Kerja Dakwah dibuat dengan 2 perkara iaitu yakin yang benar dan kerja yang ijtimai. Yakin yang benar ada 2 iaitu pertama yakin bahwasannya dengan kerja dakwah ini saja yang bisa menyelesaikan masalah2 akhirat dan kedua yakin bahwasannya dengan kerja ini saja yang dapat menyelamatkan kita dari kerugian-kerugian baik kerugian dunia maupun kerugian akhirat. Sementara kerja yang ijtimati (berjemaah) itu ada empat iaitu pertama dakwah dengan kasih sayang dan lemah lembut, kedua pemaaf, ketiga bermesyuarat dan keempat itu istikhlas (tetap pendirian).
Mengapa kah dunia ini rosak? Dunia ini rosak kerana wanitanya rosak dan wanitanya rosak kerana lelakinya rosak dan lelakinya rosak kerana meninggalkan kerja dakwah di jalan Allah s.w.t. Mengapa pula umat ini rosak? Umat ini rosak kerana meninggalkan dakwah dan kalau ada dakwah pun tidak mengikuti cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Tiga perkara yang membuatkan wanita rosak ialah karkun (daie) yg suka makan dgn banyak, karkun yang suka pakaian yang banyak dan karkun yang suka membina rumah yg besar2. Sehingga wanitanya sibuk memasak, mencuci, membersihkan rumah sehingga lupa untuk berdakwah, taklim, zikir ibadah dan mendidik anak secara sunnah.
Kenapa karkun berhenti dari dakwah? Pertama kerana keletihan atau kepenatan dan kedua kerana hatinya sakit. Kenapa karkun perlahan dari usaha dakwah? Pertama kerana karkun kaya takut menjadi miskin dan karkun miskin bercita-cita ingin kaya. Kenapa kerkun rosak kerjanya? Pertama kerana tidak menjaga nisab dan kedua kerana meninggalkan kerja-kerja makami. Kenapa kerkun dingin dengan usaha dakwah? Pertama kerana ketika khuruj (keluar di jalan Allah) tidak berniat untuk mengislahkan diri dan ketika pulang dari khuruj, tidak berniat menjadikan dakwah ini maksud hidup. Kenapa umat ini dalam keadaan rugi? Kerana tidak faham sasaran, maksud dan tujuan hidup ini. Kenapa karkun menjadi lemah? Kerana ketika khuruj, tidak bersungguh-sungguh mengikuti tertib dan adab dakwah.
No comments:
Post a Comment