Sunday, February 8, 2015

KISAH SHEIKH ABDUL RAHMAN SUDAIS

Satu jemaah di dalam perjalanan khuruj ke United Kingdom, pesawat berhenti (sementara) di lapangan terbang Moscow, Rusia. Seorang dari jamaah kami diputuskan untuk mengumadangkan adzan dan seorang lagi menjadi imam setelah kami bermusyawarah. Selepas menyempurnakan sholat, kami melihat Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdur Rahman as Sudais turut bersama-sama kami di dalam sholat itu.

Sheikh tiba-tiba menepuk tangannya di bahu kami dan berkata, "Antum min Jamaah Da'wah?" (Apakah anda semua daripada jemaah da'wah?') Kami menjawab, "Alhamdulillah, kami sedang berada di jalan Allah, dan kami berhenti di sini buat sementara waktu (transit ke UK)."

Sheikh tersenyum kepada kami dan berdoa kemudian berkata; "Di dalam dunia ini yang penuh dengan kemungkaran, masih ada jemaah yang membawa kebaikan seperti kalian semua lakukan."

Allah Swt telah memberi Sheikh kecintaan kepada kami, sehingga beliau telah memberi kartu nama beliau kepada kami dan berkata, "apabila sewaktu-waktu kamu datang ke Mekah untuk Haji, umrah atau apa saja, temuilah saya."

Beberapa lama setelah peristiwa itu, beberapa orang daripada jemaah itu pergi ke Mekah. Mereka hendak berjumpa dengan Sheikh tetapi pengawal pribadinya telah menghadang mereka. Namun, setelah menunjukkan kartu nama yang diberikan oleh Sheikh, mereka mengijinkan jemaah itu untuk bertemu dengan Sheikh.

Sheikh Abdur Rahman as Sudais memeluk mereka satu persatu dan mengelu-elukan jemaah itu, dan memperkenalkan para jemaah itu kepada ulama-ulama besar di sana dan berkata, "Kami adalah Imam-Imam bagi dunia ini dan mereka (jemaah itu) adalah Imam kami, kami pernah sholat di belakang mereka."

2. Kargozari Mimpi

Pada suatu malam, Sheikh Abdur Rahman Sudais, Imam Masjidil Haram melihat Rasulullah s.a.w di dalam mimpinya. Di dalam mimpinya itu, satu jenazah sedang diangkat dan Rasulullah s.a.w sedang menunggu jenazah itu. Sheikh Sudais bertanya jenazah siapakah itu, dan Rasulullah s.a.w berkata kepadanya bahawa jenazah itu adalah jenazah Umar Palampuri daripada al-Hind (benua India).

Setelah bangun dari tidurnya, Sheikh Sudais mencari-cari siapakah Umar Palampuri dan mendapat kabar bahwa Umar Palampuri adalah seorang Maulana besar di dalam Jemaah Tabligh dan baru saja meninggal dunia. Kemudian, beliau menulis satu surat takziah kepada anak Maulana Umar Palampuri, Maulana Yunus, di mana beliau telah meriwayatkan mimpi beliau itu.

Maulana Yunus Palampuri kemudiannya setelah membaca surat dari Sheikh Sudais kepada saudara-saudara Arab yang berada di pertemuan di Nizamuddin, Delhi. Salah seorang daripada saudara Arab yang hadir di pertemuan itu meriwayatkan kisah ini kepada saudara saya, dan menceritakan pada saya.

Rekan-rekan usaha dakwah berbincangkan kargozari ini, dan ada yg memberi tahu bahwa Syeikh As-Sudais pernah menghadiri Ijtima Tonggi dan pernah khuruj 40 hari ke Afrika.

No comments:

Post a Comment