, dan kalau saya hendak gagal, saya tinggalkan kehendak Allah. Usaha yang kita buat sekarang ini, hendak letak nama apa pun letaklah, nama tabligh ka, nama apa pun, usaha ini adalah usaha untuk menguatkan iman. Kamu bawa surat ini kepada Kaisar, nama sahabat itu ialah Rabi’e b. Amer. Dia naik kenderaan kerajaan, kenderaan apa? Keldai, yg mana tidak ada pelana pun, duduk atas tulang belakang keldai tersebut. Tidak ada pakaian rasmi pun, pakaian yang dia pakai, masyaAllah, tutup atas nampak bawah, tutup bawah nampak atas. 

Bila duduk atas keldai, kaki dia cecah pasir. Orang pergi safar, biasanya akan bawa bekalan tetapi dia bawa pedang dan pedang itu pun kontot. Bila Kaisar tahu orang Islam akan hantar orang, maka untuk mengerunkan orang Islam, berbatu2 dia telah buat macam2, dia bentangkan permaidani berbatu2. Punyalah hebat permaidani itu, bila keldai letak kaki, tenggelam kaki keldai, hendak jalan pun susah. Satu orang da’i, yang dihantar oleh Allah, bawa agama, keadaan dia macam mana? Kita hari ini bila pergi gasht, mata kita tengok macam2, tengok itu, tengok ini, kita keluar jalan Allah, tengok benda itu, tengok benda ini, tetapi sahabat ini zahirnya tidak ada apa-apa, tetapi dalam hati dia penuh kebesaran Allah, akhirat depan dia, syurga depan dia. Orang yang bawa agama Allah, bawa perintah Allah, buat kerja agama, dia tidak akan terkesan dengan apa yang ada di depan dia. InsyaAllah, kita semua berjanji dan bertaubat pada Allah mulai hari ini, kita tidak akan keluar daripada masjid, kalau ada orang hendak pergi, pegang kaki dia, pujuk rayu supaya jangan dia keluar.

Tuan2 yg mulia. Nabi s.a.w bersabda, bahawa Allah tidak jadikan satu org itu dua hati. Setiap org ada satu hati sahaja. Maknanya kalau dlm hati seseorg ada kebesaran Allah, maka tidak ada benda lain. Kalau ada kebesaran Allah dlm hati maka kebesaran lain tidak ada. Kalau ada kebesaran harta (mal) dlm hati, maka kebesaran lain tidak ada. Allah tidak jadikan dua hati dlm satu org. Kebesaran Allah ada, kebesaran makhluk pun ada, tidak mungkin!! Satu hati, satu benda sahaja ada. Kebesaran Allah ada, kebesaran makhluk tidak ada. Kebesaran harta ada, maka kebesaran Allah tidak ada. Sahabat tadi, dlm hati dia ada satu sahaja, iaitu kebesaran Allah dan kebesaran makhluk tidak ada. Apb kita diberi satu tggjwb, hendaklah kita sempurnakan tggjwb tadi mcm mana Allah dan Rasul hendak. Kalau dia hendak lepaskan diri dia, dia boleh bagi mcm2 keuzuran. Dia boleh kata, mcm mana saya hendak pergi, kenderaan pun mcm ini, pakaian pun tidak cukup. Dia boleh beritahu semua uzur2 dia. 

Ttpi mrk tidak tahu hendak uzur2, tidak ada suasana itu pada zaman itu. Apa sahaja takazah, apa yang ada, bismillah…, tidak ada uzur2 lagi dah. Allah s.w.t beritahu, kamulah sebaik2 umat, kamu dilahirkan dad perut ibu kamu, maksud untuk mengajak kepada kebaikan dan halang dpd keburukan, kamu sentiasa usaha atas iman, sentiasa beriman kpd Allah. InsyaAllah, mulai hari ini, bila dibentangkan takazah, kita tidak akan beri keuzuran. Maulana kata, perlahan aje insyaAllah, ada apa-apa lain lagi ni.. Kita sudah buat azam tidak mahu keluar masjid, tetapi musuh kita di luar sana tu, nafsu, syaitan, tidak akan lepaskan kita. Siapa yang Allah kehendaki, orang itu sahaja yang boleh buat kerja agama. Orang yang Allah kehendaki, orang itu tidak akan pergi keluar masjid. Sebab itu, waktu ini kita kena niat, “Ya Allah, terimalah saya, jangan buang saya”. Kerja agama tidak bergantung pada sesiapa, bahkan hari hampir kiamat nanti, Nabi s.a.w beritahu, Allah s.w.t akan memperkuatkan agama dengan satu orang lelaki yang fajir, orang yang paling buruk dalam dunia ini. Allah akan gunakan dia untuk buat kerja agama. Jangan tengok orang itu, orang ini, kita tengok kita macam mana. Di zaman Nabi s.a.w, telah diajar labbaik, dalam setiap takazah. Kita diajar waktu hendak naik haji sahaja, labbaik, saya terima, saya hadir, waktu pakai ihram, waktu tawaf, semua labbaik.

Abu Hurairah, labbaik. Huzaifah, labbaik. Rabi’e, labbaik. Zaman tersebut, zaman labbaik. Boleh tuan pergi sana? labbaik, boleh. Kamu duduk dalam ta’alim, labbaik, boleh. Setiap masa dan keadaan labbaik. Kita hari ini masa naik haji sahaja, itu pun tidak betul. Seumur hidup, paling kurang sekali sahaja haji, waktu itu kenalah betul, itu pun tidak betul. Solat sehari lima kali, labbaik , saya hadir, saya sedia. Sahabat tadi bawa surat tersebut, sepertimana bayan hidayat, bila jemaah hendak keluar, buat gasht macam ni, buat ta’alim macam ni, satu hati, kasih sayang, adab masjid, jangan buat bising dalam masjid, semua diberitahu dalam bayan hidayat. Nabi s.a.w telah bagi bayan hidayat pada Rabi’e, bawa surat ni macam ni, macam mana hendak bawa, macam mana hendak bagi, bayan hidayat yang sempurna telah diberi kepada hadrat Rabi’e. Dlm bayan hidayat, jgn tengok kiri-kanan. Bersedia, ada dunia di depan nanti. Dlm riwayat mengatakan bila hadrat Rabi’e berjalan, org kata tunggul berjalan. Diam sahaja, tidak tengok kiri-kanan, dia tidak kisah apa berlaku kiri-kanan. 

Macam mana bayan hidayat, macam itulah dibuat. Macam mana dakwah, macam mana khususi, macam mana ta’alim, waktu mana ta’alim, macam itulah kena buat, semua diberi dalam bayan hidayat, inilah jemaah yg betul. Kalau tidak, tidak ikut bayan hidayat, sebelum masuk masjid, di tangga, sudah tahu apa ada disana, apa hendak buat lepas ini, semoga Allah maafkan. Semoga Allah bagi pandangan pada kita, iaitu pandangan kita hanya yakin atas khazanah Allah, yakin atas amalan, sehinggalah kita tidak nampak lagi dunia ini. Jgn sampai kita punya air liur meleleh dengan sebab tengok dunia. Hadrat Rabi’e, bila duduk org kata tunggul, diam, tidak tengok kiri-kanan. Waktu itu tidak ada training school, driving school, tidak pernah diberi training bila keldai hendak berak, kena turun bawah, manalah ada diajar macam itu. Dia tidak tahu, bila keldai hendak berak, berak atas karpet. Semua org di kiri-kanan terbeliak mata. Apa org ini, meiji sab (org kampung), dtg dari mana ni?

Hadrat Rabi’e kata, “Ini ada surat utk Kisra”. Dia ikut bayan hidayat sptmana yg diberi oleh Rasulullah s.a.w, betul2 dia ikut, tidak tengok kiri-kanan, Istana punyalah hebat, singgahsana punyalah besar, ttpi dia ikut bayan hidayat. Apb kebesaran Allah sudah masuk, ingat betul2 tuan2, semoga Allah s.w.t bagi taufik pada kita, bercakap-bercakap-bercakap, sehinggalah Allah s.w.t bagi hakikat ini pada kita. Maulana Yusuf rah. kata, satu perkara apb kebesaran Allah masuk dlm hati, maka Allah s.w.t akan campakkan ghairullah di depan kaki dia. Apb Allah keluar, Allah s.w.t akan serahkan org ini pada ghairullah. Ada org dikongkong oleh kedai, dikongkong oleh kerajaan, sebab apa? Sbb kebesaran Allah tidak ada dlm hati. Semua benda tunduk pada sahabat, kenapa? Kerana dlm hati mereka tidak ada kebesaran lain melainkan kebesaran Allah, maka Allah tundukkan semua makhluk di depan mereka. Hadrat Rabi’e pergi, tidak terkesan dgn apa benda pun, tidak ada benda yg mengkagumkan dia, dia ikut bayan hidayat, kenapa? Dia tahu bahawa saya dihantar utk satu kerja, tidak ada kerja lain. Org duduk atas singgahsana, biarkan dia, singgahsana emas ke, singgahsana perak ke, itu kerja dia, saya dgn kerja saya, empat penjuru, keliling, org tengok dia.

Tuan2 yg mulia. Dlm surat nabi s.a.w tertulis, “Dpd Muhammad B. Abdullah, iaitu sbg rasul Allah, kpd pembesar Rom”, nama Nabi s.a.w dahulu, lepas itu nama Kisra. Kisra tengok dan kata, “Aku dihina, nama dia dulu dan nama aku kemudian”, dia baca tajuk surat sahaja, dia tengok permulaan/mukaddimah sahaja, dia pun terus koyak surat tersebut, tidak baca isi surat. Sbb apa? Besar diri, takabbur. Hadrat Rabi’e balik dan bagi karguzari, dia tidak buat kerja lain, dia bagi karguzari dulu, bukannya cari bedding dulu. Kalau kita tengok sejarah sahabat, bantuan2 ghaib yg dtg pada sahabat, akan dtg pada kita hari ini apabila kita ikut sirah mereka, cara hidup mereka. Mereka pergi ikut hidayat, balik pun ikut hidayat. Nabi s.a.w telah ajar sahabat2, bila hendak timbang, timbang bagi lebih. Begitu juga kalau hendak timbang 40 hari, timbang bagi lebih sikit, jangan kurang. 

Kalau tidak boleh lebih juga, tambah 2 rakaat solat, supaya ada juga lebih. Nabi s.a.w kata, dia tidak koyak surat saya, tetapi dia telah koyak kerajaan dia sendiri. Ini lidah Nabi s.a.w sendiri berkata-kata. Perkataan yang keluar dari lidah Nabi s.a.w maka segala nizam ghaib, 7 petala langit, 7 petala bumi, telah bergerak dgn sabdaan Nabi s.a.w tadi. Apb Allah hendak hina seseorg, walaupun segala asbab yg ada pada seseorg, Allah tetap akan hinakan. Disisi hadrat Rabi’e ada asbab kehinaan, segala bentuk asbab kehinaan ada pada dia, ttpi Allah s.w.t muliakan. Bila Allah hendak muliakan, walaupun 1500 tahun sudah berlalu, hari ini bila sebut nama Rabi’e, org kata radiallahuanhu. Bila sebut nama Kisra, org yg malang, org yg celaka, org yg telah kurang ajar dengan surat Nabi s.a.w.

Agama itu apa? Agama ialah apa yang Allah dan Rasul faham, bukan apa yang saya dan tuan-tuan faham. Kejayaan hanya dalam agama, kejayaan hanya dalam agama, kalau kita nampak kejayaan selain daripada agama, itu tipu daya mata kita dan tiap2 tipudaya mata ini akan terbuka waktu hendak mati, macam Firaun, dia kata saya beriman dengan tuhan nabi Musa. Berapa banyak anak kecil telah dibunuh, berapa banyak perut yang mengandung telah dibelah dan dikeluarkan kandungan, orang percaya bahawa Firaun tuhan, waktu dia kata bahawa dia beriman dengan Allah, maka waktu itu Allah perintah Jibrail a.s ambil lumpur dan masukkan ke dalam mulut Firaun. “wahai orang yang celaka, sekarang baru kamu hendak mengaku, sekarang bukan masanya lagi”. Beriman kepada akhirat tanpa tengok, beriman kepada syurga tanpa lihat, beriman kepada titi sirat tanpa lihat, beriman kepada padang mahsyar tanpa lihat, dan beriman kepada apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w, itu dinamakan iman, “yukminu nabil ghaib (beriman kpd yg ghaib)”.  Setelah beriman dengan ghaib, ini kunci untuk faham Quran. Apa kunci dia?  “yukminu nabil ghaib”. 

Rahsia untuk faham Quran, ikut agama, hendak faham agama yang bersangkut paut dengan kerajaan pun, kunci dia ialah “yukminu nabil ghaib”.  Hendak faham semua jurusan dunia ya bersangkutan dengan agama, semua punca dia ialah “yukminu nabil ghaib”. Semoga Allah fahamkan kita. Selagi mana kita dapat buat pengorbanan, “yukminu nabil ghaib”, masuk, berakar umbi dalam hati kita, Allah akan terus buka hakikat. Untuk itu, kita kena buat penghisaban sendiri. Tahun ini 40 hari, apa yang saya sudah dapat, dibandingkan dgn 40 hari tahun lepas, Banyak mana “yukminu nabil ghaib” telah bertambah dalam hati. Berapa banyak saya beriman dengan Allah dan Rasul telah bertambah, berapa banyak sudah bertambah semangat untuk taat perintah Allah, berapa banyak sudah bertambah semangat untuk amalkan sunnah Nabi s.a.w. Jangan jadi satu adat, datang-pergi, datang-pergi. 

Betullah, tidak ada syak, Nabi s.a.w bersabda, bahawa debu dijalan Allah dan asap api neraka tidak akan berkumpul pada badan seseorang. Satu orang keluar dijalan Allah, kalau dia buat solat nafil, buat gasht, semua ini kita tidak boleh tolak, memang betul dia buat, alhamdulillah, habis 40 hari, bukan setakat itu sahaja, berapa banyak yakin masuk dalam hati, berapa banyak jasbah akhirat telah bertambah, berapa banyak cinta dunia telah berkurangan, berapa banyak kerisauan, kesedihan umat sudah masuk dalam hati. Umat yang mana tidak kenal solat, tidak kenal Allah, yang mana hari ini umat ambil tukul besi, ketuk kaki sendiri, merosakkan kehidupan sendiri, semua ini berapa banyak risau telah datang dalam hati kita?

Kejayaan dlm apa tuan2? Kejayaan dalam agama. Kejayaan hanya dalam agama. Agama itu apa dia? Kena faham. Dengar dan masukkan dlm fikiran kita. Apa itu agama? Agama ialah tiap2 amalan, 24 jam, makan, minum, cari pendapatan, cakap dgn isteri, sayang anak, jumpa kawan, jumpa musuh, semuanya dibuat dgn perintah Allah dan dgn cara nabi s.a.w, itu namanya agama. Tiap2 benda yg bersangkut paut dgn kehidupan kita, kita ikut perintah Allah dgn cara Nabi s.a.w, itu adalah agama. Jumpa isteri, ada agama. Hendak pergi kedai, ada agama. Cari duit, ada agama. 24 jam ikut perintah Allah, ikut sunnah nabi, itulah agama. Hari ini kita nampak apa yg baik kita kata itu agama. Kalaulah perkara yg kita nampak baik tadi bertentangan dgn perintah Allah dan sunnah nabi, itu tidak jadi agama, walaupun kita kata agama. Solat agama tak? Solat bukan sahaja agama, bahkan tiang agama. 

Kalau satu org solat waktu matahari sedang naik, jadi agama tak? Tak jadi agama, jadi maksiat, bukan agama lagi dah walaupun solat. Pada waktu itu, solat tidak jadi agama. Jadi apa? Bertentangan dgn agama. Kita suap makanan ke mulut isteri kita, jadi agama tak? Nampak macam main2 shj, suami-isteri, tetapi kalau kita ingat ini perintah Allah dan sunnah Nabi, Nabi s.a.w bersabda, kalau kamu suap satu suapan ke mulut isteri kamu, maka akan dpt pahala sedekah. Buat amalan suap ini, semangat dia semata2 utk amalkan sunnah nabi, maka ini jadi agama. Ttpi kalau solat pun, bertentangan dgn perintah Allah dan Rasul, ia tidak jadi agama. Kalau kita tinggalkan semua, tidak nikah, tidak kahwin, tidak buat semua, ambil sehelai kain dan duduk di satu penjuru, demi Allah, ini bukan agama. Kita anggap itu agama, padahal itu bukan agama.

Allah s.w.t beritahu bahawa Allah puji org2 yg berniaga, yg mcm mana? Berniaga yg mana perniagaan mereka tidak menghalang/melalaikan mereka dpd ingat Allah. Duduk dalam suasana duit, bagi duit, ambil duit, tukar duit, tuan-tuan tengok selalu perkara ini, sampai jadi juta-juta ringgit perniagaan dia, sampai tidak sempat untuk bernafas, tetapi hati dia dekat dgn Allah. Hari yang mana waktu dia balik2kan duit tadi, bilang2 duit, tetapi hati dia tetap kepada akhirat, hati dia seolah2 meronta2 ke arah akhirat, orang yang berniaga macam ini Allah puji. Agama itu apa? Agama ialah tiap2 amalan, 24 jam, ikut perintah Allah dan sunnah Nabi, itu agama. Agama kena belajar. Hendak dpt mcm mana? Sudah tahu apa itu agama, macam mana hendak dapat, kena belajar. Macam mana agama boleh datang dalam kehidupan kita? Supaya tiap2 amalan 24 jam kita jadi agama, macam mana boleh dapat ini semua? Dengar betul2! Agama bukan macam satu kapsul atau satu injection, sekali cucuk, lepas itu jadi org agama. Agama bukan injection atau ubat atau kapsul. Agama akan dtg dlm kehidupan dgn mehnat/usaha. Bukan dgn tiap2 usaha agama boleh dtg. Org usaha atas perniagaan, dia tidak akan dpt jadi doktor. Dia usaha atas kedoktoran, baru dia akan jadi doktor. Tiap2 perkara ada usahanya sendiri. Begitu juga kita hendak dpt agama, kena usaha.

Tuan2 yg mulia. Untuk agama datang dalam kehidupan, kita kena usaha. Bukan usaha yang mana kita anggap hari ini, bukan tiap2 usaha boleh datang agama. Usaha yang macammana? Usaha yang pernah dikendalikan/dibuat oleh nabi2 dan nabi2 telah letakkan pengikut2 mereka untuk membuat usaha. Usaha itulah, kalau kita buat maka agama akan datang dalam kehidupan kita. Bukan tiap2 usaha agama boleh datang. Usaha yang dibuat oleh nabi2, usaha yang dibuat oleh sahabat, usaha itulah agama akan datang. Usaha itu nama dia apa? Usaha yang dibuat oleh nabi2 dan sahabat2, dalam Quran diberitahu usaha itu namanya ialah usaha dakwah. Usaha nabi, usaha nabi2, kalau kita buat usaha ini, agama akan datang. Bukan tiap2 usaha agama boleh datang. Saya tidak mahu terangkan lebih terperinci, harap tuan2 faham. Kejayaan dalam agama. Agama yang macammana? Agama yg Rasulullah s.a.w bawa. 24 jam, tiap2 amalan ikut perintah Allah dan sunnah nabi, itulah agama. Macam mana agama boleh dtg dlm kehidupan kita? Utk itu, kena usaha. Usaha yg macam mana? Usaha yg dibuat oleh Nabi s.a.w. Kejayaan dlm agama. Agama dtg dgn usaha. Usaha cara Nabi s.a.w. Pertama sekali usaha yg Nabi buat ialah mula2 masukkan kebesaran Allah dlm hati2 manusia. Wahai karkun, org tabligh yg berselimut, yg tidur, bangun, besarkan Allah. Jgn besarkan makhluk. Selimut, tidur, ini semua makhluk.

Bila ayat ini turun pada Nabi s.a.w, usaha pun dimulakan oleh nabi s.a.w, usaha yang mula2 nabi buat. Sekarang ini, sebanyak mana usaha kita mirip dengan usaha Nabi s.a.w, sebanyak itulah hidayat akan dtg kpd kita. Wahai org2 yang berselimut, sekarang bukan masa untuk berselimut, kamu sudah diberi tggjwb, diberi takazah, bangun dan sampaikan utusan Kami. Sampaikan utusan Kami macam mana kamu dengar. Jangan sampaikan mcm mana kamu faham. Mcm mana dengar, macam itulah sampaikan. Kamu adalah basiron wanaziron wasirojam munira, bukan setakat kamu sahaja basir, nazir, bahkan kamu kena jadi siroj, jadi pelita sepertimana sahabat. Nabi s.a.w adalah pelita yang pertama. Nabi telah nyalakan pelita2 yang lain sehingga semua dapat cahaya. Kita pun, kalau kita hendak cahaya yang ada pada Rasuullah s.a.w, kita kena lekatkan pelita kita dengan pelita sahabat. 

Selepas itu, kena bagi/pass-pass cahaya/api itu pada semua orang. Waktu musim panas peluh keluar, musim sejuk peluh masuk ke dalam. Siapa sahaja, menteri, datuk, orang tua, orang muda, siapa sahaja, berdiri tengah panas, pasti dan pasti peluh akan keluar. Kalau duduk dalam bilik air-cond, peluh akan masuk dalam. Siapa sahaja, ini adalah sunnatullah dan Allah amkan pada semua orang. Begitu juga, sepertimana manusia, terkesan dengan sejuk dan panas, begitu juga suasana iman, suasana tidak iman, suasana agama, suasana tidak agama, suasana jahil, suasana ilmu, suasana bersih, suasana rosak, muasyarat bersih, muasyarat rosak, semua ini manusia akan terkesan. Tanpa kesan pada suasana ini, dia tidak boleh duduk, dia mesti terkesan, sepertimana satu org tadi berdiri tengah panas, dgn kesan panas tadi peluh akan keluar. Begitulah tiap2 suasana yg ada ini, tiap2 org akan terkesan. Suasana baik, suasana tidak baik, semua org akan terkesan. 

Tuan2 yg mulia. Allah s.w.t hantar Isa a.s, Isa a.s buat usaha. Lepas itu, Isa a.s wafat, maka umat ditinggalkan tanpa nabi, bukan satu tahun, bukan dua tahun, bukan 10 tahun, bukan 20 tahun, ttpi hampir 600 tahun, tidak ada nabi dtg di antara nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Satu dunia pada waktu itu dlm kegelapan. Sepertimana sekolah, bila cikgu tidak ada, macammana keadaannya? Sekejap shj tidak ada, macammana keadaan kelas tadi? Ribuan pengaduan dtg, sekejap shj cikgu tidak ada. Pada zaman itu, antara Isa a.s sehingga Nabi s.a.w, hampir 600 tahun, macammana keadaan umat pada waktu itu? Tidak ada org hendak cakap ttg akhirat. Nampak sesiapa macam hebat sedikit, maka jadikan dia sbg org besar, nampak bulan, nampak matahari, dijadikan sbg tuhan. 

Apa sahaja yg dia rasa hebat, maka dijadikan sbg tuhan. Pertama sekali, Nabi s.a.w dtg dan perdengarkan, wahai org yg berselimut, bangun dan besarkan Allah, tidak ada yg besar selain Allah. Dengar shj perkara ini, orang Mekah tercenggang. Apa ini? Dikeliling Baitullah, ada 360 berhala, berhala musim sejuk, berhala musim panas, macam kita hari ini ada pakaian musim sejuk, ada pakaian musim panas. Begitu juga pada zaman itu, tuhan yang berlainan. Dengar sahaja Rasulullah s.a.w laungkan perkataan ini, semua hairan. Allah s.w.t akan bermuamalah dengan manusia mengikut yakin dia. Kalau satu orang yakin dengan ghairullah, maka Allah akan serahkan orang ini pada ghairullah. Kalau dia telah putuskan yakin dia dpd segala2nya, hanya yakin dengan Allah, maka Allah tidak akan serahkan orang yang yakin denganNya pada makhluk. Ini sifat Allah.

Pada zaman tersebut, satu org hendak safar melalui laut, maka bila dia letak sampan dia atas air, dia kata, dengan nama dewa laut. Kalau hendak masuk hutan, dia akan kata dgn nama dewa hutan. Saya telah redhakan dewa dlm hutan maka skrg saya tidak akan ada masalah. Itu yakin mereka. Apb matahari naik, hari makin terang, makin terang. Bila matahari turun, hari makin gelap. Bila matahari tenggelam, maka tangan pun tidak nampak, gelap-gelita. Pada zaman itu, satu dunia sudah tenggelam dlm kegelapan. Bila matahari naik semula, mula nampak cahaya, subuh saddiq, nampak cahaya diufuk, di kaki langit, perlahan2 naik matahari, terbit matahari, mana perginya kegelapan? Gelap akan lari. Begitulah sebelum lahirnya Nabi s.a.w, dan Nabi Isa a.s telah diangkat ke langit, tidak ada orang hendak bercakap ttg Allah, tidak ada satu orang hendak ta’arufkan Allah, maka manusia semua tanpa kawalan, sepertimana kuda yg tidak ada tali, mana hendak jalan, jalan.  

Begitulah manusia ini, bila Nabi Isa a.s diangkat ke langit, dan nabi s.a.w belum lahir, pada waktu itu, gelap, semua syirik. Ttpi bila Nabi s.a.w dtg, mulakan usaha dakwah, usaha agama, adalah umpama naiknya matahari, maka gelap akan hilang. Nabi s.a.w dtg bawa usaha. Kegelapan, kufur dan syirik perlahan2 semua hilang. Hampir 600 tahun mereka mempunyai akidah yg rosak. Mereka kata, kalau kita tinggalkan unta dlm hutan dgn nama dewa, maka unta akan dpt ballik dgn selamat. Beratus tahun pengalaman dgn yakin seperti itu. Yakin ini, bukan yakin satu hari, dua hari, ianya sudah beratus tahun, dan masuk dlm hati mereka.

Apabila org beriman usaha atas iman, usaha utk masukkan hakikat iman dlm hati dia, maka Allah s.w.t akan bantu dia. Allah akan zahirkan nusrah ghaibNya. Allah s.w.t akan tunjukkan depan mata dia sendiri, walaupun org kafir semua benci, agama sudah zahir, org dtg kepada agama. Org kafir semua benci, tetap akan berlaku, manusia akan nampak dgn mata dia sendiri. Mula2 sekali bila usaha agama dibuat dan terus dibuat, maka Allah s.w.t akan gagalkan pengalaman2 yg ada pada org2 sekarang ini. Sepertimana Firaun, sebelum dtgnya nabi Musa a.s, Allah buat mengikut pengalaman yg ada pada dia waktu itu. Bila mula datangnya dakwah yang dibawa oleh nabi Musa a.s, Allah mula gagalkan pengalaman yg ada pada Firaun. Apabila satu keadaan dtg pada nabi2, mereka rasa macam sudah hampir putus asa, mrk sudah putus harapan, kaum tidak mahu beriman dgn Allah, maka pada waktu itu Allah hantar bantuanNya. Bantuan akan dtg apb asbab semua sudah habis. Segala pengalaman semua sudah gagal. Sekarang ini kita buat usaha dengan semua keadaan yang ada, oleh itu kita tidak faham bantuan ghaib Allah s.w.t. Utk itu, kita kena cakap ttg ghaib, cakap ttg Allah, ttg akhirat, sehingga masuk dlm hati. Sepertimana hari ini kita cakap duit, duit, duit, sehingga duit ini telah masuk dlm hati kanak2 pun. Kita kena ubah cakap kita, akhirat, kubur, mahsyar, Allah, Allah, Allah, sehingga perkara ini masuk dlm hati tiap2 org sehingga hati kanak2 pun terkesan dgn akhirat, terkesan dgn Allah.

Saya cakap apa tadi? Mula2 sekali, bila usaha agama dibuat, Allah s.w.t akan gagalkan pengalaman ahli batil. Apabila usaha hak zahir, Allah s.w.t akan tukarkan pengalaman yg ada pada batil. Satu org, yg sudah beratus tahun pengalaman, bila pergi ke hutan dan tinggalkan unta di sana, minta perlindungan daripada dewa hutan, mesti kamu akan dapat balik unta itu dengan selamat. Pengalaman ini bukan sekali, dua kali, bahkan sudah beratus tahun. Nabi s.a.w usaha, bawa kpd iman, cakap kebesaran Allah, bahawa Allah yg buat segala2nya, makhluk tidak boleh buat apa2. Allah tidak ada sekutu dgn dia. Allah yg maha satu, tidak ada bersama Allah dpt kita syirikkan/sekutukan. Usaha, usaha, sepertimana matahari naik perlahan2, maka pengalaman akidah yg rosak zaman itu makin hari makin diperbaiki dgn berkat dakwah.  

Mula2 bila dakwah dibuat, nabi kata yg buat segala2nya ialah Allah, makhluk tidak boleh buat apa-apa. Pengalaman yg beratus tahun, pergi cuba lepas unta dlm hutan, dgn nama dewa hutan ini aku lepaskan. Tiba2 tidak dpt balik. Dengar satu suara, wahai sifulan, zaman itu sudah habis, sudah tidak ada, unta kamu telah diikat di Madinah, ada seorg nabi di sana. Apa sudah terjadi ni? Saya lepas unta saya disini, macam mana boleh ada di Madinah. Maka org ini tinggalkan hutan tadi dan jln menuju ke Madinah. Memang betul unta dia ada di Madinah, diikat di belakang masjid Nabawi. Dia pun terkejut, apa sudah jadi? “Lailahaillallah Muhammadurasulullah”. Pengalaman yg beratus tahun telah Allah s.w.t gagalkan dan tidak jadi seperti mana sebelum ini. Skrg dtgnya dakwah, maka nampak yg hak.

Tuan2 yg mulia. Org sudah tahu ttg usaha ini, alhamdulillah, org sudah kenal usaha ini, tiap2 lapisan masyarakat sudah dtg, ttpi masih tidak cukup dgn duduk taalim sekejap, kemudian bangun, habis 40 hari terus balik rumah, keluarkan jemaah sedikit, alhamdulillah, ini satu kurniaan Allah. Satu jemaah Arab balik semalam, mrk telah keluarkan 24 jemaah tunai dan jemaah masjid telah dibentuk, jemaah 4 bulan, 40 hari, telah dikeluarkan. Jemaah telah dikeluarkan, usaha telah berjalan, ttpi tidak cukup dgn itu shj. Mcm mana supaya hakikat iman, yakin dgn janji2 Allah s.w.t, usaha ke arah mana yg kita hendak? Usaha ke arah supaya kita yakin dan janji2 Allah, supaya Allah zahirkan janji2Nya sehinggalah org2 ahli batil nampak janji Allah depan mrk. Janji ghaib ini, Allah tunjukkan depan mrk. 

Sampai peringkat itu kita kena buat usaha. Tuan2 yg mulia. Agama akan dtg dgn sebanyak mana kita buat usaha. Sebanyak mana agama dtg, sebanyak itu kita akan berjaya. Mula2 sekali, dakwah kpd iman. Semua org Mekah kata Nabi s.a.w sidiq, amin, org amanah, ttpi bila usaha dakwah dimulakan, maka macam2 keadaan dtg pada Nabi s.a.w. Skrg tuan2 yang ada dalam majlis ini, orang yang 40 hari fikir jadi 4 bulan, maka terus datang keadaan pada dia, anak, isteri, kedai, pekerjaan, macam2 akan datang. Semua orang kata Nabi s.a.w sidiq, amin, bila buat usaha dakwah, mulalah keadaan dtg, mereka letak duri, letak perut unta, macam2 mereka buat pada nabi s.a.w. Bukan setakat itu sahaja, sesiapa yg menyahut seruan nabi s.a.w, dgr apa yg Rasulullah s.a.w dakwahkan, org itu juga diseksa. Dada Bilal r.a diletak batu, Khabab r.a telah ditarik di tengah padang pasir dan telah diselar dgn besi panas sehinggalah dibelakang dia org hendak tengok kesan dpd besi panas itu, tidak sanggup tengok kerana punyalah teruk. Satu org sahabat, satu kaki diikat pada satu unta, dan satu kaki lagi diikat pada unta yg lain dan unta tersebut telah diarah utk lari dlm arah yg bertentangan.

Dalam hadith, nabi s.a.w beritahu janji2 untuk kemanisan iman. Apabila satu orang sudah rasa kemanisan iman, bukan satu bumi, bahkan 7 petala bumi, 7 petala langit, diletakkan di depan dia, dia akan nampak tawar sahaja, sedikit pun tidak terkesan. Mereka kata, bila di ‘offer’ dunia, dengan sebab dunia ini kami kena tinggalkan iman, tidak sekali2. Satu orang sahabat telah ditangkap dan diberitahu pada dia, sekejap lagi kamu akan mati, dan kematian kamu hanya boleh ditukar dengan satu cara sahaja iaitu kamu engkar dgn nabi s.a.w. Ini bukan masalah sakit atau sihat, tetapi ini masalah hidup atau mati, sahabat tadi di ‘offer’ depan dia, kalau ikut, selamat, kalau tidak, mati. Sahabat tadi kata, wahai org yg nasibnya buruk, celaka, kamu tahu tak bukan sahaja suruh tinggalkan iman, sekelip mata pun kalau suruh saya tinggalkan iman, saya tidak akan tinggalkan iman. Tuan2 yang mulia. Apa yang kita hendak usaha ialah tukar dari jasbah yg rosak kpd jasbah yg baik, dpd amal yg buruk kpd amal yg soleh. Dengan sekali bayan saya, dgn kisah tuan2 dengar, tidak akan dtg benda ini semua. 

Tuan2 kena usaha berterusan. Bila usaha ini dibuat dgn usul yg betul, adab yg betul, maka mula2 sekali, langkah pertama, dakwah kpd iman. Mula dakwah, maka Allah akan dtgkan ujian dan keadaan. Satu org sahabat dtg pada Rasulullah, ‘ya Rasulullah, kesusahan, penderitaan sudah sampai ke tahap yg maksimum, skrg macam mana?’ Bersabarlah, utk kamu janjinya ialah syurga’. Kehidupan di Mekah, dimana Quran yg turun semuanya, kebanyakkannya kisah2 iaitu menerangkan tentang kisah dakwah para nabi yang terdahulu dan kesusahan yang ditanggung oleh nabi2 dahulu, dan nabi2 dahulu mereka yakin atas janji2 Allah. Semua ini, ayat2 berkenaan kisah dakwah, kisah nabi2, dan bantuan Allah pada nabi2 dulu, semuanya diturunkan di Mekah untuk tenangkan Nabi s.a.w dan sahabat2. Ta’alim yang diturunkan di Mekah, itulah yang kita hendak buat hari ini, ta’alim fadhail yang kita buat hari ini. Kita buat usaha yang dibuat oleh Nabi s.a.w. Apakah jalannya? Mula2 sekali, dakwah kepada iman. Waktu kita buat dakwah, dtg ujian, kesusahan, kita menenangkan antara satu sama lain dengan fadhail/kelebihan sepertimana sahabat2 duduk dlm halaqah ta’alim. Dgn duduk dlm halaqah ta’alim tadi, segala kesusahan yg dtg pada mereka, dpt menenangkan hati mereka.

Sahabat juga adalah manusia. Tiap2 org ada tahap maksimumnya sendiri. Macam kanak2, ada yg boleh angkat 1 kilo, ada yg boleh angkat 5 kilo, ada yg boleh angkat 10 kilo. Sahabat pun macam itu juga, ada tahap masing2. Banyak penderitaan, kesusahan yg mereka tanggung tetapi sehingga satu tahap, mereka jumpa Rasulullah s.a.w, ‘Ya Rasulullah, macammana ni’. Tidak mengapa, ada sekeping roti, separuh saya makan, separuh kamu makan, ttpi khazanah Allah tidak habis2. Sifat kasih sayang sudah ada di Mekah. Ayat2 yg turun, supaya kamu sentiasa menenangkan orang lain. Suasana itu ada di Mekah. Ikram sesama lain. Kalau kamu lapar, ada sekeping roti, kamu separuh, saya separuh. Begitulah suasana di Mekah. Ada 2 waktu yg paling gembira oleh sahabat2, yg mana sebelum itu tidak ada lagi. Satu, begitu gembiranya mereka waktu dtgnya perintah solat, mereka melonjak2 kegembiraan. Kenapa? Allah telah tunjukkan syurga, neraka, semuanya pada Nabi s.a.w dan selepas itu Nabi s.a.w telah diberi kunci ke syurga. Kenapa mereka gembira? Kerana mereka dpt kunci. Dgn kunci ini mereka dpt keluarkan khazanah Allah s.w.t. Inilah usaha. Kehidupan di Mekah, buat usaha secara infradi. Bila di Madinah, amalan yg sama dibuat secara ijtimai. Di Mekah, buat taalim secara infradi, buat secara takut2 ttpi di Madinah dibuat secara ijtimai. Di Mekah, cakap kebesaran Allah secara infradi, takut2 ttpi di Madinah ianya dibuat secara ijtimai.

Di Mekah mereka dilatih dengan ikram. Di Madinah mereka sanggup korbankan 3 nyawa, tidak minum air untuk ikram orang lain. Di Madinah, waktu itu, tiap2 rumah sudah tidak ada apa benda pun lagi, asbab makan, minum, semua sudah tidak ada, keadaan macam itu berlaku sebab apa? Sbb dakwah dilakukan secara ijtimai, maka ijtimai lapar telah datang kepada sahabat. Ujian secara ijtimai telah datang pada sahabat di Madinah. Pada waktu itu, mereka terus istiqamah dalam usaha mereka. Allah buka dunia pada sahabat sehingga satu org sahabat, semasa hendak agih2kan duit zakatnya, dpd pagi sampai petang, tidak habis2. Pergi dari rumah ke rumah untuk bagi zakat dan tidak habis2. Abu Hurairah r.a, satu ketika dia telah bersihkan hidung dia dengan kain yang baik, dan dia berkata pada diri dia sendiri, wahai Abu Hurairah, apa sudah jadi? Tidak ingatkah kamu satu masa dulu kamu telah jatuh kerana lapar, kanak2 ingat kamu sakit. 

Org yg mana Allah bagi pakain yang cantik2, macam2 nikmat, mereka tidak menghargai, mereka tidak mensyukuri nikmat yg Allah bagi, Allah rampas nikmat tadi dan Allah bagi pada sahabat2. Anak2 perempuan raja yg mana hidup mereka ini hanya bersolek, begitu sekali kehidupan mereka, puteri raja, Allah jadikan mereka ini hamba sahaya sahabat2. Kudrat Allah maha besar. Allah s.w.t buat sesuatu dengan KudratNya. Sunnatullah ada banyak, satu daripadanya ialah kejayaan hanya dalam agama. Agama datang dengan usaha. Usaha ialah usaha dakwah. Usaha dakwah ini ialah dengan korban diri dan harta. Kita jadikan usaha ini usaha kita dan kita dihantar hanya untuk usaha ini, semua buat azam dan niat, bukan untuk 4 bulan, 40 hari, bahkan kita jadikan usaha ini usaha kita, insya’Allah. Bukan masalah iman saya, syurga saya, bidadari saya, bukan itu sahaja ttpi makhluk Allah ialah keluarga Allah, hendaklah kita sampaikan kpd keluarga Allah yang telah jauh dpd Allah, bawa mereka kpd Allah. Org2 yg telah meninggalkan kehidupan nabi s.a.w, pergi jumpa mrk, pujuk-rayu mrk, dan kita perkenalkan asal tggjwb mereka. Perkenalkan Allah pada mereka. Korbankan harta, diri, masa kita, waktu infradi kita keluarkan air mata kita, minta dan pujuk Allah supaya rahmat Allah ditawajjuhkan pada manusia. Utk itu, siapa antara tuan2 yg bersedia, yg sanggup jual seluruh kehidupan dia utk Allah s.w.t? Insya’Allah, 4 bulan tunai.

No comments:

Post a Comment