Saturday, February 21, 2015

PENJELASAN MARKAS NIZAMUDDIN

Ulangsiar penjelasan Markaz Nizamuddin mengenai kekhalifan dalam soal Amir dan Syura Alami, Mutakab Hadith dan tertib kerja. 

Darihal khilaf berkenaan Syura alami - Nizamuddin (Maulana Syamim DB, Markaz Sri Petaling - 7 Disember 2016).

Semata-mata dengan limpah kurnia daripada ALLAH SWT dan dengan kasih sayang ALLAH SWT, ALLAH SWT telah kurniakan pada kita satu usaha yang besar, satu usaha yang agung, usaha kurun pertama iaitu usaha dakwah. Bukan kita yang meletakkan diri kita di dalam usaha ini tapi ALLAH SWT yang pilih kita dan letakkan kita dalam usaha ini. Siapa yang ALLAH SWT kehendaki, ALLAH SWT pilih, ALLAH SWT istiqamahkannya dan dengan sebabnya tersebar agama dan manusia dapat hidayat. Bila ALLAH SWT berkehendakkan, macam mana ALLAH SWT berkehendakan untuk sisihkan dia, maka Allah akan sisihkan dia bila2 masa sahaja dan ini tidak akan memudaratkan ALLAH SWT dan tidak akan mengurangkan sedikit pun khazanah ALLAH SWT.

Jangan sekali-kali datang dalam hati kita bahawa usaha ini berjalan dengan mujahadah saya, dengan sebab ilmu saya, dengan sebab pengorbanan saya, kerana bila datang dalam hati kita maka kita akan jauh dari pandangan ALLAH SWT. ALLAH SWT tidak mahu usaha ini dinisbatkan pada mana2 individu, dengan pengorbanan si fulan, dengan harta si fulan, dengan bayan si fulan, dengan ilmu sifulan, bahkan ALLAH SWT yang mengerakkan usaha ini dan selamanya ALLAH SWT yang terus buat. Usaha ini hanya dinisbatkan pada ALLAH SWT. Oleh itu, kita semua pada setiap masa dan ketika, hendaklah kita rasa berhajat pada usaha ini. ALLAH SWT Maha Hidup, Maha Berdiri dengan Sendiri yang mengerakkan usaha ini.

Kita kena yakin, yang memelihara usaha ini ialah ALLAH SWT, yang menggerakkan usaha ini ialah ALLAH SWT. Org yg tidak merasai bahawa dia yg mengerakkan usaha ini, tidak merasai dgnn sebab pengorbanannya, maka ALLAH SWT akan meletakkan kasih sayang dia dalam hati2 manusia dan ALLAH SWT akan muliakan dia dalam hati2 manusia. Kalau seseorang merasakan bahawa usaha ini bergerak dgn pengorbanan dia, dengan bayan dia, dengan ilmu dia maka ALLAH SWT akan buat 2 perkara samada ALLAH SWT akan hilangkan kesan2 percakapan/pengorbanan org tersebut atau menghilangkan orang tersebut dari usaha ini. Sehingga semua orang yakin yang menggerakkan usaha ini ialah ALLAH SWT. ALLAH SWT tidak suka untuk melihat kerja ini dihubungkan dengan sesiapa. ALLAH SWT hanya mahu usaha ini dinisbatkan hanya dengan ALLAH SWT.

Dalam usaha ini ALLAH SWT suka pengorbanan. Apa itu pengorbanan? Satu orang yang korban demi korban tapi tidak merasakan apa2 dengan dirinya, maka ALLAH SWT akan ambil khidmat agama dari dia. Sebaliknya, apabila seseorang buat pengorbanan demi pengorbanan dan datang dalam hatinya, kerja bergerak dengan pengorbanan dia dan mengungkit pengorbanan dia dan mula merasa dia telah berbudi pada manusia maka pada ketika itu dia akan jadi hina pada pandangan ALLAH SWT dan ALLAH SWT akan kecilkan dia.

Semasa perang Badar, ada satu orang yang buat begitu banyak pengorbanan, memerangi musuh2, meleraikan barisan musuh2 dan bunuh ramai musuh2. Ramai yang memuji dan menyangka dia telah buat budi/jasa yang besar pada agama, mereka telah menceritakan keberaniannya, tapi (sebaliknya) Nabi SAW kata dia adalah ahli neraka. Mengapa jadi begini? Manusia tidak tahu apa ada dalam hati dia, apa semangat dia berjuang, apa jasbah yang dia bawa. Hanya ALLAH SWT yang tahu. ALLAH wahyukan pada Nabi SAW apa yang ada di dalam hatinya. Dalam hati dia ada 2 perkara, dia mahu dikenali dengan keberaniannya dan dalam hatinya tidak ada sifat sabar dalam menanggung kesusahan. Dia telah luka parah dan telah membunuh dirinya sendiri. Jangan sekali2 kita ungkit akan pengorbanan dan ehsan yang telah dibuat kepada manusia. Ini merupakan serangan syaitan yang terakhir.

Oleh itu, sebanyak mana pun kita buat pengorbanan, kita jangan langsung ada rasa besar diri, takabbur. Sebaliknya kena sentiasa ada sifat tawadduk. Tersebarnya agama, majunya agama, (adalah) dengan asbab pengorbanan Nabi SAW. Apa yang para sahabat dapat dari kebaikan agama adalah dengan sebab pengorbanan Nabi SAW. Bahkan pada (peristiwa) fatah Mekah, Nabi SAW datang dengan 10,000 org tentera, Nabi SAW telah masuk dengan rendah diri sehingga dada Nabi SAW telah terkena dengan bonggol unta. Masuknya dengan tawadduk. Tawadduqnya Nabi SAW itu tidak pernah wujud sebelumnya dan tidak akan wujud hingga hari kiamat. Di akhirat nanti, semua para Ambiya' 'alaihis salam akan dihisab, tetapi Nabi SAW tidak akan dihisab. Nabi SAW masuk dengan penuh rendah diri. Kalimat2 yang Nabi SAW baca semasa fatah mekah menjadi pengajaran pada umat hingga hari kiamat, sebanyak mana kamu buat pengorbanan sehingga Allah bagi nur pada hati setiap manusia, pun semua kita kena kembalikan kepada ALLAH SWT.

Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH SWT, ALLAH Maha Esa, DIA lah yang Membantu, DIA lah yang Mengalahkan segala musuh dengan kudratNya. Nabi SAW, menafikan apa yang Baginda dah buat tetapi menisbatkan hanya kepada ALLAH SWT. Nabi SAW sudah ajar satu perkara yang besar. Orang yang menafikan segala pengorbanan yang dibuatnya, maka tidak akan datang sifat khibir di dalam hatinya. Kita tidak mampu untuk buat apa2. Yang buat segala-galanya ialah ALLAH SWT. Natijah datang dari ALLAH SWT. Org yg macam ini akan dapat sifat makbuliyah dari ALLAH SWT. ALLAH SWT akan terima pengorbanannya. Orang yang kata dia buat (ini & itu), maka akan jadi hina pada pandangan manusia. Pada zaman ini, ALLAH SWT telah pilih satu orang yang pada zahirnya dari segi tubuh badan sangat lemah, sangat kurus dan banyak penyakit. Keturunan dari nasab yg mulia, nasab bangsawan, keluarga para ulamak yang besar tapi sejak zaman kanak2 lagi, kehidupannya sangat sederhana, tawadduk, suka berkhidmat, akhlak dan sifat yang mulia.

Sejak kecil lagi, orangramai dan para ulamak kata dia Ahlullah. Sehingga ibu beliau kata, dari badan Ilyas ini, aku dapat mencium bau para sahabat radhiyAllahu 'anhum 'ajmain. Beliau belajar dari ulama2 besar di India. Semua ulama2 menyayanginya. Selepas belajar, beliau mengajar di Shahranpur. Bapa beliau, Maulana Ismail rah, Ahlullah yang sangat besar. Sangat mahsyur di India, apa yang dia doa akan makbul. Ramai orang datang beratur nak minta doa daripadanya. Sebab dia takut begitu ramai sangat orang datang, maka dia telah melarikan diri dan datang ke hutan di Nizamuddin. Kemudian dia pergi ke Masjid Banglawali. Di sana, dia nampak orang Mewat, orang2 miskin datang ke Delhi untuk ambil upah kerja. Dapat upah 2 paisa (2 sen). Dia ajak mereka datang ke masjid dan ajar kalimah dan bagi upah 2 paisa. Setiap hari dia ajar, bagi makan dan bagi upah. Lama kelamaan terbentuklah sebuah madrasah. Pelajar2nya org Mewat. Bermulanya usaha ini dengan pengorbanan.

Selepas Maulana Ismail rah meninggal dunia, orang Mewat pergi ke Shahranpur nak cari penganti. Mereka jumpa abang kepada Maulana Ilyas iaitu Maulana Muhammad rah. Maulana Zakaria rah ialah anak kepada Maulana Muhamad rah. Maulana Muhammad setuju pergi ke Nizamuddin untuk ajar orang-orang Mewat. Selepas Maulana Muhammad meninggal dunia, Maulana Ilyas pula telah datang ke Nizamuddin untuk mengajar. Cara dia mengajar sangat menakjubkan. Fikir dan risau Maulana Ilyas ialah bagaimana untuk islah (perbaiki) umat ini. Bagaimana 100% umat dapat amal agama. Bagaimana umat dapat datang ke masjid. Bagaimana dalam hati umat ada cinta pada agama. Bagaimana dalam hati umat ini ada kerisauan Nabi SAW. Inilah fikir dan risau yang senantiasa ada di dalam benak hati Maulana Ilyas. Dia selalu berdoa kepada ALLAH SWT. Orang semua tidur, dia pergi ke tengah-tengah hutan Nizamuddin dan telah menangis sepanjang-panjang malam pada ALLAH SWT.

Kemudian ALLAH SWT telah membukakan pada beliau usaha dakwah. ALLAH SWT telah ajarkan kepada beliau cara hendak buat dakwah. ALLAH SWT buka hikmah untuk buat dakwah. Begitu banyak ALLAH SWT berikan cara-cara dakwah ini kepada beliau sehingga 1/3 pun beliau tidak mampu hendak ceritakan kepada kita sebab Maulana Ilyas gagap. Satu lafaz pun sangat susah untuk keluar dari mulut beliau. Sangat mujahadah untuk mengajar. Tetapi beliau sangat bersungguh-sugguh. Sanggup berkorban. Sentiasa sibuk dengan pelajar2nya. Dia sediakan pelajar untuk buat usaha dakwah, bagaimana hendak satukan umat ini.

Beliau memulakan usaha gasht (ziarah dari pintu ke pintu). Dengan gasht, orang-orang baru mula datang masjid. Bertambah ramai orang datang solat di masjid. Beliau begitu gembira. Beliau bersyukur kepada ALLAH SWT. Beliau berdoa bersungguh-sungguh kepada ALLAH SWT sehingga usaha ini terus maju. Beliau membawa para pelajar ke Mewat untuk mulakan usaha dakwah di sana. Orangramai mula tertarik dengan usaha ini. Selepas itu, Maulana Ilyas pergi jumpa dengan ulama2 besar di India. Beliau telah bentangkan kepada mereka usaha yang beliau telah buat. Pada masa itu, ulamak yang besar ialah Mufti Kifayatullah rah. Ulama2 yg lain ialah Maulana Hussin rah, Maulana Ahmad Madani rah, Maulana Abdul Rashid Gangohi rah, Maulana Shah Raipuri rah dan ramai lagi ulama' haq yang ada. Beliau ceritakan cara kerja kepada mereka. Kalau ia menepati sunnah, tolonglah bantu dan doa. Kalau tidak, disini sahaja saya akan berhenti. Semua mereka kata, usaha ini sangat baik. Menepati Sunnah Nabi SAW. Tetapi macam mana orang hendak buat? Maulana Ilyas rah kata, untuk buat itu kerja saya dan yang akan menggerakkan orang kerja ALLAH SWT.

Kerja kita, bagaimana diberitahu, itulah yang kita buat. Jangan kita ikut akal kita. Jangan terkesan dengan suasana tempat kita. Jangan tengok faedah akal kita. Kita buat macam mana orang-orang tua kita suruh buat. Macam mana mereka kata, macam itu kita buat. Banyak mana suruh buat, banyak itulah kita buat. Untuk gerakkan, majukan, istiqamahkan, itu kerja ALLAH SWT.
Alhamdulillah, usaha ini telah mula tersebar. Maulana Ilyas telah pergi dan menunaikan haji di Makkah al Mukarramah. Beliau telah kumpulkan semua ulama2 besar di Makkah. Beliau bertanya, mengapa umat hari ini semakin hina dan kurang agama. Apa sebabnya?

Ada ulama' kata, sebab kekurangan ilmu, sebab kekurangan harta, dan sebagainya. Tapi Maulana Ilyas menyangkal semua alasan tersebut dengan menceritakan keadaan para sahabat. Semua ulama' telah diam. Maulana Ilyas kata, hanya satu sebab iaitu keyakinan yang ada dalam hati para sahabat sudah tidak ada lagi dalam hati umat hari ini. Bukan sebab amal kurang, bukan sebab ilmu kurang, bukan sebab harta kurang, bukan sebab bilangan kurang. Bahkan, yang kurang ialah yakin yang para sahabat ra telah belajar dari Nabi SAW dan mereka telah berusaha bersama Nabi SAW. Semua ulama' dari seluruh dunia ada pada masa itu, mereka telah bersetuju dengan Maulana Ilyas. Beliau bentangkan usaha dakwah yang telah beliau jalankan. Mereka kata usaha ini usaha yang haq dan pasti kami akan bantu.

Keluarkan dari diri kita bahawa usaha ini dari Nizamuddin. Usaha ini adalah menepati Sunnah Nabi SAW. Maulana Ilyas telah mulakan usaha ini di Nizamuddin sebab itu kita nisbatkan usaha ini dengan Nizamuddin. Usaha ini bukan Nizamuddin punya, bukan Raiwind punya, bukan Kakrail punya, bukan Malaysia punya tetapi usaha ini adalah usaha Baginda SAW. Setiap juzuk/amal dalam usaha dakwah ini menepati Sunnah Nabi SAW. Oleh itu, sampai mati kita kena buat usaha ini. Ini bukan kerja untuk 4 bulan sahaja, bukan untuk 40 hari sahaja, bahkan 4 bulan, 40 hari, 10 hari, 3 hari hanya untuk belajar (usaha ini). Tetapi kita kena buat seluruh hidup kita. Dalam usaha ini kita tidak mahu kedudukan, tidak mahu kemuliaan, tidak mahu harta, tidak mahu majoriti, tidak mahu kepada pemerintahan kerajaan, tidak mahu kuasa, apa pun kita tidak mahu daripada dunia ini. Kita hanya berkemahuan kepada ALLAH SWT sahaja.

Ingat, Allah tidak bagi kemuliaan pada orang yang buat usaha, Allah tak bagi harta, Allah tak bagi kedudukan, tapi Allah akan bagi zatNya pada orang yang buat usaha. Orang yang letak Allah, Rasul dan akhirat di depannya, orang2 inilah yang akan buat usaha dengan betul. Orang yang tidak istikhlas, maka dia dalam bahaya. Kerana kedudukan dalam usaha ini datang melalui pengorbanan dan mujahadah. Allah telah letakkan Nabi2 dan Rasul2 dari awal hingga akhir dlm mujahadah. Yang paling banyak mujahadah, paling banyak korban dan paling banyak menanggung kesusahan ialah Nabi Muhammad s.a.w. Telah datang kesusahan yang besar kepada Baginda SAW 3 hari berturut2 tidak dapat makanan. Perut telah bersentuhan dengan tulang belakang. Sentiasa dalam keadaan lapar. Satu keadaan yang sangat sukar. Kemudian datang Jibrail a.s. Nabi SAW kata, wahai Jibrail kamu datang dalam keadaan sudah 3 hari aku tidak makan.

Tiba2 terdengar satu benda yang besar/berat telah jatuh dengan bunyi dentuman yang sangat kuat. Nabi SAW terperanjat. Nabi SAW tanya Jibrail a.s, sudah kiamat kah? Jibrail kata bahkan belum kiamat lagi. Jibrail kata, kamu telah zahirkan kelaparan dan kesusahan kamu pada saya menyebabkan ALLAH SWT tidak menyukainya. ALLAH SWT hantar satu malaikat khas kepada tuan. Malaikat yang belum pernah turun ke bumi. Inilah kali pertama dia turun. Bunyi yang kuat tadi adalah bunyi kedatangan malaikat tersebut. Malaikat tadi datang depan Nabi SAW dan bagi salam dan sampaikan salam dari ALLAH SWT kepada kekasihNya. ALLAH SWT tanya, kamu nak kenabian yang macam mana?  Kenabian dengan harta, kenabian dengan kuasa, kenabian dengan kerajaan, maka buatlah keputusan sekarang. Nabi SAW buat kerja dengan mesyuarat.

Ingat, dalam usaha dakwah kita kena ikatkan diri kita dengan mesyuarat. Apa sahaja yang kita hendak buat, kena mesyuarat. Jangan kita bebas. Kalau buat kerja agama tanpa mesyuarat, walaupun kerja itu besar, ia tidak akan jadi sumber kemuliaan tapi akan jadi sumber kehinaan. Dalam usaha ini, bukan ikut kecerdikan seseorang. Jangan buat tipu helah. Usaha ini dari awal sampai akhir adalah pengorbanan. Nabi SAW ada 4 org wazir yang selalu Baginda SAW bermesyuarat. Dua di langit dan dua di bumi. Jibrail as dan Mikail as di langit. Abu Bakar dan Umar r.a di bumi. Ini adalah 4 ahli mesyuarat khas baginda. Kalau dtg keadaan darurat, kita mesyuarat dgn siapa yg ada dan kemudian sampaikan pd yg lain. Perlu bagitau pd yg lain. Kalau tak bagitahu yg lain, syaitan akan masukkan was2 dlm hati.

Hari ini tanpa kita hadir mesyuarat dan buat keputusan dan sebarkan semua tipudaya dan propaganda dalam media Internet/Whatsapp/Facebook. Hati akan bersatu atau berpecah? Dapat ijtimaiyat atau tidak dapat ijtimaiyat? Di Nizamuddin, satu perkara pun tidak dihantar melalui Internet/Whatsapp/Facebook. Mereka yang buat begitu sebab mereka hendak pecahkan ijtimaiyat/kesatuan yang ada di (Markaz) Nizamuddin. Saya minta dengan tuan2 jangan percaya apa sekalipun perkhabaran yang berlaku di Nizamuddin yang ada di Internet, Whatsapp, Facebook sehingga tuan2 sendiri meneliti perkara tersebut dengan Nizamuddin.

Yang paling baik ialah kita pergi sendiri ke sana dan tengok dengan mata kepala kita sendiri apa yang berlaku di sana. Bila sudah tengok sendiri, maka akan lupa semua sangkaan yang ada dalam kepala otak kita. Tiada pergaduhan di sana. Kerja berjalan macam biasa seperti dahulu. Ada orang yang nak jadi mahsyur dan letak khabar2 yang tidak betul, fitnah dalam media. Usaha ini adalah usaha ALLAH SWT. ALLAH SWT akan pelihara. ALLAH SWT tidak berhajat kepada sesiapa, tidak berhajat kepada ilmu sesiapa, ALLAH SWT tidak berhajat kepada pengorbanan sesiapa, tidak berhajat kepada kemahsyuran sesiapa. ALLAH SWT dengan kudratNya akan jalankan kerja ini.

Dalam masa beberapa minit saja ALLAH SWT boleh pilih siapa yang boleh buat kerja dan dalam masa beberapa minit ALLAH SWT boleh hapuskan siapa yang ALLAH SWT tidak mahu. ALLAH SWT yang buat segala-galanya. Setiap zaman berlaku perkara tersebut. Haq tetap haq. Setiap masa ALLAH SWT akan menangkan orang yang haq. ALLAH SWT akan hapuskan yang bathil. ALLAH SWT akan hapuskan angin2 kebathilan. Sampai bila pun bathil tidak akan menang bila berlawanan dengan haq. Hari ini kita sangka dengan alat media agama boleh tersebar. Benda2 bathil bukan untuk sebarkan agama tapi menghapuskan agama. Semoga ALLAH SWT pelihara kita. ALLAH SWT telah tetapkan bahawa agama tersebar dengan cara Nabi SAW dan para sahabat. ALLAH SWT sebarkan agama dgn mujahadah dan pengorbanan.

Lalu, Nabi SAW bermesyuarat dengan Jibrail as. Jibrail as isyaratkan supaya Nabi SAW. tunduk (rendahkan diri). Nabi SAW telah faham. Nabi SAW kata baginda tidak mahu kenabian bersama kuasa dan harta tapi Baginda SAW mahu kenabian dan kefakiran, kenabian dan penghambaan, sekali dpt makan dan syukur pada ALLAH SWT, sekali tidak dapat makan dan bersabar. Hari ini usaha datang dalam keadaan bahaya. Sebab sekarang zaman istiqbal, orang sambut. Bila buat usaha dalam keadaan susah, mujahadah, pengorbanan, orang tidak terima pun, tidak ada kewangan, maka akan terbentuk sifat2. Pada zaman istiqbal orang suka usaha ini dan orang akan longgokkan harta mereka tetapi orang yang buat usaha dia salah faham, dia ingat org istiqbal/sambut dia. Bukan! Orang bukan sambut dia, bahkan orang sambut usaha agama, dia sudah tertipu.

Kalau kita asingkan diri dari usaha, maka kita tidak ada apa2 pun. Usaha inilah yang telah meletakkan kita pada suatu kedudukan. Dengan asbab usaha ini, maka ALLAH SWT telah bagi kasih sayang manusia kepada kita, orang ikram kita, orang sanggup bagi nyawa untuk kita. Ini semua sebab usaha agama. Bila kita tinggalkan usaha ini, tidak ada sesiapa pun nak sapa kita sekalipun. Oleh sebab itu, kita kena sentiasa bersama dengan usaha ini. Jangan kita ikatkan diri kita dengan seseorang. Kita ikatkan diri kita dengan usaha.

Pada hari kewafatan Nabi SAW, Abu Bakar r.a berkata: "Siapa yang beramal/berusaha kerana Muhammad SAW, maka ingatlah bahawa Muhammad SAW telah wafat. Mereka yang beramal kerana ALLAH SWT, maka ALLAH SWT Maha Hidup, ALLAH SWT Berdiri dengan sendiri, ALLAH SWT tidak mati, ALLAH SWT yang memberi kematian dan kehidupan. Usaha ini adalah haq. Usaha yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada umat ini. Setiap individu umat kena buat. Bukan untuk kaum tertentu. Bukan untuk orang Malaysia, Indonesia, India, Pakistan, Bangladesh, US, UK, Afrika, Eropah, Makkah, atau Madinah. Bahkan usaha ini adalah untuk setiap individu umat sehingga hari kiamat. Orang yang buat usaha ini dengan betul, ALLAH SWT akan kekalkan dan majukan dia dalam usaha. Kita kena jadikan kerja ini sebagai kerja kita.

Di mana bermulanya usaha, maka di situlah Markaznya. Markaz seluruh alam ialah Nizamuddin. Markaz-markaz lain di seluruh dunia ialah anak2nya. Sebagaimana Baitullah, semua masjid² adalah anak kepada Baitullah. Di mana sahaja berada, masjid akan mengadap ke kiblat/baitullah. Dari segi kerja agama, segala urusan rujuk pada Nizamuddin, apa² perkara tanya Nizamuddin dan taat pada (keputusan) Nizamuddin. Bila taat, semua markaz2 di seluruh dunia akan dapat kesatuan. Kita adalah satu cabang/furuq dari Nizamuddin. Jangan kita anggap kita ini asing dari Nizamuddin. Kita kena anggap kita ini petugas2 dari Banglawali Masjid. Kita amla/pembantu/petugas. Kalau kita faham perkara ini, maka kita akan kekal dalam usaha ini. ALLAH SWT akan ambil khidmat agama dari kita. ALLAH SWT akan kekalkan kita dalam usaha. ALLAH SWT akan bagi hakikat usaha kepada kita. ALLAH SWT akan selesaikan masalah kecil/besar kita.

Selepas Maulana Ilyas, Maulana Yusuf ambil tanggungjawab. Beliau jadi Amir semasa umur 29 tahun. Para ulamak' besar pada zaman itu telah akur dan bersetuju lantik Maulana Yusuf rah menjadi Amir. Walaupun pada masa itu ada ulama' yang lebih hebat dan tinggi kedudukan mereka. Satu nama besar sebagai contoh, Maulana Ehtishamul Hasan rah, bapa saudara sebelah ibu keluarga Maulana Ilyas. Dia yang susun nisab pengajian kita. Dia tidak tinggal di Nizamuddin. Dia buat kerja lain. Tetapi usaha tetap terus berjalan di Nizamuddin walaupun pekerja2 agama silih berganti. Jangan kita sangka, apabila pekerja agama bertukar, kerja pun habis. Tidak! ALLAH SWT yang pilih orang yang buat usaha. Oleh itu, kita kena hubungkan diri kita dengan usaha.

Alhamdulillah, satu dunia telah datang ke Markaz Nizamuddin. Paling ramai orang Malaysia dan Indonesia di Nizamuddin pada setiap masa. ALLAH SWT berkati umur mereka, semoga ALLAH SWT kekalkan mereka dalam usaha. Dari segi negara luar, yang mula² sekali bagi masa dalam usaha ini, yang mula² peluk usaha ini, yang menjadi dalil dalam usaha ini, yang bagi masa mereka bersama Maulana Ilyas rah, Maulana 'Ubaidullah rah, mereka ialah pelajar madrasah terdahulu, mereka ialah orang Malaysia dan Indonesia. Tuan² adalah orang yg sangat beruntung. Allah telah libatkan keturunan tuan² dlm usaha ini. Oleh kerana pengorbanan datuk nenek tuan² dulu, usaha ini telah maju.

Satu ketika dulu, tiada madrasah di Malaysia. Tiada hafiz quran. Pada tahun 1982, Hadratji Maulana In'amul Hasan rah telah buka madrasah yang pertama di Kubang Bujuk, Terengganu. Selepas 20 - 30 tahun, beratus² huffazh quran. Budak perempuan pun sudah beratus orang jadi hafizhah. Cuba kita fikir. Ini berkat apa? Ini berkat usaha agama. Kalau kita jauh dari usaha agama, apa akan jadi? Kalau kita tinggalkan markaz apa akan jadi pada kita? Bagaimana kita dapat hidayat? Apa yang umat dapat? Demi Allah, semua ini sebab berkat usaha agama. Kita buat azam, kita akan terus buat usaha ini sampai mati. Kita tidak ada perselisihan. Apa orang-orang tua kita di Nizamuddin kata, kita taat.

Selepas Maulana Yusuf rah wafat, timbul masalah siapa hendak jadi Amir. Ulama' dan mubaligh2 besar ada. Maulana Ubaidullah rah, Maulana Sayyid Ahmad Khan rah, Mufti Zainal Abidin rah dan lain-lain. Mereka bermesyuarat dan beri macam2 syor cadangan. Kebanyakan berpendapat lantik Maulana Harun rah jadi Amir iaitu anak kepada Maulana Yusuf, bapa kepada Maulana Sa'ad. Maulana Zakaria rah sebagai penaung kepada usaha ini, semua yang buat usaha agama taat pada beliau.

Dengan arahan dari Maulana Ilyas rah, beliau telah tulis kitab Fadhilat Amal, Fadhilat Sedekah, Fadhilat Haji, Fadhilat Tijarah dan ribuan kitab telah ditulis oleh beliau dalam bahasa urdu dan arab. Beliau telah putus Maulana In'amul Hasan rah sebagai Amir. Tetapi apabila orang yang dalam hati dia ada pencuri, tidak bersetuju dengan keputusan telah tinggalkan markaz. Saya tengok dengan mata kepala saya sendiri keadaan mereka selepas tinggalkan usaha. Apa kedudukan mereka selepas tinggalkan usaha ini? Tiada apa2. Oleh itu, kita kena jadikan diri kita untuk kerja ini. Ini dipanggil istikhlas. Walaupun kita ditawarkan benda yang hebat2, jawatan yang hebat2, tapi kita tidak berkehendakan kepada semua itu. Sampai mati kita akan buat usaha ini. Semoga Allah bagi kita istiqamah dalam usaha ini.

Bayan Maulana Yusuf rah sangat hebat. Ramai orang pengsan bila dengar bayan beliau. Ada yang sedia bagi seluruh hidup bila dengar bayan beliau. Sehingga ada yang koyak baju dan lari ke hutan bila dengar bayan beliau. Dikatakan selepas Sheikh Abdul Qadir al Jilani, orang yang bayan dahsyat tentang Tauhid ialah Maulana Yusuf. Bila tashkil, semua orang bangun sedia untuk keluar. ALLAH SWT jadikan Amir selepas dia, iaitu Maulana In'amul Hasan rah, langsung tidak pandai bayan pun. Sampai meninggal dunia, bayan tidak pernah lebih dari 5 minit. ALLAH SWT hendak bagi tahu, wahai orang2 yang buat usaha agama, kerja ini berjalan bukan dengan sebab bayan Maulana Yusuf. Bahkan, di zaman Maulana Inamul Hasan, usaha telah tersebar luas 10-20 kali ganda. Malah usaha ini telah sampai ke seluruh dunia.

Semasa Hadratji Maulana Inamul Hasan sakit, dia telah hidupkan sunnah Sayyidina Umar r.a. Pada zaman Sayyidina Umar, semasa dia hampir meninggal dunia, dia tidak lantik khalifah secara khusus. Selepas Rasulullah SAW, orang yang paling layak ialah Sayyidina Abu Bakar r.a. Pada zaman Abu Bakar pula r.a, dia telah sebut nama secara khusus iaitu Umar sebagai pengganti. Sayyidina Umar r.a sebaliknya telah pilih 6 orang. Mereka bermesyuarat dalam bilik tertutup dan telah memilih satu orang untuk jadi Amir. Untuk gerakkan usaha tidak perlu syura dengan sendirinya, malah kena lantik Amir. Usaha berjalan dengan Mesyuarat. Mesyuarat adalah perkara yang asal. Syura bukan asal. Syura hanya untuk bantu Amir, bukan untuk menggerakkan usaha.

Oleh itu, Hadratji Maulana Inamul Hassan telah melantik 10 orang Syura (Ahlul Hal wal Aqad) untuk melantik Amir. Setelah Hadratji rah wafat, semua orang-orang tanggungjawab India, Pakistan, Bangladesh ada di Nizamuddin. Mereka bermesyuarat dalam bilik yang tertutup selama 3 hari. Kebanyakan berpendapat melantik Maulana Saad jadi Amir. Ada beberapa orang syor Maulana Zubair patut jadi Amir. Sebahagian dari orang Delhi berpendapat Maulana Izhar sepatutnya jadi Amir. Hanya 3 nama ini sahaja yang di syor jadi Amir daripada 10 orang yang ada dalam bilik tersebut. Tetapi masih tidak dapat buat keputusan siapa yang sepatutnya jadi Amir. Mereka tengok kemaslahatan. Supaya jangan sampai bergaduh, timbul fitnah dan kekecohan. Jangan sampai kerja ini jadi seperti pergerakan2 yang lain.

Faisala mesyuarat ialah Mehji Mehrab. Selepas 3 hari, dia pergi iklan pada majma'. Dikalangan 10 orang itu, hanya 3 orang sahaja dilantik jadi Faisala (pembuat keputusan) iaitu Maulana Zubairul Hasan, Maulana Izharul Hasan dan Maulana Sa'ad. Dalam masa yang singkat, satu demi satu meninggal dunia. Maka tinggal Maulana Sa'ad dan Maulana Zubair. Mereka berdua buat keputusan dalam apa2 hal pun. Kami orang2 Nizamuddin setiap hari duduk mesyuarat, tetapi kami tidak pernah tahu siapa yang buat keputusan antara mereka berdua. Selepas minta pandangan/syor, jurutulis sahaja yang tahu siapa yang telah buat keputusan. Kerja berjalan dengan baik. Tiada apa2 perselisihan. Syura asal yang masih hidup ialah Bhai Abdul Wahab di Raiwind, Pakistan.

Pada masa tersebut, Maulana Sa'ad telah mula susun muntakhab hadith. Bhai Abdul Wahhab dan Maulana Zubair rah tidak melarang. Dengan mesyuarat, kitab tersebut akan dicetak di Pakistan dan dibaca secara ijtimai. Tapi, bila hampir2 hendak cetak, Bhai Abdul Wahhab minta muka shafaf beliau dikumpulkan dan dicetak bersama dalam kitab tersebut. Tetapi Mufti Zainal Abidin tidak setuju dan tidak benarkan sebab ia hanya kitab hadith sahaja, tak boleh dicampur dgn cerita lain. Bhai Abdul Wahhab rasa tak senang hati. Dia tak baca kitab tersebut secara ijtimai. Kitab ini telah diberi kepada orang2 dari usaha yang lain yang menentang usaha ini. Setelah mereka baca, mereka kata kitab ini patut dibaca secara ijtimai. Kitab ini bukanlah ditulis oleh Maulana Sa'ad tapi ditulis oleh Maulana Yusuf rah. Ia mengandungi ayat quran dan hadith yang boleh diguna pakai. Orang arab pun guna kitab tersebut.

Maulana Yusuf rah meninggal dunia dan tak sempat cetak kitab tersebut. Khutub kanah Maulana Yusuf telah dijaga oleh Maulana Inamul Hassan. Selepas itu, khutub kanah tu telah diberi kepada Maulana Saad utk dijaga sebelum beliau meninggal. Maulana Saad jadi pemilik. Dia duduk disitu dan mentelaah kitab2 yg ada di dlmnya. Dalam banyak2 kitab, dia jumpa kitab muntakhab hadith. Kitab yang dah lusuh. Dia bawa kitab tersebut ke markaz Raiwind. Dia mesyuarat di sana. 3-4 orang alim diputuskan untuk tengok kitab tersebut. Kemudian dicetak dan dijual di ijtimak Raiwind. Semua habis. Satu pun tak tinggal. Kemudian selepas beberapa tahun, Maulana Sa'ad bagi targhib supaya ia dibaca bersama kitab fadhail amal dan fadhilat sedekah. Sebelum muzakarah 6 perkara, baca muntakhab hadith supaya bila menyampaikan 6 perkara guna ayat quran dan hadith dalam muntakhab hadith. Ianya dibenarkan utk dibaca secara ijtimai.

Semasa Maulana Zubair hidup, telah pun ada usaha memakmurkan masjid dan 5 amal di rumah. Maulana zubair tak menyangkal. Selepas beliau wafat, ada sesetengah org sibuk suruh buat jemaah syura. Sebagaimana Bhai Abdul Wahhab tak setuju dengan kitab muntakhab hadith, begitulah juga Maulana Saad telah tidak menandatangani kertas perlantikan syura alami. Tidak ada jemaah syura alami yang baru dibentuk. Di Raiwind ada jema'ah syura sendiri, di Bangladesh ada jama'ah syura sendiri dan di Nizamuddin pun ada jama'ah syura sendiri. Setelah dilantik, telah dihantar percanya ke Raiwind dan Bangladesh. 9 syura di Nizamuddin antaranya ialah Maulana Ahmad Laat, Maulana Yaakob, Meiji Azmat, Maulana Yusuf (anak Maulana Sa'ad), Maulana Zuhair (anak kepada Maulana Zubair), termasuk Maulana Sa'ad. Syura sudah pun sedia ada.

Mengapa hendak bentuk syura alami lagi. Bila ada masalah, mereka duduk dan bermesyuarat. Bila ada masalah, Maulana Sa'ad dan Bhai Abdul Wahhab akan duduk berbincang. Bila seorang meninggal, seorang akan jadi amir alami. Ini dipanggil mesyuarat. Dari segi syariat, inilah caranya. Semoga Allah pelihara kita. Kita jangan sibukkan diri kita dengan perkara fitnah. Kita jadilah orang yang ikhlas. Apa yang kita sudah buat untuk kerja ini? Kita sibukkan diri dengan usaha. ALLAH SWT akan selesaikan masalah. Hari ini kita tidak buat kerja, asyik tengok orang, tengok internet /whatsapp, kita rosakkan diri kita sendiri dan rosakkan keluarga kita. Jangan kita rosakkan usaha ini. Kita istiqamah dalam usaha ini. Semua perkara kita rujuk pada Nizamuddin. Setiap kali mesyuarat di Nizamuddin, satu salinan hantar ke Raiwind, satu salinan hantar ke Kakrail, Bangladesh.

Maulana Yusuf kata, kamu kena datang ke Nizamuddin berulang² kali. Maka kamu akan cakap apa yang kami cakap. Tapi kalau kamu tak datang, kamu akan cakap apa yang kamu nak cakap. Sebab itu kena pergi tertib 2 bulan Nizamuddin. Alhamdulillah, orang tanggungjawab seluruh dunia telah datang ke Nizamuddin. Pada setiap masa, 70-80 negara ada di Nizamuddin. Pergi tengok sendiri apa yang ada di Nizamuddin. Jangan dengar cakap orang. Semua syak wasangka akan hilang. Markaz 'Alami ialah Nizamuddin. Kita akan ikut tunjuk ajar mereka. ALLAH SWT akan bagi ijtimaiyat. ALLAH SWT akan buka hakikat kerja pada kita.

Bhai 'Abdul Wahhab pun setiap hari suruh orang pergi Nizamuddin, pergi Delhi, pergi ke Mewat, pergi Guava. Keluar di sana. Di mana² pun kita boleh buat kerja tapi basirah/hikmah kerja ada di 4 tempat. Guava ialah tempat pertemuan 2 sungai (Shaharanpur, Muzafarnagar, Merab, Syaik). Mewat ialah tempat Maulana Ilyas Rahmatullahu 'alaihi buat usaha. Pergi ke tempat² tersebut dan tengok orang disana buat kerja. Allah SWT akan buka hakikat kerja. Semua sedia? Jemaah 4B Negara jauh dan 2B masturat Negara jauh perlu dapatkan kelulusan & route dari nizamuddin. Setiap 2 tahun kita bermesyuarat di Nizamuddin dan tahun yang berikutnya orang Nizamuddin akan datang buat jor di tempat kita. Tiada apa2 perubahan pada tertib tersebut. Orang yang menyangka ada perubahan, itu salah faham mereka. Bila balik ke mahallah, semua tertib yang diberitahu kita buat macam biasa. Hidupkan 5 amal masjid dan amalan makmurkan masjid. Hidupkan 5 amal dirumah supaya ada hubungan masjid dan rumah kita. Banyak fadhilat. Semoga Allah terima.

No comments:

Post a Comment