Antara perkongsian yang di beri oleh beberapa Maulana, di sini antara noktah penting yang saya rasa tertarik untuk kongsi.
1) Allah telah menetapkan, perkara yang paling berharga di muka bumi ini ialah IMAN.
2) Selagi ada perkataan iman, maka Allah akan kekalkan dunia. Iman adalah TONGGAK kepada kekalnya alam.
3) Allah hidupkan kita untuk mendaulatkan iman, usaha atas iman, dan gunakan segala kelebihan yang ada untuk iman.
4) Bila tiada iman, tiada nilai lah alam ini.
5) Bukan makanan yang bagi kita kenyang, bukan buah-buahan yang boleh maintainkan badan kita. Tapi Allah sahaja yang boleh jaga badan kita. Generasi dahulu masuk gua nak selamatkan iman, tak makan tak minum, hanya berzikir, tapi Allah kenyangkan mereka!
6) Ada 2 benda yang manusia tak dapat nak nyorok. Pertama kematian. Kedua, rezeki. Walaupun mereka menyorok dalam peti besi sekalipun, 2 perkara ini akan datang.
7) Tadabur surah infitar. Allah tanya hamba dia yg lalai:
(يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ)
"Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?” (Surah Al-Infitar:6)
(الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ)
"Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya..” (Surah Al-Infitar:7)
(فِي أَيِّ صُورَةٍ مَا شَاءَ رَكَّبَكَ)
"Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu…" (Surah Al-Infitar:8)
Ayat ni seolah Allah pujuk dan ungkit segala apa yg dia dh bagi pada kita.
Seolah2: "Kenapa kau tinggalkan aku dann lalai mengingatiku? Sedangkan aku yg ciptakan kamu dengan sempurna dan cantik dan bg kau segala2 nikmat..” Tamsilan seorang anak yang jauhkan diri dari ibu yang telah menjaganya. Lalu, ibunya memanggilnya kembali.
8) Allah utuskan kita untuk usaha atas iman. Di alam ruh, Allah tanya "alastu birabbikum". Kemudian, Allah hantar ruh2 sekali dengan jasad di seluruh pelusuk. Kerana itu, anak yg lahir adalah fitrah. Benda pertama yang mereka perlu dengar setelah lahir ialah azan di telinga. Bila bayi dah mula pandai bercakap, ajarkan mereka tentang Allah!
9) Iman akan terbina dengan masalah, kesusahan dan pengorbanan. Masail dan masyakkoh.
10) Maulana Yusuf kata: Manusia ni hanya ada 2 usaha. Satu, usaha atas dunia, perniagaan, kerajaan, harta. Ini jalan firaun, haman dan namrud. Mereka kejar dunia. Dua, usaha para anbiya. Jalan dakwah, bersusah2.
11) Bayangkan, ada orang rogol dan bunuh anak perempuan kita. Dan, sepanjang bertahun-tahun kita sedih dan murung. Tiba2, ada seorang lelaki datang pada kita dan mengaku bahawa mereka telah merogol dan membunuh anak kita. Dan orang tu mintak maaf pada kita. Persoalaannya, ketika itu, adakah kita ingin maafkan?
Ketika ini, akan berlaku beberapa situasi. Kalau kita maafkan orang tu, kita ni dah di kira power, dah wali dah tu. Tapi, kalau kita maafkan, bukan takat tu, kita siap hadiahkan dia tanah, rumah, bagi duit, bahkan kita offer dia untuk kahwin dengan anak perempuan kita lagi sorang. Kalau ni, kira bukan power. Ini gila. Tak pernah di buat orang. Begitu juga Allah. Bila kita buat dosa banyak mana, tiba-tiba kita minta ampun, Allah bukan takat ampunkan, tapi Allah bagi syurga, bagi segala-gala! Betapa agungnya pengampunan Allah!
12) Dalam hidup ni, usaha yang kita perlu buat ialah jadikan kehidupan Nabi masuk dalam hidup kita keseluruhannya.
13) Bagaimana umat ini di tinggalkan oleh Nabi, seperti itulah kita perlu buat dakwa sehingga umat hari ini jadi sepertimana umat ketika zaman Nabi terdahulu.
14) "Kalau kamu mampu bina satu genarasi yang ibadah mereka seperti Nabi, akhlak mereka seperti Nabi, aqidah mereka seprti Nabi, dakwah mereka seperti Nabi, nescaya, walau seluruh kebatilan berkumpul untuk hancurkan generasi tersebut, nescaya mereka takkan mampu!"
(Kata2 maulana yusuf)
15) Nabi pernah dakwah seorang individu, sungguh2 Nabi dakwah, bersusah payah, tp individu tersebut masih tak beriman. Tapi Nabi tak putus asa dakwah mereka. Sehingga umar offer nak bunuh je individu tu. Tapi, Nabi tak bagi bahkan teruskan dakwah. Akhirnya, individu tersebut masuk islam. Lalu Nabi kata pada umar: "Kalau aku terima pandangan kamu untuk bunuh dia, nescaya dia akan mati dalam keadaan tidak beriman.." Kisah ini menunjukkan betapa Nabi sangat bersungguh2 dalam tajmik dan dakwah individu. Kerana, di sebalik kehebatan dan kekuatan islam di zaman Nabi, di sana terdapat pelbagai individu yang menggerakkannya.
16) "Kalaulah kita meninggalkan Allah dalam nak menarik khazanah Allah, maka Allah akan biarkan kita di genggam oleh orang kafir..” (Kata2 Maulana Ilyas). Sahabat dahulu, bila ada masalah, mereka terus doa dan solat minta Allah. Mereka yakin bahawa yg selesaikan masalah ialah Allah. Ali pernah tiada makanan, dia pergi masjid lalu solat, kemudian dia pulang, masih takde makanan, dia patah balik ke masjid, solat. Dan ahirnya makanan ada di rumah (ni kisah famous). Sahabat dulu, ada apa masalah, terus mereka rujuk pada Allah. Ada sorang sahabat, kebun dia kering. Dia mintak Nabi doa minta hujan. Nabi doa, sebelum Nabi turunkan tangan lepas doa, hujan dah turun dengan lebat. Sahabat itu bernama Abdullah Zaid b Rabbih.
No comments:
Post a Comment