Tuesday, January 21, 2014

APA FEMINIST KATA, APA MUSLIMAH KATA

Kaum feminist beritahu susah jadi wanita. Lihat saja peraturan di bawah ini:

1). Wanita - Auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.

2). Wanita - Perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3). Wanita - Saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4). Wanita - Menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.

5). Wanita - Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6). Wanita - Wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.

7). Talak - Terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8). Wanita - Kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk “MEMERDEKAKAN WANITA”. Tapi, pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)?

1). Ibarat Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik,sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang WANITA.

2). Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapaknya?

3). Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4). Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati karena melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.

5). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6). Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7). Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fi sabilillah.

Demikian sayangnya ALLAH pada wanita. Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Ia yang Maha Tahu akan manusia. Jagalah isterimu karena dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kita (kaum lelaki) berbuat baik selalu terhadap isterimu. Adalah sabda Rasulullah bahwa ketika kita memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan mengantarkannya menjadi muslimah yang baik maka surga adalah jaminannya.

No comments:

Post a Comment