Monday, February 16, 2015

KESATUAN UMAT

Saudaraku rakan seusaha walau di mana kalian berada. Salam ikram kasih sayang. Ku nukilkan pesanan dari orang tua2 kita yg telah pergi meninggalkan kita. Kata2 nasihat mereka masih segar dan harum sebagai pedoman untuk kita menjunjung kerja Nubuwah ini dan untuk menyampaikan risalah Nabi tercinta hingga ke hujung2 dunia. Hayatilah wasiat2 mereka ini:

1) Maulana Umar Palampuri: "Apabila hati-hati para daie bersatu, usaha akan berkesan, apabila hati-hati kita bercerai berai, segala usaha kita akan sia-sia"

2) Maulana Yusof (Hadraji ke 2): "Bantuan dan nusrah Allah hanya akan datang dengan kesatuan hati"

3) Maulana Inamul Hassan (Hadraji ke 3): "walaupun karkun semuanya ikhlas, walaupun semua karkun memberi pengorbanan, walaupun usaha berjalan dengan cara yg betul tetapi hati-hati tidak bersatu maka usaha kita tidak akan berhasil".

4) Meiji Mehrab: "Tiga perkara perlu untuk agama tersebar ke seluruh dunia iaitu satu fikir, satu hati dan satu cara (cara yg digarispandu oleh Markaz Nizamuddin).

Saudara2ku, dalam Tanbihul Ghafilin terdapat satu doa, barangsiapa mengamalkan doa ini setiap solat 5 waktu, dia tidak akan dimatikan sehingga dijadikan dia oleh Allah sebagai waliNya yang abdal. Apakah doa itu?

"Ya Allah, kasihanilah umat Muhammad s.a.w, Ya Allah, perbaikilah umat Muhammad s.a.w, Ya Allah, berilah kejayaan kepada umat Muhammad s.a.w, Ya Allah, ampunilah dosa umat Muhammad s.a.w, Ya Allah, berilah hidayah kepada umat Muhammad s.a.w, Ya Allah, satukanlah umat Muhammad s.a.w"

Ya.. kesatuan umat adalah keutamaan kita. Elakkan apa jua keadaan yg boleh membuatkan umat berpecah. Saya menyeru agar setiap saudaraku mengutamakan kesatuan umat. Setiap dari kita mesti berusaha, bertindak dan berdoa agar umat ini bersatu.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Ada orang yang amalnya hampir sejengkal lagi untuk memasukki syurga tetapi sepatah perkataannya yang membuat umat berpecah belah maka dia adalah ahli neraka, ada seorang yang amalnya sejengkal lagi memasukki neraka, namun sepatah perkataannya membuat umat bersatu, maka dia adalah ahli syurga"

Wahai umat Muhammad s.a.w, kita akan mempertahankan kesatuan umat demi menggembirakan Allah dan Rasul.. insyaAllah.

Dalam satu majlis karkuzari di zaman Maulana Yusof rah, dua jemaah memberi laporan: Jemaah pertama menceritakan seluruh khuruj mereka serta memberitahu bahawa jemaah mereka berjaya mengeluarkan beberapa jemaah tunai.

Jemaah kedua juga menceritakan khuruj mereka namun jemaah mereka gagal mengeluarkan jemaah tunai. Maulana Yusof kemudian bertanya tahap kesatuan hati dan kasih sayang sesama ahli jemaah.

Ternyata dalam jemaah pertama terdapat kejadian pecah hati dan tiada kesatuan fikir manakala jemaah kedua saling erat berkasih sayang dan satu hati sesama mereka.

Kata Hadraji Maulana Yusof, jemaah kedua lebih baik dari jemaah pertama.

Ya kesatuan hati dalam menjalankan usaha ini adalah ramuan utama untuk kejayaan usaha agama. Jagalah ia dengan bersungguh2, gigitlah dengan gerahammu, umat ini mesti bersatu! Pertahankan kesatuan walau dalam apa keadaan sekalipun. Luruskan saf2 perjuangan, rapatkan bahu ke bahu, kaki ke kaki, jangan biarkan syaitan mencelah. Sesungguhnya syaitan tidak bermaksud lain melainkan supaya kamu berpecah belah.

No comments:

Post a Comment