Ibnu Umar, ra berkata: “Rasulullah melakukan iktikaf 10 hari terakhir di bln Ramadan” (HR Bukhari dan Muslim). Ini di antara salah satu hadis yg menunjuk kan disyariatkannya utk melakukan iktikaf pada 10 hari terakhir di bln Ramadan. Iktikaf ialah berdiam diri di masjid dgn niat utk mendktkan diri kpd Allah dgn memperbnyk ibadah.
Iktikaf merupakan sunah yg telah dicthkan oleh Rasulullah dgn sungguh2. Bnyk hadis2 yg menunjukkan bahawa Rasulullah saw sering melakukan iktikaf 10 hari terakhir di bln Ramadan, bah kan menjelang wafatnya beliau, Rasulullah melakukan iktikaf selama dua puluh hari terakhir Ramadan. Kemudian hal itupun diikuti oleh para isteri nabi saw stlh beliau wafat. Dari Aisyah ra: “Rasulullah melakukan iktikaf setiap bln ramadan selama 10 hari, maka ketika di tahun menjelang wafat nya, Rasulullah beriktikaf 20 hari Dan isteri2nya beriktikaf stlh itu.” (HR Bukhari & Muslim).
Di antara keutamaan iktikaf, selain ia merupakan sunah yg dicontohkan Rasulullah, Iktikaf memiliki keutamaan yg besar. Dlm sebuah hadis yg diriwayat kan Imam Tabrani dan Baihaqi, walau sebahagian ulama tidak bersepakat atas kesahihannya namun hadis ini dpt diterima dan digunakan utk keutamaan amal, dlm hal ini adalah iktikaf: Dari ibnu Abbas ra: “Brgsiapa beriktikaf satu hari krn mengharap keredhaan Allah, Allah akan menjadikan jarak antara dirinya dan api neraka sejauh 3 parit, setiap parit sejauh jarak timur dan barat. (HR Tabrani, Baihaqi dan disahihkan oleh Imam Hakim). Imam Al-Khatib dan Ibnu Syahin meriwayatkan hadis dari Tsauban ra meriwayatkan: Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa yg beriktikaf antara Maghrib dan Isyak di masjid dgn tidak berbicara kecuali solat dan membaca Al-Quran, maka Allah berhak membangunkan utknya istana di syurga”. Maka di antara adab2 beriktikaf yg perlu diperhatikan dan dilaksanakan adalah:
1). Menghadirkan niat yg saleh dan mengharap ganjaran dari Allah swt.
2). Merasakan hikmah dari iktikaf iaitu ia berputus s'mtara dari segala keduniaan utk beribadah.
3). Seorg yg iktikaf tidak keluar dari masjid kecuali hanya utk ke tandas yg mesti ia laksanakan.
4). Ttp menjaga amaliah ibadah pagi dan ptg spt zikir pagi dan ptg, solat sunat duha, sunat rawatib, solat qiyamullail, solat sunat wudhu, zikir stlh solat dan juga menjawab azan.
5). Berupaya sungguh2 utk dpt bangun seblm waktu solat dgn waktu yg cukup utk mempersiap kan solat, sehingga dpt melaksanakan solat lima waktu dgn khusyuk dan tenang, bukan justru malah terlambat, apalagi ia sudah beriktikaf di masjid.
6). Memperbnyk amalan sunat dgn melakukan berbagai mcm ibadah spt membaca Al-Quran, membaca tasbih, memperbnyk membaca tahlil, tahmid, takbir, istighfar, membaca selawat kpd baginda Rasulullah, mentadaburi Al-Quran, membaca terjemahannya, membaca hadis2 nabi dan membaca sirahnya. Sehingga waktu yg ada tidak membuat bosan hanya dgn tidur dan bersenda gurau dgn sesama saudara yg sdg beriktikaf.
7). Sedikit makan, minum dan tidur dgn tujuan utk melembutkan hati dan melatih kekhusyuan hati serta tidak membuang waktu sia-sia.
8). Selalu menjaga kebersihan dan kesucian diri dan tmpt iktikaf dgn selalu menjaga wudhu. Saling menasihati dlm kebenaran dan kesabaran. Secara ringkasnya adalah menerapkan sunah dlm kehidupan sehari2.
Hal-hal yg perlu dihindari ketika iktikaf:
Pertama: Bnyk membuang waktu dgn hal2 yg sia2 bahkan Tiada hubungan nya dgn ibadah iktikaf spti bnyk bersenda gurau, bercerita dan sbgnya.
Kedua: Berlebihan dlm makan dan minum ketika iktikaf. Krn iktikaf adalah cara utk melatih hati dan diri utk khusyuk beribadah maka makan dan minum yg berlebihan akan membuat berat beribadah dan bahkan menjadi malas ibadah dan masjid hanya menjadi tmpt pindah makan belaka.
Ketiga: Tidur berlebihan, bahkan memarahi org yg membangunkannya utk solat dan tilawah Al-Quran. Ini perlu menjadi perhatian krn waktu yg 10 hari sgtlah sedikit jika hanya digunakan utk tmpt pindah tidur, padahal dgn mengikuti iktikaf adalah melatih diri utk menggunakan waktu di masjid dgn ibadah.
Keempat: Sebhg kaum muslimin mengajak anak2 mrk utk juga beriktikaf, namun perlu memperhati kan agar anak2 tidak mtidak mahuggu ketenangan dan kekhusyukan peserta iktikaf lainya. Wallahu alam bishawab.
No comments:
Post a Comment