Sunday, February 15, 2015

IMAN MENINGKAT BILA ADA MASALAH DAN MUSYAQQAH

Antara nasihat dlm bayan maghrib semalam, Maulana Syaukat Ali (Nizamuddin) di Ijtimak Tonggi 2017. Kata beliau: Allah memang sengaja datangkan masalah dan musyaqah (keperluan2 hidup dunia) utk menguji iman seseorang sptmana iman Nabi2 dan para Sahabat r.a dahulu diuji, maka begitu juga dengan umat ini. Orang beriman pasti akan diuji oleh Allah. Mafhum firman Allah SWT, “Jangan sangka kamu telah benar2 beriman selagimana kamu (iman kamu) belum diuji".

Ujian iman kpd seseorang adalah bergantung kpd tahap iman seseorang itu. Semakin tinggi darjat seseorang, maka semakin tinggi ujian iman terhadapnya. Dan Allah tidak akan menguji iman seseorang itu melebihi tahap yg mampu dia tanggung bahkan tidak ada seorang pun Nabi2 dan Rasul2 yg tidak diuji oleh Allah s.w.t. Semakin tinggi ujian kpd seseorang Rasul itu, maka semakin tinggi derajat dia di sisi Allah.

Jadi, bagi kita, bila datangnya sesuatu ujian, janganlah anggap bahawa Allah benci kpd kita ttpi anggaplah bhw Allah sayang kpd kita. Ujian itu sebenarnya adalah utk tinggikan derajat kita di sisiNya dan juga sbg asbab utk Allah ampuni dosa-dosa kita.

Maulana juga telah bawa kisah bagaimana Allah meninggikan darejat seorang Sahabat Nabi iaitu Hadrat Bilal RA, walaupun dia asalnya hanya seorang hamba. Dalam satu majlis bersama Amirul Mukminin, Hadrat Umar Al Khatrab r.a, amirul mukminin telah memanggil Hadrat Bilal r.a (bekas seorang hamba) duduk di sebelah beliau. Abu Suffian (seorang bangsawan yg pada masa itu baru memeluk Islam) telah bertanya kpd Amirul Mukminin.

“Wahai amirul mukminin, kenapa engkau meletakkan Bilal di sebelah engkau sedangkan aku duduk di sini, bukankah aku lebih mulia dpd dia?” Jawab amirul mukminin Hadrat Umar r.a, “Wahai Abu Suffian, Hadrat Bilal ini bukanlah Hadrat Bilal yg dulu. Mmg benar beliau dahulu seorang hamba tetapi semasa Rasulullah s.a.w sedang dihina, siapakah yang bersama baginda? Siapakah yg menyebelahi baginda? Siapakah yg telah membantu baginda? Tidakkah kamu tahu bhw beliau (Hadrat Bilal) telah disiksa, telah diletak batu yg besar di atas dadanya di siang hari dan dicemeti di malam hari? Untuk apakah penderitaan yang ditanggung itu? Bukankah semua itu semata2 utk mempertahankan imannya demi kasih beliau kpd Allah dan Rasul?”

Maka mendengar kata2 Amirul Mukminin ini, Abu Suffian pun terdiam dan barulah beliau menghormati Hadrat Bilal r.a maka kerana itu, istiqamah lah kita dalam usaha atas iman dan amal dan juga tambahkan korban supaya kita mati dalam usaha atas iman yg mulia ini. Aamiin.

No comments:

Post a Comment