Pertanyaan: Assalamu’alaikum wr wb. Ustaz Muhammad Idrus Ramli yg saya hormati. Sbgmn dimaklumi, kaum Muslimin di Nusantara apb mau melaksana kan suatu ibadah, memulainya dgn niat yg diucapkan atau dilafalkan. Misalnya dlm ibadah solat, akan berkata ushalli, dlm ibadah wudhu akan berkata nawaitu dan seterusnya. Blkgan ini ada sebhg kelompok yg mengharamkan dan mem-bidahkan melafalkan niat dlm ibadah. Mrk beralasan bahawa dlm ibadah solat, puasa dan wudhu’ Tiada hadis yg menganjurkan melafalkan niat. Lagi pula kata mrk, dlm soal ibadah tidak boleh melakukan qiyas. Bgmn sebenarnya hukum melafalkan niat dlm ibadah dlm pandangan para fuqaha ASWJ?
Jawaban: Melafalkan niat dlm ibadah termasuk masalah furu’iyah, yg diper selisihkan di kalangan ulama fuqaha, antara yg mengatakan sunnah dan tidak sunnah. Akan ttp dari segi dalil, para ulama fuqaha yg mengatakan sunnah, memiliki dalil yg sgt kuat dan otoritatif. Seblm menjelaskan dalil kesunnahan melafalkan niat dlm ibadah, ada baiknya kami paparkan terlebih dahulu, ttg pendpt para ulama fuqaha mazhab yg empat seputar melafalkan niat. Ada 3 pendpt mengenai hukum melafalkan niat dlm ibadah.
Pertama, pendpt yg mengatakan sunnah, agar ucapan lidah dpt membantu memantapkan hati dlm niat ibadah. Pendpt ini diikuti oleh mazhab Hanafi dlm pendpt yg mukhtar, mazhab Syafiedan mazhab Hanbali sesuai dgn kaedah mazhab. Hal ini sbgmn ditegaskan oleh Ibnu Nujaim dlm al-Asybah wa al-Nazhair hal. 48, al-Imam al-Khathib al-Syirbini dlm Mughni alMuhtaj juz 1 hal. 57dan al-Imam al-Buhuti al-Hanbali dlm Kasysyaf al-Qina’ juz 1 hal. 87.
Kedua, pendpt yg mengatakan bahawa melafalkan niat dlm ibadah adalah makruh. Pendpt ini diikuti oleh sebhg ulama mazhab Hanafi dan sebhg ulama mazhab Hanbali. Hal ini juga diceritakan oleh Ibnu Nujaim dlm al-Asybah wa al-Nazhair hal. 48 dan al-Buhuti dlm Kasysyaf al-Qina’ juz 1 hal. 87.
Ketiga, pendpt yg mengatakan bahawa melafalkan niat dlm ibadah adalah boleh (mubah), akan ttp sebaiknya ditinggalkan. Kecuali bagi org yg waswas, maka melafalkan niat disunnahkan baginya, utk menghilangkan keraguannya. Hal ini sbgmn ditegaskan oleh Ibnu Arafah dlm Hasyiyah al-Dusuqi ‘ala al-Syarh al-Kabir juz 1 hal. 233-234 dan al-Shawi dlm al-Syarh al-Shaghir juz 1 hal. 304. Demikian pendpt para ulama fuqaha mazhab empat ttg hukum melafalkan niat dlm ibadah. Sdgkan dalil yg dijadikan dasar para ulama yg menganjurkan melafalkan niat dlm ibadah adalah hadis sbg berikut ini:
عن أَنَسٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُوْلُ لَبَّيْكَ بِعُمْرَةٍ وَحَجٍ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
“Anas bin Malik r.a berkata: “Aku mendgr Rasulullah saw berkata (ketika akan menunaikan ibadah haji dan umrah): “Aku penuhi panggilanMu, utk menunai kan ibadah umrah dan haji.” HR Muslim.
Dlm hadis di atas, Rasulullah saw melafalkan niat dlm ibadah haji dan umrah. Apb dlm satu ibadah, melafalkan niat itu dianjurkan, maka dlm ibadah lainnya juga dianjurkan, krn sama2 ibadah. Dlm hadis lain juga diriwayatkan:
عَنْ عَائِشَة َأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَوْمًا : هَلْ
عِنْدَكُمْ مِنْ غَدَاءٍ ؟ قَالَتْ لَا ، قَالَ : فَإِنِّي
إذَنْ أَصُومُ ، قَالَتْ : وَقَالَ لِي يَوْمًا آخَرَ أَعِنْدَكُمْ شَيْءٌ ؟
قُلْتُ نَعَمْ ، قَالَ : إذَنْ أُفْطِرُ وَإِنْ كُنْتُ
فَرَضْتُ الصَّوْمَ ” رَوَاهُ الدَّارَقُطْنِيّ وَصَحَّحَ إسْنَادَهُ
“Diriwayatkan dari Aisyah, bahawa pada suatu hari Nabi saw berkata kpdnya: “Apakah kalian mempunya makanan utk sarapan?” Ia menjawab: “Tiada.” Lalu beliau bersabda: “Kalau begitu, aku berniat puasa.” Aisyah berkata: “Suatu hari Nabi saw berkata kpdku: “Apakah kalian mempuanyai sesuatu (makanan)?” Aku menjawab: “Ya.” Beliau bersabda: “Kalau begitu, aku niat berbuka, meski pun tadi aku bermaksud puasa.” Hr al-Daraquthni dan ia mensahihkan sanad nya”. Dlm hadis ini, jelas sekali Nabi saw melafalkan niatnya utk menunaikan ibadah puasa. Dlm ibadah puasa, melafalkan niat disunnahkan, bererti dlm ibadah yg lain juga dianjurkan krn sama2 ibadah.
Perlu diketahui, bahawa dlm niat puasa, tidak harus menggunakan redaksi nawaitu shauma ghadin (saya niat puasa besok), bahkan boleh juga dgn redaksi ashumu ghadan (aku niat puasa besok) atau inni sha’imun ghadan (sungguh aku puasa besok). Demikian pula, dlm niat solat, tidak harus dgn redaksi ushalli (saya niat solat), akan ttp boleh dgn redaksi nawaitu solatal ‘ashri (saya niat solat ashar) dan lain sbgnya. Hal ini sbgmn ditegaskan dlm kitab-kitab fiqih Syafieyah.
Skrg, apb melafalkan niat dlm ibadah solat dan wudhu’, disunnahkan krn diqiyaskan dgn ibadah haji dan puasa, lalu bgmn dgn pernyataan sebhg kalangan Wahabi yg mengharamkan dan membid’ahkan melafalkan niat dgn alasan kaedah la qiyasa fil ‘ibadat (tidak boleh mengguna kan qiyas dlm hal ibadah)? Tentu saja kaedah la qiyasa fil ‘ibadat tersebut tidak benar dan bertentgn dgn penerapan para ulama salaf terhadap dalil qiyas. Ketika qiyas itu diakui sbg salah satu dalil dlm pengambilan hukum Islam, maka penerapannya bersifat umum, termasuk dlm bab ibadah.
Oleh krn itu, kita dpti para ulama salaf sejak generasi sahabat melakukan qiyas dlm hal ibadah. Misalnya, al-Imam al-Hafiz Nuruddin al-Haitsami meriwayatkan dlm kitabnya Majma’ al-Zawaid, bahawa sebhg sahabat spt Anas bin Malik menunaikan solat sunnah 4 raka’at seblm solat ‘id. S'mtara sahabat Ibnu Masud menunai kan solat sunnah sesudah solat ‘id empat raka’at. Padahal dlm kitab tersebut juga diriwayat kan bahawa Rasulullah saw tidak pernah melakukan dan tidak menganjurkan nya. Hal ini mrk lakukan krn diqiyaskan dgn solat maktubah, yg memiliki solat sunnah rawatib, seblm dan sesudahnya. Al-Imam Ahmad bin Hanbal, pendiri mazhab Hanbali, mazhab resmi Wahabi Saudi Arabia, juga melakukan qiyas dlm hal ibadah. Al-Imam Ibnu Nashr al-Marwazi meriwayatkan:
وَسُئِلَ أَحْمَد ُعَنِ الْقُنُوْتِ فِي الْوِتْرِ قَبْلَ الرُّكُوْعِ أَمْ بَعْدَهُ
وَهَلْ تُرْفَعُ اْلأَيْدِي فِي الدُّعَاءِ فِي الْوِتْرِ؟ فَقَالَ: اَلْقُنُوْتُ
بَعْدَ الرُّكُوْعِ وَيَرْفَعُ يَدَيْهِ وَذَلِكَ عَلىَ قِيَاسِ فِعْلِ النَّبِيِّ
صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْقُنُوْتِ فِي الْغَدَاةِ.
“Al-Imam Ahmad ditanya ttg qunut dlm solat witir, seblm ruku’ atau sesudahnya dan apakah dgn mengangkat tgn dlm doa ketika solat witir?” Beliau menjawab: “Qunut dilakukan stlh ruku’dan mengangkat kedua tgnnya ketika berdoa. Demikian ini diqiyas kan pada perbuatan Nabi saw dlm qunut solat subuh.” Hr Ibnu Nashr al-Marwazi dlm Qiyam al-Lail, hal. 318. Syaikh Abdul Aziz bin Baz, mufti Wahabi Saudi Arabia, yg wafat beberapa waktu yg lalu, juga melakukan qiyas dlm bab ibadah. Dlm hal ini, beliau berfatwa:
حُكْمُ رَفْعِ الْيَدَيْنِ فِي دُعَاءِ الْوِتْرِ
س: مَا حُكْمُ رَفْعِ الْيَدَيْنِ فِي الْوِتْرِ؟
ج: يُشْرَعُ رَفْعُ الْيَدَيْنِ فِيْ قُنُوْتِ الْوِتْرِ؛ لأَنَّهُ مِنْ جِنْسِ
الْقُنُوْتِ فِي النَّوَازِلِ، وَقَدْ ثَبَتَ عَنْهُ صَلىَّ اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ رَفَعَ يَدَيْهِ حِيْنَ دُعَائِهِ فِيْ قُنُوْتِ النَّوَازِلِ.
خَرَّجَهُ الْبَيْهَقِيُّ رَحِمَه ُاللهُ بِإِسْنَادٍ صَحِيْحٍ .
“Hukum mengangkat kedua tgn dlm doa witir. Soal: Bgmn hukum mengangkat kedua tgn dlm solat witir? Jawab: Disyariatkan (dianjurkan) mengangkat kedua tgn dlm qunut solat witir, krn termasuk jenis qunut nazilah (yg dilakukan krn ada bencana). Dan telah sah dari Nabi saw bahawa beliau mengangkat kedua tgnnya dlm doa qunut nazilah. Hadis tersebut diriwayatkan oleh al-Baihaqi rah. dgn sanad yg sahih.” Fatawa Islamiyyah, juz 1 hal. 349 dan Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah, juz 30 hal. 51.
Berdasarkan paparan di atas, dpt disimpulkan bahawa anjuran melafalkan niat dlm ibadah adalah pendpt majoriti ulama mazhab yg empat (mazahib al-arba’ah). pendpt tersebut memiliki dalil yg kuat dan otoritatif (mu’tabar), iaitu diqiyaskan kpd ibadah haji dan puasa, di mana Nabi saw, melafalkan niat dlm keduanya. Pendpt tersebut tidak dpt ditolak dgn alasan kaedah, la qiyasa fil ‘ibadat (tidak boleh melakukan qiyas dlm bab ibadah). Krn qiyas termasuk dalil pengambilan hukum dlm Islam, yg berlaku dlm semua bab.
Oleh krn itu, qiyas dlm bab ibadah telah diterapkan oleh para sahabat, al-Imam Ahmad bin Hanbal dan bahkan oleh sebhg ulama terkemuka kaum Wahabi kontemporer spt Syaikh Ibnu Baz. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment