Monday, February 16, 2015

NASEHAT MUZAKAROH MAULANA SAAD AL-KANDAHLAWI RHA.

Maksud kita membuat usaha agama ialah bagaimana perubahan dapat datang dalam diri umat, bagaimana ia dapat mengamalkan kehidupan suci murni Baginda Rasullullah s.a.w. Umat ini tidak akan berjaya selagi ia tidak membawa kehidupan umat dalam kurun pertama dahulu iaitu kehidupan sahabat ra. Rasulullah s.a.w Melalui usaha suci murni Baginda Rasulullah s.a.w imaniat, ibadat, mua’malat, mua’syarat dan akhlak umat akan dapat diperbaiki dan dibentuk. Ada orang bertanya kepda Maulana Yusuf rha. mengapa agama Islam tidak tersebar. Maulana Yusuf rha. mengatakan, Mana ada amalan Islam waktu itu, oleh itu Islam tidak tersebar. Untuk mengekalkan amalan Islam yang diusahakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w satu usaha telah dibuat oleh sahabat ra. perlu dihidupkan semula. Dalam mana zaman apabila tumpuan bidang usaha umat dibuat, selain manusia maka umat akan mengalami kerugian besar.

Maulana dalam pergi safar keluar negara mendapati banyak barang2 keluaran Malaysia di jual di negara2 tersebut. Dengan itu Maulana terfikir jika tumpuan orang Malaysia dialihkan untuk membuat usaha dikalangan manusia maka manusia yang berkualiti mulia akan dapat dihantar keseluruh dunia, seperti sahabat ra. yang telah berjaya disediakan oleh Rasulullah s.a.w yang dapat bergerak ke seluruh alam. Keinginan Maulana supaya jemaah Malaysia bergerak di seluruh dunia melebihi dari tersebarnya barang keluaran Malaysia di negara berkenaan.

Sahabat2 telah membuat usaha agama ke tahap yang dapat mengekalkan penghayatan Islam yang diusahakan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda tidak menjadikan benda2 seperti kedudukan, harta, kuasa untuk menjadi perantaraan Islam tersebar, tetapi Baginda s.a.w telah menggunakan manusia sebagai perantaraan asbab hidaya. tersebar kepada manusia yang lain. Baginda melatih sahabat ra. dalam membuat dua bentuk kerja.

1. Keluar ke jalan Alloh keluar negara
2. Membuat usaha tempatan

Hasil dan menafaat usaha ambia as. ini akan terhasil apabila usaha dibuat mengikut cara kerja ambia as. Sebanyak mana kita dapat menyedarkan diri kita bahawa kita sedang membuat kerja ambia as. yang sangat mulia sejauh itu kekuatan dan bantuan Alloh s.w.t akan datang kepada kita. Sejauh itu juga nur2 ambia as. akan kita peroleh.

Maulana Yusuf rha. menerangkan mana2 kaum yang kita buat usaha seperti membuat usaha di kalangan petani, jika buat usaha dengan kesedaran cahaya yang Alloh beri kepada Nabi Shuib a.s, maka nur nabi itu akan datang pada diri kita. Jikalau kita membuat usaha di kalangan pekilang dengan mengingati bagaimana Nabi Salleh membuat usaha di kalangan kaumnya, sejauh itu nur Nabi Salleh akan datang kepada kita. Hari ini sebenarnya kita membuat usaha dengan tidak ada kesedaran betapa hebatnya usaha agama ini dapat menarik tawajjuh Alloh s.w.t. Sejauh mana keyakinan kita dalam membuat usaha ini, sejauh itu bantuan Alloh s.w.t akan datang kepada kita. Semua usaha di dunia ini, selepas di buat dengan sempurna barulah akan zahir natijahnya. 

Para sahabat ra. mereka dapat menyempurnakan kerja agama. Dengan kesempurnaan kerja itu maka bantuan Alloh s.w.t akan datang kepada mereka. Melalui usaha agama yang dibuat oleh sahabat ra, kita dapati di semua bidang hidup terdapat kesempurnaan agama. Jika kita pergi ke bazar kita akan lihat pekedai yang tidak lalai dari mengingati Alloh. Jika kita melihat persahabatan, terjalin hubungan yang mahaba. dan kasih sayang dan jika pergi ke mahkamah, wujud sistem penghakiman yang adil. Hatta kehidupan di Madinah, bazar2 mereka seperti masjid, agama yang diamalkan di masjid ada di bazar. Di masjid ia tidak menipu, di bazar juga ia tidak menipu, di masjid ia tidak menjerit, di bazar juga ia tidak menjerit.

Melalui usaha ini sekarang umat belum boleh membawa kesempurnaan agama tetapi yang membuatnya sedar sholat perlu dibuat di masjid. Sholat bukan agama yang sempurna. Dalam ayat mengimarahkan masjid, maksudnya mengusahakan orang yang datang ke rumah Alloh untuk membuat dan menyempurnakan amalan masjid. Hanya sholat di masjid tidak cukup perintah Alloh s.w.t supaya memakmurkan masjid. Sahabat ra. dalam menyelesaikan masalah telah datang ke masjid. Hari ini umat tidak menjadikan masjid sebagai tempat menyelesaian masalah, apabila ada masalah dirujukkan kepada Pentadbiran Kerajaan. Orang Islam mengatakan sholat perlu di masjid tetapi masalah tidak dapat diselesaikan di masjid. Seperti mana 5 waktu sholat fardhu perlu diadakan di masjid, begitu juga 5 amal perlu dibuat untuk mengimarahkan masjid.

Di masjid Nabawi ada berbagai amalan yang wujud. Amalan itu perlu diwujudkan di semua masjid seluruh alam. Baginda Rasulullah s.a.w masuk ke masjid Nabawi, didapatinya 2 halaqah, iaitu halaqah zikir dan ta’alim, Rasulullah s.a.w duduk dalam halaqah ta’alim. Baginda bersabda ia dihantar sebagai mualim. Sholat tidak akan khusyuk selagi kita tidak membuat amalan masjid.

Orang yang memakmurkan masjid akan dapat 2 janji Alloh s.w.t :

1. Mendapat hidayat
2. Alloh keluarkan ketakutan selain dari Alloh s.w.t dalam hati.

Amalan yang akan membawa kesempurnaan sholat.

1. Amalan ta’alim akan mencantikkan sholat
2. Halaqah Quran akan wujudkan kesempurnaan sholat
3. Masa’il akan membetulkan sholat
4. Gasht akan membetulkan qiam, berdiri dalam sholat.

Jika kita gunakan diri kita untuk dakwah orang kepada amal, maka akan wujud kesempurnaan amal.

Amalan Masjid Nabawi adalah seperti berikut:

1. Musyawarah
2. Ta’alim
3. Halaqah Quran
4. Gasht
5. Bentuk jemaah keluar ke jalan Alloh s.w.t.

Masjid adalah nama satu tempat, tetapi jika kita dapat sempurnakan amalan masjid, maka barulah ia dikatakan Jemaah Masjid. Bayangkan jika tenaga listrik terputus dalam beberapa minit, beberapa kerosakan akan belaku pada sesuatu tempat atau negeri. Bagaimana jika nur Alloh terhenti, bagaimana banyak kerugian akan berlaku di seluruh dunia. Mana bahagian umat ini yang tidak ada hubungan dengan masjid, maka bahagian itu tidak ada kaitan dengan rahmat Alloh s.w.t. Kepentingan kita membuat usaha jemaah masjid mengikut Maulana adalah diibaratkan kepentingan kita menjaga sholat.

Musyawara Harian dgn rakan2 kita yang tidak menyertai musyawra mengikut Maulana Saad ia tidak membuat usaha agama sebenarnya, dan tidak dapat menyempurnakan takazah agama. Orang yang tidak mengambil berat duduk dalam musyawara harian, bagaimana ia dapat mengambil berat menyempurnakan takazah agama. Mereka yang duduk dalam musyawara harian akan dapat tingkatkan pengorbanan. Usaha jemaah masjid akan lemah apabila orang lama tidak mengambil bgian dalam musyawara harian. Orang dunia senatiasa bermusyawara berfikir dalam hal2 keduniaan, oleh itu dunia mereka maju. Bagaimana hal kita yang membuat usaha agama, usaha yang sangat mulia Adakah hari2 kita tidak perlu bermusyawara? Musyawara jangan panjang. Dlm musyawara minta laporan kerja semalam.

Gasht Pertama dan Gasht Kedua gasht adalah seumpama tulang belakang usaha dakwah. Gasht adalah amalan nabi2 yang dibuat oleh nabi2 semenjak ia dapat kerja kenabian hingga kewafatannya. Maksud gasht ialah bagaimana untuk wujudkan suasana agama di marhalah supaya 100% orang marhalah kita dapat datang sholat berjemaah dan jika telah sholat bagaimana mereka dapat hakikat sholat. Dalam membuat gasht kita perlu mengambil contoh gasht Rasulullah saw di Taif, gasht Rasulullah saw di pasar2 bagaimana Rasulullah, pujuk rayu mereka. Kita perlu bayangkan betapa tingginya dan mulianya gasht ini.

Maksud gasht ialah bagaimana kita dapat melatih diri kita untuk bergerak membuat usaha agama sebagaimana nabi2 membuat usaha agama. Kita perlu bayangkan betapa besarnya ganjaran Alloh s.w.t akan beri ketika seseorang yang bergerak membuat gasht, kerana orang yang ada iman sebesar zarah Alloh s.w.t akan di beri syurga 10 kali besar dunia ini. Dalam gasht ini bentuk jemaah yang boleh menyediakan orang yang diziarah dapat datang ke rumah Alloh s.w.t. Perlu usaha setiap ahli rumah boleh datang dan memberi masa memakmurkan rumah Alloh. Supaya rumah Allah s.w.t dapat hidup 24 jam. Usaha yang sungguh2 perlu dibuat supaya amalan masjid kita dapat kita bawa mirip amalan Masjid Nabawi dan kita dapat dijadikan mirip Madinah.
Apabila kita membuat usaha di kalangan manusia sehingga dapat ia memakmurkan rumah Alloh s.w.t, akan kurang keburukan dari diri manusia. Perlu kita mengambil bagian amalan gasht, semasa gasht perlu buat ta’alim bukannya takrir. Maulana Ilyas rha. lebih mementingkan ta’alim dari takrir, melalui ta’alim nur hadith akan dapat masuk ke hati2 kita.

Ta’alim adalah amalan yang penting. Eldest mahukan ta’alim dapat dibaca 30 minit dan boleh dibaca 1 jam atau 1½ jam. Sekiranya kita mengganggap ta’alim untuk orang ia hanya dapat dibaca 10 minit, tetapi jika ta’alim untuk kita jemaah masjid ia boleh dibaca 1 hingga 1½ jam. Seorang orang lama di Bopal bertanya kepada Maulana Yusuf rha. berapa lama ta’alim dibuat di marhalah, Maulana Yusuf rha. mengatakan 1½ jam. Ia telah mengulangi pertanyaan sebanyak 3 kali dan jawapan Maulana Yusuf rha. tetap sama.

Ta’alim adalah untuk melatih tumpuan , peradaban, dian dan cinta untuk amal agama. Ta’alim perlu dibuat dengan tawajjuh. Dalam ta’alim kita perlu latih seperti sahabat ra. mendengar sabdaan Rasulullah s.a.w. Duduk dalam berwudhuk, jangan cari alasan untuk keluar dari majlis ta’alim. Jika duduk dengan tahanaul, malaikat akan mengerumuni kita, yang duduk ta’alim akan wujud sifat taat. Maksud ta’alim juga supaya dalam diri kita wujud keinginan mengamalkan agama Alloh s.w.t.

Halaqah Al-Quran ialah melatih bacaan Al Quran yang dibaca dalam sholat. Baca setiap bab ta’alim dan jangan buat ulasan. Selepas ta’alim targhib supaya orang yang dengar dapat mengamalkannya. Buku2 yang dibaca ialah Fadhail Sholat, Fadhail Zikir, Fadhail Tabligh, Fadhail Quran, Fadhail Kisah Sahabat dan Fadhail Sedekah. Fadhail Ramdhan dibaca pada musim Ramadhan, Fadhail Haji dibaca pada musim Haji.

Menafaat ta’alim.

1. Semasa beramal kita akan ingat hadith fadhail, apabila kita beramal tidak mengikut fadhail amal, selagi itu amal kita tidak meningkat.

2. Apa yang dengar dalam ta’alim perlu dibawa kepada orang lain, dengan ini orang di luar masjid dapat menafaat.

3. Ganjaran sesuatu amalan memang ada, tetapi jika beramal untuk mencapai maksud amal itu maka natijahnya kita akan dapat hasilnya.

Maulana Yusuf rha. memberitahu hadith Rasulullah, seseorang yang menunggu dalam sholat, seolah-olah ia sedang sibuk dalam sholat. Jika seorang itu berseorangan ia perlu memikir fadhilat sholat dan jika dua orang ia perlu muzakarah kesempurnaan sholat. Ta’alim di rumah sama tempohnya seperti ta’alim di masjid

Melapangkan masa 8 jam untuk masjid Perlu sediakan rakan seusaha lapangkan masa 8 jam di masjid. Jika beberapa orang sanggup lapangkan masa 8 jam jangan pandang rendah dan perlu fikirkan hari2 bagaimana ia dapat bagi masa 8 jam. Keadaan ini akan wujud apabila orang yang membuat usaha dakwah yakin segala penyelesaian masalah umat hanya dapat diselesaikan melalui usaha dakwah.

No comments:

Post a Comment