Tuesday, February 4, 2014

ADAB MEMBACA AL-QURAN

Bacalah Al-Quran dgn perasaan takzim wal ihtiram (mengagungkan dan memuliakan), krn Al-Quran adalah Kalamullah. Maka hendaklah kita membaca nya dgn adab2 yg baik, di antara adab2 membaca Al-Quran adalah sbb:

1). Badan, pakaiandan tmpt suci dari najisdan ada wudlu. (Abu Daud, Tirmizi, Tabrani, Hakim).

2). Bersiwak dahulu seblm membaca Al-Quran. (Baihaqi, Abu Nu’aim).

3). Menghadap kiblat. (Ibnu Hajar).

4). Al-Quran diletakkan di tmpt yg lebih tinggi. Jgn meletakkan Al-Qu’an di bwh apapun. (Hakim). Sebaiknya memakai meja atau bantal, baik ketika sdg dibaca atau tidak, hendaknya diletak di tmpt yg tinggi.

5). Membaca dgn memahami ertinya, sehingga boleh diresapi. (Tabrani).

6). Membaca dgn penuh rasa takut kpd Allah. (Baihaqi, Khatib).

7). Dianjurkan menangis ketika mendgr ayat2 siksa dan neraka. Dan bergembira ketika mendgr ayat2 pahala dan syurga. Jika tidak boleh menangis, berpura2lah menangis. (Baihaqi)

8). Membaca dgn makhraj Arab. Jgn membacanya dgn menggunakan dialek bahasa sendiri. (Baihaqi, Tabrani, Hakim)

9). Membaca dgn tajwid dan tertil. (Ibnu Abu Daud, Al-Quran)

10). Memulai pembacaan Al-Quran dgn taawudz dan basmallah. Kecuali pada surah At-Taubah tidak perlu membaca Basmallah.

11). Membaca dgn qiraat Arab. Haram membacanya dgn nada nyanyian (Baihaqi, Tabrani, Hakim)

12). Boleh mengeraskan bacaan Al-Quran, jika: Diperkirakan tidak akan menimbulkan riya, dpt menyemangatkan org lain membaca Al-Quran dan tidak mahu ggu org lain. (Abu Daud, Tirmizi, Nasai). Sebaiknya merendahkan suara bacaan Al-Quran jika ada org yg sdg solat dan jgn mengeraskannya utk membangunkan org ketika Subuh. (Al-Quran, Abu Daud, Tirmizi).

13). Dianjurkan menutup Al Quran ketika diajak bicara oleh org lain dan mulai membacanya lagi dgn membaca taawudz.

14). Jgn memandang kesana-kemari ketika membaca Al Quran. Org yg sdg membaca Al Quran, bererti Allah sdg berbicara dgnnya. Sgtlah tidak beradab, ketika Allah berbicara dgn kita, ttp tidak dipedulikan. Dan jgn membaca Al-Quran sambil makan dan minum.

15). Apb membaca ayat2 sajadah, maka disunatkan utk bersujud tilawah dgn ada wudhu, menghadap kiblatdan cukup dilakukan sekali. (Muslim, Ahmad, Tabrani, Ibnu Majah). Doa sujud Tilawah, ialah: “Sajada Wajhi yalillazi khalaqahu wa syaqqa sam ‘ahu wa basharahu bi haulihi wa quwwatih” (Kuhadapkan mukaku kpd yg telah mendptkannya, yg telah membukakan pendgrannya dan penglihatannya, dgn ucapannya dan kekuatan-Nya).

Adab Terhadap Al-Quran: 

1). Meletakkan Al-Quran dgn bhg Al-Fatihah di atas.

2). Jgn membawa Al-Quran ke negeri musuh Islam. Ditakutkan Al-Quran akan dirusak oleh mrk. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah)

3). Jgn berdebat dgn Al-Quran. (Baihaqi, Ibnu Majah, Hakim). Dikhuatirkan, debatan Al-Quran yg diajukan, ditolak oleh lawan bicara kita, bererti secara tidak langsung ia sudah menolak Al-Quran dan berdebat itu sendiri sgt tidak disukai oleh agama. Bahkan dianjurkan utk menghindari perdebatan walaupun merasa benar.

4). Seseorg yg sudah menghafal Al-Quran atau sebhg ayat Al-Quran, jgn mengatakan, “Aku lupa ayat ini…”, ttpi katakanlah, “Aku dilupakan oleh Allah ayat ini…” (Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ahmad)

5). Org2 yg tidak boleh memegang Al-Quran ialah: Org junub, Org haid, Org nifas, Org kafir.

6). Jgn melunjurkan kaki ke Al-Quran atau menyentuhnya dgn kaki. (Abu Nasir).

7). Al-Quran tidak boleh dipakai bantal atau alas. (Tabrani, Baihaqi).

8). Al-Quran tidak boleh dilangkahi. (Ibnu Hajar Asqalani).

9). Umar r.a. senang jika melihat org yg membaca Al-Quran memakai baju putih. (Malik)

10). Ketika khatam dari tilawah Al-Quran disunatkan agar memperbnyk takbir dan tahmid dan mengumpulkan keluarga dan doa bersama2. (Ibnu Najar).

No comments:

Post a Comment