“Tiada satu amal soleh yg lebih dicintai oleh Allah melebihi amal saleh yg dilakukan pada hari2 ini, (iaitu 10 hari pertama bln Zulhijjah),” sabda Nabi saw. Para sahabat bertanya, “Tidak pula jihad di jln Allah?” Rasulullah menjawab, “Tidak pula jihad di jln Allah, kecuali org yg berangkat jihad dgn jiwa dan harta nya, ttp tak ada yg kembali satu pun.” (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi dan Ahmad).
“Ketahuilah, amalan di 10 hari awal Zulhijjah akan dilipatganda kan,” sabda Nabi saw dlm hadis lainnya. Terlepas perbezaaan pelaksanaaan Aidil Adha 1431 H, ada baiknya kita alihkan perhatian pada sesuatu yg lebih utama, iaitu merebut perhatian Allah swt dgn menghadirkan amalan2 yg disukaiNya.
Pertama, puasa:
Dari isteri Hunaidah bin Kholid, beberapa isteri Nabi saw mengatakan, “Rasulullah biasa berpuasa pada 9 hari awal Zulhijah, pada hari Asyura (10 Muharram)dan berpuasa 3 hari setiap blnnya.” Di antara sahabat yg mempraktikkan puasa selama 9 hari awal Zulhijjah adalah Ibnu Umar.
Kedua, memperbnyk takbir dan zikir:
Termasuk di dlmnya membaca tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istigfardan doa. Disunahkan utk mengeraskan suara ketika melewati pasar, jln2, masjid dan tmpt2 lainnya. Ibnu Abbas berkata, “Berzikirlah kalian kpd Allah pada hari2 yg ditentukan, iaitu 10 hari pertama Zulhijah dan juga pada hari2 tasyrik.” Ibnu Umar dan Abu Hurairah pernah ke pasar pada 10 hari pertama Zulhijah, mrk bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir.
Ketiga, menunaikan ibadah haji dan umrah: Nabi saw ditanya, “Amalan apa yg paling afdal?” Beliau menjawab, “Beriman kpd Allah dan Rasul Nya.” Ada yg bertanya lagi, “Kemudian apa lagi?” Beliau menjawab, “Jihad di jln Allah.” Ada yg bertanya kembali, “Kemudian apa lagi?” Nabi saw menjawab, “Haji mabrur!” (HR Bukhari).
Keempat, memperbnyk amalan saleh, spt solat sunah, sedekah, membaca Al-Quran dan ber-amar makruf nahi mungkar.
Kelima, berkurban: Pada hari nahr (10 Zulhijah) dan hari tasyrik disunahkan utk berkurban. “Maka, dirikanlah solat krn Tuhanmu dan berkurbanlah.” (QS al-Kautsar [108]: 2).
Keenam, bertaubat:
Jika kita pernah berzina, membunuh tanpa hak, meminum arak atau sering meninggalkan solat 5 waktu, segeralah bertaubat. “Katakanlah, ‘Hai, hamba2Ku yg mlmpaui batas terhadap diri mrk sendiri, jgnlah kamu ber putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semua nya. Sesungguhnya Dialah Yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayg.” (QS az-Zumar [39]: 53). Menurut Ibnu Katsir, ayat yg mulia ini berisi seruan kpd setiap org yg berbuat maksiat, baik kekafiran maupun lainnya, utk segera bertaubat kpd Allah. Sang Khalik pun akan mengampuni seluruh dosa setiap hamba yg bertaubat walaupun dosanya sgt bnyk.
No comments:
Post a Comment