Ustaz saya cerita, ada orang tanya Maulana Saad perkara ni (adakah dakwah maksud hidup?), beliau jawab lebih kurang: "Adakah wujud dlm dunia ni seorang muazzin yang bagi azan di masjid kemudian balik ke rumah utk solat di rumah?”
penanya cakap TIDAK ADA...
Maulana Saad jawab, kalau muadzzin tu jadikan "azan" (azan adalah dakwah paling sempurna) sbg maksud hidupnya, dia tentu akan azan kmudian balik rumah kerana anggap maksud hidupnya telah tercapai tapi sebaliknya yg berlaku ialah muadzzin tu cuma jadikan azan tu sebagai wasilah/jalan/asbab untuk mencapai maksud hidup iaitu AGAMA (solat itu tiang agama, orang yang dirikan solat bermakna dia teguhkan agama).
Tambah ustaz saya: seorang muadzzin dia akan tetap azan walaupun selama bertahun2 tak ada orang datang ke masjid dan dialah orang pertama yang akan tunggu di saf masjid untuk solat, kalau tak ada orang datang masjid, dia lah orang pertama yang akan dirikan solat di masjid tu..jadi begitu juga seorang dai'e, dia akan sentiasa berdakwah walaupun tak ada orang ikut sebab dia berdakwah bukan untuk orang ikut tapi kerana ia adalah PERINTAH ALLAH..orang nak ikut ke tak itu tergantung hidayah dari Allah, kalau tak ada orang nak ikut sekalipun dakwah kita, kita tetap orang pertama yang akan terus maju dlm agama sebab usaha agama untuk ISLAH DIRI bukan untuk ISLAH ORANG LAIN.
No comments:
Post a Comment