SOLAT sudah menjadi kewajiban bagi umat muslim. Ali bin Abi Talib r.a. berkata, “Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata,
"Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrabin. Lalu Rasullullah saw bersabda, “Silakan apa yang hendak kalian tanyakan”. Berkata orang Yahudi, “Cuba terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu, “.
"Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrabin. Lalu Rasullullah saw bersabda, “Silakan apa yang hendak kalian tanyakan”. Berkata orang Yahudi, “Cuba terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu, “.
Sabda Rasullullah saw, “Solat Zohor jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah kholdi. Solat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengabulkan permintaannya. Solat Isyak itu ialah solat yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Solat Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir”.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW, lalu mereka berkata, “Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan diperoleh oleh orang yang solat”.
Solat Zohor
Rasullullah s.a.w bersabda, “Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan. Solat Zohor, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya asap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.”
Solat Asar
Sabda Rasullullah s.a.w lagi, “Manakala solat Asar adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah kholdi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir”
Solat Maghrib
Selepas itu Rasullullah s.a.w membaca ayat yang bermaksud, “Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan. Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan”
Solat Isyak
Sabda Rasullullah s.a.w, “Solat Isyak. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya berjamaah, Allah s.w.t haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi jambatan Sirathal Mustaqim”.
Solat Subuh
Sabda Rasullullah s.a.w seterusnya, “Solat Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan yaitu:
1). Dibebaskan dari api neraka.
2). Dibebaskan dari nifaq.
“Barangsiapa shalat subuh berjamaah, maka dia dalam perlindungan Allah, ” (HR, Ibnu Majah dan Thabrani).
Tingkatan Solat Berjamaah Di Masjid/Surau Yang Ada Azannya.
Barang siapa mengerjakan solat berjamaah, maka ia telah mengisi penuh tubuhnya dengan ibadah, ” (Al Hadits).
Barang siapa yang solat Isya’ berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh berjamaah, maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat sepanjang malam, ” (HR. Muslim).
Kelak pada hari kiamat, ada sekelompok manusia yang dibangkitkan dalam keadaan wajah–wajah mereka laksana bintang gemerlapan. Malaikat akan bertanya kepada mereka: "Apa gerangan amal-amal kalian?" dan mereka pun menjawab, "Kami dahulu apabila mendengar adzan segera bangkit dan berwudhu, tak satupun menyibukan kami darinya.” Kemudian akan dibangkitkan sekelompok manusia lainnya, wajah-wajah mereka laksana bulan purnama, setelah di tanya mereka menjawab, "Kami selalu berwudhu sebelum masuk waktu shalat"
Dan terakhir, akan dibangkitkan sekelompok lainnya yang wajah-wajah mereka laksana matahari, mereka akan menjawab, "Kami selalu mendengar azan dari dalam masjid.” Bagi mereka yang memelihara solat secara baik dan benar, Allah s.w.t akan memuliakannya dengan lima hal, dihindarkan dari kesempitan hidup, diselamatkan dari siksa kubur, dikuniakan kemampuan untuk menerima kitab catatan amal dengan tangan kanan, dapat melalui jembatan Siratal Mustaqim sepantas kilat, dan dimasukkan ke dalam surga tanpa hisab.
Tingkatan Solatnya Kaum Laki-laki Berdasarkan Berjamaah/Tidaknya, Tempatnya Dan Waktunya:
1). Solat awal waktu berjamaah di masjid/surau (yang dilaungkan azan)
2) Solat awal waktu berjamaah di masjid/surau (yang tidak dilaungkan azan), contohnya di pejabat atau mall dan sebagainya.
3). Solat di dalam waktu berjamaah di masjid/surau.
4). Solat berjamaah di rumah.
5). Solat sendirian awal waktu di rumah.
6). Solat sendirian dalam waktu di rumah.
7). Solat sendirian akhir waktu di rumah.
Makin tinggi tingkatannya insya Allah pahala solatnya mendekati sempurna.
No comments:
Post a Comment