Saturday, February 21, 2015

NASIHAT ULAMA DI ZAMAN FITNAH

Alhamdullilah, akhir Ramadhan kelmarin saya syuhbah kepada Kyai Abdul Manan yang merupakan seorang murid kanan dituakan oleh Kyai Uzairon yang sekarang ini memimpin pesantren Temboro di Jawa Timur. Beliau sekaligus memegang sanad untuk menjadi mursyid Naqsabandiyah Qadiriyah seperti di Temboro.

Ada nasihat yang bagus dari beliau. Semoga fitnah ini tidak akan lama. Kyai Abdul Manan dan ulama-ulama temboro terus bertawakkal dengan amalan agar Allah selesaikan masalah ini dengan caraNya sehingga semua ahbab (karkun) kembali berkasih sayang. 

Kelmarin Kyai bercerita ada teman beliau yang ajaib. Beliau pernah keluar negara jauh degan karkun ini ke Korea. Karkun ini setiap malam buat amalan solat hajat 2 rakaat dengan membaca 41 kali Surah Yassin di rakaat pertama dan 1000 kali Surah Al-Ikhlas di rakaat kedua. Disebabkan amalan ini, jemaah kita yang bergerak di Korea ini dapat mengislamkan 700 orang. 

Setelah terjadi ikhtilaf ini, beliau tingkatkan mujahadah dengan setiap malam dibuat amalan dengan menambah bacaan Surah Yassin nya menjadi 81 kali di rakaat pertama dan 1000 kali Surah Al-Ikhlas di rakaat kedua sehingga dia bermimpi didatangi Kyai Uzairon yang mengatakan bahawa masalah ini tidak akan lama. 

Sedangkan Kyai Manan juga bermimpi bertemu Maulana Saad datang ke Temboro dan beliau menjadi istiqbal. Di antara nasihat beliau, tidak ada netralitas kerana orang yang netral akan mahjub (terhijab). Tetap tentukan pilihan untuk taat kepada Maulana Saad sebagaimana dahulu majoriti sahabat di zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib taat kepada beliau saat terjadi perpecahan.

Kyai Abd Manan menguraikan hubungan antara nasihat KH Uzairon, Bayan Maulana Umar Palampuri dan Kitab Hayatus Sahabah dengan bagus sekali tanpa menyalahkan para masyeikh yang meninggalkan Maulana Saad sebagaimana kita tidak boleh menyalahkan Syaidina Talha dan Zubair r.hma yang wafat saat memberontak kepada Syaidina Ali r.a.

Para Ulama tidak berani memberi komentar kepada para sahabat yang berperang tersebut dengan pendapat mereka. Para ulama mengulas masalah tersebut dengan menggunakan sabda Nabi s.a.w. Kyai Uzairon sudah membahas tentang fitnah yang menimpa Syaidina Ali ini kepada Kyai Abdul Manan 1994-1995. Saat terjadi perang Siffin, kubu Syaidina Ali dikepung oleh pasukan Syaidina Amr bin Ash dari Mesir dan pasukan Syaidina Muawiyah dari Syam. Saat itu pasukan Syaidin Ali terpukul hingga Syaidina Ammar bin Yasir yang membela Syaidina Ali terbunuh.

Tapi wafatnya Syaidin Ammar ini telah menjadi petunjuk bahawa Syaidin Ali lah yang berada di pihak yang benar. Para sahabat yang berada di pihak Syam/Mesir teringat dengan sabda Nabi s.a.w bahawa Syaidin Ammar akan mati syahid dan ternyata beliau disebut Nabi sebagai syahid adalah ketika gugur membela Syaidina Ali. 

Maka syahidnya Syaidina Ammar ini telah memecah belahkan barisan Syaidina Muawiyah. Banyak diantara pasukannya yang kemudian berbalik dukungan yang sebelum nya melawan Syaidina Ali menjadi membela beliau setelah melihat Syaidina Ammar bin Yasir yang membela Syaidina Ali telah syahid. Disebabkan pembelotan sebahagian besar pasukan Syaidina Muawiyah, maka pasukan Syaidina Ali hampir mengalahkan pasukan Syaidina Muawiyah sehingga akhirnya berakhir perang dengan peristiwa tahkim. Inilah cara Allah menunjukkan kebenaran Syaidina Ali. 

Adapun tentang Maulana Umar Palampuri, beliau pada tahun 1997 pernah bayan di hadapan halqah Arab, bahawa nanti usaha dakwah ini akan dilanda fitnah yang sangat besar. Jika fitnah itu berlaku maka hendaklah kalian semua berpegang kepada Nizamuddin. Saat itu karkun-karkun Arab tidak faham maksud Maulana Umar tersebut. Barulah pada saat ini mereka menyedari maksud bayan Maulana Umar tersebut sehingga di Ijtima Tongi 2017 ini mereka berbaiat kepada Maulana Saad. Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment