Tuesday, January 6, 2015

BAYAN MAGHRIB MAULANA AHMAD LAT

(09/01/2001 - Tongi 2001). Tuan2 yg mulia. Allah swt telah jadikan alam darul asbab. Setiap sesuatu terjadi dgn asbab. Allah memberi ikhtiar manusia utk mendptkan asbab ttpi asbab adalah makhluk dijadikan oleh Allah. Allah swt mengeluar kan hasil dari asbab melalui ikhtiar manusia. Melalui petani bercucuk tanam maka terhasillah buah2an, begitu juga yg berniaga, melalui perniagaan barang2 diedarkan. Begitu juga agama, utk menghasilkan agama manusia perlu berusaha. Utk menghasilkan agama, asbab dakwah dan doa perlu diusahakan. Melalui usaha dakwah dan doa, agama akan tersebar dan hidup pd diri manusia ttpi semata2 usaha tidak akan mendtgkan hasil. Petani yg berusaha tanpa melihat musim, pertanian tidak berhasil. Begitu juga utk menghasilkan agama memerlukan usaha yg betul iaitu usaha yg sempurna, usaha yg ada istiqdat, usaha yg tawadhuk, usaha yg tawajjuh kpd Allah, usaha yg ada doa, usaha yg ada harap pada Allah, maka agama akan hidup pada diri manusia dan seluruh alam. Apb sesuatu usaha dibuat spt peladang yg memulakan dgn membajak tanah, menabur benih, membajak dan sbgnya pada waktu atau musim yg betul, maka benih berputik dan berbuah dan manusia mendpt hasil natijah darinya. Begitu juga usaha atas iman, apb seseorg itu telah melangkah ke jln Allah (jln usaha atas iman) maka Allah swt  akan uji dgn sedikit susah payah. Allah berfirman, “Adakah dia mengaku telah beriman seblm kami (Allah) uji mrk”.

Semua nabi2 dan rasul mendakwahkan manusia mentauhidkan Allah Yang Esa iaitu kalimah Laillaha Illallah. Kalimah ini adalah kalimah tauhid yang tulin. Iman ialah dakwah tunduk kpd Allah yg Esa. Semua masalah yang berlaku perlu kita isbatkan dari Allah swt.  Dari setitik air hingga selautan air, dari satu sen wang hingga sejuta ringgit, dari sejamah tanah hingga sebesar gunung Himalaya. Semua itu tidak akan berlaku tanpa izin Allah swt. Iman jika disebut ia berada di  lidah, tetapi jika ini tertancap pada hati, iman itu iman yg sebenar. Kita perlu usaha kosongkan hati kita, tidak ada yg memberi mudharat dan menafaat, semua yang berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku kecuali dgn kehendak Allah swt. Utk memasukkan hakikat laillahaillallah ini, usaha yang perlu dibuat ialah usaha dakwah. Apabila usaha dakwah dimulakan, ujian mula berlaku. Allah swt berfirman, “Apabila kamu menjadi nabi, dalam kerja nabi akan memberi khabar gembira dan amaran”. Nabi telah memberi peransang kpd umat. Sesiapa yg berdiri di jalan Allah swt adalah lebih baik solat dihadapan Hajar Aswad pada mlm Lailatul Qadar. Seorg yg membela kuda utk digunakan sbg kenderaan keluar ke jln Allah swt maka tahi2 kuda itu diberi ganjaran oleh Allah swt.

Maulana Ilyas rah. pernah berkata kepada sekumpulan org Mewat yg sedang duduk dlm majlis taalim di Nizamuddin, “Semua amalan wali2 di dunia diletakkan di sebelah dacing dan sebelahnya diletakkan amalan seorang Sahabat, maka amalan Sahabat lebih berat. Jika semua amalan Sahabat2 diletakan disebelah dacing dan amalan Syaidina Abu Bakar r.a disebelah lagi, maka amalan Syaidina Abu Bakar lebih berat. Semua amalan org seperti Syaidina Abu Bakar diletakkan di sebelah dacing dan amalan seorang Nabi diletakkan disebelah lagi nescaya amalan Nabi itu lebih berat lagi. Jika semua amalan nabi2 di seluruh alam diletakkan di sebelah dacing dan amalan Baginda Rasullullah saw diletakkan di sebelah satu dacing, nescaya amalan Nabi saw lebih berat lagi. Jika begitu beratnya amalan Nabi saw, bagaimana percakapannya?, sudah tentu perkataan nabi lebih berat lagi. Oleh itu kata Maulana Ilyas rah., mengapa kamu berdiri ketika aku dtg padamu dan tidak bertawajjuh ketika duduk dlm majlis taalim, kerana dalam majlis taalim itu kamu diperdengarkan sabdaan Rasulllullah saw. 

Rasulullah pernah bersabda kpd sahabat, “Adakah kamu percaya esok ada org meninggalkan kerja mengajak makruf’. Sahabat terkejut, “Adakah keadaan ini boleh berlaku ya Rasulullah”. Nabi bersabda, “Benar, malah lebih dahsyat lagi iaitu ada org yg mengajak kpd mungkar dan mencegah kpd makruf”. Sahabat terkejut, “Adakah keadaan demikian boleh berlaku ya Rasulullah?”. “Ya, malah lebih dahsyat lagi iaitu ada yg mengatakan yg mungkar itu makruf dan yg makruf itu mungkar”. Iman yg sempurna akan membawa kesempurnaan kehidupan akhirat. Usaha dakwah Nabi saw bermula dgn perintah Allah dlm Al-Quran, “Wahai org yg berselimut, bangun dan besarkan Tuhan mu”. Selain Allah, semuanya kecil, laut, langit, bulan, bintang sgt kecil, Jibril, Mikail juga sagt kecil. Oleh itu apabila Jibril nampak azimah Allah swt ia takut dan mengecilkan dirinya spt burung. Utk kenal Allah swt kita perlu melihat ciptaan Allah swt. Allah swt sgt besar dan besarnya tiada had. Berapa byk titik hujan, burung, jin dan malaikat semua muazin dan semua manusia seluruh dunia bercakap kebesaran Allah, maka Allah lebih besar lagi dan lebih agong lagi.

Utk beriman kpd Allah swt kita perlu kenal Allah swt yg maha agong, sifat mulianya juga maha agong. Apb kita bercerita kebesaran Allah swt dan keagonganNya maka kebesaran Allah swt akan masuk dlm hati. Apb manusia kenal Allah swt barulah ia akan mentaati perintah Allah swt. Allah swt berfirman, “ Wahai Nabi, sampaikan apa yg telah diwahyukan kpd kamu”. Stlh turun perintah Allah swt, nabi kumpulkan kabilah2 di Mekah dan Nabi tanya mereka, “Apa pendapat kamu ttg saya, kalau saya kata di belakang bukit ada musuh adakah kamu percaya”. Org Mekah kata, “Kata2 kamu mmg benar”. Nabi saw seterusnya bersabda, “Katakan oleh mu Laillahaillallah”.  Dengar shj dakwah Nabi, org kafir Quraish terus memberi tentangan. Ujian yg paling hebat diterima oleh nabi, pengikut nabi dan org yg seterusnya. Apabila seorg mengambil kerja nabi, ujian pasti datang. 

Jika lapar, dahaga, sakit dan sejuk kerana dakwah, semua itu adalah tarbiyah kpd org yg membuat dakwah. Sahabat2 selama 13 tahun mengalami susah payah dan mujahadah apb memeluk Islam. Sehingga dtglah perintah hijrah oleh Allah swt. Apb dtg perintah hijrah, Syaidina Abu Bakar tanya Nabi saw adakah tuan perlu teman utk berhijrah dan saya sedia menemani tuan. Sebelum hijrah Nabi lihat Baitullah (rumah Allah), Baginda begitu sedih utk meninggalkan Kaabah. Apabila Nabi telah keluar dari Mekah, Baginda bersama Syaidina Abu Bakar bersembunyi dlm gua. Org Kafir Quraish telah bertebaran mencari utk membunuh Nabi sehingga sampai di dlm gua dan kaki org kafir nampak oleh Nabi. Maka Nabi telah tenteramkan Syaidina Abu Bakar, “Jgn kamu takut, Allah bersama kita”. Apabila seseorg mengambil dakwah sbg maksud hidup, maka kesusahan dtg, lapar, di rumah tidak cukup makan. Semua itu adalah tarbiyah dari Allah swt.

Apb dtg perintah hijrah, sahabat Muhajirin tinggalkan harta dan rumah mereka di Mekah dan iman mereka mantap. Walaupun harta mereka diganti dgn langit dan bumi, mereka terima hukum hijrah. Jibril a.s dtg kpd org Muhajirin, tidak sanggup melihat kerana begitu sayu dgn pengorbanan sahabat Muhajirin. Iman Muhajirin begitu kuat kerana telah mendapat tarbiyah dari Nabi Muhammad. Ada sahabat yg berhijrah sehelai sepinggang sehingga mereka solat silih berganti kain cadar dgn isteri mereka. Sahabat telah dimusuhi dan sentiasa bersedia untuk menentang musuh2 Islam. Ada sahabat yg suka dirinya luka. Apb panggilan jihad dtg sahabat tidak pernah undur dari tuntutan agama. Sahabat yg pergi ke medan perang dengan iman yang betul bersedia untuk disyahidkan. Sahabat ketika membuat usaha dakwah telah dimahkotakan dengan mahkota nabi di kepala mereka. Sahabat tidak pernah berpaling dari pergi ke medan jihad. Keinginan sahabat ialah bagaimana agama tersebar di seluruh alam. Oleh itu kita perlu mengambil sahabat nabi sebagai contoh iman, contoh solat, contoh zikir dan contoh akhlak mereka. 

Sahabat telah ditarbiyah dan mereka tidak terkesan sedikit pun dgn ghairullah dan semua mrk condong kepada kehidupan akhirat. Sahabat takut apabila harta Kisra jatuh ke kaki2 mrk. Sahabat tidak terkesan apb pergi ke istana Raja Kisra, sahabat tidak terkesan dgn kemewahan dunia, emas, perak, perempuan cantik yg diletakan di kiri kanan jalan sahabat menuju ke istana Kisra. Dalam hati sahabat ada kebesaran Allah. Apabila diceritakan kisah jahanam, sahabat benar2 takut dan menangis. Iman sahabat seperti gunung. Sahabat takut mereka tergolong dalam orang munafik. Suasana iman di Madinah begitu kuat sehingga Khalifah Umar melawat pasar dan jumpa seorang Islam berkata tidak layak orang berniaga di bandar Rasulullah jika jahil ttg hukum hakam agama. Perempuan di zaman Rasulullah yg telah berzina berjumpa Nabi, ‘Bersihkanlah saya ya Rasulullah’. Kata Nabi, “Engkau lahirkan anak dahulu, selepas 9 bulan 10 hari, dia lahirkan anak, dia datang jumpa nabi utk diadili. Nabi berkata kepada perempuan itu, “Besarkan anak kamu sehingga ia berumur 2 tahun dan boleh makan sendiri. Semua ini terjadi kerana adanya iman yang sejati di hati sahabiah.

Apabila kita membuat usaha yg betul, org itu akan dpt anugerah, sifat kehaiwanannya tertekan keluar dari dirinya dan Allah swt akan pakaikan dgn pakaian khalifah. Seluruh dunia akan menjadi medan kerjanya. Sahabat telah dat anugerah ini. Seorg sahabat jumpa Raja Kisra, “Aku dihantar kpd kamu utk mengeluar kan kamu dari kegelapan dunia dan keterangan kehidupan akhirat dan membawa yakin yg betul iaitu dari yakin kpd tuhan yg ramai kpd Allah yg esa”. Sahabat tidak pernah terkesan apa-apa. Hatinya utk Allah swt. 23 tahun usaha nabi tarbiyah sahabat. Sahabat telah dilantik menjadi naib/pembantu Nabi. Di padang Arafah dlm Haji Wida’ (Haji terakhir) Rasullullah, ketika disini telah meletakkan mahkota naib/pembantu Nabi kpd Sahabat. Sabda Rasullullah, “wahai sahabat, jgnlah kamu balik dan terus keluar ke jln Allah swt”. Sahabat telah mengambil mahkota kerja ini dan menjadikan fikir risau nabi sbg fikir risau mrka Setiap umat adalah naib nabi dan perlu bertebaran ke seluruh alam utk meninggikan kalimah Allah. 

Setiap umat bertggjwb kpd seluruh umat seluruh alam. Utk ashabul kahfi, anjing bersama 7 org sahabat yg menyorok dlm gua utk selamatkan iman dari raja yang zalim dimasukkan syurga oleh Allah swt. Bagaimana dgn umat ini apabila umat ini mengambil kerja naib Nabi, sudah tentu Allah begitu gembira dan memasukkan mereka ke dalam syurga. Seluruh perhimpunan (ijtimak ini) perlu niat bahawa Nabi adalah contoh kehidupan kita. Bandar Nabi iaitu Madinah contoh bandar kita dan masjid Nabawi menjadi contoh masjid kita. Kita perlu mengambil cara kehidupan nabi, makan-minum nabi, akhlak nabi, muasyarah nabi, 24 jam amal masjid perlu kita usahakan di masjid kita dan kita tambahkan pengorbanan dan berdoa kepada Allah swt, “Ya Allah, terima saya dlm kerja ini” dan berdoa, “Ya Allah Engkau telah terima Sahabat dlm kerja nabi, terimalah saya, anak-isteri saya, zuriat2 saya, saudara2 saya dlm kerja  Nabi dan hantarlah saya ke seluruh alam dlm membuat kerja Nabi”.

No comments:

Post a Comment