“Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kpd Nabi (Muhammad saw); wahai org2 yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dgn penghormatan yang sepenuhnya” (Al-Ahzab:56).
Selawat Fatih pula mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh Para Ulama terdahulu. Selawat Fatih ini mampu membukakan asrar (rahsia) ajaib yang menghairankan oleh akal sesiapa yg dapat membacanya seratus kali setiap hari. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah:
1. Berkata sebahagian Ulama Maghribi, berselawat sekali dgn Selawat Fatih menyamai 10,000 atau 600,000 yang lain.
2. Dibaca 11 kali slps solat fardu, Allah akan mengampunkan dosa2 kecil dan aman tenteram jiwanya.
3. Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.
4. Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.
5. Sesiapa mengamalkan dgn istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat dan akan menjadi ahli Syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.
6. Kebanyakan daripada Arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari.
7. Sesungguhnya sesiapa yg tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak dpd hijab dan hasil baginya dpd anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya dgn qadar yg tidak diketahui melainkan oleh Allah Taala.
8. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.
9. Sesiapa yg berselawat dgn Selawat Fatih ini sekali dlm hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.
10. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama2 Nabi Muhammad saw. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment