Sunday, February 15, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA JAMSHED

(14 Januari 2017)

Part 1.

Umaat ini ialah umat yg terbaik. dan syarat nak jadi yg terbaik (hadrat umar r. a) adalah kerana ummat ini diberikan satu tanggungjawab, membawa seluruh manusia kpd kehendak Allah.. dan menjauhkan manusia dari kemurjkaan Allah. Allah puji ummat ini. Ini tanggungjawab ummat ini. Mentawajuhkan manusia kpd Allah. Allah akan meningkatkan iman mereka. keyakinan mereka terhadap Allah, terhadap janji Allah akan meningkat. 

Gelaran Khairul ummat (umat yg terbaik) kerana tanggungjawab mengajak manusia kpd amalan yg Allah suka dan menjauhkan ummat dari perkara yg Allah tak suka. Umar ra beritahu, Allah kurniakan kami dgn tanggungjawab dan anugerah ini dan akan berterusan sehingga akhir zaman. Di marhalah, surau, masjid akan hidup agama bila usaha agama dihidupkan. Seluruh ummat ini bertanggungjawab terhadap usaha ini, selagi itu Allah akan bina kehidupan dunia dan akhirat mereka. Bila ummat ini bangun buat usaha, maka Allah akan hidupkan di dlm keluarga, marhalah, kampung dan negeri mereka.

Kehidupan dgn penuh bertanggungjawab ini akan menarik pertolongan dan rahmat Allah. Barang siapa bantu Allah, (agama) maka Allah akan bantu kamu. Melalui dakwah lah maka rahmat dan pertolongan ghaib akan dtg. Setiap langkah menjadi mudah dgn dakwah. (Allah akan tegakkan langkah2 kamu). Allab sendiri telah firman dlm Al-Quran. Bantuan Allah bersama dgn usaha dakwah.

Dengan dakwah, Allah akan wujudkan suasana, mudah utk org taat kpd perintah Allah. Allah berfirman, wahai Nabi ku, inilah jalanku, aku memangil manusia kpd Allah dan dgn penuh keyakinan bahawa inilah kerja yg Haq, Dialah Allah yg layak dsembah, inilah kerjaku dan kerja ummat ku. Kaya, miskin, org kampung org bandar, ajam atau arab, setiap ummat ini adalah bertanggungjawab kpd seluruh ummat manusia, satu ummat bertanggungjawab kpd seluruh ummat.

3 asas Dakwah:

1. Dakwahkan tauhid - kebesaran Allah akan dtg.
2. Risalah Muhamad saw - kehidupan Nabi akan dtg.
3. Akhirat - gambaran maut dan akhirat akan dtg.

Menghidupkan majlis iman adalah amalan masjid. Usaha mengeluarkan/menafikan makhluk
usaha yg perlu dibuat:

1. Dakwah illAllah (tauhid, risalah Nabi, akhirat) .
2. Halaqah iman yaqin disetiap masjid/rumah.
3. Hidupkan suasana ibadah ikut cara Nabi saw, dgn penuh hakikat. (ibadah yg panjang2, penuh khusuq - malangnya ibadah hari ini tidak ikut ibadah Nabi saw.) DENGAN CARA MENGHIDUPKAN AMALAN MASJID. (sahabat2 menghidupkan amalan diatas di masjid2 mereka). Kalau tiada 3 amalan diatas, lebih baik kembali kpd Allah. (kata umar ra)

Ibadah yg dibuat hari ini tiada ruh, dgn dakwah Ruh ibadah akan kembali. Iman = yaqin bahawa Rasul dan risalah yg dibawa Nabi adalah Benar/ Haq. Melalui Dakwah yaqin kpd Nabi dan risalah Nabi akan meningkat. Setelah 12 tahun, perintah Solat turun. Perintah pertama adalah perintah Dakwah. Ujian, mujahadah telah dtg kpd Nabi. Nabi tempuhi semua ujian dan bersabar. Allah akan tinggikan kedudukan sesiapa yg menghadapi ujian dan mujahadah spt Nabi.

Nabi kata kpd para sahabat bilmana sahabat2 diuji, “kamu ni cepat sgt mengadu. sedangkan Nabi terdahulu telah digergaji, bersabrlah”. Sepertimana Allah bantu ummat terdahulu, melalui dakwah dgn mujahadah Allah akan buka pintu hidayat dan beri istiqamah dalam ibadah. Dlm usaha dakwah, ujian dan mujahadah akan dtg, kelaparan akan dtg.

Nabi ajar Akhlak kpd para sahabat diperingkat awal lagi. Nabi ajarkan akhlak, Nabi ajar supaya MAAFKAN org lain. Nabi ajak mereka hijrah, Jaafar bin Talib, hijrah yg pertama. Nabi ajar:

1. Tauhid
2. Akhlak yg baik, sabar dan tahamul maka Muamalat dan Muasyarat akan dtg) org beriman jgn terkesan dgn kehidupan org kafir.

Dgn dakwah: 

1. Org islam akan beribadat.
2. Org kaya akan beri zakat kpd org miskin. (tapi 2 amal tu dibuat dimasjid, org kafir tak nampak)

Tapi bila akhlak org Islam jadi baik (Bila muamalat dan muasyarat betul) maka kehidupan org islam akan jadi nur, jadi magnet sehingga org kafir tertarik kpd islam. (ini semua hasil dari usaha dakwah).

Bilal berhutang buah tamar (bagi pihak Nabi), si pemberi hutang telah datang meminta hutang dibayar sebelum tempohnya. (ini ujian kpd Nabi). Sahabat2 marah, Umar ra juga marah. Nabi tegur Umar supaya jgn marah, “sepatutnya kau yg memarahi aku, bukan kau yg berhutang tapi aku yg berhutang dan aku belum menjelaskan hutang aku. Umar, kau pergilah cari kurma dan bayarkan hutang aku dan lebihkan 20 cupak kerana kau telah memarahinya”. 

Si pemberi hutang yaqin inilah Akhlak Nabi. Nabi bersabda, bila unggun api dinyalakan, kelkatu akan dtg kpd api, aku di hantar utk menghalang kamu dari terjun kedalam api. Seluruh kerajaan ini adalah milik Allah. Allah lah yg mengaturkan segalanya. Bila dakwah dibuat, iman yaqin meningkat, ibadah akan penuh ruh, akhlak akan sempurna. Inilah usaha yg Nabi buat terhadap sahabat2.

Serigala yg tinggal dihutan, dtg ke kampung tangkap kambing, si gembala kambing kejar dan ambil balik kambing, serigala telah kejar balik dan telah bercakap dgn bahasa arab dan beritahu pengembala “kau telah rampas hak aku” maka si gembala tadi pun melepaskan kambing dan beri kpd serigala.

Serigala telah beritahu kpd sigembala, wahai sigembala kau pergilah ke Madinah dan jumpa Nabi saw. (Muhammad yg sdg dakwahkan islam kpd penduduk Madinah). Sigembala bawa semua kambing ke Madinah dan jumpa Nabi dan dia telah beriman kpd Nabi. Sigembala beri karkuzari dan Nabi kumpulkan sahabat2 dan dgrkan karkuzari sigembala tadi. (bila ada kerja dakwah dibuat dgn sungguh2 maka Allah boleh dtgkan anjing serigala yg boleh bercakap dari hutan).

Satu ketika di India, org Islam lupa nama Nabi2:

- Maulana Ilyas telah buat usaha (ulang2 cakap) maka usaha di Mewat, org India lupa nama2 sahabat.

- Maulana Yusof buat usaha ulang2 cakap tentang kisah para sahabat.
- Maulana Saad gabungkan usaha Maulana Ilyas dan Maulana Yusof.

Para sahabat bermujahadah dlm berhijrah dan Allah zahirkan bantuan/nusrah. Seorg pemuja api berkata wahai anak ku (Salman Farsi) bangunlah dan dia telah bawa kesatu tempat. Ini lah tempat ibadat kamu (utk memuja api). Si anak (Salman Farsi) telah minta maaf kpd ayahnya kerana enggan menuruti kehendak ayahnya. 

Maka beliau telah berhijah ke Syam dan dia telah tanya beberapa rahib, semuanya kata tiada. Akhirnya beliau jumpa seorg rahib dan beliau telah suruh Salman pergi ke Yatrib (Madinah). Seorg Yahudi telah tipu Salman Farsi (dijadikannya hamba) dan telah bawa ke Yatrib utk dijual. Salman terpaksa berkerja bagi membebaskan dirinya. 

Dia telah diberitahu bahawa diantara tanda keNabian adalah: seorg Nabi tidak menerima sedeqah, dan ada mohor cop keNabian dibahunya. Setelah bertemu Nabi maka dia cuba beri sedeqah kpd Nabi, tapi Nabi tolak sedeqah. Hanyalah pada hari ketiga bila Salman Farsi kata dia nak beri hadiah barulah Nabi terima. Setelah Nabi buka baju maka nampaklah cop mohor keNabian dan beliau terus beriman kpd Nabi saw.

Salman parsi telah beri maksimum masa di masjid utk belajr agama terus dari Nabi (siapa yg hidupkan amalan masjid, Allah akan keluarkan kebathilan dan kerusakan dalam kehidupan). Allah panjangkan umurnya hingga (ada riwayat kata 230 tahun).

No comments:

Post a Comment