Allah telah menjanjikan kelebihan kpd mrk yg menghafal al Quran spt yg digambarkan di bwh:
1. Mrk Adalah Keluarga Allah swt: Dpd Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yg terdiri dpd manusia.” Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah saw bertanya: “Siapakah mrk itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: “Iaitu ahli Quran (org yg membaca atau menghafal Al-Quran dan mengamalkan isinya). Mrk adalah keluarga Allah dan org2 yg istimewa bagi Allah.
2. Ditmptkan Di Syurga Yg Paling Tinggi: Dpd Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari Nabi saw, baginda bersabda: “Diakhirat nanti para ahli Al-Quran di perintahkan, “Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al-Quran dgn tertil spt engkau membacanya dgn tertil pada waktu di dunia. Tmpt tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yg engkau baca.”
3. Ahli Al-Quran Adalah Org Yg Arif Di Syurga: Dpd Anas ra. Rasulullah saw. bersabda; “Para pembaca Al Quran itu adalah org2 yg arif di antara penghuni syurga,”
4. Menghormati Org Yg Menghafal Al-Quran Bererti Mengagungkan Allah swt: Dpd Abu Musa Al Asyaari ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati org Islam yg sudah tua, menghormati org yg menghafal Al-Quran yg tidak berlebih2 dlm mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kpd penguasa yg adil.”
5. Hati Penghafal Al-Quran Tidak Di Siksa: Dpd Abdullah Bin Masud ra. bahawa Baginda saw bersabda: “Bacalah Al-Quran krn Allah tidak akan menyeksa hati org yg hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yg memasukkannya ia akan aman. Dan brgsiapa yg mencintai Al-Quran maka hendaklah ia bergembira.”
6. Mrk Lebih Berhak Menjadi Imam Dlm Solat: Dpd Ibnu Masud ra. Rasulullah saw. bersabda; “Yg menjadi imam dlm solat suatu kaum hendaknya yg paling pandai membaca Al Quran.”
7. Disygi Rasulullah: Dpd Jabir Bin Abdullah ra. bahawa Nabi saw menyatukan 2 org dpd org2 yg gugur dlm perang Uhud dlm satu liang lahad. Kemudian Nabi saw. bertanya, “Dari mrk berdua siapakah paling bnyk hafal Al Quran?” apb ada org yg dpt menunjukkan kpd salah satunya, maka nabi saw memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad.”
8. Dpt Memberikan Syafaat Kpd Keluarga: Dpd Syaidina Ali Bin Abi Thalib r.a, ia berkata, “Brgsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dlm syurga dan memberikannya hak syafaat utk 10 anggota keluarganya di mana mrk semuanya telah di ttpkan utk masuk neraka.”
9. Penghafal Al-Quran Akan Memakai Mahkota Kehormatan: Dpd Abu Hurairah ra. dpd Nabi saw. baginda bersabda: “Org yg hafal Al-Quran nanti pada hari kiamat nanti akan dtg dan Al-Quran akan berkata; “Wahai Tuhan, pakaikan lah dia dgn pakaian yg baik lagi baru”. Maka org tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al-Quran berkata lagi: “Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya”. Maka org itu di beri pakaian kehormatannya. Al-Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redailah dia”. Maka kpdnya di katakan; “Bacalah dan naiklah”. Dan utk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan.”
10. Hafal Al-Quran Merupakan Bekal Paling Baik: Dpd Jabir bin Nufair, katanya Rasulullah saw. bersabda; “Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dgn membawa sesuatu yg paling baik dpd sesuatu yg berasal dpdNya iaitu Al Quran”.
11. Org Tua Memperolehi Pahala Khusus Jika Anaknya Penghafal Al-Quran: Dpd Buraidah Al Aslami r.a, berkata Rasulullah s..a.w bersabda: “Pada hari kiamat nanti, Al-Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al-Quran akan berwujud seseorg dan ia bertanya kpd penghafal nya: “Apakah anda mengenalku?”. Penghafal tadi menjawab; “saya tidak mengenal kamu”. Al-Quran berkata; “saya adalah kawanmu, Al Quran yg membuatmu kehausan di tengah hari yg panas dan membuatmu tidak tidur pada mlm hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendpt keuntungan di blkg dagangannya dan kamu pada hari ini di blkg semua dagangan”. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tgn kanannya dan diberi kekekalan ditgn kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sdg kedua org tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yg harganya tidak dpt di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua org tua itu lalu bertanya: “Knp kami di beri dgn pakaian begini?”. Kemudian di jawab, “Krn anakmu hafal Al Quran”. Kemudian kpd penghafal Al Quran tadi di perintahkan, “Bacalah dan naiklah ketingkat2 syurga dan kamar2nya.” Maka ia pun terus naik selagi ia ttp membaca, baik bacaan itu cpt atau tertil.
12. Akan Menempati Tmpt Tertinggi Di Dlm Syurga: Aisyah ra berkata Rasulullah saw. bersabda: “Jumlah tingkatan2 syurga sama dgn jumlah ayat2 Al-Quran. Maka tingkatan syurga yg di masuki oleh penghafal adalah tingkatan yg paling atas, dimana Tiada tingkatan lagi sesudah itu.
No comments:
Post a Comment