Sunday, February 22, 2015

BAGAIMANA MAULANA INAMUL HASSAN AL-KANDAHLAWI DILANTIK MENJADI HADRAJI

Guru kita yang mulia, TG Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari telah menceritakan satu kisah bagaimana satu keadaan perbincangan diadakan bertujuan untuk melantik Amir bagi (JT) peringkat dunia. Perbincangan itu diadakan di sebuah bilik di dalam Masjid Bangla-Wali (Markaz Nizamuddin, Delhi). Antara kibar ulama yang menghadiri perbincangan ini sebagai panel pemilih bagi memilih calon untuk mengisi jawatan Amir tersebut ialah:

1. Maulana Abd Qadir al-Raifuri (Syaikh kepada Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi, Haji Abd Wahab Markaz Raiwind).

2. Maulana Zakariyya al-Kandahlawi.

3. Maulana Fakr al-Din Hasan al-Muradabadi (Syaikh al-Hadith Dar al-Ulum, Deoband pada waktu itu (guru Sahih al-Bukhari kepada Maulana Shaukat Ali).

4. Maulana Ihtisham Hasan al-Kandahlawi.

Keempat-empat ini kibar ulama ini diberikan keutamaan sebagai panel pemilih di mana Maulana Zakariyya al-Kandahlawi bertindak sebagai faisala (pembuat keputusan) untuk perbincangan ini.

Dalam buku yang saya, pengarang tidak menamakan calon-calon bagi mengisi jawatan Amir (JT) ini. Namun hasil maklumat perkongsian daripada rakan-rakan Fb, mereka memberitahu saya bahawasanya ada 4 orang calon yang telah dicadangkan untuk mengisi jawatan tersebut. Antara 4 calon tersebut ialah:

1. Maulana Daud al-Mewati
2. Maulana Syed Abul Hasan Ali an-Nadwi
3. Maulana Ubaidullah al-Balyawi
4. Maulana Inam al-Hasan al-Kandahlawi

Ketika berlangsungnya perbincangan tersebut, keempat-empat panel pemilih telah mencadangkan 4 nama tersebut. Maka selepas berselawat kepada Nabi saw. Maka Maulana Zakariyya al-Kandahlawi selaku faisala telah memutuskan untuk membuat keputusan.

Sebelum beliau membuat keputusan, beliau telah membuat satu bentuk iklan iaitu beliau telah berkata, “saya minta kepada semua yang berada dalam majlis (perbincangan) ini untuk bangun meninggalkan majlis ini kecuali bagi mereka yang pernah melihat malaikat”. Maka bangun kesemua orang hadir dalam perbincangan ini meninggalkan majlis ini kecuali tinggal dua orang sahaja iaitu Maulana Zakariyya al-Kandahlawi sendiri dan menantunya Maulana Inamul Hasan al-Kandahlawi.

Lalu menangislah Maulana Inamul Hasan al-Kandahlawi seraya berkata, “rupa-rupanya rahsia saya selama ini (yakni beliau pernah melihat malaikat) telah diketahui oleh seseorang dan seseorang itu ialah Maulana Zakariyya al-Kandahlawi”.

Maka selepas itu, Maulana Zakariyya al-Kandahlawi terus mengisytiharkan bahawasanya amir bagi (JT) ialah Maulana Inamul Hasan al-Kandahlawi. Beliau telah menjadi amir bagi (JT) sehingga pada tahun 1995. Di bawah seliaan beliau usaha (JT) terus berkembang sehingga ke dunia arab, eropah, latin telah menerima dakwah dari (JT). Semoga Allah ta'ala merahmati beliau dan seluruh para masyaikh.

1). Kisah di atas memaparkan satu bentuk karomah yang Allah ta'ala telah berikan kepada Maulana Zakariyya al-Kandahlawi dan Maulana Inamul Hasan al-Kandahlawi. Sebagai seorang yang beriman kepada Allah, perkara mengenai karomah tersebut bukan sesuatu yang mustahil bagi Allah. Bagi manusia yang sejahtera akal dan hatinya apabila melihat sesuatu bentuk karomah, maka keimanan dan keyakinannya kepada Allah terus bertambah meningkat.

2). Imam as-Sayuti juga telah menulis satu risalah menerangkan bolehnya manusia melihat Nabi dan para Malaikat secara jaga/ yaqaza. Boleh baca risalah beliau bertajuk "Tanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa al-Malak”.

P/s: Maulana Sayyid Shahid al-Saharanfuri berkata, "Maulana Inam Hasan al-Kandahlawi dipilih menjadi amir bagi (JT) adalah kerana beliau telah mencapai tahap kerohanian yang tinggi dalam jalan kesufiannya dan dalam masa yang sama beliau ialah Syaikh al-Hadith di Madrasah Kashf al-Ulum, Nizamuddin. Beliau juga telah disediakan oleh Maulana Ilyas al-Kandahlawi untuk membantu Maulana Yusuf al-Kandahlawi dalam urusan pergerakan dakwah (JT).

No comments:

Post a Comment