Tuesday, February 4, 2014

ADAB MASJID

Dasar utama mendirikan masjid adalah takwa. (Al-Quran). Brgsiapa mendirikan masjid, Allah akan mendirikan baginya bangunan spt itu di syurga. (Muslim). Maksud dan tujuan masjid didirikan, adalah sbg tmpt solat (Muslim), tmpt zikir (Muslim), tmpt tilawah Al-Quran (Muslim), tmpt majlis agama (Bukhari, Muslim, Tirmizi), tmpt taklim Al-Quran (Tabrani, Bazzar), tmpt taklim masail (Tabrani) dan pusat dakwah Islamiyah (Bukhari, Muslim, Abu Daud). Masjid hendaknya dibangun di tmpt yg dkt dgn masyarakat yg mudah dikunjungi. (Ahmad, Abu Daud). 

Masjid hendaknya sederhana, tidak terlalu mewah spt org Yahudi dan Nasrani yg memperelok gereja” (Abu Daud). Abu Darda ra. berkata, “Jika kamu mengukir2 masjid, maka kehancuran akan menimpamu”. Berlomba2 memper indah masjid, mengakibatkan riya dan berbangga diri. Akhirnya jauh dari maksud sebenarnya mendirikan masjid. Sabda Nabi saw., “Akan dtg kpd manusia satu masa, dimana mrk akan berbangga2 dlm membangun masjid, ttpi mrk tidak meramaikannya, kecuali sebhg kecil saja.” (Syarhus Sunat).

“Jika melihat masjid hendaklah membaca basmallah dan selawat atas Nabi saw” (Ahmad, Ibnu Majah). “Masuk masjid hendaknya mendahulukan kaki kanan dgn niat iktikaf”. (Ibnu Nu’aim, Abu Daud). Niat i’tikaf, ialah: “Aku niat beriktikaf di dlm masjid ini semata-mata krn Allah”. Caranya: Melepaskan sendal kaki kiri dan diinjak oleh kaki kiri. Kemudian lepaskan sendal kaki kanan dan melangkah masuk (Imam Nawawi). Masuk masjid disunatkan membaca doa yg ertinya: “Ya Allah, bukakanlah utkku pintu rahmatMu.” (Abu Daud, Nasai). Keluar masjid hendaknya mendahulukan kaki kiri, dgn membaca doa yg ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kurnia dariMu. (Abu Daud, Nasai). * Caranya: Melangkah keluar dgn kaki kiri dan injak sendal bhg kiri. Kemudian masukkan kaki kanan ke sendal kanan, lalu masukkan kaki kiri ke sendal kiri. (Imam Nawawi). “Sunat memakai wangi2an di masjid”. (Nasai). “Sunat solat dua rakaat Tahiyyatul Masjid ketika masuk masjid seblm duduk”. (Bukhari, Muslim, Tirmizi). Kecuali di Masjidil Haram, lebih utama dimulai dgn thawaf utk menghormatinya.

Jika tidak sempat melakukan solat Tahiyyatul Masjid, maka bacalah; “Subhanallah, walhamdulillah walaa ilahaillallah wallahu akbar” empat kali. Di masjid hendaknya hidup 4 amalan di dlmnya, iaitu: Dakwah (Bukhari, Muslim), Taklim wa taalum. (Muslim), Zikir ibadah, (Muslim) dan Khidmat. “Selama di masjid hendaknya selalu menutup aurat”. (Nasai). Sebaik2 tmpt solat bagi lelaki adalah di masjid dan sebaik2 tmpt solat bagi wanita adalah di dlm rumahnya. “Masyarakat di sekitar masjid hendaknya menghormati tamu2 yg berziarah ke masjidnya, krn mrk adalah tamu Allah swt.” (Abi Syaibah).

Hal-Hal Yg Dibolehkan: 

1). Boleh mengeluarkan org yg membawa bau2an tidak enak dari masjid (Nasai).

2). Boleh tidur di dlm masjid dgn niat i’tikaf. (Bukhari, Muslim).

3). Sunat membuat khemah di dlm masjid utk beriktikaf pada 10 hari terakhir bln Ramadan. (Nasai).

4). Boleh menjadikan tmpt ibadah umat lain sbg masjid dan boleh membongkar kuburan utk dijadikan masjid. (Nasai). *Maksudnya kuburan dipindahkan ke tmpt lain utk dijadikan masjid.

5). Boleh tidur, makandan minum di masjid asalkan dgn niat iktikaf. (Nasai)

Hal-hal Yg Tidak Dibolehkan: 

1). Tidak boleh menjadikan kuburan sbg masjid. (Nasai). Seblm dibongkar (dipindahkan), tmpt itu tidak boleh dijadikan masjid.

2). Tidak boleh meludah di dlm masjid. (Nasai).

3). Tidak boleh bersyair dan bernyanyi di dlm masjid. Jika mendgr org bernyanyi di dlm masjid, dianjurkan berdoa, “Semoga Allah menghancurkan mulutnya” 3 kali. (Ibnu Sina, Nasai).

4). Tidak boleh mengadakan jual beli di masjid. Jika melihat org berjual beli di masjid, hendaknya berdoa, “Semoga Allah merugikan perdagangannya. (Tirmizi, Nasai)”.

5). Tidak boleh mencari brg hilang di dlm masjid. Jika melihat org mencari brg hilang di dlm masjid, disunatkan berdoa, “Ya Allah, semoga brgnya tidak ditemukan…” (Muslim, Ibnu Majah).

6). Tidak boleh membawa senjata terhunus ke dlm masjid. (Tabrani, Nasai).

7). Masjid tidak boleh dijadikan jln lintasan utk lalu. (Bukhari, Muslim).

8). Tidak boleh menyatukan pintu masjid utk wanita dan lelaki. Wanita tidak boleh masuk dari pintu lelaki dan sebaliknya. (Abu Daud).

Tidak boleh bersuara keras, tertawa, bersenda gurau, berbicara sia2 dan makruh membawa bau2an yg tidak enak, spt: bau bawang, rokok, jering, petai dan lain2 ke masjid. (Bukhari, Muslim). * Termasuk jgn buang angin di dlm masjid. (Muslim). Tidak boleh memotong dan membersihkan kuku, rambut, mengibaskan kain dgn keras, menyisir rambut dan janggutatau bersiwak di dlm masjid. Perbuatan itu akan mengotori masjid. Dan jika ada kotoran, disunatkan mengeluarkannya dari masjid. (Abu Daud).

No comments:

Post a Comment