Monday, January 20, 2014

SUNNAH-SUNNAH DALAM SOLAT

Solat itu tiang agama. Tanpa solat, bangunan seorang Muslim tiada ertinya. Rapuh dan jauh dari Islam itu sendiri. Paling tidak, ada lima kali dalam sehari kita melaksanakan solat. Ertinya wajib. Namun, dalam kewajiban ini, ada sunah-sunnah Solat.

Yang dimaksud dengan sunnah solat, iaitu semua aktiviti yang dilakukan di ketika solat, jika ditinggalkan dengan sengaja, maka akan membatalkan solat dan jika tertinggal tidak sengaja, maka tidak membatalkan solat akan tetapi cukup digantikan dengan sujud sahwi. Adapun sunnah sunnah solat antara lain:

1). Mengangkat kedua tangan. “Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib, dari Nabi saw, bahawa ketika melaksanakan solat fardu, baginda memulai dengan bertakbir dan mengangkat kedua tangannya hingga sejajar dengan bahu. Baginda melakukan hal yang sama ketika selesai membaca sebelum rukuk, juga bangkit dari rukuk. Baginda tidak melakukan hal itu saat duduk, akan tetapi jika beliau bangkit setelah dua kali sujud, beliau kembali bertakbir.” (HR. Abu Dawud, dan Tirmidzi)

2). Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri. Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir, dalam sebuah hadis: “Rasulullah s.a.w pernah berjalan melewati seorang yang sedang solat. Orang tersebut meletakkan tangan kirinya di atas tangan kanannya. Lalu beliau melepaskan tangan tersebut dan meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya.” (HR. Ahmad dengan sanad sahih)

3). Mengarahkan pandangan ke tempat sujud. Hal ini berdasarkan keterangan al-Baghawiy dalam kitabnya, Syarh as-Sunnah: “Melihat sesuatu tidak masalah di dalam solat, akan tetapi yang lebih baik adalah mengarahkan pandangan ke tempat sujud.” Beliau melanjutkan bahwa, Telah diriwatkan dari Ibnu Abbas, bahwa Rasulullah saw pernah memandang ke kanan dan ke kiri saat solat.

4). Membaca doa iftitah. Sabda Rasulullah saw “Setelah Rasulullah melakukan takbir dalam solat, maka beliau berdiam sejenak sebelum membaca (surat), aku bertanya: Wahai Rasulullah, demi ayah dan ibumu, tidakkah engkau tahu diamnya engkau antara takbiratul ihram dan membaca surat, apa yang engkau ucapkan? Beliau menjawab, Aku mengucapkan: Allahumma ba`id baini wa baina khadatayaya kamaba adta bainal masyriqi wal maghrib, Allahumma naqqini min khathayaya kama yunaqqats tsaubul abyadhu minad dannas, Allahummaqhsilni bilma’i was salji wal barad (Ya Allah, jauhkanlah antara aku dan kesalahan-kesalahanku, sebagaimana Engkau menjauhkan ufuk timur dari ufuk barat. Ya Allah sucikanlah alu sebagaimana disucikannya kain putih dari kotoran, sucikanlah aku dengan air salju dan air dingin)

5).Membaca ta’awudz (Aau zubillah himinas syaitan nirrajim). Selesai membaca doa iftitah dan sebelum membaca surat al-Fatihah, Rasulullah saw senantiasa berta`wudz. Ibnu mundzir mengatakan riwayat yang bersumber dari Nabi saw, bahwa sebelum membaca surat Al Fatihah pada rakaat pertama beliau mengucapkan ta’awudz. dibaca perlahan pada rakaat pertama sesudah membaca doa istiftah sebelum membaca surat al-Fatihah.

6). Membaca aamiin. Disunnahkan membaca “aamiin” setelah membaca Surat al-Fatihah, baik ketika sedang solat sendirian maupun berjamaah, baik sebagai imam maupun makmum dengan suara yang keras, kecuali dalam solat sirriyyah (zohor dan asar)

7). Membaca bacaan surah sesudah al-Fatihah. Disunahkan untuk membaca surat-surat yang kita ketahui atau kita hafal setelah membaca surat a-Fatihah pada dua rakaat pertama.

8). Menempelkan kening, hidung, dan beberapa anggota tubuh lainnya ketika sujud. Ketika sedang sujud, maka hendaknya kita bersujud di atas tujuh tulang, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah saw yang artinya “Aku diperintahkan untuk bersujud di atas tujuh tulang, yaitu: dahi, hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut, dan kedua ujung kaki”

9). Membaca doa-doa solat. Membaca doa doa yang diajarkan Rasulullah saw ketika sedang rukuk, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan setelah melaksanakan tasyahud akhir 

10). Duduk istirehat, sebelum bangkit menuju rakaat berikutnya adalah sunnah dalam solat.

11). Tasyahud awal.

12). Membaca selawat atas Nabi saw. 

13). Berdoa sesudah membaca selawat. Setelah berselawat atas Nabi, disunnahkan untuk membaca doa doa ma’tsur sebagaimana yang beliau ajarkan. Riwayat Rasulullah saw, pada Tasyahud kedua beliau membaca: “Ya Allah sampaikan keselamatan kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi keselamatan kepada nabi Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau terpuji dan Maha Agung”

14). Salam kedua. Salam pertama di dalam solat termasuk rukun solat yang tidak boleh ditinggalkan. Jika seseorang buang angin, misalnya sebelum salam pertama sempurna selesai, maka shalatnya batal. Hal ini berbeda dengan salam kedua. Sebab salam kedua masuk ke kategori sunah-sunah solat, bukan rukunnya. Jika tertinggal, maka solatnya tidaklah batal. 

No comments:

Post a Comment